Monday, September 8, 2014

Wajar Mempertahankan Keputusan Presiden PAS Yang Menghormati Konsep Raja Berpelembagaan



Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Isu polemik pemilihan MB Selangor membuatkan TGHA Presiden PAS mengambil keputusan menghormati konsep Raja Berpelembagaan.

TGHA mahu Pakatan Rakyat patuh dan taat kepada titah Sultan Selangor setiap komponen memberi 3 nama.

Lebih tegas TGHA kata Wan Azizah tidak layak...tidak berkebolehan berhujah baik di Dewan Rakyat dan Dewan DUN Selangor.

Kenyataan ini menimbulkan kemarahan pemimpin besar PKR dan DAP dan mula menyerang TGHA secara terbuka

Pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan PAS mempertahankan Terengganu dan Kedah. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi jika melihat kepada pengaruh PAS di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan BN berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad secara lantang mengarahkan Presiden PAS itu menarik balik kenyataannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.

Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan PAS selain daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden PAS tersebut yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan TGHA keseorangan. 

Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz juga tampil mengecam TGHA tetapi beliau bertindak lebih jauh apabila menyifatkan Presiden PAS tersebut sebagai mengkhianati Pakatan Rakyat. Jika dia tidak berpuas hati dengan gabungan pakatan, TGHA harus meninggalkan parti.

Apabila Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia dibelasah - Di mana para mujahiddinnya?

Yohanis Ahmad Aneq

Ustaz Yohanis Ahmad Aneq, YDP PAS Jerantut yang paling muda di Malaysia.

Jika Ustaz Yohanis Ahmad Aneq YDP PAS Jerantut tidak berani mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Presiden PAS maka WZWH berkata wajar mempertahankan keputusan Presiden PAS yang menghormati konsep Raja Berpelembagaan yakni titah Tuanku Sultan Selangor berkenaan isu MB Selangor.

3 comments:

Anonymous said...

Bila ada untung maka berbunyi lah ia

Anonymous said...

Parti Bulan lebih dipercayai daripada Parti Mata Satu yang hanya nampak kalau tak Anwar, mesti Azizah. Yang lain hampeh ?

usin malaun said...

yohanis tak boleh harap! bantah sturgeon yang dia sendiri tak faham bolehlah!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024