Wednesday, August 21, 2013

Akhirnya Atas Arahan Undang-Undang Sekular Surau Resort Tg Sedili Dirobohkan...MAIJ Tidak Terlibat!



Ini surau Resort Tg Sedili.



Atas kebenaran pemilik resort, penganut Buddha dari Singapura boleh "sembahyang" di surau. Ini telah menjadi isu panas.

Ada berbagai pendapat. Ada kata boleh roboh. Ada kata tidak perlu roboh kerana 'private property' atau belum digazet sebagai surau.

Macam-macam pandangan-klasik, ortodok, liberal, sekular, human right, extremis...

Titah Tuanku Sultan Johor oleh kerana surau itu arah kiblat tidak betul dan sudah bercampur aduk sembahyang maka Tuanku titah surau dirobohkan.

Hal-hal agama adalah hak mutlak Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Johor dan MAIJ mempunyai kuasa penuh.

Namun ada juga ulama intelektual kononnya mempersoalkan keputusan Tuanku Sultan.

Akhirnya atas arahan undang-undang sekular @ pentadbiran surau Resort Tg Sedili dirobohkan dan MAIJ tidak terlibat.

Atas arahan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) pembinaan surau menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

“Pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

"Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," menurut notis berkenaan.

Maka kes isu surau resort Tg Sedili ditutup. Ini adalah bangunan yang dibina tanpa kebenaran. Majlis Agama Islam Johor tidak terlibat walaupun mempunyai kuasa penuh.

Isu ini tidak perlu lagi diungkit kononnya Penguasa Agama bersikap Taliban atau berfikiran sempit.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024