Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, August 19, 2015

Sang Kelembai Ikon Hutan Pahang Yang Semakin Dilupakan


Ilustrasi Sang Kelembai mengikut imaginasi WZWH.

Generasi muda mungkin tidak tahu Sang Kelembai sama ada cerita, legenda dan mitosnya. Jika ditanya beberapa soalan seperti berikut:-

  • Pernahkah mendengar cerita Sang Kelembai?
  • Jika pernah, dari siapa?
  • Bilakah akhir sekali mendengar cerita Sang Kelembai?

Kisah dongeng cerita orang tua-tua dahulu ada sejenis makhluk yang tidak diketahui sama ada manusia, jin atau apa, yang di beri nama Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai. Kata ceritanya adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia. 

Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu.

Sejauh mana kebenaran cerita Sang kelembai ini tidaklah di ketahui kisah sebenarnya hanya dicerita secara lisan dari mulut ke mulut org tua-tua dahulu. Jika di imbas kembali di kampung WZWH dahulu ada juga ceritanya yang dikaitkan dengan Sang Kelembai ini, kononnya di kampung tersebut tidak ada pokok perah sejenis pokok hutan yang mempunyai buah yang begitu sedap apabila direbus dan dibuat sejenis jeruk (macam jeruk petai lebih kurang).

Kata ceritanya anaknya telah mati disebabkan termakan buah 'perah' ini lalu dengan kuasa yang ada padanya dicabutkan semua pokok-pokok perah yang ada di sekitar kampung tersebut. Sehingga ke hari ini di kampung tersebut tidak ada pokok perah. Juga dikatakan ada berbatuan yang terbentuk didalam keadaan tertentu telah di tegur oleh Sang kelembai sebelum ini, yang terdapat dikampung tersebut.

Cerita Sang Kelembai tersebar di seluruh negeri Pahang. Lebih ramai orang di pedalaman daripada pesisiran pantai yang pernah mendengar cerita Sang Kelembai dan boleh menuturkannya.

Didapati dengan jelas bahawa orang-orang di kampung lebih mengetahui cerita Sang Kelembai dari orang-orang di bandar. Di kampung-kampung yang ada atau berdekatan dengan "kesan-kesan" Sang Kelembai, ramai yang mengetahui ceritanya.



Sebuah kampung pedalaman di Ulu Tembeling, Pahang.

Mengikut cerita Sang Kelembai versi Pahang yang diketahui seperti berikut:

  • Sang Kelembai menjadikan Kota Gelanggi
  • Sang Kelembai menanam anaknya yang mati akibat memakan buah perah di Gunung Tahan
  • Penyingkiran Sang Kelembai oleh orang-orang kampung
  • Sang Kelembai memarahi enggang mengakibatkan adanya pokok-pokok batu Sang Kelembai.
  • Cerita-cerita yang berkait dengan "kesan-kesan Sang Kelembai" yang tidak luas tersebar
  • Sang Kelembai menjadi hamba orang
  • Asal usul Sang Kelembai

Gunung Tahan berkait dengan cerita Sang Kelembai, iaitu sebagai gunung yang telah dibina oleh Sang Kelembai untuk menjadi pusara anaknya. Begitu juga bukit-bukit batu kapur dan gua-gua dikaitkan dengan Sang Kelembai. Contoh, Kota Gelanggi iaitu sebuah bukit yang mempunyai gua-gua membawa cerita Sang Kelembai.

Negeri Pahang berselirat dengan sungai-sungai dan anak-anak sungai. Sungai Pahang yang terpanjang 459 km, merupakan sungai yang utama. Sungai ini dan anak-anaknya yang besar-besar bermula di pergunungan dan mengalir di bahagian ulunya melalui jeram-jeram dan cegar-cegar. 



Jeram Sawar di Sungai Tembeling yang dikaitkan dengan Sang Kelembai.

Jeram-jeram dan cegar-cegar ini mempunyai cerita masing-masing. Di Sungai Tembeling, terdapat beberapa jeram antaranya Jeram Sawar yang berkait dengan Sang Kelembai dan Jeram Koi yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai tempat akhir Maharaja Dewa Sura berperahu mudik di Sungai Pahang semasa dikejar oleh orang-orang Melaka.

Cerita-cerita Sang Kelembai berkait dengan batu-batu "ganjil" misalnya Batu Gajah, Batu Buaya dan Batu Tapah.



Batu-batu besar di tepi Sungai Tembeling.

Transmisi cerita Sang Kelembai ini dari generasi ke generasi berkurangan. Ibubapa tidak lagi bercerita kepada anak-anak mereka kecuali mungkin ibubapa ditempat yang masih terpencil dan belum dapat mengecap nikmat pembangunan dan kemajuan.

Orang-orang tua segan hendak bercerita kerana bimbang kalau ceritanya diterima sebagai dongeng. Tambahan pula orang-orang muda tidak lagi meminta mereka bercerita.

Dengan keadaan begini tidak hairanlah jika pada suatu masa nanti cerita-cerita Sang Kelembai ini tidak diketahui lansung kecuali diabadikan dalam buku, media lama dan media baru.

2 comments:

Anonymous said...

Cerita Sang Kelembai ni akan merebak luas tidak lama lagi. Diberitakan Sang Kelembai setelah lama berdiam diri akan keluar dari pertapaannya kerana dah tak tahan dan menyampah ngan gelagat pemimpin dari ketua kampong, JKKK, ketua cawangan / bahagian hingga ke pucuk pempinan. Mula2 Sang Kelembai akan tegur mamat2 Jerantut sama ada yg pakai songkok tinggi atau x bersongkok yg kerja mrk tak ade lain hari2 menipu org kampung. 50 tahun dari sekarang Jerantut akan menjadi daerah terkenal dikalangan pelancung antarabangsa dimana tumpuan mrk adalah pada batu2 menyerupai manusia pakai songkok tinggi sambil ternganga mulut. Diceritakan Sang Kelembai dipercayai juga sampai kePutrajaya apabila terdapat batu2 menyerupai manusia dimerata2 tempat dari bilik mesyuarat, kantin dan juga tandas. Adalah dipercayai Sang Kelembai telah menegur mahluk2 nie kerana terlalu loya mendengar kenyataan2 yg keluar dari mulut mrk. Namun demikian satu mahluk dari kumpulan yg sama telah terselamat dari menjadi batu apabila dia memberitahu Sang Kelembai dia tidak boleh lg mengeluarkan kenyataan bodoh sebab dia sudah diberhentikan. Moral of the story. Jangan tipu rakyat, boleh jadi batu.

Nur Haikal Levine said...

Haha sang kelembai najib la