Sunday, August 24, 2014

Ahli Parlimen Jerantut Perlu Tulis Surat Rasmi Membantah Projek Sturgeon Kepada PM dan MB



Semua orang Jerantut tahu , ahli parlimen Jerantut membantah projek sturgeon Kuala Tahan sebab itu beliau menyokong kumpulan anti sturgeon yang disokong oleh MNS. Ahli parlimen Jerantut juga memberi sokongan moral kepada kumpulan anti sturgeon dalam misi ke Putrajaya dan demonstrasi tunjuk perasaan.

"Say No To Sturgeon Project In Kuala Tahan Pahang" itu motto kumpulan anti sturgeon.

Kumpulan ini juga yang demontrasi tunjuk perasaan di Bangunan Yayasan Pahang sewaktu taklimat Felda kepada MB dan EXCO Pahang sila lihat gambar di bawah.


Bagi kumpulan anti sturgeon ini , ahli parlimen Jerantut ialah pemimpin idola politik mereka.

Ahli parlimen Jerantut telah berucap di Majlis Jamuan Hari Raya di Felda Kota Gelanggi dengan kenyataan," Saya tidak bersetuju dan tidak menyokong Projek Sturgeon di Kuala Tahan" di hadapan Pengurus Felda Wilayah dan peneroka.

Projek sturgeon Kuala Tahan ialah projek yang mahu  diusahakan oleh Felda dengan nilai pelaburan RM150 juta. Ini ialah projek usahasama dengan sebuah syarikat Korea Selatan.

Projek ini bertujuan membantu meningkat pendapatan generasi baru peneroka dengan menghasilkan telur ikan yang dipanggil kaviar. Kaviar sangat digemari dan mahal harganya. 

Ini ialah salah satu langkah alternatif Felda dalam mencari sumber ekonomi baru selain dari menanam kelapa sawit dan getah. Masyarakat Felda menyokong penuh usaha inovatif Felda ini untuk mencari sumber ekonomi baru.

Parlimen Jerantut mempunyai pengundi berdaftar seramai 50,000 pada PRU 13. Pengundi dari warga Felda sahaja berjumlah 25,000 pengundi.

Pendirian ahli parlimen Jerantut amat mengecewakan komuniti masyarakat peneroka di Jerantut. Bukan itu sahaja majoriti pengundi di DUN Tahan seperti yang dimaklumkan oleh ADUN Tahan juga kecewa dengan sikap dan pendirian ahli parlimen Jerantut yang anti pembangunan.

Ahli parlimen Jerantut lebih mendengar pandangan penyokong kuat beliau yang hanya berjumlah 38 orang yang hardcore kuat membantah projek sturgeon di Kuala Tahan dengan dibantu di belakang oleh MNS sebuah NGO Alam Sekitar.

Projek sturgeon dibuat di kawasan luar dari Taman Negara dan di seberang Sungai Tembeling sebelah kanan mudik yang tidak berkaitan dengan Taman Negara.

Projek sturgeon ini ialah ilham dan pet projek DS Najib PM Malaysia. PM sangat teruja dengan projek sturgeon ini hingga DS Najib pernah bergurau dengan Presiden Putin bahawa sturgeon Kuala Tahan ini boleh menyaingi sturgeon dari Rusia.

Mengikut jadual asal, PM dijangkakan melancarkan projek sturgeon Kuala Tahan pada bulan September 2014.

ADUN Tahan dan WZWH menyokong kuat projek sturgeon di Kuala Tahan ini.

Ahli parlimen Jerantut seorang ahli politik yang berani dengan falsafah politiknya " Jerantut Baru Berani Berubah".

Ahli parlimen Jerantut sangat dikagumi oleh orang Jerantut kerana beliau berani dan tidak memperdulikan kehendak dan hasrat DS Najib PM, juga hasrat dan kehendak DS Adnan Yaakob MB Pahang apatah  lagi mahu memperdulikan titah Tuanku Sultan Pahang...jika beliau fikir keputusan beliau lebih baik kepada masyarakat.

Untuk menzahir dan membuktikan keberanian politik beliau, ahli parlimen Jerantut perlu menulis surat rasmi membantah projek sturgeon Kuala Tahan kepada YAB PM dan YAB MB Pahang.

Pasti ahli parlimen Jerantut ini jika diberi peluang bertanding lagi pada PRU 14 pasti majoriti undi beliau lebih besar dari PRU 13.

18 comments:

Anonymous said...

Salam abg wan cuma sekadar bertanya mampukah ikan tersebut bertelur DLM iklim Malaysia kerana says pernah menonton dlm dokumentari national geographic ikan INI pernah diternak dtpt bkn habitat asal Dan tidak membiak@tidak bertelor bimbang akan senasib dgn ikan trout do Cameron highland tahun 50an mohon pencerahan Dari tuan

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ikan ini diternak dalam persekitaran tertutup di Caviar Park yang tangki-tangki tempat pembiakan ikan ini dikawal suhunya oleh sistem canggih. Pakar2 telah membuktikan ikan ini boleh bertelur. Contoh di kawasan gurun Abu Dhabi UAE juga guna teknologi yang sama.

Anonymous said...

Dasar macai abadi...
Cuba buat survey pada orang Jerantut,deme setuju tak projek ni,confirm ramai tak setuju.Toksah cover guna nama Felda,sebab semua bukan sokong membabi buta.

Anonymous said...

Sebenarnya puak2 umno kat sini berebut balak..tu pasal la berkelahi sesame deme..pastu berlindung di sebalik projek ikan..kira nak merembat duit je kerje deme..

syukur said...

Saya sokong projek sturgeon tu. Kalau felda nak buat kasino atau kilang wiski di kuala tahan memang saya bantah. sekadar ternak ikan bukanya berdosa. cakap arab halallan toyyiba.

Dah nak jadi rezeki orang kuala tahan ada pelabur nak melabur disitu. Terimalah dgn tangan terbuka.

Anonymous said...

Bantah bantah ni memang senang, lebih lagi mereka yg dah bekerjaya jadi profesor atau jadi MP, gaji pun besar.. buat atau tidak projek ni diorang tetap kenyang anak beranak .. Tapi anak muda kuala tahan yg kerjanya tak menentu masih tercari cari kerja projek ni ibarat sinar harapan yg memungkinkan taraf hidup diorang berubah. Kenapa diorang bantah.. Korbankan 50 ekar untuk beri peluang kepada ratusan rakyat mencari rezeki pun jadi kesalahan. Menyedihkan

usin melaun said...

90% kaki bantah ni adalah peminum arak tegar! mereka tak suka projek macam ni. mereka lebih suka bina kilang arak di kual tahan dan kelab dangdut!

cakap orang mabuk arak mana boleh di terima persaksiannya!

anti sturgeon gila arak!

MP jerantut gila merak,suka cari glamour.keje satu pun tak nampak lagi!

usin melaun said...

90% kaki bantah ni adalah peminum arak tegar! mereka tak suka projek macam ni. mereka lebih suka bina kilang arak di kual tahan dan kelab dangdut!

cakap orang mabuk arak mana boleh di terima persaksiannya!

anti sturgeon gila arak!

MP jerantut gila merak,suka cari glamour.keje satu pun tak nampak lagi!

ikan bilis geon said...

sniri post sniri like sniri komen juga. ad juga worang ini macem. tgk cara tulis pon suda tau style kutukan dewata menulis. sama worang juga. kahkahkah satu kali

usin malaun said...

Pusat judi genting yang lebih tinggi dari masjid awak menyokong la ye anom 7:45 AM.cakap 50 ekar yang terkorban tp yang terkorban beratus2 ekar.orang luar memang tak tahu apa2 tp orang kuala tahan memang dah dgn dompok yg tak pass spm.kalau nak tahu balak dr sg tekai sampai hulu tembeling dah tinggal berapa peratus aje.yang sokong projek dompok ni semuanya dah kena sumbat lubang kunyit dia org dgn duit dompok.tu yang dok mengila aje.

Unknown said...

apa kes ni bro .

Terus kan apa yang di rancang , biarkan mereka yang membantah projek ini , andai kata projek ini berjaya dan memberi impak yang besar kepada anak2 muda di kuala tahan , syabas saya ucap kan . yang membantah hanya 2 3 org sahaja . mungkin org yang membantah ini lupa yang ramai anak muda di kuala tahan sekarang menganggur . nak harapkan kerja sebagai memandu pelancung berapa rm yang dpt . rumah bagi , saham felcra bagi , anak2 muda diberi kerja di felcra .bersyukur lah saudara saudara sekelian . jangan biarkan kuala tahan seperti tahun 90 an dahulu . tengok betapa maju nya kuala tahan sekarang kalau nak di bandingkan dengan maju lalu , bila malam menjelma lampu jalan , letrik 24 jam , jalan raya terus ke bandar jerantut . telefon chebek baik celcom , maxis dan DG boleh pakai walhal kalau saudara saudari nak tahu bukan ada keuntungan langsung pada syarikat telekomunikasi tersebut . sudah sudah lah meroyan membantah sana sini . kalau nak membantah mengapa tidak di bantah dahulu projek jalan dari sunagi retang ke kuala tahan , mengapa tidak di bantah projek tnb menyalurkan letrik 24 jam . sama sama kita pikirkan .

