Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, August 28, 2013

Confirm.... Tengku Azlan Mempertahankan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut!



















Tan Sri Dato' Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Jerantut merenung masa depan politik Jerantut.

Sabtu lepas WZWH mengetih dengan Tengku Azlan. WZWH mahu bertanya kepada beliau sendiri. Pendirian beliau sendiri mengenai pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.

Sebagai blogger politik Jerantut WZWH perlu dapat maklumat first hand and original.

Ini cerita politik dari Tengku Azlan untuk WZWH share dengan 25,000 ahli UMNO Jerantut:

  • Beliau masih mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
  • Beliau tidak pernah merestu atau memberi laluan kepada ahli parlimen Jerantut seperti yang dilapurkan dalam Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2013.
  • Jika sekiranya beliau mengundur diri sepatutnya Timbalan Ketua UMNO Bahagian menganti tempat beliau.
  • Beliau telah berkorban, sanggup mengundur diri dari bertanding ahli parlimen pada PRU 13, maka biarlah beliau mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian.
  • Tidak semestinya ahli parlimen mesti menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Temerloh, Lipis, Paya Besar umpamanya.
  • DS Najib telah berucap mana-mana Ketua Bahagian yang mengundur diri dari menjadi calon PRU 13 tapi masih berminat dengan jawatan Ketua UMNO Bahagian biarkanlah...
  • Badan Perhubungan UMNO Bahagian Pahang memutuskan Bahagian Paya Besar dan Jerantut tidak dipertandingkan jawatan Ketua UMNO Bahagian..
  • WZWH mencelah bagaimana kalau ada ahli politik Jerantut mahu mencabar Tengku Azlan? Jawab Tengku Azlan mudah...ahli politik itu boleh daftar bertanding...sama-samalah kita daftar bertanding!!!


KOMEN WZWH

Pandangan WZWH berilah sepenggal lagi buat Tengku Azlan. Semasa beliau menjadi ahli parlimen Jerantut selama 3 penggal banyak jasa beliau. Lebih RM3 bilion peruntukan ditabur ke Jerantut.

Beliau sanggup menolak jawatan Timbalan Menteri atas sebab-sebab tertentu. Beliau sanggup berundur bagi peluang orang muda.

Ada lebih 50 ahli politik Jerantut yang diangkat status menjadi "Knighthood Dato'ship" baik dikalangan AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. Dulu siapa tokoh pemimpin Pahang hendak rekomen Dato'ship kepada ahli UMNO Jerantut kalau tidak dari air tangan Tengku Azlan!!!

Tengku Azlan masih boleh berperanan menjadi simbol perpaduan.

Sudah tentu ahli politik-ahli politik Jerantut boleh mengumpul kekuatan masing-masing disamping manouvre politik War Lord-War Lord politik Jerantut dengan set up siapa Ketua Cawangan-Ketua Cawangan dan perwakilan setiap cawangan.

Ini nasihat WZWH tidak ada guna ahli politik-politik Jerantut menunjukkan kekuatan hatta mengumpulkan semua strength War Lord-War Lord Jerantut kerana anda semua berlawan dengan:

Tengku Azlan The War Lord Of The War Lord Of The War Lord....

Menang jadi arang...kalah jadi abu...

Kalau nak merasa ahli parlimen sepenggal dan ADUN sepenggal sahaja cuba lah...

Ini jawatan Timbalan Menteri takda, EXCO takda, apa-apa pun takda hampes Jerantut.

18 comments:

Anonymous said...

Dr sukhri lawan ketua bahagian masih lagi bertanding yb sampai sekarang.

Anonymous said...

Tengku Azlan lobi kuat mempertahankan Dr Shukri sebab itu bertanding lagi PRU 13.

Anonymous said...

Mat Lan ahli parlimen boleh cuba kali ini bertanding Ketua UMNO Bahagian mana tahu mungkin dapat sepenggal lagi macam Dr Shukri!

Anonymous said...

Ni nama die arrogant of power.

Anonymous said...

Tak lama lagi Wan Zurik dapatlah title dato' seri. Kipas sudah baik~

Kutukan Dewata said...

AKU AKAN LAWAN KETUA BAHAGIAN,TAKUT APA?PERGI DAFTAR DAPATLAH BERTANDING!!!10 PENJURU PUN TAK APA.DAH NAK SANGAT!!!NASIHAT ORANG TUA PUN TAK NAK DENGAR!!!

Anonymous said...

Adakah dengan mempertahankan jawatan mampu membantu jerantut kearah lebih maju? keperluan sosio ekonomi yg semakin meningkat di jerantut. pendapatan dan kos yg mungkin menjadi perhatian bagi yg menang. harap tidak seperti kapal yang mempunyai dua nakhoda.

Anonymous said...

PERTAHAN JAWATAN..LAWAN PRESIDEN BARU POWER..

Anonymous said...

zuri aok ni bodo mat zuri..dulu aok kutuk kulan knonya ahli prlimen xbrguna jrntut xde mnde..tolak jwtn tim menteri khianat amanah rakyat kate aok..bodo pnulisan aok ni zurik terlalu jelas yang aok berkepentingan utk slamatkn bos aok dripd lwn ckgu lan, aok dan juok tgku lan nk brnyawa lg g umpan ke tgku lan sruh btnding walhal org jrntet dah xnk dah. nsht sy tgku lan jgn btnding biar dia bhenti bermaruah dan boleh dianggap pnsht umno jrntut...jgn trmakan pujukan org seprti zurik dan dompok puiiiiii

Anonymous said...

blajo je tnggi pnulisan trlalu jels mmbodek puiiii

Anonymous said...

