Friday, October 3, 2014

Siapa Yang Perlu Dipindahkan? Ikan Sturgeon Atau Ahli Parlimen Jerantut!


Update terkini pemimpin akar umbi peneroka, kampung tradisional, kepimpinan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menyatakan pendirian menyokong projek Felda-Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan.


































Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menyokong projek ternak sturgeon dan meminta ahli parlimen Jerantut menghentikan kempen anti Projek Sturgeon Kuala Tahan.
















Wanita UMNO Bahagian Jerantut turut menyokong Projek Sturgeon Kuala Tahan diteruskan.
















Pemimpin akar umbi peneroka Felda Sg Retang dan Felda Padang Piol mahu Felda teruskan Projek Sturgeon Kuala Tahan.
















Pemimpin akar umbi kampung tradisional mahu Projek Sturgeon diteruskan.

Hanya ahli parlimen Jerantut berkempen menentang Projek Sturgeon di Kuala Tahan. Secara tidak lansung ahli parlimen Jerantut telah sabotaj usaha-usaha kerajaan Pusat dan Negeri serta GLC mahu membangun DUN Tahan.

Photo: Muka Depan Sinar Harian Edisi Pahang
Photo: Artikel didalam The Star hari ini





Projek ikan sturgeon di Kuala Tahan bernilai permulaan RM150 juta bagi pengeluaran caviar dan jika berjaya dijangkakan menghasilkan industri berbilion ringgit. Itu perancangan Felda bagi generasi baru peneroka dan kampung tradisional.

Itu sebab ADUN Tahan dan WZWH menyokong kuat projek ini.

Itu sebab Putrajaya dan Kuantan menyokong projek ini.

Itu sebab tanah seluas 50 ekar diberi kepada Felda di Kuala Tahan (bukan dalam kawasan Taman Negara) yang diguna cuma 30 ekar mahu buat Caviar Park menggunakan teknologi dan kejuruteraan Korea.

Malangnya ahli parlimen Jerantut membangkang Projek Sturgeon Kuala Tahan dengan menggunakan NGO Alam Sekitar dan kroni politiknya yang merupakan golongan minoriti kampung Kuala Tahan.

Lebih malang DOE atau JAS lebih mendengar dan terpengaruh dengan cakap NGO alam sekitar tanpa turun padang. JAS mahu DEIA itu pun tidak mengapa tiada masalah maka consultant pun dilantik oleh Felda.

Keputusan MMK EXCO Pahang pun begitu projek ini perlu detailed EIA @ DEIA. Untuk buat DEIA perlukan masa. Tunggulah DEIA bila postif baru boleh buat.

Janganlah ahli parlimen Jerantut buat preliminary DEIA bagi mempengaruhi orang kampung menentang Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan.

Tanah 50 ekar itu tanah Felda. Apa Felda buat adalah melantik kontraktor buat access road @ jalan masuk dulu maka itu dijadikan isu kononnya banyak kayu balak ditebang.

Di DUN Tahan, Felcra tebang balak 10,000 ekar mahu tanam getah, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

DI DUN Tahan, Yayasan Pahang tebang balak 20,000 ekar mahu tanam getah, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

Di DUN Tahan, MPOB tebang balak 2000 ekar mahu buat tapak dan research kelapa sawit, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

Di DUN Tahan, TNB mahu buat Projek Hidroelektrik Sg Tekai, kerajaan negeri tebang balak 40,000 ekar, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

Tapi Felda mahu tebang beberapa kayu balak mahu buat access road dalam kawasan seluas 30 ekar ITU yang ahli parlimen Jerantut dan NGO alam sekitar bangkang!

Kenapa ahli parlimen Jerantut mahu menggagalkan Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan yang boleh memberikan peluang pekerjaan kepada orang muda dan mengembang ekonomi orang kampung?

Kenapa ahli parlimen Jerantut mahu mengagalkan selepas Projek Sturgeon Kuala Tahan ini berjaya mahu buat banyak projek-projek infrastruktur menyokong Projek Sturgeon ini , membina kilang spirulina bagi makanan ikan sturgeon.

Kenapa ahli parlimen Jerantut tidak nampak bahawa sebilion ringgit nilai infrastruktur akan menyusul bila siap Caviar Park nanti.

Kenapa ahli parlimen Jerantut menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan?

Sampai menjadi ikutan kepimpinan PAS, PKR dan DAP Pahang. 

