Pahang Barat kehilangan seorang tokoh dari Benta-Budu Tan Sri Zuki bin Lebai Kamaludin, 77 yang merupakan ahli politik, tokoh korporat dan Pengerusi Panel Rayuan UMNO.
Tan Sri Zuki Kamaludin meninggal dunia hari Ahad. Menurut Umno-online, Zuki, 77, meninggal dunia pada pukul 5.45 petang.
Zuki, berkelulusan ijazah undang-undang dari Lincoln’s Inn London, pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995.
Alllahyarham juga merupakan bekas ADUN Benta Pahang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1978.
DS Najib memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.
PM DS Najib pada pagi Isnin menziarahi jenazah Tan Sri Zuki Kamaluddin.
DS Najib yang tiba pada pukul 8.20 pagi disambut anggota keluarga Allahyarham Zuki dan beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman Allahyarham di Bandar Kinrara, Puchong, di sini.
Zuki, 77, meninggal dunia pada 5.30 petang semalam di Unit Penjagaan Koronari, Pusat Perubatan Sime Darby kerana serangan jantung selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak tiga minggu lepas.
Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Zainab Yusoff dan tiga anak iaitu Datuk Dr Zamyn, 48, Zohan, 44, dan Juanna.
Dr Zamyn berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Bohol di sini.
7 comments:
Salam Wan,
Alfateha bagi Tan Sri .KM memang teramat kenal Tan Sri Zuki satu satu nya tokoh Korporat(Chairman I&P rasanya) dan Pengurusi Panel Rayuan UMNO berasal dari Pahang.
Tan Sri adalah rakan teh tarik KM di Mahbob Bangsar selama hampir empat tahun.Beliau orang lama UMNO dan sangat memahami pejuangan parti. Dihormati dan berintegriti tinggi.KM akan kehilangan satu lagi tokoh Melayu hampir seangkatan dengan King Ghaz dari Pahang.Semoga Allah mencucuri rahmat pada roh kedua tokoh ini.Amin.
Al-Fatihah.
Takziah kpd keluarga. He was a good man.
Alfatihah kepada Aki Zuki. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Betul cakap KM tu. Kalau nak jumpa aruah, pergilah Mahbob restoran. Saya dan keluargapun selalu dapat minum and makan free.
Aki is a good and humoros man and a cousin of aruah King Ghaz. Like King Ghaz, his wife too passed away first - two years ago If I remember well.
Salam QD,
Pastinya SWK amat bijak dan kini cuba memecahbelahkan UMNO dan Perkasa. Perkasa Johor mempunyai 45,000 ahli tegar bagi memperjuangkan hak Melayu melalui NGO dimana parti2 Melayu tidak dapat memperjuangkan nya.Spouse KM adalah dari Johor Baru ,Kg Setulang Laut. Walaubagaimana pun KM tidak tahu sepenuhnya keaadaan politik di Johor. So I just leave it as is.
Isu yang di bangkitksn SWK adalah satu isu sensitif menjelang pilihanraya. Pandangan KM sekira Ghani perlu digantikan maka biarlah satelah BN berjaya di PRU 13 dan keputusannya adalah harus dari pucuk pimpinan UMNO itu sendiri bukan sekarang.Lagi pun Ghani telah terlalu lama sebagai MB di Johor.Lihat apa yang TERSIRAT bukan yang TERSURAT dengan apa yang SWK tulis.KM is cautious with SWK thats all.Anyway.
If you analyse carefully the writing style of SWK you will discover who this hantu raya is.Just tag along and play his game.Of course Johor is very BN.I still remember in early 80's I used to windsurf with Almarhum Sultan and TMJ, the current sultan at Tebrau near the Zone.I lost the race of course as my MISTRAL was club type , slightly heavy and hence slow.His Highness was a racing type windsurf.That was the closest I had with the Sultan of Johor on this water sport. KM has strong passion for water sport as KM lived in a fishing village in Melaka something like your Baserah nearKuantan.Used to own a Hunter sail boat park at RSYC Port Klang.It was all then.All good things have to go as you change life priorities as grow old gracefully.You young people should enjoy your youth with good hobbies as well.See, you past through life only once.Do what you enjoy doing.Cheers.
Thanks Uncle KM.
I am so much aware that SWK is playing a game to drive a wedge among the Malays.
I am playing along with him in this game. After all I am a happy camper.
I know SWK is an Indian and not a Malay. The BM articles are not written by him. SWK is Sak's alter-ego.
SWK is belittling the Malays as stupid for supporting Perkasa. Trying hard to paint a picture of Tun M as the biggest fool for supporting Braim Ali.
We were not born yesterday not to see the divisive game he's playing.
Salam.
Al-fatihah utk beliau.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat. ADUN untuk kampung aku (Benta) selama beberapa penggal dan baik dgn semua orang kampung. Tidak mementingkan protokol walaupun beliau berpangkat. Sangat baik dengan keluarga kau terutama arwah nenek aku.
Tk.
ni bapa saudara cikgu fais Mahayudin
Post a Comment