Nuffnang Ads

Pages

Thursday, April 9, 2015

Keberangkatan KDYMM Sultan Hj Ahmad Shah Ke Pusara Tan Sri Jamaluddin Jarjis





Keberangkatan KDYMM Sultan Hj Ahmad Shah kemajlis Tahlil ke Pusara Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis muga dikabul Allah.

Pagi tadi jam 9.00 pagi, Tuanku Sultan menziarahi pusara seorang Pembesar anak Pahang yang banyak berjasa kepada negara.

Baginda diiringi oleh YAM Tengku Muda Pahang, Kerabat, MB Pahang, DS Hishamuddin Hussein Menteri Pertahanan, DS SS Pahang, Orang Kenamaan dan Besar Pahang dan keluarga Allayarham TS Jamaluddin Jarjis.

Baginda merasa syugul atas pemergian mengejut Allahyarham.




Tuanku Sultan Pahang berdoa kepada Allahyarham dan berharap keluarga Allahyarham tabah dan bersabar atas takdir ujian ini.

Tuanku Sultan Pahang juga berharap DS Najib tabah dan bersabar moga diberi kekuatan Allah menghadapi segala macam ujian dan rintangan.

Sebelum ini dua orang Pegawai Kanan DS Najib menemui Ilahi selain Allahyarham sahabat rapat beliau.

Daulat Tuanku. Sesungguhnya KDYMM Tuanku memang seorang raja yang berjiwa rakyat. Raja dan rakyat berpisah tiada. Menjunjung kasih Tuanku.


No Retreat No Surrender
Fight To The End 
Fight To The Last
Fight As A Warrior
Hail To The King
Hail To The One

No comments: