Nuffnang Ads

Pages

Monday, August 24, 2015

DS Najib Jelaskan Dana Untuk Menggerakkan Jentera Parti




Petang semalam saya merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Alor Setar.

Saya telah lama dalam politik, lebih 40 tahun, dan saya akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan UMNO.

Untuk memastikan UMNO terus berkhidmat kepada rakyat, saya sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti.

Tun Dr Mahathir sendiri mengakui di dalam buku Transparency International, di mana dia sebut ‘every political party needs money’.

Dalam usaha mendapatkan dana politik, saya berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting

(i) jangan mencuri duit orang

(ii) tidak menyalahi undang-undang

Isu dana ini saya boleh terangkan kepada ahli-ahli UMNO secara terperinci tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup. Perbincangan secara terbuka hanya akan merosakkan UMNO.

Saya ada hak sebagai Presiden parti dan ketika saya menjadi timbalan, saya tidak pernah menyoal Presiden parti mengenai dana yang diperoleh untuk UMNO.

Saya dipilih oleh perwakilan melalui sistem yang paling demokratik dalam UMNO tanpa undi bonus atau kuota.

Selagi ahli UMNO pilih dan mahu saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO.

13 comments:

Sabihah Ghazali said...

Eh, dah lain cerita pulak. baru KB Kuantan cakap Najib beritahu 146 KBpada hari Rabu 12/08 Duit dana RM 2.67 itu UNTUK diri dia bukan untuk Parti.
Cer tanye Wan Adnan Wan Mamat'
Dah bergegar satu KL bila Najib jadi Bilionaire..
Kalu dia mati besok jadi macam Soha Arafat..sema lepas ketangan RosBini!
Padan muka UMNO..

Anonymous said...

40 tahun dlm politik taktaulah dah brp banyak benda haram dia makan dan dia sontot. Duit org tak curi duit negara takpe. Kalau tak salahi undang2 apalak kau pegi tahan pegawai SPRM? Apalak kau pegi tukar timbalan SB? Kau cutilah kejap biar kerajaan siasat 1mdb? Tak kisahlah kau dipilih apa cara pun. Kalau jentera parti bergerak apasal ramai akar umbi menyampah dgn kau? Duit tak sampai kot. Kau telan sorang.
Kalau kau sendiri buat salah kau pun layak ditangkap. Kalau zaman sultan Mahmud dulu mau kena lembing dah kepala kau. Sib baiklah org melayu masih beradap. Ikut undang2.

Anonymous said...

Akaun tu 1 nama ke joint account. Kalu joint account ' either one to sign ' ke? Kalu 1 nama ada ' mandate ' untuk operate account ke? Kalu ahli-ahli umno tak tahu perkara ni sudah dikira biasa lah.
Tapi yg mengaku pemikir politik umno kena tahu
perkara ni. Sebab nanti sumer melepas, jilat p*k*
jelah. Lagi 1, duit yg dipindahkan ke akaun di Sinkapore tu dlm matawang Ringgit. Hari nie SGD1 = MYR3.02 Akhir tahun kemungkinan besar SGD1=MYR4. Bila dapat bawak balek nanti ( kalu dapat ) dlm nilai ringgit tinggal sikit je. Kalu joint account lagi lah naya...

Anonymous said...

Udah lah Nagib Razak. Berundurlah....malu aku ada PM macam ko ni....cakab berbelit2 macam hindu mabuk minum todi....MAna boleh derma masuk dalam akaun peribadi ko....Ko tu PM duit tu patutnya masuk dalam akaun UMNO atau BN. Lagi pun ko tu gomen servant....mana boleh terima derma....ethically is wrong tau....aku tau jugak cakap omputih walau pun belajaq kat sekolah kampong saja....kalau orang biasa derma tu dah kira rasuah....

cuba ko pikir...kalau ko bukan PM, ko rasa ko dapat tak duit derma tu?????? LAgi satu...mana pegi duit derma tu sekarang....??? Kalau derma kenapa tak agihkan pada rakyat Malaysia???? Kalau ko bukak akaun ASB sorang utk rakyat Malaysia banyak tu dapat share....Ini tak - ko dapat 'derma' ko buat derkkkk saja....nak bolot sendiri....udah lah menghencing rakyat...rakyat tak bodoh...baik ko turun sekarang....kita orang tak akan hukum UMNO dan BN nanti. Kalau ko degil jugak, PRU 14 nanti ko tahulah.....