Kenapa ahli parlimen Jerantut senada politik dengan pembangkang Pahang?

Jangan ingat itu projek peribadi ADUN Tahan. Sebenarnya itu projek Felda.

Jangan ingat hanya ADUN Tahan seorang naik nama dan political mileage. Sebenarnya nama dan political mileage ahli parlimen Jerantut pun naik kerana DUN Tahan terletak dalam parlimen Jerantut.

Janganlah ahli parlimen Jerantut merasa dengki atau iri hati kalau di sebabkan Projek Ikan Sturgeon itu dilancar nanti atau berjaya buat selalu PM atau Tuanku Sultan Pahang suka berangkat ke DUN Tahan.

Ahli parlimen Jerantut jangan menentang projek yang baik untuk masyarakat.

Siapa itu kekuatan di belakang Felda? Memang Felda itu agensi kerajaan yang berjaya di dunia dan global, menjadi ikutan model dunia di dalam meyusun masyarakat baru dan di luar bandar.

Kekuatan Felda di Jerantut mempunyai 20,000 pengundi peneroka dan family.

Kekuatan Felda di Jerantut mempunyai 15,000 pengundi kampung tradisional.

Kekuatan Felda di Jerantut mempunyai 25,000 pengundi bawah umur 40 tahun ini Pemuda dan Pemudi yang mahukan pekerjaan.

Jika ahli parlimen Jerantut beriya membangkangkan projek Felda iaitu Projek Sturgeon Kuala Tahan akibatnya nanti natijahnya:

Jangan sampai nanti orang Jerantut terutama Pemuda dan Peneroka / kampung tradisional berdemonstrasi atau mendesak memindahkan ahli parlimen Jerantut ke tempat lain kerana suka membangkang projek kerajaan yang berniat baik membantu masyarakat.

Jangan sampai DS Najib PM memandang serong kepada ahli parlimen Jerantut.

Jangan sampai Tuanku Sultan Pahang murka kerana ahli parlimen Jerantut menentang projek yang memberi kebaikan kepada hamba rakyat baginda di Pahang.

Jangan sampai MB Pahang merasa tersalah pilih kerana disangka kerbau hitam molek berkilat tapi sebenarnya kerbau balau!

Siapa yang perlu dipindahkan? Ikan sturgeon atau ahli parlimen Jerantut!!!

35 comments:

Anonymous said...

Balak lain semua ditebang sebelum dia jadi ahli parlimen lagi..mcm mana dia nak berbunyi..kalau dia berbunyi time tu kata lak dia gila kuasa kan???

Tak habis2 bukak aib org dlm setiap posting..apa motif kau berblog eah?

Anonymous said...

WZWH, kena faham makna menyokong projek dan memindah projek, berdasarkan beberapa kenyataan MP Jerantut beliau tidak pernah menentang projek itu malah menyokongnya dilaksanakan mengkut prosedur tertentu tetapi diangkat ke tempat lain memandangkan kawasan cadangan sekarang ini termasuk dalam kawasan pelancongan..
Kenapa kita mesti mewar-warkan ternakan luar sedangkan ikan-ikan di negara kita ini masih banyak yang perlu di buat kajian dan dikembangkan, ikan sturgeon itu ikan yang sudah hampir pupus ditempatnya, ganas malah ikannya tidak dimakan, yang boleh dimakan hanya telornya/kavier sahaja yang harganya sangat mahal, kebiasaannya dimakan oleh orang-orang kaya dengan minuman beer di hotel-hotel besar, adakah perlu budaya makan seperti ini diterapkan di negara kita..
Kalau ianya mahu dilaksanakan juga kenapa tidak dibina berhampiran Pusat Penetasan Ikan di Perlok yang sudah pasti pusat itu melakukan kajian terhadap ternakan ikan peringkat kebangsaan..

