Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, April 14, 2015

Better Tun Mahathir Dan WZWH Bincang Syurga Dan Neraka Dan Kempen Berterusan Mendapatkan Tempat



Selama ini Tun Mahathir berpolitik di alam dunia sahaja, begitu juga WZWH selalu fikir politik pembangunan, bagaimana mahu menguatkan orang Melayu (Islam), kesejahteraan rakyat Malaysia dan negara di persada dunia.

Selama ini kita hanya memikirkan Kerajaan di Bumi...tanpa kita sedari kita ada Kerajaan di Langit. Ada politik yang lebih tinggi dan hakiki yang menguasai Kerajaan di Langit dan Kerajaan di Bumi.

Setelah lama kita hidup apa matlamat yang paling utama yang kita mahu capai setelah menjadi Pegawai Kerajaan, Professional, Korporat dan ahli politik?

Sudah tentu Tun Mahathir dan WZWH mahu masuk syurga.

Sudah tentu Tun Mahathir dan WZWH tidak mahu masuk neraka.

Politik yang lebih tinggi dan hakiki mengatakan kepada kita masuk syurga  mendapat pembalasan yang baik penuh nikmat kekal abadi dan bergembira kepada keyakinan.

Masuk neraka mendapat pembalasan yang buruk penuh azab sengsara pedih siksa berterusan kekal abadi dan berduka kepada tipu daya dan kepalsuan dan tidak yakin.

Allah telah memberi terlalu banyak peringatan kepada berapa banyak umat.

Umat Nabi Adam, Umat Nabi Ibrahim, Umat Nabi Luth , Umat Nabi Noh, Umat Nabi Hud, Umat Nabi Shaleh, Umat Nabi Syuaib, Umat Nabi Musa, Umat Nabi Isa hingga Umat Nabi Muhammad.

Berapa ramai rasul dan nabi dihantar memberi peringatan demi peringatan dengan berbagai mukjizat dan Kalam Allah melalui Kitab-Kitab.

Betapa ramai rasul dan nabi dicerca, diherdik, diperejek, dipersenda, difitnah, dihina dan dibunuh.

Allah tidak serik-serik berkempen melalui rasul dan nabi berterusan mahu manusia masuk syurga jangan masuk neraka dengan menyembah Allah yang esa, tidak menyekutukan Allah dengan menyembah berhala-berhala.

Peringatan yang mudah ikut jalan yang lurus, ikut perintah-perintah yang disuruh dan menjauhi larangan-larangan.

Ikut ajaran  rasul dan nabi. Jangan memaling dari kebenaran dan mengikut tipu daya dan kepalsuan.

Pada waktu ketika Allah balas di dunia kepada Umat dan Kaum yang menyeleweng dan menentang ajaran rasul melalui malapetaka dan bencana banjir besar, tiupan angin kencang, turun batu-batu panas dari langit, bumi berlipat, laut terbelah dan sebagainya.

Itu semua sebagai peringatan dan pengajaran kepada Kaum yang engkar dan derhaka.

Kita diberi peringatan kepada hari Kiamat yang menerangkan proses dunia akhir zaman yang akan musnah bila tiba ketetapannya. Ketika itu pintu taubat sudah tertutup.

Sejak dari permulaan dunia dan sejak dari kecil hingga kita dewasa kempen untuk mendapat tempat di syurga dan neraka berterusan sehingga kita menemui Ilahi pada hari kematian kita di dunia.

Allah membekalkan Malaikat untuk berkempen kepada kita kepada kebaikan dan syurga.

Allah juga membekalkan kita Syaitan untuk berkempen kepada kita kepada keburukan dan neraka.

Kita adalah subjek kepada politik yang lebih tinggi dan hakiki terdedah kepada kempen-kempen ini.

Kita diberi akal untuk membuat pilihan mana yang baik dan mana yang buruk yang akhirnya diberi kepada kita kitab kanan dan kitab kiri untuk ditimbangkan bagi seleksi masuk syurga atau masuk neraka.

