Dulu bila TG Nik Aziz mantan MB Kelantan lancar Lebuhraya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion, WZWH bersikap sinis. Macamana nak biayai projek jika tak dapat kerjasama Kerajaan Pusat kalau setakat mengharapkan derma, iftah dan donation.
Rupanya TGNA ini genious bila ideanya dari barter projects : cagar lombong besi biayai Lebuhraya Rakyat.
Menurut sumber blog MAE sila klik sini,...
WZWH tidak berminat dengan polemik isu dalaman politik negeri Kelantan. Tetapi WZWH suka idea barter projects cagar lombong besi kepada Syarikat luar negara buat projek infrastruktur.
Idea genious barter projects TGNA ini boleh dipakai di Pahang.
Di Pahang ada banyak lombong besi, emas, timah, tembaga, dan macam-macam galian. Selain dari bantuan peruntukan Kerajaan Pusat kalau ditambah dari biayaan kerajaan negeri dengan kaedah barter projects sudah tentu banyak lebuh raya, jambatan, industrial park, hidropower, hospital, sekolah, kolej, university boleh kerajaan Pahang bina.
Sekurang-kurang bermacam-macam lombong khazanah hasil perut bumi Pahang dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Pahang.
Kerjanya mudah MB dan EXCO pergi cari pelabur dan kontraktor yang berminat di China, Korea, Jepun, UAE, Arab Saudi dsb. Barter tukar lombong dengan projek-projek infrastruktur baru Pahang lebih cepat maju.
1.5 juta rakyat Pahang mahu kemudahan dan keselesaan serta lancar pertumbuhan ekonomi.
Orang Pahang yang sedikit dan kaya itu cukuplah...RM1 bilion, 500 juta, 200 juta, 100 juta, 50 juta...
Wahai orang Pahang kaya duit banyak bukan boleh bawa mati. Bala lagi ada.
Cukup-cukuplah...nanti kena tulah nenek moyang.
Kebajikan rakyat Pahang perlu dijaga.
2 comments:
Apalah kamu ni Wan. Suka sangat sebut perkara2 auta. Aku nak kasi kamu tau perkara yg pada pandangan aku sah memang tak auta punya. C4 memang jenis senjata yg paling cangih didunia...ia boleh begerak sendiri dan boleh masuk kebadan mangsa secara sendiri..
Saya saetuju dengan apa yang ditulis. Setidak-tidaknya Daerah Lipis dah maju setaraf Kuala Lumpur sebab hasil bumi banyak datangnya dari Lipis. Ini Kuala Lipis apa pun tadak habuk pun tadak darah mati.
Post a Comment