Pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat tidak akan menguntungkan masyarakat kampung tradisional . Masyarakat tradisional hanya dipandang sebelah mata oleh parti-parti politik.
UMNO tak akan pandang kepada undi masyakat kampung tradisional ini . Siapa yang ingin menjadi juara kepada masyarakat tradisional ini ? Nak harapkan Pakatan Rakyat mereka juga berlumba-lumba untuk merampas undi Felda , yang secara tak langsung mereka juga hanya kelihatan seperti memperjuangkan masyarakat Felda sahaja .
Pembangunan ekonomi kampung tradisional perlu dirancang untuk mengimbangi ekonomi Felda yang meningkat. Di Parlimen Jerantut pembangunan ekonomi kampung tradisional boleh dipecah kepada 9 mukim secara mikro.
Sedikit fakta untuk dikaji. KDNK Daerah Jerantut ialah RM871.1 juta pada 2005. Sektor utama ialah pertanian 41% diikuti oleh sektor perkhidmatan 26%.
Penduduk Jerantut berjumlah 91,096 pada banci 2010. Lebih 78% adalah orang Melayu. Mukim Pedah paling ramai penduduk berjumlah 27,592 manakala Mukim Hulu Tembeling paling kurang penduduk berjumlah 2,626.
Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar. Mukim Hulu Tembeling kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 4.94% yang mana purata pendapatan bulanan isi rumah juga terendah sebanyak RM779.
22 masalah utama yang mana ianya perlu diselesaikan bagi membantu pertumbuhan pembangunan daerah. Antara masalah-masalah yang WZWH kenalpasti adalah seperti berikut:
Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar. Mukim Hulu Tembeling kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 4.94% yang mana purata pendapatan bulanan isi rumah juga terendah sebanyak RM779.
22 masalah utama yang mana ianya perlu diselesaikan bagi membantu pertumbuhan pembangunan daerah. Antara masalah-masalah yang WZWH kenalpasti adalah seperti berikut:
- Sistem perhubungan dan pengangkutan jalan yang tidak menyeluruh
- Pertumbuhan ekonomi yang perlahan
- Kurang penyediaan infrastruktur
- Fokus pembangunan yang tidak menyeluruh
- Risiko banjir
- Pembangunan industri pelancongan yang tidak optimum
- Pembangunan antara setiap mukim tidak seimbang
- Tiada kemudahsampaian yang sempurna ke kawasan yang tidak membangun
- Penduduk tertumpu di Mukim Pedah dan Pulau Tawar
- Perumahan terancang hanya tertumpu di kawasan tumpuan pembangunan
- Kawasan tanah rendah
- Kurang peluang pekerjaan
- Kurang tumpuan penduduk di kawasan banjir
- Bilangan perumahan menurun
- Kepadatan penduduk rendah
- Penawaran perniagaan melebihi permintaan
- Projek pertanian terbengkalai
- Kurang pasaran dan promosi produk IKS ke luar daerah Jerantut
- Perhubungan antara daerah bersempadan
- Kurang teknologi untuk penghasilan produk
- Kurang guna tenaga mahir
- Sumber yang tidak dimanfaatkan
Strategi Pembangunan Mengikut Mukim dalam Daerah Jerantut yang utama iaitu Mukim Pedah, Mukim Tembeling, Mukim Hulu Cheka dan Mukim Pulau Tawar.
Strategi pembangunan di Mukim Pedah adalah untuk memperkukuhkan Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama khususnya bagi sektor perniagaan, perkhidmatan dan perhubungan yang utama. Cadangan pembangunan‘infill’ digalakkan di Mukim Pedah dalam mengisi kesediaan bangunan-bangunan kosong yang mempunyai fasa bangunan yang masih terpelihara. Pembangunan yang optimum adalah digalakkan di mukim ini berikutan terletaknya Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama. Strategi pembangunan dalam menjadikan Daerah Jerantut sebagai pusat pelancongan utama juga turut disokong dengan kewujudan Taman Negara Pahang, Taman Warisan Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Selain daripada itu, antara strategi pembangunan sokongan di Mukim Pedah adalah dengan hasil pengeluaran daripada industri-industri terancang di mukim ini.
Strategi pembangunan di Mukim Tembeling adalah disokong dengan kewujudan Kuala Tahan sebagai pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Dengan adanya pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang di mukim ini, ia menjadi pusat tumpuan para pelancong sama ada dari luar mahupun dalam negara. Ini dapat menyokong aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di mana secara tidak langsung dapat menjana ekonomi di mukim ini disamping menjana ekonomi mukim berjiran seperti Mukim Pedah. Selain daripada pelancongan, aktiviti pertanian juga berpotensi dalam menjana ekonomi setempat. Jenis pertanian yang terdapat di mukim ini adalah kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan.
