Wednesday, October 15, 2014

Siapa Yang Lebih Berkuasa?




















Pengarah Jabatan Perikanan Pahang dalam Taklimat Sturgeon oleh Ketua-Ketua Jabatan  anjuran ahli parlimen Jerantut mengeluarkan kenyataan pada 30 September 2014 bahawa Jabatan Perikanan TIDAK PERNAH MELULUSKAN mana-mana permohonan spesies ikan sturgeon untuk dibawa masuk ke Pahang bagi projek perikanan di Kuala Tahan.

WZWH ulangi kenyataan itu pada 30 September 2014 di Dewan Penghulu Raja Kuala Tahan.


























Ini SURAT KELULUSAN permohonan untuk mengimport ikan sturgeon bagi projek penghasilan kaviar di bawah naungan Felda kepada Pengarah Besar Felda OLEH Ketua Pengarah Perikanan Malaysia SALINAN KEPADA terutama KEPADA Pengarah Perikanan Negeri Pahang pada 12 Jun 2014.

WZWH ulangi surat kelulusan pada 12 Jun 2014.


























Dari 12 Jun 2014 hingga 30 September 2014 ada 3 bulan 18 hari bahawa surat ini yang di salinan kepada Pengarah Perikanan Negeri Pahang ada di atas meja.

Bagaimana Pengarah Perikanan Negeri Pahang boleh buat kenyataan bahawa Jabatan Perikanan tidak pernah lulus projek sturgeon?!

Persoalannya siapa yang lebih berkuasa?

Syarat-syarat kelulusan:


11 comments:

maae said...

Selama ini saya baca dan amati tulisan saudara tentang projek ikan sturgeon ini.

Sekali imbas, cara jabatan dengan jabatan lain seolah nya tidak professional. Dalam zaman siber, masih tertidur lagi ? Cara komunikasi seolah nya di era 60an dan kekalutan tidak di ketahui wakil politik yang di pilih di sana ?! Pelik. Projek besar yang di katakan berpotensi, tiada siapa bertanggung jawab ?

Pahang di bawah Kerajaan Persekutuan. Pelaburan untuk apa ?

Anonymous said...

Pengarah perikanan n.pahang ni wat malu jabatan je ler...jenguk2 la surat kat atas meja tu sebelum buat sebarang kenyataan...

usin malaun said...

asal berkawan aje dengan MP Jerantut gerenti jadi gila macam dia juga!

MP jerantut akan buat apa saja untuk menggagalkan projek yang adun tahan bawak ke jerantut!sedang kan dia sendiri tak reti dan tak mampu nak bawak sesuatu ke jerantut!

berpakat dengan pengarah perikanan untuk menggagalkan projek ini jelas menunjukkan MP jerantut adalah pengkhianat kepada rakyat jerantut!

Anonymous said...

aku rasa mp tak gila yg gilanya usin malaun dgn zurik gelaran sesuai utk mereka ialah bapak pemecah belah umno jerantut.

Anonymous said...

Are u sure that was not a fake letter??? Almaklumlah u and ur boss kan suka plastikkan semua jenis doct. Sure ke doct tu di tandatangan sendiri oleh yang berkenaan atau hanya di ambil copy dan paste dari mana2 tmpt..hai lah dunia..dah boleh panggil dato` copy dan dato` paste ni...hahaha..

Anonymous said...

Puak-puak ahli parlimen dan Aki Jalil yang menantang projek sturgeon Kuala Tahan aje kata ini surat palsu. Pada mereka PM, Menteri Besar, Felda, ADUN, Ketua-ketua Jabatan dan majoriti orang kampung menipu belaka. Hanya ahli parlimen Jerantut yang benar dan betul belaka.

awang cadoi said...

Belum tentu kesahihan suratnya. apa2 pun tangan2 yg tertentu boleh mengubah selagi ada kuasa pada mereka.Pengerusi Felda sekarang yg pernah disabit Rasuah yg disahkan sendiri UMNO dan tidak boleh bertanding naib pengerusi UMNO satu masa dulu mcm mana blh dilantik pengerusi Felda.selagi ada kuasa buatla apa yg awak suka wahai kaki2 pengampu semua.biarlah semua khazanah negara hilang semuanya.lihat lah air sungai pahang tak sejernih dulu dipenuhi keladak2 org2 yg rakus.janganlah kita tergadah sekarang biar la kita tergadah dimasa akan datang.

Anonymous said...

Nak tanye sikit...projek ikan sturgeon ni dah dpt kelulusan dr smua pihak ke.... kenape kalu semua kelulusan (eia dll) tu tak dpt lg, tp kelulusan bw masuk ikan tu dah dapat?????? Ape step2 yg perlu untuk projek ni dr awal smp dia boleh di benarkn utk diteruskn ea?? Boleh ke kalu smua kelulusan(dr pej tanah, eia, perikanan dll) tak dpt lg tp hutan dah di terangkn??? Aku tak brp faham gak ni....bayak projek skrg ni main langar je dulu pastu br kecoh/pikir psl kelulusan

USIN GAMPANG said...

STEP YANG PERTAMA BALAK DIDAHULUKAN.PEDULI APA DENGAN FLORA DAN FAUNA.YANG HIDUP MESTI KENA CARI RZKI LEBIH.

BR1M said...

dah tertera nak lagi disoal, pas ni kata surat tu diphotoshop pulak, adoi malu..

Anonymous said...

sabar dulu tak payah gadoh-gadoh. Kita tunggu saja laporan kementerian-kementerian yang terlibat. Jika tidak menjejaskan adalah amat wajar diteruskan kerana ia adalah proposal yang baik untuk pembangunan masa hadapan hulu tembeling.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024