Thursday, December 18, 2014

EXCO Pertanian Menjawab Isu Sturgeon Di Sidang DUN Pahang




YB Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DSAP., DIMP., SMP. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Pahang.




















Dato' Shafik Fauzan EXCO Pertanian Pahang menjelaskan dengan terang menjawab isu sturgeon bagi pihak kerajaan di Sidang DUN Pahang.

WZWH tidak nafikan isu sturgeon memerlukan penerangan kepada rakyat. Bagaimana rakyat mahu faham kalau ada ADUN dan dikalangan EXCO Pahang sendiri pun tidak faham. Ada ADUN yang memegang Pengerusi Badan Berkanun dan Agensi pun tidak faham. Juga ahli parlimen pun tidak faham.

Walaupun ini projek Felda usahasama dengan Syarikat Korea bernilai RM150 juta dekat Kuala Tahan Jerantut tidak terdaya untuk Felda menerang kepada rakyat, pihak kerajaan yang terlibat perlu memberi penerangan.

Blog WZWH telah memberi penerangan kepada pembaca blog WZWH sejak 2012 dulu. Isu sturgeon telah menimbulkan polemik dan perbahasan kepada masyarakat, NGO dan parti politik.

Hinggakan Presiden Obama telah bertanya kepada pemimpin tertinggi negara, "How to pronounce J-E-R-A-N-T-U-T?  (Bagaimana mahu sebut JERANTUT!)

Why? Because I read blog, press about sturgeon project in Jerantut..

How big is your sturgeon farm in Jerantut?".

Presiden Putin pun pernah berseloroh bahawa suatu hari nanti projek sturgeon di Kuala Tahan boleh mengalahkan wild sturgeon Rusia di Siberia!

Begitulah isu penternakan sturgeon di Jerantut telah menarik perhatian pemimpin superpower dunia.

Isu penternakan ikan sturgeon telah mendominasi Persidangan Sidang DUN Pahang kali ini.

Berikut jawapan lisan dari Dato' Shafik Fauzan EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Pahang:
















































































































YB Adansura bin Rabu selaku ADUN Beserah PAS mencelah bahawa ianya bukan soal isu ikan sturgeon itu tapi lokasi tapak yang dipilih oleh Felda itu merupakan tanah yang orang kampung telah memohon kepada kerajaan tapi ditolak oleh kerajaan dengan alasan itu kawasan sensitif.

Dato' Shafik Fauzan telah menjawab bahawa Felda sebagai agensi kerajaan mempunyai perancangan bagi membantu ekonomi orang kampung.

Sebelum itu dalam sesi semalam YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan BN telah membidas ADUN Beserah PAS kerana berdemonstrasi menentang projek sturgeon Kuala Tahan di kawasan tapak tanpa merujuk beliau pada pertengahan tahun ini.

ADUN Tahan bertanya kepada ADUN Beserah sebagai Pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Pahang kenapa tidak pergi berdemonstrasi ke Kelantan (Ulu Lebir yang penebangan balak di Kelantan) telah membuatkan Sungai Sat dalam kawasan Taman Negara Pahang semakin kering air sungainya walau tiada penebangan balak dalam kawasan Taman Negara Pahang.

9 comments:

Anonymous said...

Bab Obama tu mcm mungkar jer. Mesti dgr temberang boss ni.

Anonymous said...

Semua dusta berlaka...ada kepentingan peribadi tu...pembangunan konon.check dgn badan kerajaan yg berkaitan,dari kuala tahan sampai ke ulu tembeling sana,berapa ratus hektar tanah dh di ambil oleh org2,syarikat2 tertentu..sawit,getah, ect...yg buncit perutnya siapa?yg kempis perut siapa?org kg dh buka mata di sana...org kg nk buka tanah utk berkebun,buat rumah utk anak2 mcm2 alasan di beri..tp bila syarikat besar,org2 berpangkat mohon sekejap je nk lulus...apa semua ni???????

Anonymous said...

Anon 8:54 tak reti baca fakta yang buat ladang getah dan kelapa sawit beribu ekar di Ulu Tembeling itu adalah badan kerajaan spt Felcra, Yayasan Pahang, PKNP dsb ini utk ekonomi Negeri Pahang dan memberi peluang pekerjaan bagi penduduk Ulu Tembeling.

sokong penuh said...

kami menyokong penuh usaha projek penternakan ikan sturgeon TAPI buatlah di belakang rumah YB.
Bukan dalam hutan yang akan kami tinggalkan untuk anak cucu kami..

Anonymous said...

Sturgeon pun perlu kawasan nature dan sunyi sepi. Bukan semua 30 ekar itu ditebang, hanya minima dan bila kompleks caviar itu siap akan ditanam semula pokok-pokok. Lagi pun hutan itu terletak di luar kawasan Taman Negara di seberang Sg Tembeling.

Anonymous said...

8:45.x reti baca fakta?berapa ketul peluang pekerjaan?.negeri pahang je nak duit?habis penduduk yg x bekerja dgn sawit atau getah tu nk makan apa?fhm dlu maksud sy kat atas tu,jgn nk bahan terus.dri kuala tahan sampai ke ulu tembeling mslh utamanya rumah utk anak2.mohon tanah utk buat rumah x dpt.tp projek2 gitu mudoh plk lulus..penduduk nk buka tanah utk pertanian x dpt..cm mn melayu nk kaya,mcm mn melayu nak maju klu asyik kerja bwh org?ambil contoh bangsa cina cukup la.mcm mn dia nk majukan kaum dia.tukang cuci melayu,jaga supermarket melayu,bwk lori melayu.tp sape owner semua tu????..

Anonymous said...

Masih dlm kawasan sensitif...dengar juga suara rakyat...alihkan di luar kawasan sensitif tu...

Anonymous said...

Exco Pertanian tu bukan x tau hal2 alam sekitar.asal dri perlancongan juga tu.tp x tau cm mn boleh dia sokong tnpa tengok kwsn tu dlu...

Anonymous said...

Yg anehnya dgn pojek telur ikan nie ialah mamat2 jerantut mcm nak giler promote. Beria2 betul bgtahu tentang kebagusan pojek penjanaan ekonomi rakyat tempatan. Felda yg sponsor diam je tapi hero2 jerantut terlajak promosi. Lebih mangkuk dari bubur. Mesti ada sesuatu yg berikan. ( Agar nampak genius kenalah sebut dlm BI " got sumting fishy one " )

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024