Unknown said...

Cuba buat survey pada orang Jerantut,deme setuju tak projek ni,confirm ramai yang setuju. bila ada keuntungan peneroka FELDA akan dapat dividen , hanya yang tak bersama ngan FELDA sahaja tak setuju. Orang yang tak pernah sokong FGV di senaraikan di bursa saham akan datang dulu bila diumumkan pasal dividen . Aku bangga jadi anak FELDA . Syukur alhamdulillah bila projek-projek nak buat dalam Tanah Felda atau kampung kampung berdekatan dengan FELDA .

Anonymous said...

syabas Ahli parlimen Jerantut kerana berpendirian kuat. membantah projek di pahang tidak bererti YB meningkar perintah Sultan. Yg meluluskan projek ialah pihak kerajaan. Selalunya projek pelik pelik macam ini ada banyak udang di sebalik batu dan ada banyak wang di situ untuk disonglap oleh mereka yg mengaku hanya hendak membela nasib rakyat.

sri hartamas

Anonymous said...

Bangga jadi anak FELDA lebih dari bangga jadi rakyat Malaysia? Perkauman betul. Kalau sayang Malaysia cuba la usaha majukan ikan tempatan. Kalau bukan kita yang nak majukan siapa lagi? Takkan UAE nak ternak kelah pulak.

Kena ingat, negara kita berada dalam top 10 negara yang paling diverse kat dunia. Taman Negara salah satu penyumbang. Projek ikan ni sebelah Taman Negara. Kalau tak diselenggara dengan jujur dan berkesan Taman Negara boleh mengalami kerosakan irreversible(tak boleh patah balik). Sebab tu orang gesa buat DEIA. Sebab tu MNS campur tangan. Tugas MNS ni nak protect alam sekitar, khazanah Malaysia. Lagi lagi kat Taman Negara tu tempat sensitif fasa 1 dan paling diverse. MNS pun buat kerja volunteer. Sukarela takde berbayar macam CEO. Semoga Allah merahmati Prof MM dan MNS dalam perjuangan beliau menyelamatkan ciptaanNya dari tangan manusia yang rakus.

usin malaun said...

felda yg untung tp peneroka mcm mana.kelapa sawit dan getah harga rendah dan apa lagi org kampung.

Anonymous said...

Salam,

Proje sturgeon ni memang bagus, sangat bagus untuk bagi peluang pekerjaan, tapi kepada siapa ye....memang janji kepada orang kampong.... esok2 yg penuh kat sana 2 bangla, indon n Vietnam huhuhuhuh, gaji murah la... skrg nie pun bangsa asing da ramai kat sana 2, cam kat kl, time pasar malam.... kata projek felda, Tanah felda kan luas.... xkan xde ruang kut.... kerrrr nak balak kat situ..... kawasan projek adalah kawasna dimana org kg ambik air.... mari kita rosakkan environment ramai2 hahahahaha

Anonymous said...

jangan tau sokong je, buatlah kajian tetang ikan ni, dagingnya tak dimakan hanya telur je yang dimakan, dahlah tu telurnya dimakan dengan air mabuk, bawaklah budaya tu ke kole tahan tuh..

Anonymous said...

wzwh ni dah separuh mereng dibuatnya apabila ura-ura MP dikatakan nak membatalkan projek stergeon tu, rupanya wzwh ini ada udang disebalik batu, apa yang dikejarkannya ialah KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CAVAIR PARK, inilah satu sifat kepentingan diri sanggup mengorbankan apa saja yang penting jawatan dan wang masuk poketnya, segala kenyataan MP yang mengatakan disokong projek tetapi mesti diangkat ke luar kawasan pelancongan taman negara disanggah dengan mengatakan MP tentang projek stergeon, jangan sukung membuta tuli, org yang melalak sukong wzwh tu dapat apa, dapat dosa jelah dok mengata MP..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024