Nuffnang Ads

Pages

Saturday, August 15, 2015

Bagaimana Kisah Nabi Noh Membantu DS Najib Flooding The Economy Untuk Survival Ummah





Allah perintah Nabi Noh bina kapal besar sebagai persediaan hadapi banjir besar bagi menghukum umat yang tidak mahu mendengar nasihat rasul.

Bagi umat Malaysia yang suka kepada cerita fitnah apa yang perlu DS Najib buat?

Ulama-ulama yang ada di Malaysia tidak mampu memberi pengajaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia. Lagi pun cuma 55% yang beragama Islam, bakinya macam-macam agama dan tidak beragama.

Bagaimana mahu buat rakyat Malaysia kembali percaya?

Oleh kerana DS Najib adalah seorang Perdana Menteri yang mempunyai kedudukan tinggi dan firsah serta arsy yang diberi keistimewaan boleh melihat dari view perspektif yang tidak rakyat biasa dapat lihat maka...

Kisah Nabi Noh telah memberi ilham dan idea kepada DS Najib bagaimana mahu mendapat kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Bagaimana kisah Nabi Noh dapat membantu DS Najib flooding the economy untuk survival ummah?

Flooding the economy adalah ikhtiar ampuh DS Najib yang terakhir untuk memberi rakyat Malaysia satu penghidupan harapan baru.

Isu-isu ekonomy yang besar-kejatuhan harga ringgit, kejatuhan harga komoditi, harga minyak, harga getah, harga kelapa sawit, peluang pekerjaan, dsb boleh diselesaikan bila DS Najib flooding the economy.

Projek bandar Malaysia, Projek Malaysia Vission Valley, TRX, MRT 2, MRT 3 , LRT 3, ERT, High Speed Rail, Pan Borneo Highway, ECER dan lain-lain lagi semua itu pelaburan-pelaburan berskala mega yang boleh flooding the economy.

Banjir air boleh buat nyawa dan harta benda musnah.

Banjir ekonomi boleh buat manusia hidup ceria, gembira dan makmur.










5 comments:

Anonymous said...

Salam, hebat sampai ketahap kenabian isu najib disamakan .Nampaknya memang berkesan CASH IS KING

Anonymous said...

Pundak la weiihh...
Nabi Noh mana mencurik. Merompak pun tak pernah. Bini dia derhaka pun dia tak bawak naik kapal. Dey macha'i, kalu mau tipu pun tengok la kiri kanan. Ini vodohh punya cirita.

Anonymous said...

Ada satu pakar ekonomi kata harga komoditi kita tak boleh kawal getah, minyak dll. Betullah. Nilai ringgit pun kita tak boleh nak kawal pasal negara lain pun sama nilai wang jatuh. Ini menunjukkan bukan ringgit je lemah otak dan diri kau pun sama lemah. Kalau PM dulu boleh tambat RM dan fixed balik benda tu kenapa kau tak mampu? Apa alasan kau? Jgn terasa kalau org tak beradab kritik kau bodoh. Pasal itu yg org nampak ada pada kau. Bodoh sombong. Taknak tanya org lain yg lebih berpengalaman. 

Anonymous said...

Kalau ni lah yg dikatakan WZ seorang Perdana Menteri yang mempunyai kedudukan tinggi dan firsah serta arsy yang diberi keistimewaan boleh melihat dari view perspektif yang tidak rakyat biasa dapat lihat maka......
Pandangan dan bodekan anda sememangnya jauh meleset. Kalau nilai matawang negara sendiri pun dia takleh nak handle. Membuktikan bukan dia yg kawal ekonomi. Tapi dia dikawal dan dibodoh2kan oleh Ringgit dan duit yg dia puja. Sanggup jadi bodoh, diperbodoh, membodohkan demi kepentingan nafsu ringgit yg dicintai. 

Anonymous said...

masyaallah,ini yg dikata pada zaman rasulullah org jual agama.jgn lah sama kan org biasa dengan nabi.makin org menyampah pulak,kalau ye nak naikkan umno bukan cara ini, ckp biar pakai otak,awk tu ada ijazah ckp jgn tunjuk bodoh sendiri.naikkanlah ekonomi nk tengok,projek2 tu sapa yg untung? untung sikit dapat la melayu,untung bnyak dapat kat cina,untung atas angin dapat kt politican. perlu ke wzwh nk back up sampai macam ni jual agama? cerita nk sedap,yg susah rakyat.awk dapat bodek sedap la,cube kekal lg dalam SUK x jadi pengipad dswa,pon memgeluh jugak la,nasib baik boleh ade org belanja dato'..ape da sembang lu