Nuffnang Ads

Pages

Sunday, August 25, 2013

Kenapa DS Najib Mansuhkan ISA dan EO Dan Hubungan Impirikal Dengan Kadar Jenayah Terkini?



Apa rasional DS Najib mansuhkan ISA dan EO yang mengundang debat pro dan contra? ISA dan EO digunakan sejak tahun 1960an bagi langkah pencegahan jenayah.

Apa hubugan impirikal dengan kadar jenayah terkini?

Peguam Negara TS Abdul Gani Patail menjelaskan...

"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga ISA.

Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal.

"Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.

"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya.

Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon.

Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan.

Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah.

"Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.

Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar.

Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah..

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Peguam Negara TS Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di PJ.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap EO untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.

Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Menteri KDN DS Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.

Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.

Menteri KDN boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.

Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.

2 comments:

Shadow Banker said...

Pandai sungguh YAB Dato Seri Najib. Diharap seluruh jentera kerajaan menyokong penuh visi, mis dan transfomasi yang dibawa beliau.


Saya juga mengambil kesempatan memberi kata dua kepada mereka2 yang cuba mempersendakan PM, penasihat PM dan saf2 politik PM.

NANDRI dan VANAKKAM

Anonymous said...

Bad laws are for bad people.

Think for yourself, ISA and EO are bad laws meant for bad people particularly those who want to disrupt the freedom of peace and harmony in our country. To those who want peace and harmony do not have to worry because we won't be arrested under these laws because we are good citizens.

No doubt these laws sound barbaric. But we need these laws to safe guard our norms of peace and harmony. These laws stand for peace and harmony which are guaranteed by our constitution and thus to keep us united and strengthening Malaysia.

These laws in many ways will provide tools and broaden our enforcement power for law and order in against the act of terror by bad citizens, especially the domestic extremists, terrorist related activities, the underworld vices and those who want to topple the Government by undemocratic means and actions. These laws will act as a deterrence enable us to considerably live in peace and harmony to prevailing democratic existence.