Saturday, August 3, 2013

Masa Depan Ulu Tembeling Dengan Pokok Gaharu



Masa depan Ulu Tembeling secara holistiknya bergantung kepada bagaimana cepat dan pantas Jerantut dibangunkan melalui ECER. 

Atau satu badan yang boleh dipanggil Hulu Tembeling Development Authority (HTDA).

HTDA boleh menjalan aktiviti ekonomi melalui Hulu Tembeling Development Sdn Bhd.

Buat masa sekarang blog WZWH adalah rujukan pembangunan Ulu Tembeling.

Bidang peladangan dikenal pasti boleh memberi pulangan ekonomi kepada Ulu Tembeling selain dari ecotourism atau agro based economy.

Buat masa sekarang Felcra membuka 10,000 ladang getah, Dikuti Yayasan Pahang 20,000 ekar secara berperingkat-peringkat dan PKNP diberi 10,000 ladang getah.

Masa depan Ulu Tembeling dengan pokok Gaharu. 

Apa sebabnya kayu gaharu bernilai jual tinggi?

Pohon Gaharu berasal dari bahasa Sanskrit yaitu dari asal kata "agaru" yang berarti kayu berat (tenggelam) yang menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar.

Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika

Kayunya mengandung bahan Agarospirai, Ginkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu dan juga menghasilkan minyak wangi. Juga komponen Methoxypenylethyl Chrome menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.

Resin yang terdapat di bagian batang pohon gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat tinggi di pasaran seluruh dunia. Resin ini telah digunakan sejak zaman dulu sebagai setanggi atau kemenyan.

Pengguna gaharu hampir kepada semua bangsa dan agama. Kayu ini terkenal di seluruh dunia dengan berbagai panggilan, di Malaysia dinamakan Depu, Karas atau Engkaras, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, orang Jepun menyebutnya sebagai Jin-Ko dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab, Sedangkan di negara-negara Barat, kayu gaharu dikenali sebagai agar wood, aloes wood dan eagle wood. Di Timur Tengah, gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah. Sedangkan di negara -negara Asia Timur digunakan sebagai dupa dalam kegiatan keagamaan.

Daun, akar dan kulit kayu gaharu digunakan sebagi ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu digunakan untuk terapi setelah persalinan, antibiotik, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Selain menjadi ubat, gaharu juga digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad-abad yang lalu karana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk dari batangnya digunakan untuk menghasilkan barang kecantikan, sabun, lilin, obat-obatan dan minyak wangi.

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti gatal dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan ketenteraman badan. Ia juga dapat menyembuhkan luka bakar, menghalang pengeluaran keringat secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.

Pati minyak dan daun kayu gaharu berkhasiat merawat kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu juga sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian /parfum, ubat salap, lotion, barang hias,dan minyak urutan untuk memijat.

Bagaimana masa depan Ulu Tembeling dengan pokok Gaharu ?

Penanaman gaharu amat sesuai di seluruh Malaysia Dengan faktor iklim khatulistiwa, tanah dan taburan hujan yang tinggi maka ia amat sesuai diusahakan oleh semua jenis lapisan masyarakat di malaysia.

Tidak kira latar belakang anda , penanaman gaharu amat mudah, ia boleh dilakukan dibelakang rumah, hadapan rumah, kawasan tanah terbiar. tahukah anda bahawa penanaman gaharu untuk 1 ekar tanah boleh memuatkan sehingga 1000 pokok gaharu, yang penting anda memastikan pokok gaharu anda subur, bila umur pokok gaharu anda mencecah 4 - 5 tahun, anda boleh membuat inokulasi pada pokok gaharu anda....dan hasil boleh dilihat dalam masa minimum 4 bulan keatas, keberhasilan penghasilan resin/ damar / gaharu pada satu satu pokok bergantung dengan jenis inokulan yang anda gunakan untuk menyuntik pokok gaharu.

Tentu anda tertanya tanya apakah inokulasi? Inokulasi merupakan satu aktiviti dimana pokok gaharu di suntik dengan inokulan (mikroorganisma jenis tertentu sahaja) dan apabila pokok tersebut sakit dengan hasil inokulan tersebut, maka tindakbalas pokok gaharu melawan sakit akan menghasilkan damar / resin / gaharu, hasilnya anda akan mendapat samada gred A,B,C,D atau E.

Sebuah syarikat tempatan Jerantut diberi tanah 20,000 ekar untuk menanam pokok Gaharu secara besar-besaran. 

Dijangka dalam masa 5 tahun industri ladang pokok Gaharu boleh menghasilkan RM15 bilion pulangan ekonomi.

Penduduk Ulu Tembeling akan dilibatkan partisipasi dalam ladang Gaharu ini.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024