Nuffnang Ads

Pages

Saturday, April 4, 2015

Tun Mahathir Perlu Sokong Najib Bina Kekuatan Bangsa




Berikut merupakan kenyataan penuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Raffi berhubung kritikan secara terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak : -

Sebagai anak muda saya berasa amat sedih apabila melihat kemelot menghentam Presiden UMNO di buat secara terbuka dan berterusan oleh YABhg Tun M, mantan Presiden UMNO. Dalam masa kita melihat kepimpinan UMNO semakin mendapat perhatian dalam membina kembali kekuatan parti.

Pada PRU13, ada juga yang meramalkan BN akan kalah tetapi sebaliknya berlaku, segala yang terjadi semasa PRU12 dan 13 tidak lain tidak bukan ianya ada kene mengena dengan hentaman terus menerus Tun M kepada Perdana Menteri yang lepas.

Dato' Seri Najib sudah pun bersumpah dan menafikan beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan kes ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah.

1MDB sudah di buka kepada siasatan audit dan sekiranya ada sebarang salah laku, proses perundangan akan di ambil terhadap pihak-pihak yang terbabit ke muka keadilan.

Dalam dunia politik, desakan pembangkang, fitnah, wujud persepsi negatif, pandangan negatif semua ala tegar biasa, semasa zaman YABhg Tun M pun tidak lekang dengan masalah dalaman. Tun M juga berhadapan dengan pelbagai tentangan terhadap pembinaan KLIA, pembinaan Putrajaya dan juga ada yang kurang berjaya seperti MAS. Namun semasa itu, hampir semua kepimpinan UMNO bersama Ayahanda Tun M.

Pembinaan persepsi negatif dulu dan sekarang amat berbeda, permainan propaganda hari ini dan dahulu juga dilakukan dengan cara dan pendekatan yang lebih mudah dan luas.

Asakan demi asakan yang dilakukan sekiranya kita bersatu, ianya bukan lah satu perkara enteng untuk dijayakan.

Alhamdulillah, walaupun kerosakan yang dibuat kepada sistem "Keyakinan rakyat kepada kerajaan" pada PRU 12 yang melibatkan hentaman demi hentaman oleh Mantan Perdana Menteri, Kerajaan BN masih bertahan sehingga hari ini, kerosakan itu bukanlah kecil!.

Saya merayu kepada Ayahanda Tun M untuk terus memberikan sokongan dan terus membantu Dato' Seri Najib dalam membina kembali kekuatan Melayu. Demi Melayu dan survival Melayu.

Sebagai anak muda Melayu, kami pun tidak rela parti ini dihancurkan dengan hanya permainan persepsi. Sekian lama kita bekerja membina bangsa, sekian lama kita pertahan kedaulatan Raja-raja, janganlah ianya terus dirosakan oleh pemimpin terdahulu.

Sekian.


Razlan Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

1 comment:

Anonymous said...

seperti kata tdm, sokongan kepada parti adalah utama. itu kena faham secara mendalam. sokongan kepada individu terhad. sebab zaman tdm, ahli dan pemimpin umno bebas untuk bertanding jawatan presiden. bukankah itu tanda bahawa presiden juga boleh ditentang. kalu keadaan menunjukkan rakyat semakin marah kepada kerajaan, adakah individu itu perlu terus dikekalkan dan parti perlu terus memberi sokongan walaupun dah hilang peratus undi popular. undian bahagian diadakan bagi mengelak daripada pewakilan dirasuah dan menyebabkan apa yang dikehendaki oleh bahagian dicabuli pewakilan. so orang muda perlu lihat sejarah dan memahami parti dan bukan hanya jadi pak turut tanpa memahami secara mendalam. kebimbangan tdm ialah kehilangan kuasa yang secara tidak langsung akan menjejaskan orang melayu kerana parti lain tiada agenda memelihara orang melayu dan bumiputra.