Nuffnang Ads

Pages

Thursday, August 13, 2015

Vespa Tua - 1Vespa Tiga Juta Saudara...






"Not just a scooter, a way of life"

Vespa sama lahir dengan UMNO ditubuhkan pada 1946.

Vespa ialah satu jenama skuter Itali yang dibuat oleh syarikat Piaggio. Nama "vespa" bermaksud penyengat dalam bahasa Itali.

Selepas Perang Dunia ke 2, syarikat Piaggio dari Itali telah disekat dari membina kapalterbang perang. Piaggio tidak nampak prospek buat kereta kerana banyak jalanraya di Itali musnah dibom.

Rakyat Itali mahu pengangkutan yang modern dan mampu milik maka lahirlah Vespa pada 1946.

Vespa telah berevolusi daripada skuter bermotor ekamodel yang dikilangkan pada tahun 1946 oleh Piaggio & Co. S.p.A. dari Pontedera, Itali—kepada satu aneka skuter dan salah satu daripada tujuh syarikat milik Piaggio—kini pengeluar kenderaan dwiroda yang terbesar di Eropah dan pengeluar motosikal keempat terbesar di dunia dari segi jualan unit.

Semenjak mula beroperasi, skuter jenama Vespa dikenali dengan badan keluli tertekan dan bercat yang menggabungkan penutup enjin yang selengkapnya (menutup mekanisme enjin dan melitupi kotoran atau gris), papan lantai yang leper (untuk perlindungan kaki), dan reraut depan yang menonjol (untuk perlindungan daripada angin) ke dalam satu unit struktur.

Sejak dari 1946 hingga 2015, Vespa menghasilkan 34 model hanya 5 model masih dikilangkan.

Vespa punya peminat fanatik tersendiri dari kelab-kelab di seluruh bandar dalam dunia dan terlibat dengan racing.

Vespa sama lahir dengan UMNO ditubuhkan pada 1946.

Vespa Tua - 1Vespa Tiga Juta Saudara

2 comments:

Anonymous said...

In 1Msia vespa always police / army and primary school teacher own one. Vespa owners usually love dangdut music, wear large stone ring, jeans with big-buckled belt, black cossack shoes, dark glasses, mustachioed, reads URTV. That Kulup clown with the most police reports is a perfect living example of a vespa enthusiast.

Anonymous said...

Sungai Pahang Airnya Deras,
Sungguh Deras Libang Libu,
Orang Pahang Hatinya Keras,
Sungguh Keras Senang Ditipu.