Wednesday, May 9, 2012

Bersantai Antara Dua Darjat Dari Taman Gelora Kuantan Dan Bersantai Jet Ski Ke Ulu Tembeling



















Bersantai di Taman Gelora pada 6 Mei 2012 (Ahad lepas) menghimpunkan aktiviti BAKTI-Persatuan isteri-isteri ahli politik BN, Persatuan Wanita negeri melibatkan rakyat Kuantan.

Ini affair isteri-isteri orang-orang yang berkuasa di Malaysia. Pada minggu itu lebih 600 ahli parlimen dan ADUN BN seluruh Malaysia berkumpul di Kuantan.

Wajah-wajah PM, TPM, Menteri, MB, Ketua Menteri, EXCO berkeliaran seperti orang biasa. Ini idea DS Najib mahu melibatkan aktiviti BAKTI bersama rakyat.

Gerai-gerai segala makanan tradisional Pahang dan berbagai permainan tradisional menarik para pengunjung. Walaupun hujan begitu lebat sejak pagi namun semua juadah habis.

DS Najib mahu isteri-isteri ahli politik berperanan mendekati masyarakat selain membantu suami masing-masing. 

DS Najib gembira Taman Gelora yang dibangunkan dengan konsep taman rekreasi semasa era beliau menjadi MB telah mengalami perubahan transformasi yang lebih baik.

WZWH lebih berminat dengan lontaran konsep pembangunan yang akan direalisasikan oleh DS Najib iaitu bahawa kerajaan bakal memperincikan kaedah dan usaha mewujudkan lokasi tapak perindustrian khas, iaitu Malaysia China-Kuantan Industrial Park (MCKIP), di Gebeng seluas 640 hektar dalam masa terdekat, berikutan jalinan bersama Wilayah Naning, di China.

Usaha itu sebagai lanjutan kepada persetujuan membabitkan kerajaan Malaysia dan Republik China, membangunkan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) selepas majlis pecah tanah disempurnakan pada 1 April lalu oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatnya, Wen Jiabao.

Lokasi ini sebagai sister industrial park dan kedudu­kan Pelabuhan Kuantan juga menjadi titik penting dan dekat dengan wilayah tersebut. Setakat ini bakal pelabur yang juga sebuah syarikat besar dan mereka menunjukkan minat membangunkannya.
















Kelihatan MB Terengganu, MB Perak dan Menteri Pengguna sedang menikmati juadah di gerai yang disediakan. Selepas itu MB Johor turut join sekali.

Pada sebelah petang WZWH bergegas ke Jerantut kerana mahu pergi ke Kuala Tahan kerana dari Kuala Tahan WZWH perlu menaiki jet ski untuk pergi ke Kampung Bantal Ulu Tembeling menghadiri program sukan belia Ulu Tembeling.



WZWH bertolak dari Kuala Tahan pada pukul 5.30 petang dengan jet ski dan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling pada pukul 6.15 petang.
















Buat masa ini penduduk Ulu Tembeling menggunakan bot panjang yang mengambil masa 3 jam ke 4 jam dari Kuala  Tahan mudik ke Kampung Bantal. Kalau air sungai cetek lagi lambat kerana terpaksa menolak bot panjang.
















Terpaksa pula menempuh tujuh jeram besar yang airnya deras, berombak besar dan penuh batu-batu. Botman perlu ada skil mudik dan menghilir jeram melalui pengalaman. Kalau tidak mahir bot panjang boleh karam dan mengakibatkan kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda. Jika menggunakan jet ski pun kena berhati-hati bimbang terlanggar batu-batu jeram yang tersembunyi.
