Tak kan lah demi kepentingan toke2 lombong, Balak, projek2 besar, masih nak pertahank Tengku sedangkan langsung tak ada kepentingan dgn ahli2 bawahan ni, bagi lah kepuasan ahli dapat direct accecc kepada ketua Bahagian yg baru.. Baru dapt Roh UMNO. Jika Tengku lagi,tentulah yg kaya akan lebih kaya dan Bongkak.. Inilah yg menyebabkan orang pandang jejek kpd UMNO.. Renungkanlah.......

Anonymous said...

sy skong pndngn anon 2.15 PM.. wan zurik plitik trlalu jelas untuk knyangkn perut aok je...ada ke patut nk naekkn wan dompok yg org pmimpin umno smua tau kaki pungkor...pmimpin umno sluruh malaysia kalau dgr nama wan mizan pasti terbahak2 sbb ia trkenal dgn pnykit gila pungkorrrrr...hahaahahahahaha..

Anonymous said...

dulu kas pnh dgr cter yg dr mahathir nk pecat anwar ibrahim pun tnye pndngn wan mizan..woiiiii ini statement paling lucu.hahahahahahahahahahahah

Anonymous said...

Itu pandangan peribadi politik WZWH, kalau Anon-anon semua mahu pujuklah siapa-siapa calon Ketua Bahagian yang aokme semua suka...tidak kiralah Calon Malaikat ke, Calon Pungkar ke...ha bertandinglah daftar...tidak menjadi masalah.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon-Anon semua,
WZWH memberi maklumat politik terkini dan pandangan.

Sebenarnya terserah kepada semua perwakilan yang terlibat memilih siapa yang majoriti mereka mahu sebagai Ketua UMNO Bahagian.

Setuju...Tidak Setuju...Berkecuali

Nyatakan pandangan.

Demokrasi tetap subur di Jerantut.

Siapa tokoh ada keberanian, keyakinan, ketokohan, kekuatan, visi, misi dan strategi silakan tonjolkan kepimpinan anda.

Bertandinglah Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Tiada siapa yang larang.

WZWH menyokong siapa saja yang terpilih secara majoriti.

Selamat Berjuang calon-calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Anonymous said...

sepenggal-sepenggalah demi amanah dan pengharapan ahli-ahli marhain dan orang jerantut kami menyokong penuh cikgu lan memegang teraju kepimpinan UMNO bahagian untuk memudahkan usaha-usaha memajukan sosio ekonomi dan modal insan rakyat jerantut.sokong cikgu lan..cikgu aku yang banyak berjasa kepada aku sampai aku dan keluarga aku hidup senang berkat ilmu yang diturunkan beliau.Aku berdoa moga tuhan memudahkan laluan beliau sepertimana ketika hendak dipilih menjadi MP dan ketika berkempen .Amin.

Anonymous said...

Apamacam kalau semua ahli parlimen dan ADUN tak payah tanding post 1,2,3 sebab aokme semua dah dapat tempat. Bagi kepada AJK-AJK Bahagian yang lain pegang dan peluang menjaga UMNO. Peruntukan2 biar agor, itu kemudian sebab orang UMNO Jerantut sekarang tidak pandang duit cukup dengan hanya tazkirah, tarbiah dan zikir sahaja...!

Anonymous said...

La beffa a un solo passo dal traguardo volante, quello dei calci di rigore, quello sognato ma sfiorato dalla Svizzera di Hitzfeld dopo una partita eroica contro un avversario sulla carta decisamente più forte. [url=http://www.residenzeigiardini.it/images/hogan/hogan-world/]hogan[/url] è allora infatti che avviene la cesura ideologica tra nazionalismo sionista e radicalismo religioso. Ed è da allora che gli ?scheletri negli armadi? di Israele diventano particolarmente ingombranti.
Sono scattate subito le ricerche ma solo dopo quattro ore un gruppo di volontari ha individuato l'auto dell'anziano. Quando i soccorritori sono arrivati all'automobile l'anziano era già morto. [url=http://www.noefashion.it/img/hogan/outlet-hogan-milano/]hogan outlet[/url] Lucius Modestus è un architetto dell'antica Roma. è specializzato nella costruzione di terme, il business più florido dell'epoca. Ma più che tra carte e calcoli preferisce spendere le sue giornate poltrendo tra tepiradium e caldarium.
Ci sono clienti di tutti i tipi: casalinghe, studenti, manager, lavoratori autonomi, disoccupati, imprenditori. ?Qualcuno ha salvato il proprio matrimonio perché invece di litigare con il proprio partner, ha passato un'ora nella camera della rabbia?, racconta Castagnoli. [url=http://www.studiogrifasi.it/Components/hogan/hogan-outlet-roma/]hogan outlet[/url] ?Voglio mettere in chiaro - ha detto in conferenza stampa il politico del Partito della Social Democrazia Brasiliana (Psdb), principale oppositore del governo della presidente Dilma Rousseff , che chi non si reca al lavoro incorre nella possibilità di licenziamento per giusta causa?.
Non era mai accaduto di vedere manifesti sui muri delle città brasiliane con la scritta "n?o vai tener copa", non ci sarà la Coppa, sottintendendo che il maxi evento verrà sabotato e inquinato da violenze. ?Questa è la Coppa delle élite, dei ricchi, della Fifa, ma il Paese ha altre priorità?, gridano i manifestanti.