Nuffnang Ads

Pages

Friday, August 14, 2015

DS Najib Perdana Menteri Paling Susah Untuk Ditumbangkan Dalam Sejarah



















Gerakan media baru Facebook-Arab Spring menumbangkan banyak Presiden negara-negara Timur Tengah. Pemimpin yang dulu kelihatan sangat gagah dan kuat pun tumbang. 

Di Asia Tenggara pula gerakan rakyat, pembangkang dan dalam kerajaan boleh juga menumbangkan Presiden dan Perdana Menteri. Marcos, Suharto, Taksin pun tumbang. 

Di Malaysia pula bukan Perdana Menteri yang tumbang tapi Timbalan Perdana Menteri yang tumbang dulu.

Kini ada gerakan pembangkang, NGO, mantan Perdana Menteri dan segelintir dari kerajaan sendiri mahu menumbangkan DS Najib dengan berbagai isu yang paling diperkatakan dalam sejarah negara ialah 1MDB.

Isu 1MDB telah menenggelamkan semua isu-isu yang penting kepada Malaysia kerana semua pihak merasakan isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi DS Najib boleh menjatuhkan kedudukan sebagai PM.

Oleh kerana Malaysia tiada undang-undang khusus mengenai pembiayaan dana politik maka DS Najib boleh kata beliau tidak bersalah kerana itu adalah wang derma untuk dana politik dan SPRM telah mengesahkan.

DS Najib terus mengumum penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik. Ini bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

Pelan tersebut penting dalam menangani isu pembiayaan politik, khususnya pada masa ini tidak terdapat peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu salah atau tidak meskipun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya.

Dulu DS Najib pernah bawa ke parlimen usul yang sama pada 2009 tapi ditentang oleh pembangkang terutama DAP kerana tidak bersedia dan menyusahkan kewangan pembangkang yang mendapat dari sumber yang diragukan.

DS Najib Perdana Menteri yang paling susah untuk ditumbangkan dalam sejarah.

SPRM kata DS Najib tidak bersalah. Bank Negara kata periksa akaun individu bukan bidang kuasa.

Walau pembangkang serang DS Najib guna isu RM2.6 bilion ini, hingga media baru yang digerakkan oleh pembangkang dan segelintir dari kerajaan itu lansung tidak mengugat kedudukan DS Najib.

Tiada orang ke depan berani mendakwa dalam isu ini yang DS Najib salah! Hanya tuduhan yang tidak mengugat lansung kedudukan DS Najib sebagai PM.

Dalam Kerajaan yang diberi mandat untuk mentadbir dan memerintah pun itu hak budi bicara mutlak DS Najib sebagai PM untuk melantik dan mengugurkan mana-mana Menteri dan Timbalan Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri.

Bila ada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri digugurkan adalah perkara biasa dan normal ada sikit sentimen kenegerian dan kedaerahan yang panas dalam jangka waktu yang pendek tapi akan kembali tenang dan waras bila masa berlalu.

Dalam Mesyuarat UMNO, Wanita , Pemuda dan Puteri yang telah sedang berlansung di 199 Bahagian UMNO walau ada suara-suara yang mahu tapi "tersangat polite'-hanya mahu DS Najib direhatkan semasa siasatan dilakukan.

Tidak ada suara-suara dalam mana-mana Mesyuarat UMNO Bahagian di 199 Bahagian yang mahu DS Najib berundur sebagai Perdana Menteri!

Ada banyak lagi faktor yang buat DS Najib Perdana Menteri paling susah untuk ditumbangkan dalam sejarah.

Asia Sentinel menulis...


Malaysia’s tycoons hold the key to either keeping Prime Minister Najib Razak in power or ousting him, not unity governments, or Umno or street protests, said Wayne Portal in his opinion piece on Asia Sentinel.

Touching on the teaming up of former Premier Dr Mahathir Mohamad and his one-time nemesis Tengku Razaleigh Hamzah to form a unity government in place of Najib’s, Portal said it “may not be enough” as it was the business community that decided whether the PM stayed or was unseated.

He drew comparisons to Indonesia where he said Shuharto fell when “top tycoons did nothing to protect” him during a massive banking collapse in 1998. The same was true for the Philippines where Ferdinand Marcos was finally “pushed out the door” by some of the country’s top business families, with much the same happening to Joseph Estrada years later.

He observed however that the situation was rather different in Malaysia where the business community was very much “under Umno’s thumb” at present.

