Sunday, November 2, 2014

Apa Pemimpin Politik Dan Korporat Boleh Belajar Dari Kemenangan Piala Malaysia Pahang?




Selalunya pemimpin politik dan korporat guna contoh-contoh kejayaan operasi military sepanjang sejarah dunia dalam mengenal pasti strategi dan taktikal yang diaplikasi mencapai kemenangan dan kejayaan.

Kadang-kadang kekalahan dalam peperangan dijadikan iktibar dan kekurangan diperbaiki.

Pemimpin politik dan korporat yang memandang ke depan selalu mengkaji kejayaan dan kemenangan operasi militari yang diterjemahkan oleh ahli akademik dan pengkaji.

Pemimpin politik dan korporat juga boleh guna contoh kejayaan dalam mana-mana sukan umpamanya kejayaan pasukan Pahang mempertahankan Piala Malaysia 2014.

Dalam perlawanan Final malam semalam, Pahang yang ketinggalan 1-2 kepada JDT dengan 10 orang pemain selama lebih 50 minit termasuk masa tambahan dapat menyamakan kedudukan 2-2 dan menang penalti 5-3.

50 minit yang terakhir dengan 10 pemain Pahang terpaksa berdepan pemain All Stars dan separuh pemain forward Malaysia dari JDT.

Serangan bertali arus JDT dengan banyak peluang yang terhidang termasuk dua kali bola kena tiang gol Pahang membuktikan kesunggguhan usaha JDT.

Namun Pahang dapat bertahan dengan 10 pemain yang berdisiplin tinggi, bekerja kuat membuat lebih dari satu tugasan, organisasi yang bertindak sebagai satu unit yang mentap dan in order, sabar dan tenang terus berjuang hingga tamat tambahan masa. Pahang bangkit dalam keadaan yang sukar.

Pujian harus diberi kepada para pemain, coach Zainal Abidin Hassan dan kepimpinan YAM Tengku Muda Pahang. Juga penyokong Pahang dan Ultra Elephant Army yang senantiasa memberi sokongan.




Kepimpinan YAM Tengku Muda Pahang berjaya membawa team bolasepak Pahang ke era kegemilangan dan menyatupadukan seluruh rakyat Pahang terutama golongan anak-anak muda bersemangat  mencintai negeri Pahang.

Walaupun JDT gagal lagi untuk menjulang Piala Malaysia setelah 23 tahun namun WZWH merasa kagum dan memuji sikap DYAM TMJ yang mempunyai pandangan jauh dan berfikiran positif.




"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.

Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


WZWH percaya dan yakin kepimpinan DYAM TMJ di masa hadapan boleh membentuk pasukan JDT yang kuat dan menyumbang kepada pembangunan bolasepak Malaysia. Patik kagum dengan semangat Tuanku meyatukan rakyat Johor terutama anak-anak muda.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang pun selaku Presiden FAM juga  berpendapat DYAM TMJ boleh menjadi pemimpin bolasepak yang berkaliber dan berpengaruh pada masa hadapan.

7 comments:

Anonymous said...

Datuk..johor tu dibangunkn pasukan nya dgn duit..datuk xrasa mcm tu ker?..bkn lah menidakkn usaha TMJ..tapi sesunguh nya saya lebih kagum dgn pembangunan bolasepak di pahang..kalo team Negeri nak cari player negeri sndri xsmpai 3org..jgn kata lah itu pembangunan..hogoh pahang hogoh

Unknown said...

JDT ialah kelab .. nak bangunkan apa pun kena ada modal .. takkan nak guna air liur ...

Anonymous said...

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Johor_Football_Association

Anonymous said...

Tun Teja..org johor ke?kikiki...kelab ngan persatuan pn xboleh beza.hehe

Usin Gampang said...

APA2 PUN KENA ADA MODAL!KALAU TAK PAKAI MODAL RAMAI YANG NAK TUBUH PASUKAN MASUK LIGA M,TERMASUKLAH ANON ATAS SEKALI! DIA PAKAI DAUN KELAMBU RIMAU AJE NAK TUBUH KELAB BOLA SEPAK! LIGA EROFAH PUN PAKAI DUIT,TAK PAKAI CIRIT!HOGOH PAHANG HOGOH!!

Anonymous said...

Bete dah usin gampang..maru kate kas...

Anonymous said...

Hogoh tu mnda wok?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024