Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, April 8, 2015

Keberangkatan YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah ke Kg Labu Dan Kuala Tahan




Keberangkatan YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah ibni Tengku Abdullah, anakanda Tengku Mahkota Pahang ke Kg Labu dan Kuala Tahan, melawat rumah banjir yang dibaiki, kurniaan sumbangan dan ramah mesra bersama penduduk. Raja dan rakyat berpisah tiada. Daulat Tuanku.

Semalam hari Selasa 7 April 2015 hingga Rabu 8 April 2015 bermula keberangkatan dan lawatan YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah ke Kg Labu dan Kuala Tahan dalam DUN Tahan Jerantut.

Ini adalah program rasmi YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah ibni KDYTM Tengku Abdullah bagi menyambung misi kerja kemasyarakatan pasca banjir kampung-kampung tradisional di Sg Tembeling yang diinisiatifkan oleh Bonda KDYTM Tengku Puan Pahang.

Di Kg labu sebanyak 8 rumah telah dibaiki oleh NGO-NGO naungan Tengku Puan Pahang. Sebelum ini Tengku Puan Pahang telah berangkat sebanyak dua kali.

YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah meninjau dan memantau progress pembaikan rumah-rumah mangsa banjir. Baginda turut juga menyampai kurnia sumbangan kepada 38 mangsa banjir.



YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah diiringi Penghulu Tembeling Tengah, Tok Empat Kg Labu, pegawai-pegawai pengiring Baginda melawat rumah mangsa banjir yang dibaikpulih.




YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah adalah seorang putera Raja yang sangat perihatin kepada rakyat Pahang lebih-lebih lagi musibah banjir 2014. Baginda mewarisi keperihatinan dan kecaknaan Ayahanda KDYTM Tengku Abdullah dan Nenda DYMM Tuanku Sultan Pahang kepada hamba rakyat Pahang.



YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah mendengar penerangan status progres membaikpulih rumah mangsa banjir Kg Labu yang disampaikan oleh En. Zulkefly Zaadon Zabir, Penghulu Mukim Tembeling Tengah.



Di Labu Sentral, YM Tengku Hassanal Ibrahim berkenan menyampaikan kurnia sumbangan kepada 38 mangsa banjir Kg Labu.



Rakyat jelata Pahang menaruh harapan yang tinggi kepada YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah yang merupakan 'the future-future King of Pahang'. Baginda adalah cucuanda kepada Sultan Pahang dan Almarhum Sultan Johor.

Di Kuala Tahan , Baginda melawat Pusat Santuari Ikan Kelah di Sg Tahan, Canopy Walkaway, Perkampongan Orang Asli Batek selain dari beramah mesra dengan penduduk Kuala Tahan.

Baginda bermalam di Kuala Tahan dan mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin di Masjid Kuala Tahan. Baginda turut mengurnia sumbangan kepada tabong Masjid Kuala Tahan.



Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin di Masjid Kuala Tahan.




YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah menyampaikan titah Diraja kepada jemaah Masjid Kuala Tahan.

Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin bersama YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah di Masjid Kuala Tahan. Jamuan makan yang sangat enak, beramah mesra bersama khairiah masjid yang ramai.

Alhamdulillah, Raja dan rakyat berpisah tiada, Daulat Tuanku. patik WZWH sentiasa mendoakan agar YM Tengku, Ayahanda KDYTM Tengku Mahkota, Bonda KDYTM Tengku Puan, Nenda DYMM Sultan Pahang dan Nenda sultanah serta seluruh Kerabat sentiasa sihat walafiat dan sejahtera di singahsana Negeri Pahang Darul Makmur yang tercinta ini..aamiin.



YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah menyampaikan sumbangan kurnia kepada Pengerusi Masjid Kuala Tahan.



Sebahagian dari jemaah dan kariah Masjid Kuala Tahan.





YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah bersama-sama penduduk Kuala Tahan menikmati jamun makan malam selepas Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin di Masjid Kuala Tahan.



YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah breakfast di restoran rakit Kuala Tahan sebelum melawat Pusat Santuari Kelah Sg Tahan, Canopy Walkway dan Perkampung Orang Asli Batek. YH Dato' Hj Nazri bin Ngah Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut sedang melayan Baginda.




Foto shot YM Tengku Hassanal Ibrahim Shah sedang mandi manda di Sg Tembeling.

No comments: