Wednesday, June 18, 2014

Untunglah Orang Kuala Tahan Dapat Tanah...WZWH Seinci Tanah Pun Takda Di Tembeling!



Ramai orang Kuala Tahan seperti Encik Anuar bin Ismail dapat tanah. Ihsan  FB Komuniti Kuala Tahan

Berkat kesabaran hampir 20 tahun inilah hasilnya..terima kasih Dato Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang bekerja kuat mendapatkan kelulusan tanah bagi orang kampung Kuala Tahan.


Beratus-ratus orang Kuala Tahan dapat tanah. Tiada apa lagi yang Dato' Wan Amizan buat untuk orang Kuala Tahan. 

ADUN Tahan buat dan layan Kuala Tahan bagai anak emas kerana berbagai-bagai projek pembangunan dicurahkan ke Kuala Tahan.

Bertuah sungguh orang Kuala Tahan...

Dulu tidak lama baru lagi orang Kuala Tahan cabut undi kelulusan tanah...


Cabutan undi pada 5 Mac 2013 tak sampai setahun lebih terus dapat borang 5A pada 24 Jun 2014.

Penantian 20 tahun orang kampung Kuala Tahan dapat diselesaikan oleh Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.

Banyak jasa Dato' Wan Amizan gon.

Masek Gon nak wakil rakyat yang guana lagi hooi...???

17 comments:

Anonymous said...

Bukan org kuala tahan aje yang dapat tapi org luar pun ramai yang dpt.sepatutnya org tempatan dan yg sudah berkahwin dah beranak pinak tp masih duduk dengan ibu bapa perlu diutamakan.bukan yang dah ada Felcra,Rumah Felcra,org luar dan org pejabat tanah yang dapat.Ni la masalah kroni diutamakan dan rakyat tempatan dipinggirkan.

Anonymous said...

Kena didefinasi apa itu orang luar. Kadang-kadang orang luar itu kita tidak tahu mungkin berasal dari Kg2 di Tembeling.

Anonymous said...

orang tembeling sampai mimpi dapat geran rumah murah. passal lambat sangat nak proses geran.

Anonymous said...

Seme nya tak kene deme ni wehh..

Anonymous said...

Mmg hebat wan dompok pungut kutip bantai kedia dgn krnoinya sahaja. Sebab aku bukan WAN maka tak merasalah nok tanoh sini.

Anonymous said...

Aku tengok awk ni zuri sibuk nak ambik hati orang kuala tahan je,yang kami kuala tembeling ni awak tak ada pulak nak fikir nak usul ke dato,fikirla juga orang sini,dun tahan bukan di kuala tahan sahaja tak,usaha la buat rumah belakang pakr atas bukit tu bagi orang sini merasa rumah,sampai bila dema asyik nak berjanji kosong,ingat cikit dato,orang memilih awak,buatla kerja,jangan sibuk nak makan angin ke luar negara je,bila rakyat marah dato melenting dalam fb,sibuk bertelagah dgn ketua bahagian,plz la zuri take action cikit

Anonymous said...

ada juga orang kuala berbunyi, ingat selesa semua dgn kehidupan brim.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ok rumah tambahan PAKR, jambatan Kuala Tembeling, Taman Esplanade, hotel terapung masa banjir itu projek2 utk Kuala Tembeling insyaallah.

Anonymous said...

Ingat orang kuala ni semua yang menyokong ke,tapi dah takdir dato wan dipilih kenalah buat kerja,tengok dalam fb asyik nak up kuala tahan je,taulah jeti kuala tembeling ni tak semeriah dulu,orang sana asal cari makan dari kuala juga zaman dulu2,tapi keadaan berubah setelah jalan darat digunakan,kalau dato membaca komen ni dia kena fikir anak melayu di sini juga yang semakin berkembang

Anonymous said...

kenapa tak buat PKAR kat kuala tahan dah 2 penggal Dompok berjanji menipu terus menipu.Balak dah dia balun janji kena tunaikan..

Anonymous said...

pemberian tanah atas kepentingan kroni2 dan org pejabat sendiri bkn untuk kepentingan rakyat

Anonymous said...

yg dapat pun balik2 farok dan keluarga serta kaum kerabat penghulu zul dan dompok

Anonymous said...

Geran rumah pakr tembeling ni sampai sudah yb tak ambik tahu,ong kabola cikit zuri ke yb,waris2 ong ramai juga di kuala ni,jgn sibuk nak ambik hati orang kotahan sebab nak menutup projek sturgeon tu,dah nampak permainan kotahan tu

Anonymous said...

orang kuala tembeling dah bermacam2 dompok tolong! tapi majoriti hanya 20 undi.kome orang kuala tahan bagi majoriti sampai 500 undi. padanlah kuala taha di beri tumpuan kerana pusat pelancungan!kuala tembeling apa ada?buyung ketoyong dengan labak kengkang tongkang adalah!kahkahkahkah!!!

