Nuffnang Ads

Pages

Thursday, April 30, 2015

Najib Jawab Mahathir: Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone




Blogger otai A. Kadir Jasin menulis posting Mohd Najib: Pantang Anak Bugis Menyerah Kalah. Beliau memperlekehkan warisan budaya Bugis yang semangat 'chi' Najib cuba sampaikan.

Barangkali sebab A. Kadir Jasin orang Utara tidak berapa faham sejarah warisan Bugis. Sebagai juga blogger sejarah ada baiknya WZWH memberi pencerahan sejarah supaya pembaca blog WZWH boleh memahami sejarah politik etnik yang kita warisi.

Politik Bugis didasari oleh pepatah lama yang bermaksud (lebih kurang) "kuasai sesuatu melalui tiga cara iaitu hujung hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris"

Maksudnya melalui diplomasi, perkahwinan dan peperangan. Mungkin ada bangsa lain yang boleh berhijrah dan berjaya di tempat asing tetapi hanya Kaum Bugis adalah satu-satunya bangsa Melayu yang boleh menjadi pemimpin atau raja di luar tempat asal mereka.

Pada orang Malaysia biasa etnik kaum dibahagi kepada orang Melayu, orang Cina, orang India dan lain-lain Bumiputera serta orang Asli.

Di Malaysia politik tidak boleh lari dari ras dan agama. Namun Malaysia selepas 55 tahun merdeka dari British, rakyatnya boleh hidup dengan aman.

Perikatan kemudian BN berjaya dengan formula 3 kaum utama bekerjasama membina negara lalu menjadi parti paling lama memerintah dalam dunia.

Dalam politik mentadbir negara banyak cabaran-cabaran baru harus dihadapi dan diurus demgan baik. Jika tidak kuasa akan berpindah ke parti lawan.

Jika mahu studi politik Malaysia kena juga studi politik UMNO yang merupakan tulang belakang BN.

Bila mahu studi politik UMNO parti orang Melayu mahu tidak mahu kita kena studi sejarah dan budaya Melayu melangkaui berbagai etnik.

Dalam sejarah nusantara alam kepulauan Melayu, kuasa politik yang yang unggul sekali ialah Empayar Srivijaya (abad 7-13), kemudian Empayar Majapahit (abad 13-15), seterusnya Empayar Melaka (abad ke 15).

Kemudian Empayar Johor-Pahang-Riau (abad 16-19).

Srivijaya berpusat di Palembang di Pulau Sumatera adalah orang Melayu. Majapahit berpusat di Pulau Jawa adalah orang Jawa.

Melaka adalah dari keturunan Srivijaya. Juga Johor-Pahang-Riau adalah dari keturunan Melaka.

Dari mana orang Bugis datang? Bugis datang dari Pulau Sulawesi. Ada ahli sejarah kata orang Bugis usul berasal dari Pulau Sumatera kemudian berhijrah ke Pulau Sulawesi.

Bila orang Bugis berpolitik? Orang Bugis dikenali sebagai pelaut dan pahlawan. Peranan politik orang Bugis muncul bila berlaku perpecahan dalam politik Empayar Johor Pahang Riau.

Pembesar Melayu minta tolong orang Bugis akhirnya orang Bugis boleh menguasai politik orang Melayu.

Sebelum ini orang Tamil Muslim berperanan politik pada akhir zaman kegemilangan Melaka. Bila orang Tamil Muslim bermusuh dengan pembesar Melayu maka Melaka cepat jatuh.

Hingga ke hari ini pun orang Tamil Muslim atau mamak berpengaruh.

Berbalik kepada orang Bugis. Bila orang Bugis menguasai politik, mereka pandai menguasai kedudukan yang berpengaruh. Orang Bugis boleh buat Sultan Melayu sebagai boneka.

Orang Bugis mengahwini anak-anak mereka dengan anak-anak pembesar Melayu maka lagilah kuat ikatan politik mereka. Akibatnya Sultan-Sultan Johor, Pahang dan Selangor dicatur oleh orang Bugis menaiki takhta mestilah ada darah campur Bugis walau sebelah emak atau nenda!

Cuma bila pembesar Melayu sudah merasakan orang Bugis sudah terlalu berkuasa maka akhirnya pembesar Melayu berpakat dengan Belanda menghalau orang Bugis.

Akhirnya hilang pengaruh orang Bugis. Ramai orang Bugis sudah assimilasi dengan orang Melayu hingga mereka hilang identiti mereka.

WZWH bukan orang Bugis tapi untuk berlaku adil kepada sejarah mestilah WZWH cerita benda yang benar dan mengakui serta mengiktiraf kelebihan berpolitik sesuatu etnik Melayu itu.

Dalam sejarah politik moden orang Melayu di Malaysia ini adalah era the rising of the Bugis clan.

Perdana Menteri ke dua Almarhum Tun Razak adalah berdarah Bugis. Tidak perlu WZWH cerita kehebatan dan kejayaan Tun Razak. Semua orang tahu.

Yang penting selepas PRU 1969, ketika Perikatan mencapai majoriti mudah dengan rusuhan kaum maka Tun Razak lah menjadi harapan UMNO dan Perikatan membina dan menyusun kembali negara ini.

Tun Razak rebrand Perikatan kepada Barisan Nasional (BN) hingga parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan masuk BN.

Sekarang post PRU 13 lagi sekali DS Najib terpaksa meyakinkan majoriti rakyat Malaysia bahawa dengan cabaran-cabaran politik, ekonomi dan sosial baik dari domestik atau global lagi sekali beban politik yang berat ini dipikul oleh anakanda Tun Razak ini.

DS Najib PM Malaysia ke 6, Orang Kaya Indera Shah Bandar ke 11, Putera Gowa yang merantau ke 11 generasi dengan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Posting WZWH kali ini mengkaji kenapa Bugis boleh memerintah Malaysia. Kita kena kaji sejarah bangsa Bugis. Dari mana Bugis datang?

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.

Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh British bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni (digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan Inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis.

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14. 

Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan. 

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu. 

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. 

Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di Sulawesi selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.

Sementara itu di Sabah, rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, bangsa Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia berbangsa Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. Begitulah sumbangan besar bangsa Bugis kepada negara Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia yang ke dua Almarhum Tun Razak adalah dari etnik Bugis. Sekarang DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang ke enam. Ramai peramal politik dunia meramalkan DS Najib akan mendapat mandat baru dalam PRU 14 nanti.

DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia. Di Pahang beliau ialah Orang Besar Berempat Syahbandar. Kenapa beliau ada 'daulat' sebab DS Najib adalah keturunan Kesultanan Gowa ke 19: Raja Gowa ke 19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Gowa terletak di Sulawesi Selatan penempatan masyarakat Bugis-Makassar.

Salah seorang cucunya bernama Muhammad Nazaruddin Karaeng Agang Jene' atau sebutannya Karaeng Aji. Karaeng Aji adalah keturunan langsung Raja Gowa Sultan Abdul Djalil. Bondanya Siti Aminah adalah puteri Sultan Bima.

Sebagai keturunan langsung Raja Gowa, Karaeng Aji merasa lebih berhak menjadi Raja Gowa dari pada La Pareppa, apalagi Beliau telah dicadangkan oleh Dewan Adat Bate Salapang untuk menggantikan La Pareppa sebagai raja Gowa (namun akhirnya yang menggantikan La Pareppa adalah I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi).

Tapi Karaeng Aji tidak mau ribut, maka seperti kebiasaan orang-orang Gowa Makassar maka beliau pun pergi merantau meninggalkan Gowa pada tahun 1722 menuju Negeri Pahang. Di negeri Pahang, Karaeng Aji berhasil menjadi Syahbandar dan mendapat gelar Toh Tuan.

Setelah itu, Karaeng Aji kemudian menikahi salah seorang Puteri di negeri Pahang dan memiliki banyak keturunan di sana. Beberapa cucu dan cicitnya di kemudian hari menjadi orang sukses dan nombor satu di Malaysia diantaranya : Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM Malaysia sekarang/ Ke 6), Tun Abdul Razak (PM Malaysia ke 2) dan Tun Musa Hitam.

5 comments:

Anonymous said...

Najib mana pernah hidup susah.Lahir-lahir semua benda dah depan mata lepas tu menyusahkan orang pulak.

Anonymous said...

Hebat mana pun andai takdir Allah menggerakan hati serumpun melayu-muslim di Tanah Melayu Najib jatuh akan tetap jatuh. Bukan kerana benci keatas Najib akan tetapi lebih kepada nasib dan maruah Agama-Bangsa-Negara rakyat melayu-Islam dihari mendatang.

Jangan dibangga bugis kamu tuh. Mengambil sifat 'superiority complex' akan lebih cepat lah kamu menyembah ke bumi.

Adakah sudah 'deal' bila Tun M telah bertukar arah bagi mengelak kan kekalahan yang lebih daif di PP & kemenangan-sedikit diRompin?

Rakyat tak Bodoh tapi andai Rakyat buat bodoh tak keluar mengundi akan terasa perit nya nanti!

kiasfansuri said...

terbaik tuan. bagi yang buta sejarah mcm saya, artikrl ini sangat bermakna.

Anonymous said...

Malangnya sejarah Bugis yang hebat itu akhirnya dimusnahkan oleh tatalaku dan perangai seorang lagi Bugis yang ditawan Minagkabau jadi kerbau.

Pemimpin Bugis ini bukan sekadar memalukan keluarga Bugisnya, bangsanya tetapi dialah juga meranapkan sejarah gemilang parti UMNO Malaysia.

Dizamannya lah juga dua kapalterbang hilang depan mata tanpa ada jawapan pasti, mungkin angkara Lanus Bugis Udara.

Anonymous said...

Anon 11.43am

Laki-lakikah Minangkabau yang menwan si BUGIs dijadikan kerbau?

Nak pencerahan agar dapat kita pastikan yang sebenar.

Lidah dah ditawan, kore pun juga sama. Kira tunggu satu lagi la macam ni.