Ini program sukan belia Ulu Tembeling. Perhatikan hadiah-hadiah yang lumayan kepada para pemenang. Johan RM3000, Naib Johan RM2000, Ketiga RM1000, Keempat RM500. 30 pasukan menyertai kejohanan bolasepak 9 sebelah. Semuanya dari Lembah Tembeling kecuali satu pasukan dari Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu (diundang secara tradisi kerana hubungan kekeluargaan)
















ADUN Tahan, Dato' Wan Amizan bin Wan Razak menutup kejohanan bolasepak dan bola jaring belia Ulu Tembeling. ADUN ini kuat dan rajin bekerja memberi perkhidmatan kepada kawasan DUNnya.
















Jika di Program Bersantai di Taman Gelora Kuantan ada persembahan band dan artis baik dari KL dan Kuantan menghibur para pengunjung. Program Bersantai di Kampung Bantal juga ada band dan artis malah anak-anak joget pun ada!

Kalau mahu lagu dan menari dengan anak-anak joget kena bayar terpulang RM50, RM 30, RM 20 dan ada yang bayar RM100, RM150. Ini kira derma bagi tabung belia kampung. Band dan artis kira OK boleh 'perform' berbagai lagu-lagu genre dangdut, pop, 60an, dll.

Di kampung-kampung Ulu Tembeling apa lagi hiburan yang ada bukan macam kat KL ada 'tempat-tempat happening'. Tetapi bila ada program sukan belia sungguh meriah kerana ramai orang kampung dan anak-anak muda berkemah mengelilingi padang di Kampung Bantal dan banyak gerai-gerai makanan dan minuman didirikan untuk 2 hari 2 malam.

WZWH percaya suasana ini hanya ada di Ulu Tembeling sahaja. Oleh kerana WZWH sampai dekat Maghrib dan susana malam maka phone Blackberry WZWH tidak dapat mengambil beberapa foto mengambarkan suasana dengan jelas.

Maka inilah posting WZWH memberitahu para pembaca blog WZWH perbezaan "Bersantai Antara Dua Darjat Dari Taman Gelora Kuantan Dan Bersantai Jet Ski Ke Ulu Tembeling".

WZWH publish beberapa foto Kampung Bantal Ulu Tembeling seperti di bawah.






















































































Pada posting akan datang WZWH akan menulis "Harapan dan Impian Penduduk Ulu Tembeling : Penyelesaiannya". To be continued.....

6 comments:

Anonymous said...

memang antara dua darjat sungguh .... penduduk masih dengan bot kayu .... pemimpin dengan jet ski ..... penduduk dengan hasil getahnya ... pemimpin dengan hasil kontrak dan balak juta2nya

Anonymous said...

Betul3.

Anonymous said...

niat nak buat baik, tunjuk bos buat kerja tapi tersilap tujuk sikap elit mereka, tu la susah ambik akautan jadi cikgu utk menjadi menteri propaganda

memang kelas!

Anonymous said...

Majlis Bakti di Taman Gelora disambut oleh guruh petir dan hujan lebat. Sambutan dari rakyat setempat sangat dingin sedingin cuaca pagi...inilah berkat kedatangan para2 isteri wakil rakyat yg memperagakan kehrbatan masing2 yg diketuai oleh Kak Mah....Aku tak tau berapa banyak wang rakyat (op! silap wang BN memandangan majlis ini majlis parti) yg dibelanjakan untuk majlis ini...

spirit of pasir tambang said...

aku pun rasa amat terkilan dan pedih hati bila melihat rombongan2 yang mengiringi dato asik menceritakan kecangihan jet ski masing2.rasa terhina dihati ini yang masih mengunakan perahu kayu sebagai pengankutan untuk menyambung hidup.mentang2 lah dema punyai projek berjuta-juta yang mereka dapat dengah menyokong umno.tapi aku dan orang-orang kampung tak ada apa yang dapat dari perjuangan umno.tolong la wzwh terangkan kat aku tentang perluang yang akan aku dapat untuk aku terus menyokong umno yang aku sayang ni.

Anonymous said...

kluar dulu duit bakti ni sebelum pru
, takut jadi mcm selangor dulu.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024