Thursday, August 20, 2015

Warga Jerantut Mahu Kerajaan Negeri Pahang Segerakan Perlantikan DO, YDP Dan Ahli Majlis Daerah



















ECER tidak berpuas hati kerana peruntukan RM20 juta untuk membina prasarana-prasarana di kampung-kampung tradisional Jerantut tidak dapat dijalankan kerana tiada pelantikan DO, YDP dan Ahli Majlis Daerah Jerantut untuk buat keputusan dan implemen projek-projek.

Parlimen Jerantut mengandungi tiga DUN. Kesemua parlimen, dan DUN Pulau Tawar, DUN Tahan dan DUN Damak menang PRU 13. Menang 4-0 dan sememangnya itu rekod politik Jerantut sejak lama dulu.

Walau ahli parlimen Jerantut dan tiga ADUN itu tidak dilantik Menteri, Timbalan Menteri dan EXCO, warga Jerantut reda dan patuh kepada kepimpinan negara dan negeri. Itu tidak mengapa warga Jerantut boleh bersabar.

Pentadbiran Daerah Jerantut yang merupakan daerah paling besar dalam Negeri Pahang diketuai oleh DO-Pegawai Daerah. Bersama dengan Pejabat Daerah Jerantut dan kebiasaanya memegang jawatan YDP bagi Majlis Daerah Jerantut yang merupakan Kerajaan Tempatan PBT-Kerajaan Ketiga.

Majlis Daerah Jerantut mempunyai Board of Director terdiri dari 24 Ahli Majlis Daerah yang juga dilantik oleh EXCO Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu menjalankan pentadbiran Daerah Jerantut dan kawasan Majlis Daerah dengan lebih cekap dan berkesan.

Buat masa sekarang pertukaran DO Jerantut yang baru bertugas tidak sampai 8 bulan tiada penganti. Bila tiada lantikan DO yang baru maka berlaku kekosongan jawatan YDP Majlis Daerah Jerantut.

Lebih malang 24 Ahli Majlis daerah Jerantut bagi tahun 2015 belum lagi dilantik. Majlis Daerah Jerantut merupakan satu-satunya Majlis Daerah dalam Malaysia yang masih belum dilantik 24 Ahli Majlis Daerah.

Apa isu dan masalah bila perlantikan DO, YDP dan 24 Ahli Majlis Daerah Jerantut belum lagi dibuat?

Segala keputusan-keputusan penting membabitkan peruntukan-peruntukan bagi pembangunan Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut terbantut dan tidak dapat berjalan dengan cekap dan berkesan.

Bukan itu sahaja apa juga keputusan-keputusan mengenai kebajikan dan perlantikan jawatan-jawatan dalam staf Majlis Daerah Jerantut tidak dapat diputuskan ini termasuk bonus 147 kakitangan Majlis Daerah Jerantut.

Kuasa Setiausaha Majlis Daerah Jerantut hanya boleh meluluskan peruntukan projek RM20,000 ke bawah. Lebih daripada itu tidak boleh.

Maka banyak peruntukan-peruntukan membina kemudahan prasarana bagi warga Jerantut tidak dapat dilaksanakan.

Sebagai contoh Peruntukan ECER sebanyak RM20 juta untuk Majlis Daerah Jerantut salurkan ke kampung-kampung tradisional tidak dapat dijalankan hampir setahun kerana ketiadaan DO, YDP dan 24 Ahli Majlis Daerah Jerantut.

Ini tidak menyenangkan Pihak ECER kerana pembangunan prasarana tidak dapat dibuat oleh sebab teknikal. Setakat hari ini RM60 juta peruntukan dari ECER telah diluluskan untuk Jerantut.

Peruntukan RM20 juta dari ECER itu sekurang-kurang boleh membina prasarana bagi Jerantut dan kontraktor-kontraktor Jerantut kelas F dan D boleh buat kerja.

Oleh itu warga Jerantut mahu Kerajaan Negeri Pahang mempercepatkan perlantikan DO, YDP dan 24 Ahli Majlis Daerah Jerantut bagi melicinkan pentadbiran Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut menjadi lebih cekap dan berkesan.

Warga Jerantut juga berharap ahli parlimen dan tiga ADUN diharap dapat mendesak Kerajaan Negeri Pahang membuat tindakan di atas dengan segera.

1 comment:

Anonymous said...

Apalah malang Jerantut ni sampai DO dgn YDP pun takde lagi. WZ minat nak jadi ahli majlis ke? Kipas dah cantik. RM 20m tu mcm2 pojek boleh buat kat Jerantut. 
Tu menunjukkan kerajaan dah kurang duit bos. Sampai nak bayar gaji YDP DO pun lambat bertindak. Tapi kalau bab boksit diorang laju sikit. Pasal ada masyuk. Merah pun merahlah. 
Tapi Najib mmg tak patut ro ada ke org Jerantut menang pilihanraya clean tiap penggal dia tak lantik jadi menteri. Salleh keruak takyah bertanding pun boleh dapat. Lepas tu ada hati nak cakap takleh guling kerajaan melainkan melalui proses pilihanraya. Dia sendiri pun tak bertanding pilihanraya. 

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024