Nuffnang Ads

Pages

Monday, April 27, 2015

Amanat Muhyiddin Yassin : Abaikan Mahathir Tumpu Kepada PRK Rompin Dan Permatang Pauh




Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus komited memberikan penerangan dan penjelasan kepada pengundi meskipun parti itu menerima kritikan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Menurut Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassib, dalam pada tempoh kempen yang berbaki kurang daripada sepuluh hari, adalah lebih baik jentera parti menumpukan tanggungjawab memberi penerangan berbanding 'menumpukan' kepada teguran negarawan itu.

"Tak apa.. Mana yang kita boleh jawab, kita jawab. Macam saya sebutkan tadi ada beberapa perkara tertentu sama ada bantuan BR1M atau GST. Itu tanggungjawab kita sebagai BN.

"Tak payah kita tumpu kepada apa yang beliau (Tun M) sebut tetapi apa yang kita tahu berlaku di bawah

"Kita respon terhadap apa yang rakyat bangkitkan di sini dan kalau perkara itu dibangkitkan di Rompin atau di Permatang Pauh, semalam saya di sana, maka kita jelaskan isu-isu yang berkaitan dengan kawasan itu. Itu lebih baik kerana menjurus kepada kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Uniten, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan yang disuarakan Tun Mahathir baru-baru ini terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak.

Terbaharu, negarawan itu menggesa Umno untuk menyingkirkan Najib kerana kegagalan pemimpin berkenaan, atau parti itu bakal berdepan dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tambah Muhyiddin, walaupun kritikan berkenaan dilihat mampu memberi kesan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, namun ia bergantung kepada sejauhmana sikap agresif jentera turun padang memberi penerangan.

"Terserah kepada kita jentera parti bagaimana untuk turun ke bawah memberi penerangan," ujarnya.

No comments: