Nuffnang Ads

Pages

Monday, April 6, 2015

Pandangan Arwah JJ Yang WZWH Fikir Relevan Jika Mahu Tarik Pengundi Bandar



Allahyarham Tan Sri Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis (JJ) walau berasal dari Pekan begitu minat dengan gulai masam tempoyak ikan patin sungai dan gulai rong (makanan tradisional asal Ulu Tembeling). Di sebelah beliau ialah Dato' Sri Mohd Sharkar bin Shamsuddin EXCO Kanan Negeri Pahang.

JJ adalah seorang ahli politik Pahang yang bernas pemikirannya dan pemikir. Ada pandangan Arwah JJ yang pada WZWH fikir masih relevan jika UMNO dan BN mahu tarik minat pengundi bandar.

Perlukah DS Najib Reverse Dasar Tun Razak Sesuai Dengan Peubahan?

Soalan ini jika ditanya akan mendapat bantahan dari hardcore UMNO. Adakah hardcore UMNO mengkaji adakah Dasar Tun Razak masih relevan hari ini?

Apakah hasil dari Dasar Tun Razak? Kawasan luar bandar @ rural menjadi semi-urban dan akhirnya bandar yang semakin berkembang.

Bandar menarik orang luar bandar berhijrah mencari kehidupan terutama orang Melayu. Bandar ada tarikan tamadun. Yang penting orang mahu pekerjaan dan peluang bisnes kerana pasaran yang besar.

Sara hidup di bandar lebih tinggi dari di luar bandar. Keadaan sudah berubah. Dulu miskin kampung sekarang ini miskin bandar.

Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar negara ini berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Lebih 70% penduduk Malaysia tinggal di bandar dan majoriti yang berpendapatan di bawah RM3000 adalah Melayu.

WZWH telah membawa usul ini dalam Mesyuarat Pemuda dan UMNO Bahagian Jerantut 2011 sila klik sini.






























YB DS Dr Jamaluddin Jarjis menerangkan lebih lanjut dalam ucaputama Konvensyen Ekonomi Pahang pada 29 Februari 2012 bahawa PRU 12 menunjukkan pengundi bandar lebih berminat dengan isu korupsi, perumahan, keselamatan awam, sara hidup, pengangkutan dan tadbir urus yang baik.

Kerajaan BN perlu respon kepada keperluan pengundi bandar. Orang bandar menghadapi masalah dan tekanan kewangan.

Program-program Jaringan keselamatan Sosial seperti Klinik 1M, KR1M, SARA 1M, BR1M dan Projek Perumahan Rakyat 1M mensasarkan segmen orang bandar yang gawat kewangannya.

BN perlu menekankan dasar-dasar yang responsif kepada keperluan berbagai level masyarakat. 

Tun Razak memperkenalkan Felda kepada penduduk luar bandar bagi menyelesaikan keperluan ekonomi mereka di hutan rimba yang ditransformasi sepenuhnya.

Apa yang DS Najib perlu perkenalkan kepada penduduk bandar yang lebih bertamadun yang boleh transformasikan ekonomi mereka?

Kita sudah lihat DS Najib sudah perkenalkan NEM, GTP dan ETP. Apa program lagi yang DS Najib perlu secara kreatif dan inovatif membaiki taraf hidup penduduk bandar?

Secara mudah bila pelaburan banyak masuk, ekonomi berkembang, banyak pekerjaan dan peluang bisnes dicipta maka miskin bandar dapat dihapuskan.

Perlukah DS Najib reverse dasar Tun Razak sesuai dengan perubahan? 

Bolehkan dasar memaju dan memakmurkan luar bandar pada akhirnya dapat memanggil kembali orang bandar kembali pulang ke desa bila pertumbuhan ekonomi luar bandar berkembang?

Jamaluddin Jarjis percaya DS Najib perlu reverse dasar Tun Razak manakala WZWH masih mahu pertahankan dasar Tun Razak kerana 70% dari kerusi parlimen berjumlah 222 itu berada di luar bandar. 

WZWH mahu pertahankan kekuatan pengundi luar bandar yang merupakan 'fixed deposit' dan penyokong kuat BN.




Walaupun masih terlalu awal untuk WZWH analisa PRK yang bakal diadakan di Parlimen Rompin berikutan kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham DS JJ namun WZWH masih ingat buah fikiran DS JJ mengenai bagaimana strategi UMNO dan BN menghadapi PRU 13 cukup membuka minda WZWH.

"Kita mesti bersedia bila-bila masa tidak kira 6 bulan, setahun atau setahun setengah dari sekarang..."

UMNO perlu berkempen keluar dari kepompongnya mesti sampai ke pengundi bukan Melayu...UMNO perlu melibatkan diri dengan masyarakat bukan Melayu...jangan hanya memberi fokus kepada pengundi Melayu sahaja...

Jika kita lihat kajian sikap yang dibuat oleh sayap dan jentera parti hanya fokus kepada orang Melayu sahaja...kita tiada buat kajian sikap terhadap pengundi bukan Melayu..."

DS JJ bernasib baik parlimen Rompin mempunyai pengundi 90% lebih orang Melayu yang majoriti terdiri daripada peneroka Felda dan komuniti minoriti orang asli dan orang Cina.

Tidak seperti parlimen Jerantut terdiri dari pengundi bercampur hanya 67% pengundi Melayu. Namun apa yang disaran oleh DS JJ itu memang ada kebenaran faktanya.

No comments: