Tuanku Sultan Pahang mendengar taklimat dari Pengarah Bomba penyelamat. Nampak gayanya MB Pahang kena banyak potong kambing bagi mengelak kemalangan sebegini dari kerap berlaku di Pahang.
Ada orang kata banyak kemalangan berlaku di highlands Pahang so panggil Pahang Darul maut!!! Tak sedap dengar betul.
45 tahun dulu bila mendiang Lim Go Tong mahu bina bangunan di Gunung Genting ramai orang Bentong kata ini towkay gila siapa mahu datang tempat jin bertandang.
Lim Go Tong betul tempat jin bertandang kenalah bagi apa jin dan shaitan suka. Kasino memang daya penarik boleh buat ramai jin dari seluruh dunia datang.
Bila orang gila judi dia tidak kira mana-mana tempat dia dan geng main tidak kira tempat lecah atau kumbah.
Kalau tidak beri lesen orang akan berjudi juga mungkin dalam hutan. Bagi lesen, bina bangunan, ramai orang datang berjudi naik gunung turun gunung sanggup. 1Malaysia bangsa pergi...
Dari kasino kepada resort, hotel dan amusement akhirnya Syarikat Genting menjadi bilionaire. Auditor kata pendapatan Syarikat Genting banyak dapat dari resort, hotel dan amusement kerana pelancong suka datang. Ada cable car lagi.
Tidak dapat dinafikan Syarikat Genting menyumbang kepada ekonomi Pahang bila menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai anak-anak muda dan mengerakkan ekonomi Bentong.
PAS selalu cakap Pahang Darul Kasino @ Judi selalu WZWH nafikan sebab tempat kasino itu berada di puncak gunung yang berada di negeri Selangor, yang resort, hotel, amusement, cable car banyak di negeri Pahang.
Jadi pendapatan yang halal dari negeri Pahang, pendapatan yang haram dari negeri Selangor...!!!
Ramai ustaz PAS senyap bila WZWH argue macam itu...
WZWH ucap takziah kepada mangsa bas awam terjun gaung semalam melibatkan 37 maut dan 16 cedera. Sedih ramai pelancong mati di negeri Pahang.
Tuanku Sultan dan MB Pahang turut mencemar duli melawat tempat kejadian.
Punca-punca kemalangan biasanya ada tiga:
- Human error- pemandu mengantuk, cuai, nak cepat, pandu laju, moody
- Technical fault- brek jem atau haus, tayar botak, terlebih beban penumpang
- paranormal-pemandu nampak ada kelibat orang atau lembaga melintas jalan terus mengelak lalu terjun gaung!
Itu serah kepada Hishamuddin mendapatkan keputusan siasatan.
Ini cadangan WZWH, oleh kerana kalau tidak salah WZWH jalan itu jalan private Syarikat Genting, di masa depan bagi mengelakkan kemalangan bas atau kereta terjun gaung elok kiranya Syarikat Genting melabur bina "high bar and safety net" di jalan yang cerun-cerun curam.
Syarikat Genting kaya ada duit berbilion-bilion apa salah bina kemudahan dan keselamatan itu pun untuk menambah keyakinan pelancong lebih rasa selamat datang ke Genting.
WZWH biasanya kalau naik Genting suka naik cable car sebab lebih selamat. Tapi keselamatan cable car dan tiang-tiang penyokong dan tali kabel perlu juga diselenggara dengan baik dan dipantau sentiasa bimbang berlaku kemalangan pula.
2 comments:
Cerita ko macam macai jerr.. Kasino tu bukan satu premis...tapi banyak..kat highland hotel ada, kat first world ada..theme park resort ada.. Macai tetap macai. Garu telorrr punggung dompok jer ko tahu.
Banggang punya citer. Ko ingat ko tu kalifah ke. Sedap jer ckp kasino kat border selangor. Bodoh betul lah orang macam ko ni. Patut lah join (UMNO) United Malay No Otak..
Post a Comment