Monday, August 26, 2013

Mahathir dan Muhyiddin Yassin Berjumpa Presiden Iran Rouhani Itu Langkah Yang Sangat Bijak!



Foto Ihsan dari blogger Outsyed The Box.

Mengikut Outsyed The Box perjumpaan berlansung pada bulan Ramadan lepas selepas berbuka...kalau mahu makan di bulan Ramadan pun tiada menjadi kesalahan bagi orang Syiah!

Begitu juga di negara-negara Arab kalau anda makan di bulan Ramadan di restauran atau di hotel tidak menjadi kesalahan. Tiada penguasa mahu menangkap anda.

Hanya di Malaysia ada penguasa-penguasa yang akan menangkap anda jika makan di khayalak ramai pada bulan Ramadan.

Tun Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin berjumpa Presiden Rouhani yang baru menang PRU Iran itu langkah yang sangat bijak.

Lebih-lebih lagi blogger Outsyed The Box kata ini adalah "...This was a power trip. Both of them must have discussed the latest medical cures for strange diseases and lethargies. Rawatan dalam lawatan..."

Apa maksudnya kita minta blogger Outsyed The Box jelaskan.....elaborate dengan lebih detail la bro!

Sebelum ini WZWH telah menulis pada posting:

  1. Hassan Rowhani Presiden Baru Iran Minat Politik Wassatiyyah Najib sila klik sini 
  2. The Future Of Iran : Reintegration Into The World Economy. sila klik sini.
WZWH positif dengan perkembangan yang berlaku di Iran terutama kepimpinannya yang terbuka dan berpandangan jauh ke depan.

Dengan ramalan prophesy bahawa kebangkitan Syiah yang dipelopori oleh Iran sila klik sini tidak rugi untuk pemimpin Malaysia deal dengan Iran memandangkan negara-negara Islam Sunni Arab tidak stabil dan huru-hara.

Pendekatan Malaysia yang sederhana-wasatiyyah itu mungkin boleh mempengaruhi kaedah Iran mempengaruhi politik dunia.

Negara Islam yang ada kuasa nuklear hanya Pakistan dan Iran. Tidak terkecuali negara-negara Islam di Asia Tengah yang sememangnya ada teknologi nuklear semasa era Soviet Union dulu.

Jika Mahathir dan Muhyiddin Yassin boleh membawa persafahaman dan kerjasama antara Sunni dan Syiah demi kepentingan umat Islam itu adalah visi yang sangat cemerlang.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024