Nuffnang Ads

Pages

Saturday, April 4, 2015

Minggu Yang Paling Menyedihkan DS Najib



Sepanjang minggu ini adalah minggu yang paling menyedihkan DS Najib Perdana Menteri dan menyayat hati.

Sepatutnya DS Najib dan DS Rosmah bergembira kerana berkenduri menyambut anak menantu.

Maut dan ajal adalah ketentuan Allah.

Terbaru petang tadi berita helikopter terhempas yang menyebabkan perginya Tan Sri Dato' Sri Dr Jamaluddin bin Jarjis (JJ) Ahli parlimen Rompin Pahang dan Dato' Sri Azlin bin Alias Ketua Setiausaha Sulit  Perdana Menteri. Alfatihah dan Takziah WZWH ucapkan.

Kedua insan ini adalah paling rapat dengan DS Najib dari segi kerja-kerja politik dan pentadbiran.

Pahang kehilangan sebutir permata yang menjadi ikon politik iaitu Jamaluddin Jarjis yang merupakan Penasihat Kanan Perdana Menteri.

Hari Selasa lalu perginya Dato' Po'ad bin Jelani, Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke rahmatullah akibat sakit kanser.

Ditambah pula serangan kepada kepimpinan DS Najib melalui Blog Che Det yang ditulis oleh Tun Mahathir.

WZWH harap DS Najib tabah melalui ini semua. Kehilangan insan-insan yang rapat dalam perjuangan boleh menganggu emosi.

Tapi itu adalah ajal maut ketentuan dari Ilahi tidak lewat sesaat dan tidak cepat sesaat. Bila masa tiba pergilah kita.

Begitu jatuh dan bangunnya seorang pemimpin.

Menjerit dan menyalaklah sebanyak mana Mahathir mahu DS Najib letak jawatan Perdana Menteri kalau diizinkan Allah mahu DS Najib tetap kekal sebagai Perdana Menteri maka kekallah.

Hatta berdirilah jin dan manusia mahu menjatuhkan DS Najib kalau tidak di dalam perancangan dan ketentuan Allah di Loh Mahfuz maka tidak jatuhlah.

DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan Presiden BN.

DS Najib juga Orang Besar Berempat Pahang - Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang, ingat tradisi Pahang:

No Retreat No Surrender
Fight To The End 
Fight To The Last
Fight As A Warrior
Hail To The King
Hail To The One

5 comments:

Anonymous said...

Boleh tolong terjemahkan " No retreat no surr...... dlm BM. Sy x paham.

Anonymous said...

Sokong wzwh

Lawan Mahathir Laknatullah....

Jangan sesekali letak jawatan.... Cari pengkhianat sampai dapat.

TS Yahya pon dinyahkan dgn helikopter meletop di udara, kini TS JJ & DS Azlin pon diletop di udara...

Heli mana boleh meletop di udara?

Anonymous said...

Sabar dan tabahlah Najib. Semuga ALLAH peliharakan orang yang benar.

kiasfansuri said...

nak sokong mahathir kot mana? kot demokrasi? mana boleh kita jatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik secara pintu belakang? kot islam? lagi lah tak boleh. islam wajibkan rakyat taat pada perintah, ia seruan agama. kot mana lagi? guna la akal dan iman...

kiasfansuri said...

nak sokong mahathir kot mana? kot demokrasi? mana boleh kita jatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik secara pintu belakang? kot islam? lagi lah tak boleh. islam wajibkan rakyat taat pada pemerintah, ia seruan agama. kot mana lagi? guna la akal dan iman...