Thursday, August 6, 2015

Dana Politik: Kenapa Kerajaan Mahu Bawa Usul Tapi Ditentang Oleh Pembangkang?









Sumbangan untuk dana politik merupakan satu perkara yang normal di negara ini dan bukan satu kesalahan

Bila parti dah buktikan perbelanjaan ini untuk politik, tidak ada masalah, SPRM kata tidak ada masalah sama juga pihak pembangkang pun macam itu.

Parti kena buktikan ia benar, tunjukkan bahawa perbelanjaan parti itu hanya untuk politik. 

Isu ini hangat diperdebatkan bila hasil siasatan yang dijalankan SPRM yang mendapati sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah daripada penderma dan bukan daripada 1MDB.

Berbanding pembangkang sendiri yang sentiasa berdolak dalih dalam menyatakan sumber kewangan mereka, Najib Razak dilihat lebih telus apabila menubuhkan task force untuk menyiasat dakwaan SR berhubung wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Siasatan ini akhirnya membawa kepada pengesahan daripada SPRM bahawa wang tersebut ialah dana pilihan raya yang disumbangkan oleh penderma daripada Timur Tengah terus kepada Najib tanpa mendedahkan identi sebenar penderma tersebut.


Perlembagan parti umno perkara 27.2 mewartakan presiden parti boleh membuka akaun amanah bagi memegang dana parti dan DS Najib telah berbuat demikian dengan memberikan kuasa kepada sesiapa pun sebagai pemegang kuasa. Dalam hal ini dia sendiri jadi pemegang kuasa.

Amalan Presiden memegang wang amanah telah dibuat sejak Perdana Menteri sebelum ini dan dimulai sejak zaman Tun Mahathir lagi.

Berbanding pembangkang yang mendapat dana daripada Barat khususnya Amerika Syarikat, Najib menerima dana daripada Timur Tengah (dunia Arab) atas pelbagai faktor seperti hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan negara-negara Arab dan agama Islam sebagai tunjang negara ini yang dipelihara dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama.

Berbanding pembangkang yang menerima dana atas nama demokrasi, derma atau sumbangan yang diterima Najib Razak sebenarnya lebih bersifat kepercayaan, penghormatan dan penghargaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tersendiri (demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan) yang tidak diamalkan di negara-negara demokrasi yang lain.

Amalan demokrasi di Malaysia sehingga kini tidak meminggirkan Islam berbanding demokrasi Barat yang turut mempromosikan kebebasan mutlak seperti LGBT, pluralisme dan liberalisme akidah yang melampaui batas-batas Islam.

Kesimpulan ini harus ditutup dengan persoalan berikut.., jika Anwar benar-benar hero di kaca mata dunia khususnya Barat sehingga diangkat sebagai tokoh pemimpin Islam era baru, kenapa penderma Timur Tengah tidak menyalurkan derma kepada beliau dan pembangkang yang ketika itu turut dianggotai PAS sebagai sebuah parti Islam?

Sebaliknya mereka memilih Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional? Dan kenapa NED memilih menjalin kerjasama dengan Anwar dan proksi-proksinya untuk menyalurkan dana atas nama demokrasi. Kenapa NED tidak memilih Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional?


Najib himself had vowed to make political funding transparent in the future, but only if the opposition parties do so first. He blamed the opposition, especially DAP, for having resisted a move to make political funding regulated in Parliament several years ago. 

It is time to regulate political funding in Malaysia transparent disclosures are necessary in order to reduce risks of conflict of interests in receiving fundings.


Buat masa sekarang Undang-undang yang dimaksudkan ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Lebih baik bagi presiden UMNO memegang aset dan wang parti dalam akaunnya sendiri daripada meletakkannya di bawah proksi, kata Ketua Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri perumahan, kerajaan tempatan dan kesejahteraan bandar itu berkata, beliau lebih "rela, selesa, dan yakin" dengan cara itu kerana ia lebih menjamin keselamatan dibandingkan jika wang itu diletakkan dalam simpanan proksi.

Katanya, sewaktu zaman presiden terdahulu, beliau lebih "risau" kerana duit dan harta Umno diletakkan dalam akaun proksi yang terdiri daripada individu seperti ahli perniagaan atau mereka yang tiada kaitan dengan parti.

"Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan duit dan harta yang dia beri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (sewaktu peralihan kuasa), sebanyak RM1.4 bilion, itu bukan semuanya.

"Dia masih lagi nak mencari individu-individu yang memegang harta UMNO, untuk diambil semula, dan dia mempunyai masalah bila masa untuk mengambil semula harta tersebut.

"Jadi, saya lebih yakin kalau ia diletakkan di bawah nama atau akaun presiden sendiri," katanya dalam satu temu bual dalam program Lanskap Khas TV1 dan TV3 malam tadi, bercakap mengenai tajuk "Dana Politik".

Program itu diadakan di tengah-tengah kontroversi yang melibatkan dakwaan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, sejumlah besar daripadanya dipindahkan menjelang pilihan raya umum pada Mei 2013.

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang itu masuk ke akaun perdana menteri, tetapi ia disumbangkan penderma, bukannya daripada syarikat milik negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Rahman berkata, kontroversi itu mencetuskan perbincangan yang "baik" untuk merumuskan peraturan masa depan berhubung pembiayaan politik.

Katanya, beliau "bersyukur" mempunyai seorang presiden yang mampu mendapatkan dana untuk parti, menegaskan penderma tersebut membuat sumbangan tanpa mengharapkan balasan.

Rahman juga berkata, bukan sesuatu yang pelik jika Najib perlu berbelanja lebih untuk parti dibandingkan pemimpin terdahulu kerana beliau mengetuai BN ketika ia tidak lagi memerintah negeri-negeri utama di Malaysia.

Katanya, Najib sebagai presiden UMNO dan pengerusi BN perlu dana yang besar untuk menyokong parti itu di seluruh negara kerana di bawah pentadbirannya, parti itu tidak lagi memerintah Selangor dan beberapa negeri lain.

"Dulu, semua perdana menteri ada Selangor di bawah mereka. Tetapi dalam kes Najib, beliau perlu menyalurkan wang untuk memastikan UMNO di Selangor boleh terus berjalan," katanya.

Katanya, beliau tidak merasakan sesuatu yang "luar biasa" sejumlah wang sebanyak RM2.6 bilion akan diperlukan untuk membiayai parti, walaupun beliau tidak percaya keseluruhan dana itu digunakan untuk pilihan raya.

"Ia mungkin digunakan untuk aktiviti parti lain dan program tanggungjawab sosial korporat," kata Rahman.- 

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024