Berat kitab kanan dari kiri masuklah kita ke syurga.

Berat kitab kiri dari kitab kanan masuklah kita ke neraka.

Kempen yang berterusan untuk mendapatkan tempat di syurga dan neraka.

Di Kerajaan Bumi kita hanya berkempen 5 tahun sekali, kadang-kadang sekali sekala kempen masa PRK. Ada ahli politik-ahli politik suka kempen sepanjang masa 24 jam.

Tetapi kempen untuk mendapatkan syurga dan neraka adalah berterusan sejak dari dunia ini di diami oleh Nabi Adam dan Hawa dari Bani Adam sehingga Umat Muhammad.

Better Tun Mahathir  dan WZWH bincang syurga dan neraka dan kempen berterusan untuk mendapatkan tempat di syurga.

Tun Mahathir sudah berumur 91 tahun, sepanjang kehidupan dan sejak menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun banyak kebaikan yang dibuat.

Kalau ditimbang lebih berat kitab kanan dari kitab kiri dan pasti Insyallah lebih layak dipertimbangkan ke syurga.

WZWH walau sudah berumur 47 tahun jauh langit dengan bumi untuk mencapai taraf kehidupan jika hendak dibandingkan dengan Tun Mahathir namun sekarang sudah lebih memikir untuk cuba mendapatkan tempat di syurga.

Hal-hal politik dunia elok diserah kepada pemimpin yang ada hari ini yang telah diberi tempat dan amanah dan ada lebih arasy untuk membuat keputusan mengenai kebaikan rakyat dan kesejahteraan negara.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin kita ini pun berada dalam umur 60an , lebih ramai 50an walau ada juga 70an. Tun Mahathir bertuah diberi Allah panjang umur. 

Umur kita kalau diberi sampai 63 tahun itu sudah cukup baik kerana sama umur dengan Nabi Muhammad.

Mana-mana pemimpin yang berumur 63 tahun elok bersyukur kerana diberi oleh Allah umur sebaya dengan Rasulullah. Kalau diberi lebih lagi dari itu maka lebih baik.

Memang kita mahu kalau boleh hidup lebih lama dan sihat. Lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin mahu lebih lama berpolitik ada kuasa untuk membuat lebih banyak kebaikan dan kebajikan.

Tapi hal-hal dunia kuasa dan harta serta anak isteri hanya lah seperti permainan dan sementara yang kalau disalah urus boleh melalai dan mengasyikkan kita .

Hingga kita terlupa kepada matlamat yang utama bahawa kita semua mahu tempat di syurga.

Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah, serta kebanggaan-kebanggaan tentang banyaknya harta dan anak  seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.

Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Berlumba-lumbalah mendapatkan keampunan dari Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Better Tun Mahathir dan WZWH bincang syurga  dan neraka dan kempen berterusan untuk mendapatkan tempat.

6 comments:

Anonymous said...

Sapa x percaya Najib tak percaya Allah.

Ulama Ameno

Anonymous said...

Hadus..... kenape dah terngantuk baru terngadah.kenapelah baru sekarang nak membicarakan hal syurga dan neraka. Kenapa tak dari dulu lagi.ingatlah bahawa mati itu benar, siksa kubur itu benar, soalan mungkar dan nakir itu benar dan syurga dan neraka itu benar dan ketahuilah pemimpin ada antara orang yg pertama diadili di akhirat nanti, sekiranya pemimpin itu zalim tidak adil maka merekalah orang yg pertama masuk neraka.awas ya para pemimpin....

Anonymous said...

Ini contoh jenis tak mahu baca

maae said...

Ini lah di namakan keseimbangan. Syurga dan neraka, kita di saran mencari keseimbangan tersebut - pilih syurga atau neraka ? Dalam ekonomi negara, keseimbangan itu amat penting. Bajet berhemah atau bajet pemborosan ?