Anonymous said...

Geli betul dengan anon2 kat atas ni. Cakap besarnya tu macam bagus sangat. Kah kah kah std macai yg low class ..........

Anonymous said...

Daripada jadi ketua yang bodoh cap ayam. Kene bangang kat bini sendiri. Hari2 menipu orang. Ada ke buat cerita bodoh guna duit derma 2.6b nak gerakkan jentera parti. Ke pakai nak buat party?
Kalai dia tak soal Pak Lah, sapa pulak yg buat gerakan suruh Pak Lah berundur? Apa dia tak terlibat ke?
Politik memanglah nak pakai duit. Tapi janganlah sampai jadi pengkhianat.

Anonymous said...

Tak payah lah bukak link berkaitan dengan PM nie buat kena maki aje. Rakyat semua dah menyampah.....tunggu masa je.....

Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan ..berapa juta aok dapat..ha ha ha.

Anonymous said...

Bangang!!!!
Dap dan pkr dpt dana dpd yahudi...sekor melayu pon tak berani nak menyalak!!!!!
Tanpa dana....sapalah dap n pkr skrg!!!!!!
Tengok bilboard peliwat dan tokong sebesar bngunan 3 tgkt masa pru 13...bapak ko sponsor ker???
Klu mrk berkempen dan dpt menandingi bn dlm perang poster...agak2 berapa mrk telah belanja????
Errr....ada bangsat2 melayu berani bertanya????Atau takut kena saman rm100juta...

Anonymous said...

Betul jugak bangang kau ni. Kalau dah tau Dap Pkr yahudi sponsor yg Najib sama bangang pegi upah advisor yahudi buat apa? Kan ke dah sama2 bangang. Ikutlah oang pandai. Ni dgn org tua2 senior taknak hormat. Bodooh ikut cakap bini dgn cina gemok. Yang Najib pegi berhutang dgn yahudi buat apa mangkuk? Sama je koramg semua. Nak menjahanamkan.

Anonymous said...

Anon 11.01 pm....aku tak kisah kalau si Boogeese Warrior Pirate tu dapat donation. Masalahnya kenapa dia tak masuk kan ke dalam akaun UMNO???? Ko dok bandingkan dengan DAPpigs dan Parti Kencing Rakyat. Depa ni dok kencing rakyat sampai hancing. Yang UMNO nak ikut perangai depa buat apa????? Selama ni UMNO dapat jugak derma dari ushawan2 yang berjaya. Yang aku tak boleh terima ni masuk akaun personal....ko pun tahu kan selera Minang Walrus Flytrap tu......ke ko ni salah satu dari anjing2 RBA DAPpigs tu......

Anonymous said...

Apa citer baru To'. Nazir pulak dapat masuk JKE ingatkan WZWH jerantut yg dapat. Dalam pada duk tunjuk gambar lembu tergolek kat IG dapat gak jadi advisor. Makin mantaplah squad penyamun. Banker ada, penyangak, pembodek, shopaholic dah mcm2 watak Najib bawak masuk. Harap2 makin cepat jahanamlah ketua diorang ni. 
Betul ke ro KJ kena soal siasat dgn gang pemuda. Mesti Khairun Aseh punya kepala. 
Ini bukan gerakkan jentera bagi hancur adalah. Gaduh la kau puas2 sama je semua.

Anonymous said...

Kenyataan Najib tu memang benar. Negara kita kan demokrasi, memang ada yg menang atau kalah dalam undian. Dalam kes ini, Najib dah menang maka jadilah dia presiden dan PM. Yg lain tu akurlah sokong Najib. Besuk2 ada pemilihan lagi, mungkin orang lain yg menang, Najib pula kena terima dan sokonglah pulak yg menang tu. Jangan berpecah2, barulah ada keberkatan.