Anonymous said...

kurang innovatif lah, kenapa tidak dibina flat walk up tiga tingkat - penggunaan tanah secara efisyen, ramai lagi keluarga yg boleh memiliki rumah, landscapping usah dibazirkan dgn berekar2 tanah, klu arkitek pandai, sgt berpengalaman serta efisyen, tanah terhad boleh dimaksimumkan kegunaannya. Bykkan tingkap utk ventilasi udara, sertakan catchment area utk tadahan air hujan, siap dgn tempat kitar putar utk empat jenis pembuangan sampah; semua penghuni perlu berasa bangga
mengamalnya; warna cat tempat penginapan ( mana ada org moden pakai warna unggu, merah jambu, merah, hijau tua, kelambu dapur / bilik pengantin lagi ? ). Seharusnya architecture simple, kos sederhana, kordinasi warna cat dgn ventilasinya setanding banglo2 org kaya UMNO di bandar2 heheheh.

Dewan komuniti didesign dgn tingkap2 horizontally triple panels, multiple fungsi sebagai library, tempat bersukan, pusat pembelajaran berlanjutan serta latihan kemahiran. Guna kipas saja, tak payah bazir letrik, zero karbon print lagipun tersgt mahal bila dikenakan GST UMNO Baru BN hehehehheh.

Melalui planning yg serius utk jangka masa pjg, tandas2 wanita serta lelaki harus dibina di sudut jauh yg berasingan. Separa dinding luar tandas boleh dibina dgn blok kaca... utk nilai estetika serta moden spt apartment mewah org kaya - raya UMNO serta kerabat..heheh

tak perlu bina hotel mewah2, pelancung2 global bukannya pentingkan kemewahan, tempat2 penginapan mereka jauh lebih mewah. Binalah sustainable chalets serta rest houses, activities halls. Bina reflexology footpaths light trekking paths dgn konsep using the nature serta sediakan akitiviti2 yg berfaedah. Jgn tunjuk rooster - fighting, nanti berita negatif Malaysia terbiar di CNN, Al Jazeera serta BBC ke seluruh dunia. Rugi wang berjuta ringgit utk promosi Tahun Melawat Malaysia ...

Disebabkan tugasan di perantauan jauh serta byk melancung bersama rakan2 di sana, jadi tahulah saya sedikit sbyk...

Yg dipentingkan pelawat2 termasuklah Rakyat Malaysia kita sendiri ialah basics serta nilai yg tinggi: kebersihan first class, keselesaan ala kampung / tempatan yg sempurna, wifi percuma, water coolers, ( zero carbon - tanpa penggunaan plastik di mana pengisian air utk minum dgn menggunakan botol kaca ).

Anonymous said...

Pelbagai hidangan asli serta fusion yg sedap2 dihidangkan serta kebudayaan Malaysia majmuk dipersembahkan. Servis diberi dgn budi bahasa yg ikhlas, senantiasa dikawal supervisors yg peramah, diplomatik tapi elakkan dari " terlebih dgn Mat Salleh. Ramai yg baik2 di antara mereka lebih selesa kalau rakyat Malaysia setempat diberi layanan baik yg setaraf. Elakkan dari mempraktikkan layanan pilih kasih terhadap pelawat2 dari Asia.

Keselamatan sgt diutamakan : kehendaknya prioriti teratas di mana2 spt mana kita bila melawat ke mana2. Basic good English wajib. Basic bahasa ketiga / keempat penting juga utk menunjukkan kehalusan budi pekerti, budaya, adat serta transformasi keupayaan berniaga setempat yg membanggakan.

Semua gerai makanan serta minuman di seluruh Msia kena overhaul. Kalaulah brochures Visit Malaysia tunjuk gambar2 paradise, bila para pelancung asing datang, mereka tak nak ditipu dgn " lousy services and exorbitant pricings " macam sales gimmicks.

Pengunaan cutlery plastik teruk sgt - dlman cawan serta pinggan mangkuk plastik oren dah bertukar jadi warna lain, cuba recall. Seharusnya diganti dgn china cutlery set : simple, cleanline, modern. Tak perlu guna cutlery berjenama spt di hotel2 mewah.

Sinki2 utk basuh tangan sentiasa dlm keadaan terbersih. Malangnya tandas Msia awam, di restoran serta rest houses ( from the rating of 1 to 10 ) selalunya dapat 1 - 2 / 10.

Gunalah calculator serta beri itemised billings yg efisyen. Apron serta cap wajib dipakai, kain2 lap meja mestilah bersih. Yg best sekali, gerai2 org Melayu beri air kosong percuma.

Usahlah siang mlm baca Utusan; tengok TV 3, TV RTM hehhehehe pengacara2 byk cakap pagi2 lagi, gerak tgn terlebih. Dah 10 thn tak tengok media ini. Berilah masa utk penonton2 berfikir sejenak serta navigate ide2 ke dlm long term memory center dlm otak.

nak tanya, mananya peruntukan wang utk wakil2 Raub serta yg dll, mereka pun mencurah tenaga serta masa tersgt ikhlas utk penduduk2 setempat.

Anonymous said...

Sebab tu orang kotahan kena tipu sokmo,di kuala ni langsung xde projek,sembang lebih je yb,harap asri anak mat nadil tu pe kejadahnya buat chalet kt tasek mancing terbiar tu,nak sapu projek beragakla cikit,boleh juga orang kampung manfaatkan,ni bangang tak sudah,nampak muka nerd je asri tu tapi makan belakang,memang projek paling bodoh orang pernah buat,ni bukan zaman dah buat chalet kt kuala ni

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024