Dalam kita mencari keseimbangan, kita di syariatkan berserderhana. Seorang muslim mukmin biasa nya mengadaptasi kedua-dua terma ini dalam amalan kehidupan nya (Islam) sehari-hari. Maka solat itu mengimbangi amalan kita, menjauhkan dari kemungkaran, menambah keimanan dan memantapkan akidah dalam ketauhidan. Maka Tauhid itu mengimbangi syariat yang lain nya yang di tuntut.

Dalam kes kemelut mantan dan pemimpin negara sekarang tidak lain menjadi iktibar kepada Melayu Islam di Malaysia sekarang. Kita sudah berpecah belah akibat kesombongan dan keangkuhan tanpa menyedari dan bergegas membetulkan hakikat dugaan ini. Kita di biarkan di hina seteruk nya, di simpai seada nya sehingga kita di paksakan berubah dalam acuan liberalisme / sekularisme atas jenama "moderation" yang di suruh pandu oleh orang-orang bukan Islam dan puak-puak rosak akidah. Maka kita biarkan ulama-ulama yang di iktiraf, hidup dalam dunia mereka sendiri konon akan membawa kejumudan yang menghalang kejayaan. Anda percaya dengan teori ini ?

Lantaran itu tidak lain hanya istidraj yang Allah turunkan. Maka bala bencana pun menghampiri kita semua. Keadaan menjadi rumit bila mantan pemimpin menjadi kalut di luar kotak Umno yang bukan amalan secara terbuka. Londeh melondeh dan memaksakan jawapan tuntas. Sebahagian nya juga menjadi benar kepada kita tentang transformasi yang di lakukan, adakah ia menepati syariah ? Adakah keutamaan '"demi negara bangsa dan agama ?" Adakah Melayu Islam itu di seimbangkan sejajar pembangunan dan pendapatan tinggi yang di kejarkan ? Atau untuk sebahagian ? Adakah jambatan bengkok, 1MDB itu memberi manfaat dari limpahan ekonomi nya? Ada kah dengan pemberian BR1M, rakyat kita menjadi malas dengan sedikit wang ihsan kerajaan yang tidak seberapa kecuali nilai untuk satu dua hari kehidupan ? Ada kah rakyat "di paksakan" membayar kerana terma tiada yang percuma ? Ada kah hak-hak rakyat marhaein itu tidak lain batu loncatan untuk mencari kuasa dan mengumpul harta ? Ada kah menyediakan pendidikan kelas satu itu rakyat perlu menderita mengimbangi kesesuaian nya dengan kos mahal, akhir nya berhutang seumur hidup ? Adakah Bangsa Melayu itu tidak layak lagi pembelaan, di paksakan bersaing sesama sendiri, dalam masa yang sama, terus memberi kekayaan melampau golongan terbela ?

Sesungguh nya ini lah kebodohan kita masa kini. Allah anugerahkan kita keseimbangan yang biasa sahaja di capai oleh kebanyakkan rakyat, malang nya kita membiarkan ia di renggut oleh musuh-musuh Allah SWT. Kita lupa bahawa Malaysia ini ada lah Tanah Melayu. Juga setiap kaum dan bangsa lain nya, Allah juga anugerahkan tempat dan negara asal keturunan bersesuaian keadaan mereka masing-masing.

Kenapa Melayu suka menggadai ? Kenapa tidak bersatu dan menambah kemuliaan kita menjadi dominan bangsa ? Sesungguh nya juga AllahSWT itu semakin murka kerana sentiasa mencari kepapaan yang amat hina apabila kita menjadi suka dengan hutang dan meminta-minta....

Anonymous said...

Saudara WZWH

Jangan ajak Dr Mahathir je....Ajak sekali Najib....

Mungkin labih sesuai Najib bersara politik "dunia" dan lebih tumpukan pada akhirat sahaja...

Amacam? :)

tan koon swan said...

bagi cina aje memerintah.gerenti maju macam singapura! orang melayu mana pandai memerintah! berkelahi sesama sendiri pandailah! pukimak melayu.kahkahkahkah!!!