Nuffnang Ads

Pages

Thursday, August 29, 2013

DS Najib Membela Kontraktor-Kontraktor Bumiputera Peruntukan RM4.2 Bilion...


Ramai kontraktor-kontraktor Melayu @ Bumiputera tidak ada kerja. Majoriti mereka ini semua orang parti. Ramai yang menyokong kerajaan dan berbudi kepada parti dan akarumbi.

Bila tidak ada kerja, kesian mereka mengeluh..kepada siapa mereka mahu mengadu kalau tidak kepada DS Najib PM dan Presiden UMNO.

DS Najib membela kontraktor-kontraktor Melayu @ Bumiputera dengan peluang pelaburan peruntukan RM4.2 bilion sila klik sini.

Dalam keadaan US Fed Reserve memanggil pulang dana QE yang dilabur di seluruh dunia banyak ekonomi membangun terancam dengan matawang melonjak turun mungkin buat ekonomi global merudum, DS Najib masih memikir mencipta projek-projek untuk menolong kontraktor-kontraktor Melayu @ Bumiputera.

Kini matawang India jatuh teruk diikuti Brazil, Turki, Afrika Selatan, Indonesia, Taiwan, Thailand dan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang ditubuhkan lebih dua tahun lalu telah mewujudkan sebanyak RM18.2 bilion peluang perniagaan, pembiayaan dan pembangunan modal insan kepada syarikat-syarikat Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta.

“Sehingga Ogos 2013, Teraju telah meluluskan geran mudah cara sebanyak RM412.2 juta kepada 87 projek yang dilaksanakan oleh syarikat Bumiputera dari pelbagai sektor dengan nilai pelaburan swasta berjumlah RM3.7 bilion.

“Inisiatif ini telah membantu ke arah mewujudkan lebih kurang 13,000 peluang pekerjaan,” kata beliau.

Selain itu, Najib berkata penyertaaan syarikat-syarikat Bumiputera dalam program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) telah meningkat kepada 450 syarikat.

“Di bawah program Teras, Teraju menyediakan Dana Teras di beberapa buah institusi kewangan bagi membiayai modal kerja dan aset berjumlah RM1.62 bilion.

“Sehingga kini, RM387 juta telah diluluskan kepada 91 buah syarikat Bumiputera,” kata Perdana Menteri.

Jelas Najib lagi, sebelum ini Teraju telah menyediakan peluang kontrak bernilai RM9.1 bilion dalam projek MRT (aliran transit massa) kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang bersaing dan telah diagihkan berdasarkan kepada merit.

“Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) juga membincangkan kedudukan keseluruhannya termasuk dari segi ekuiti korporat Bumiputera yang mengikut perangkaan yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, ekuiti korporat Bumiputera telah meningkat daripada 23.09 peratus pada 2010 kepada 23.45 peratus pada 2011.

“MTAB berpendapat bahawa langkah-langkah signifikan harus dilakukan bagi memantapkan lagi penyertaan Bumiputera terutama sekali berdasarkan pemilikan ekuiti, peluang pekerjaan, perniagaan dan juga dalam bidang pendidikan,” kata beliau.

Najib berkata untuk mengutarakan dasar dan pendekatan yang dapat dilakukan penambahbaikan ke arah langkah-langkah yang lebih berkesan, satu perjumpaan akan diadakan pada 14 September.

Pada perjumpaan itu, Najib berkata polisi dan strategi serta program intervensi berdasarkan pada konteks pendekatan baharu bagi tujuan memantapkan dan memperkasakan lagi agenda ekonomi Bumiputera akan diumumkan.

“Pada masa ini, kita masih lagi menyusun input daripada pelbagai pihak dan pada majlis tersebut akan dibentangkan apakah langkah baharu yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan,” kata beliau.

Ditanya mengenai perkembangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Najib yang juga Menteri Kewangan berkata perkara tersebut masih lagi dikaji termasuk Teraju yang menilai kesan TPPA kepada penyertaan Bumiputera dan kerajaan akan turut mengambil input mereka.

No comments: