Nuffnang Ads

Pages

Sunday, April 19, 2015

Tun Mahathir Yakin BN Pertahan PRK Parlimen Rompin

Tun Dr Mahathir Mohamad says he is more concerned about the problems plaguing Umno today than working with the opposition to oust the prime minister. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, April 19, 2015.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad optimis Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah untuk terus mempertahan kerusi Parlimen Rompin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu 5 Mei depan.

Beliau berkata ini kerana BN mempunyai sokongan kuat pengundi kawasan itu terhadap kepimpinan bekas Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sejak 1990.

“Di Rompin, sokongan BN masih ada…pasti menarik untuk tahu marginnya kali ini,” katanya kepada pemberita pada forum antarabangsa ‘Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan’ di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Semalam, BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Dato' Hasan Ariffin, 62, yang juga bekas timbalan menteri besar Pahang sebagai calonnya bagi PRK Rompin.

Mengenai PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini, Dr Mahathir berkata BN bakal berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi itu kerana penyandangnya Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kuat di kawasan berkenaan.

“…ia pasti sukar, ada penyokong fanatik di situ. Orang yang tidak hiraukan realiti, tentang kebenaran, mereka sokong secara membabi buta,” katanya.

No comments: