Tuesday, September 2, 2014

Kesan Ekonomi Sturgeon Kepada Lembah Tembeling dan Jerantut




Ekonomi sturgeon boleh memberi kesan besar kepada pembangunan Lembah Tembeling yang terletak di DUN Tahan satu DUN paling besar dan luas dalam Semenanjung Malaysia.

Sememangnya sebagai sebuah DUN paling pedalaman dan mundur, dari sudut ekonomi , Lembah Tembeling memerlukan banyak pelaburan bagi pembangunan.

Pelaburan ini bukan sahaja pembinaan infrastruktur seperti jalinan jalanraya, jambatan, sekolah, bangunan , hospital, dsb tetapi pelaburan sumber ekonomi seperti kelapa sawit, getah, gaharu dll.

Felda melalui usahasama Syarikat Korea memperkenalkan sturgeon bagi penghasilan telur caviar satu sumber ekonomi berpendapatan tinggi diperkenalkan untuk generasi baru peneroka dan kampung-kampung tradisional.

Pelaburan sturgeon berjumlah RM150 juta ini dengan komplek Caviar Park lengkap kawasan pameran, akuarium dan pusat penyelidikan turut akan menjadi pusat tarikan pelancong di Kuala Tahan wilayah ECER seluas 50 ekar.

Projek ini untuk memastikan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk generasi baru peneroka FELDA dan kampung tradisional.

Ianya menjadi penyumbang utama agenda sekuriti makanan negara dengan membiak ikan di darat.

Penghasilan telur kaviar dan daging ikan sturgeon untuk diperkenalkan dengan jenama Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Mengubah perspektif orang ramai terhadap nilai kaviar dan memberikan kesan limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan dengan hasil pulangan yang tinggi.

Menjadi nilai tambah kepada Sektor Pelancongan, Sektor Perniagaan Kecil & Sederhana bagi Kerajaan Negeri Pahang.

Harga pasaran telur Kaviar boleh mencecah 7,000 USD sekilogram! (Harga terkini: USD4000/kg).

Apa faedah projek ini kepada rakyat DUN Tahan Jerantut?

  • Peluang pekerjaan kepada 300 warga tempatan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.
  • Menjana pendapatan dalam bidang akuakultur di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
  • Merangkumi 9 skop pekerjaan iaitu pembenihan, tapak semaian, penternakan, penyelenggaraa, pembangunan dan penyelidikan, fasiliti, pentadbiran, pelancongan dan pendidikan.
  • Peluang pekerjaan generasi baru FELDA dan kampung tradisional dengan Penternakan siput kecil untuk dijadikan sumber pemakanan ikan sturgeon.
  • Melahirkan Tenaga Pakar-Prospek tertumpu kepada golongan graduan Generasi Baru FELDA dan kampung tradisional dalam bidang agrikultur.
  • Pelajar akan menjalani latihan terlebih dahulu di Korea Selatan.

Felda boleh rebranding produk caviar sturgeon ini dengan brand Taman Negara yang meningkatkan lagi populariti Felda Rainforest Caviar.

Ekonomi caviar yang berpendapatan tinggi jika berjaya dilaksanakan nanti akan membuat kerajaan terpaksa membina jalinan jalanraya yang lebih besar, lebar dan selesa dari KL-Temerloh-Jerantut-Kuala Tahan bagi mempercepat kadar masa pengangkutan bagi tujuan eksport.

WZWH faham sentimen penduduk tempatan yang mahu supaya pengeluaran, penjagan penternakan ikan-ikan tempatan yang menjadi kebanggaan nenek moyang orang Tembeling seperti Ikan Jelawat, Kelah, Patin dan lain-lain di pertingkatkan.

Itu kita akan usahakan di.masa akan datang melalui teknologi sturgeon Korea. Mungkin pengalaman membela ikan Sturgeon ini akan memberi pengetahuan bagaimana kita akan meningkatkan juga penternakan dan pengeluaran ikan Jelawat, Kelah dan Patin terutamanya.

8 comments:

Anonymous said...

Untungya orang kuala tahan ada peluang pekerjaan mcm ni.. Tempat saya takde orang nak melabur.. Semua anak muda merantau keluar.. Pekerjaan disini pun sekadar menoreh getah kebun orang. Hutan tempat saya ni masih tebal. tapi hutan tebal buat apa? Babi je yg seronok duduk dlm tu. Rasa mcm nak pindah duduk kuala tahan pulak. Hi hi..

Anonymous said...

Dtg lah kami di Kuala Tahan ada banyak peluang2 dalam sektor ekopelancongan hinggakan ramai saudara2 kita dari kampong lain berhijrah ke K.Tahan utk bersama2 menikmati limpahan rezeki dlm ekopelancongan.Kami semua tidak perlukan projek sturgeon ini yang bercanggah dlm ekopelancongan kalau kampong lain hendak projek ini ambil lah.

Anonymous said...

Ayah saya orang kg sepial.. sekarang tak duduk situ dah.. Kebun getah masih ada disana itu pun banyak pokok di pijak gajah waktu tanam semula dulu.. Rasa mcm nak balik ke sana je.. sepial tu pun dekat dengan jeti taman negara dah.. Harap ada rezeki kat situ.

Anonymous said...

ini cerita lama la..
DEIA dah siap ke?

usin malaun said...

sepial dah dekat dgn labu sentral.apa dah jadi labu sentral ek.mcm dah jadi tempat jin bertapa aje.yg untung projek tu penghulu zul dgn dompok.

Anonymous said...

ini semua tipu, bodoh la kau laknat

usin malaun said...

Tipu apa dah kenyataan.kedai dah banyak yg gulung tikar. pejabat penghulu disitu hanya tinggal pejabat.penghulu zul asyik berpoya2 kat jerantut.sendiri tengok baru tau.kau yang laknat anom 12:02 PM.

Qarisma MA said...

Paling meriah masa aku buat kajian Temoleh di Sg Tembeling 2007-2008 dulu. Jeram Panjang tmpt bermandi manda...syok wooo...Khazanah di sana masih banyak. Cuma jgn terlalu rakus smpi alam sekitar tergadai.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024