He added, “… with companies beholden to the ‘Imperial Premiership’ – a beast forged by Mahathir when he concentrated power in his own hands a generation ago ­– it is proving difficult to find any tycoon willing to break ranks”.

He said hopes that Najib’s brother, chairman of the CIMB Group Nazir Razak, and a somewhat outspoken critic, might lead an NGO to pressure Najib to resign, also seemed “ill-placed” as did street protests as the country had yet to experience anything “major”.

“If truly massive crowds turn out for a planned August 29 rally called by the Bersih NGO, that would surely ratchet up the pressure.

“But once again, the system seems to mitigate against the kind of massive protests that have been seen during changes of regime in South Korea, Thailand, the Philippines and Indonesia.

“There is too much to lose, perhaps, and racial fears are easily manipulated.”

He said it would definitely take more than “two old war horses from Umno” in the form of Mahathir and Razaleigh, to put together a unity government as it was still based on the assumption that parliament would be “kind enough” to allow for a no-confidence vote on Najib.

“The fact central bank governor Zeti Akhtar Aziz said Thursday she would not resign, may help, but only if she steps forward with evidence of wrongdoing in the 1Malaysia Development Berhad fund scandal that is linked to Najib,” he said, failing which Najib is here to stay for a long time more.


DS Najib adalah seorang Perdana Menteri yang paling susah untuk ditumbangkan dalam sejarah.

DS Najib sangat bernasib baik kerana beliau menjadi seorang Perdana Menteri ketika tiada seorang pun ahli politik baik dari pembangkang dan kerajaan yang berani mencabar beliau.

Mereka ahli politik- ahli politik pembangkang dan kerajaan yang belum cukup mempunyai keyakinan dan confidence untuk bertindak sebagai seorang PM to be.

DS Najib boleh ditumbangkan dalam ballot box pada PRU 14 yang ada lagi 2 tahun setengah.

DS Najib juga diberi mandat dan peluang untuk membuktikan bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang paling susah untuk ditumbangkan dalam sejarah dalam 2 tahun setengah.

2 tahun setengah adalah masa untuk DS Najib membuktikan bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang sebenar.

6 comments:

Anonymous said...

Alamak bro....loya tekak baca posting ni....bodek tahap gaban...ko ni tak ada maruah ke?

Aku cadang tambahan pada tajuk posting kali ni: DS Najib Razak; PM paling haprak tapi paling susah nak tumbang

Anonymous said...

Allah bersama dengan orang yg benar.

Anonymous said...

Paling susah? Tunggu pru akan dtg...

Anonymous said...

Hehehehehe. Ni cubaan lawak ke bordek?
Kalau setakat buat, gubal undang2 lepas tu sendiri laki bini balik yg langgar baik takyah buat bengong. Dulu masa dia baru2 naik pun dah nampak dia ubah mcm2 undang2 dari bank, ISA dan sbgnya. Hari ni baru kita boleh nampak yg undang2 dia ubah tu utk melepaskan diri dia laki bini, adik beradik kawan2, juga tycoon2 balak Pahang yg support dia. Orang bukan bodoh sgt bro.
Tu yg Gabenor BNM akaun Rosmah pun dia tak berani sentuh. Semua kaki keturunan menipu, pembelit, penyamun.
Betul ke dia paling liat nak tumbang? Cabarlah Najib sumpah saya boleh hidup 50 tahun lagi? Saya PM yg takkan mati? Saya ada kuasa duit. Saya juga ada dikuasai bini.

Anonymous said...

I agree wif your opinion wzwh. Najik most difficult PM to bring down. Oso agree money 2.6 bil credited into Najik personal account is donation from good heart arab man. This money no need pay tax l oso agree. But l have to ask oni 1 question. If Najik resign ( or dont resign ) who get the balance money from the 2.6 bil ?? Najik himself got one or that balance money must return to umno? If return to Umno we both can extend raya celebration for 1 whole year mah. But if Rozma said no, how? So tell me who got? If return to donor...Walauu donor got money syiok syiok. So how Wzwh?

Anonymous said...

Ya lo his comments so mengarut lah,bodek punya pasak sampai sanggup jatuhkan maruah sendiri,jilat bro jangan tak jilat selagi ada kuasa ni,nanti bila dah jatuh ko semua akan di siasat dan kalau di dapati bersalah sumer masok JEL.