Nuffnang Ads

Pages

Sunday, August 16, 2015

Ustaz Dr Fathul Bari : Kewajipan Taat Kepada DS Najib Sebagai Ulil Amri Dan Perdana Menteri




Ustaz Dr Fathul Bari bin Mat Jahya Ulama EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia:Ucapan Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada 16 Ogos 2015.

Dr Fathul Bari mengkisahkan sejarah fitnah sejak zaman Rasulullah, zaman Khalifah Umar, Usman, Ali dan Muawiyah.

Bagimana fitnah memporakperanda dan memecah belahkan umat Islam kepada beberapa golongan politik.

Untuk memberi kefahaman yang lebih maka WZWH susun mengikut Geneologi Fitnah Sepanjang Sejarah Politik Islam.


Meluruskan sejarah pertelingkahan para sahabat (Bahagian 1) sila klik sini.


Bermula Gelombang Fitnah Besar: Pembunuhan Umar dan Usman (radhiyallahu’anhuma)  sila klik sini.

(Bahagian 3) Meluruskan sejarah pertelingkahan para sahabat: Perang Jamal & Perang Siffin   sila klik sini


Mengulas mengenai fitnah yang melanda DS Najib Perdana Menteri, Ustaz Dr Fathul Bari menjelaskan:

"Rasulullah lebih banyak difitnah dari DS Najib"

"Isteri Rasulullah lebih banyak difitnah ( difitnah berzina dengan lelaki lain) lebih dari DS Rosmah"




Taat pemimpin adalah dalam hal yang ma'ruf. Dato' Sri Najib adalah pemimpin kita, presiden kita, ulil amri kita dan Perdana Menteri kita; maka taat kepada beliau dalam hal yang ma'ruf adalah satu kewajipan.

Membela diri adalah hak setiap manusia, muslim mahupun kafir, rakyat juga pemerintah. Di zaman Nabi sallallahu alaihi wasallam, seorang sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam bernama Abdullah bin Sahl terbunuh dalam peperangan Khaibar. Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas pembunuh Abdullah bin Sahl kerana tidak memiliki bukti yang KUKUH. Kisah ini dari riwayat al-Bukhari, no:6769 dan riwayat Muslim, no:1669.

Ini menunjukkan Nabi sallallahu alaihi wasallam berikan peluang kepada Yahudi membela diri sehingga tidak dikenakan apa-apa hukuman kerana tiada bukti yang kukuh. Maka, kita perlu berikan ruang untuk Dato' Sri Najib membela diri beliau dan biarkan kes ini disiasat mengikut prosedurnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diberi peluang untuk tangguh kes 62 kali untuk bela diri secukupnya, kenapa kita tak boleh tunggu Dato' Sri Najib untuk bela diri beliau sendiri. 

Saya sendiri tidak pasti yang mana satu betul atau yang mana satu salah dalam soal ini. Walaupun hati saya memiliki kecenderungan tersendiri namun saya tetap takuti label "MUFLIS" di akhirat nanti. 

Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam maksudnya:

“Tahukah kamu kalian, siapa orang yang muflis itu?” Jawab mereka; “Orang yang muflis dikalangan kami ialah seseorang yang tidak mempunyai dirham dan tidak pula mempunyai harta-benda!”

Jelas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, “Sesungguhnya seorang yang muflis dikalangan umatku ialah seseorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala-amalan solat, puasa dan zakat; dan kedatangannya itu sesudah ia mencaci-cela orang lain, membuat tuduhan palsu (fitnah), memakan harta, mencedera, dan memukul orang lain maka pahala kebaikannya itu akan diberikan kepada orang yang dianiayainya itu, dan apabila pahala kebaikannya habis sebelum selesai hutangnya maka orang-orang yang telah dianiayaai itu akan diambil dosa-dosa mereka lalu dibebankan ke atasnya pula, dan kemudian itu ia dicampakkan kedalam api neraka.”(HR Muslim, no:4684)

Fitnah berlegar secara melampau dan pada skala raksasa. Saya bukan ahli ekonomi dan juga bukan pegawai penyiasat yang mampu menganalisa dan membuat kesimpulan tepat. Informasi-informasi yang ada masih belum memuaskan hati saya kerana masing-masing mempertahankan info masing-masing. Saya hanya mampu membaca secara umum sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan semua. Jadi, saya bimbang penilaian saya tersalah dan ia akan menjadi hujjah ke atas saya di akhirat kelak.

Maka atas prinsip "bara'ah zimmah" (melepaskan diri dari dipertanggungjawabkan) di akhirat kelak, lebih baik saya bergantung kepada keputusan siasatan pihak berwajib yang pakar dalam bidang mereka. Ini lebih menyenangkan hati saya kerana berlepas diri dari fitnah. Dan saya akan berhujjah dengannya di akhirat kelak di hadapan Allah. 

Saya tidak mahu terlibat dalam mana-mana gerakan yang membawa kepada perpecahan tercela. Saya sayangkan UMNO, namun kecintaan saya kepada agama lebih tinggi dari segalanya. Agama membenci perpecahan. Biarlah saya dinilai dengan apa tuduhan sekalipun, namun pegangan saya tetap berasaskan agama, bukan emosi, sentimen mahupun persepsi. 

Jadikan ibrah kesabaran Nabi sallallahu alaihi wasallam dalam menunggu keputusan wahyu tentang Aisyah yang difitnah berzina; untuk kita semua bersabar menunggu hasil keputusan siasatan pihak berautoriti tentang 1MDB.

Jika kita berpegang kepada Quran dan Sunnah, kita akan selamat selamanya. Itulah jaminan Nabi kita sallallahu alaihi wasallam. Bertenang dan bersabarlah semua. Jauhi sifat mungkar yang ditegah Nabi sallallahu alaihi wasallam.