Mukim Hulu Cheka dicadangkan sebagai kawasan R&D utama, terutamanya bagi sektor pertanian bagi mengalakkan hasil pengeluaran pertanian. Pengekalan kawasan pertanian di mukim ini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah ini dengan hasil pertanian. Selain daripada itu, kawasan perumahan juga giat dibangunkan di kawasan Damak dan Batu Balai. Ia adalah untuk menampung keperluan perumahan terancang pada masa akan datang di Damak dan Batu Balai serta mukim-mukim lain. Mukim Hulu Cheka juga akan dibangunkan dari segi aktiviti pelancongan iaitu dengan terdapatnya Pusat Perikanan Perlok dan Makam Pawang Nong. Selain itu, aktiviti pembangunan ekonomi di mukim ini juga akan disokong oleh aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan daging salai.
Strategi pembangunan utama di Mukim Pulau Tawar adalah dengan membangunkan aktiviti perniagaan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Daerah Jerantut, dan sebagai pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa dengan adanya Taman Warisan Gua Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Mukim Pulau Tawar juga berpotensi sebagai salah satu kawasan pertanian utama di Daerah Jerantut di mana hasil sumber pertanian di mukim ini adalah seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Pertumbuhan ekonomi di mukim ini juga akan disokong dengan aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan tembikar dan kraf tangan.
15 comments:
Sepatutnya dah lama dah ...
Siapa yang menafikan berkerja untuk perut, boleh dinilaikan sebagai pembongan yang sangat ketara. Tapi cara mana untuk berkerja demi perut itu sepatutnya menjadi iguan untuk semua. Tanpa perut seseorang tidak mampu untuk berkerja. Begitu juga jika tidak berkerja maka perut pun akan meminta2 bilakan aku akan ada makanan ari hasil kerja.
Ini samalah jika kita berkata2 nampak pelik dan dikatakan jika orang itu bercakap mengenai musim kemarau, cuaca sentiasa panas. Panas adalah anugerah Ilahi, tapi malangnya "kita" tidak mempunyai wang. Jika wang banyak di musim panas begini pun kita tidak akan kesah apa2 pun. Renung2kanlah di musim panas, begini.
WZWH,
You patut lantik Mr Wenger POP jadi penasihat you kalau you jadi ahli parlimen Jerantut, sebab otak kemetot you tak mampu membangunkan Jerantut dan kawasan-kawasan sewaktu dengan nya.
Mr Wenger ada banyak idea bernas dan membuat penyelidikan yg berasas.
Datang la beramai2 pd 1 April 2013 bertempat di belakang Hong Leong Bank, jam 9 mlm sempena pelancaran TRELER PAS, Jerantut.
Menampilkan 3 pimpinan PR peringkat negeri serta artis Ali XPDC dan ucapan wakil Orang Asal.
Dr. Hamzah kata semasa berceramah di Damak 23 Mac baru, kemungkinan Dato' Tuan Ibrahim akan umum calon PAS yg akan bertanding dalam PRU.
Kas cuba korek2 dgn Dr Hamzah sape calon Parlimen Jerantut. Katanya kemungkinan PJ PAS Phg atau penceramah yg berceramah dgn dia di Damak baru ni. Dia hanya calon resev atas permintaan beliau sendiri. Tapi kalau dah pimpinan putuskan dia, dia tetap akan turun atau ...... DUN Tahan mungkin juga calon lama kot dan Zakuan calon stanby. DUN P. Tawar pula mungkin Dr. Hamzah sendiri dan Yohanis stanby.
Apapun kita pakat tunggu lah kot2 diisytihar pada 1 April nanti.
Kata Dr. Dr Hamzah, PAS Pusat tengah perhalusi kedudukan calon di Parlimen Jerantut agar ianya menjadi yang terbaik.
DUN Damak, Dr Hamzah dah jelaskan dalam ceramahnya bahawa masih dalam penelitian apakah DAP atau PKR yang patut bertanding.
Jangan pangkah dacing
Nampaknya kita semua
ABU
ABCD
BERJUANG UNTUK KEBENARAN
ORANG JERANTUT HIDUP MENUMPANG
PAKR TIADA GERAN
Dua2 calon aku x kenal...nmpk sngt x pernah pergi ke kg2 sekitar jerantut...aku rasa ramai lg rakyat yg x knl kedua2 calon ni..hanya mereka yg ada kepentingan je mengenali mereka ni..
Dacing out. Ubah selera ini kalilah.
anon 9.38pm, pangkah bontot nuar lagi bagus,sedap woi!
Puak2 UMNO BN ni tak de keje lain. Seks3. Ke memang keje depa dah kot. Jadi dok teringat benda tu je.
Kot hangpa dok buat keje tu pun, jgn la sampai dok citer kat org.
PAKATAN LAGI TERUK!
BUAT KERJE GITU BUKAN SETAKAT CITER KAT ORANG MALAH BUAT VIDEO BAGI TAU SATU DUNIA YANG KOTENYA BENGKOK.
LAGI HEBAT KAN???
Jgn bergaduh le. Kita semua org bawah je. Kita sama sama mintak anwar dgn najib debat kat tv live. Ini baru ada tamadun.
Mencarut ni bg kat budak2.
nuar tau bercakap aje,kerja tak reti,najib kurang cakap tapi kerja dia class.
nuar kalau nak berdebat,berdebat dengan tukang jual ubat pun gerenti kalah punya.
Kehkehkeh.........
Are you ready for dacing???
Noooooooooo....
Kehkehkeh
Post a Comment