16 comments:

Anonymous said...

Ni mana punya ulamak ringgit la kau panggil dtg ceramah ni. Kalau betul kau org sayang agama, Allah, rasul kau suruhlah Najib berenti. Berenti keje, mencuri, menipu, menyeleweng, buat benda tak betul dll. Kalau kau cakap takde bukti carik bukti habis2. Kemudian suruh Najib cuti kejap supaya senang org nak kumpul bukti. Ni tak, org nak siasat dia pegi pangkah pulak balik, tak betullah.
Allah suruh taat dia dulu. Kalau kau ulil amri pun tak kenal takyahlah ceramah pasal dia. Ulil amri ni org yg amanah, jujur bukan penyamun penipu. Bukan pulak pengkhinat agama. Kau bukan taktau Allah benci dengan korang. Pasal terang2 menjual dan menyalahguna agama. Cakap tapi tak buat.Kalau Allah sendiri benci kau ingat org nak percaya ke dgn kau?

Anonymous said...

Lagi satu kalau nak tau dari mana punca fitnah, asal fitnah ianya bermula dari lidah tiap2 org yg suka cakap dusta lagi penipu. Jenis mulut manis pun ya. Terutama dari golongan yg bertaraf ulamak dan pemimpin. Pasal diorang ni org yg selalu berdepan dan bercakap dgn org ramai. Kemudian dia nakkan org ramai percaya dan terima cakap dia tu tanpa perlu diselidik benar ke salah. Kalau tak caya suruh la Fathul Bari ni pegi panggil Al Bukhari dia tu bawak mari. Nak tanya kat Bukhari ni bila masa Nabi kawin dgn Aisyah? Mana kau dapat cerita Rasulullah kawin banyak2 ni? Kau ingat nabi tu gatal sangat ke nak kawin ramai2 macam ustaz2 korang.

Anonymous said...

assalam. anon di atas! KEPADA SIAPAKAH YG ANDA PERCAYA D SAAT INI. INGAT! allah sedang menguji keimanan kita..sedangkn sifat org beriman itu penuh berhati2 sebelum bertindak...ZAMAN FITNAH DAJAL hanya orang2 yg beriman shj yg boleh membezakan yg mana BENAR / SALAH...saya sayang awak..sabar ya.

Anonymous said...

Fitnah apa ke benda ni??? Derma tu sah2 masuk kedalam akaun PERIBADI Nagib RAzak. Kalau orang lain depa tak panggil DERMA ...depa panggil RASUAH tau...tak percaya tanya SPRM. Nagib Razak dah hilang the 'high moral ground'....he is no longer fit to become the PM of Malaysia...

Anonymous said...

http://www.orangmuda.tv/2015/08/10/bongkar-mengapa-timur-tengah-derma-2-6-billion-kepada-najib/

Anonymous said...

Baru bagi subsidi RM7000 lebih kat jemaah dah nak heboh cerita kat jemaah. Konon kau baik pemurahlah tolong org. Yang duit tabung haji subsidi beli tanah TRX 185 juta tu bila nak cerita? Dah setel ke belum jual tanah tu? Duit subsidi haji tu bukan keluar duit kau pun. Duit untung meniaga agama jugak yg kau pusing2 buat modal politik. Mana ada org untung buat agama jadi modal bisnes. Pusing2 akhirnya ke neraka jugak. Mana datang untung?

Anonymous said...

If you look carefully at the faces sitting on the podium they look nothing more than village pretenders, asslickers and ballcarriers with their songkok tinggi clown-look-alike postures. It's a splitting image of Kulup without sun-glasses.

Anonymous said...

anon yang di atas tak boleh kita pakai hujahnya.nampak sangat dah tercabut imannya.dan dia ni cakap pakai akal nya yang sangat singkat.tak ada budaya ilmu dalam dirinya kerana lebih banyak tonton filem lucah.hadis tak pernah dia baca.nmpak alqur'an dia menggeletar macam nampak hantu.

Anonymous said...

pembetulan, anon yang di atas sekali

Anonymous said...

Kalau tak pikir pakai akal kau pikir pakai apa? Pakai buntut ke? Hadis tu mak bapak kau tulis ke Allah yg tulis?
Patutlah Najib suka ramai org bodoh pikir tak guna akal. Apa org cakap main telan je.

Anonymous said...

hang tu yang duk pikir pakai buntut,law org jenis cam hang ni hidup zaman nabi aritu n nabi kene fintah membute tuli dh sah hang cakap nabi yang salah,puiii!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Apa bodoh piang hang ni, pondok mana hang blajaq ni?. Mangkak baca kitab tebai2 tapi bodo, cerita pasai nabi mana boleh tulis sebarangan. Allah taala punya rasul biaq Dia la cerita. Bukan pak hang kena tulih kitab.

Anonymous said...

Tingginya darjat kena hormat macam tu, ulama mana tu?

Anonymous said...

Bodoh...
Ko jumpa najib...suruh dia bersumpah laknat klu dia berani...
Dah habis dah diperjelaskan tapi otak dah ditahap benci mana nak terima...
Klu tak suka najib...undi masa pemilihan parti..bukan mengutuk dan mengata mcm tak ada agama

Anonymous said...

Baca dan ambil pengajaran, kalau tak setuju lebih baik diam. Kata kata UFB tak salah pun. Semua hadis yang disertakan adalah hadis sahih. Serahkan pada pihak yang ahli, dan berdoa pada Allah untuk tunjukkan kebenaran.

scoots emulsion said...

mengantuk aku baca ceramah ustaz ni.btul.terlelap skjp.