Anonymous said...

tidak pernah terjadi seseorang wakil rakyat itu berpindah kawasan, seolah penulis ini penentu segalanya, ini idea yang tidak perlu dilontarkan kerana nampak sangat gelisahnya penulis ini apabila ura-ura projek itu dibatalkan, mungkin ada sesuatu yang disoroknya

Anonymous said...

tidak faham kenapa pihak felda satu badan yang begitu besar tidak melakukan kajian terperinci dan membuat permohonannya secara resmi kepada agensi berkaitan sebelum melaksanakan kerja projek, kalaulah benar ramai anak peneroka memerlukan kerja seperti yang maklumkan oleh wzwh itu buat sahaja di kawasan felda, jangan buat di kuala tahan kerana kawasan itu kawasan pelancongan yang telah dikenali seluruh dunia dimana kawasan hutannya perlu dipelihara

benci simunafik said...

allah akan melaknati manusia yang bersifat dengki atas usaha orang lain! mana hospital ni,tak nampak2 lagi ni? mana universiti ni,batu asas pun tak ada lagi? mana 5 lagi manifesto dia ni? gila ke apa dia ni?

saifudin abdullah mantan timb.menteri kiok di temerloh kerana berjiwa pembangkang! merasakan dirinya hebat boleh buat apa saja! dapat pulak penyokong yang mengiakan saja apa yang dia cakap tanpa menegur kesilapan dia! jadi anwar ibrahim dia ni esok!

Anonymous said...

buat apa pindahkan MP? najib sendiri akan gugurkan dia kerana derhaka kepada parti sbb tak beretika langsung sebagai anggota kerajaan! najib sendiri yang umumkan projek ini dibawah ecer!

awak dah kaya balun duit pilihan raya,janganlah sekat rezeki untuk orang kampung!

bersumpah alqur'anlah kalau tak balun duit pilihanraya!tak caya tanyalah dato nan sendiri yang bagi duit tu!

pembalasan allah atas dunia ni tunai,lambat cepat aje! tunggulah!

Anonymous said...

Klu projek ini jalan,duit masuk poket la apa lg.klu projek batal,x dpt ke benda.sbb tu beria sgt menyokong projek ni.sikit2 nk salahkn MP.kami penduduk alur tembeling ni beruntung sgt dpt MP mcm Hj Nazlan tu.Fhm mslh rakyat.dtg utk sesi dialog bersama penduduk.bwa agensi2 kerajaan utk terangkn fungsi setiap badan kerajaan yg telibat dlm isu ini.bg penduduk fhm.itu bru btl! Fungsinya seorang pemimpin!!!..tiada soal Pkr,Pas mahupun Dap bila melibatkn isu Alam Sekitar.semua kne bertgjwb.Mn wakil Felda?Mn wakil Dun Tahan masa sesi dialog?x nmpk batang hidung pun.pas tu melalak tk tentu hala burukkn org ini x btl.yg x g sesi dialog mmg x akn tahu keadaan sbnrya.dulu boleh la tpu org alur tembeling ni.tp skg jgn mimpi la dh.'Orang Kampung Dah Buka Mata'!!!!!

Anonymous said...

Patutnya mp panggil jabatan alam sekitar bagi taklimat bukanya ngo.

Anonymous said...

Banyak projek kat jerantut ni mp sokong ... kalau ikut sifir anon bengong ni.. sokong maknanya duit dah masuk poket.. kayalah mp kita tu yer. Wakaakakaka

Anonymous said...

Felda nak tolong orang kuala tahan lah tu. Kan dulu sampai masuk tv penduduk mengadu kononya sejak merdeka tiada kemajuan. Kerajaan bn yg prihatin ni pun ikhtiar lah projek yg berfaedah... Bila bawa masuk projek taknak pulak... mengadu kat mp..

Projek 30 ekar je bukanya luas. Tapi boleh bagi pekerjaan pada ratusan penduduk .. Tak nak jugak.
Kalau aku jadi ceo felda aku stop projek ni dan pindahkan jauh dari jerantut buat dekat jengka pun ok.
Lepasni jgn berungut mintak kemajuan ke pembangunan duduklah dlm rimba tu. Salam

Anonymous said...

jangan menuding jari kepada sesiapa, projek kalau tak ikut prosedur tertentu sehingga mohon melalui agensi berkenaan pun tidak, macam mana nak berjalan dengan baik teratur, satu perkara pelik KENAPA TIADA KELULUSAN MANA-MANA AGENSI TIBA-TIBA SAHAJA KERJA-KERJA AWALNYA DAH BERJALAN, hutan ditebang dan jalan dibuat, mesti ada sesuatu disebaliknya, lagi satu WZWH beria-ia sangat mempertahankan projek ni walaupun bertentangan dengan peraturan, minta SPRM masuk siasat..., jangan dibiarkan wang rakyat itu dipersalahgunakan berleluasa

Anonymous said...

Koi rasa..ada baik nye cikgu lan..aok dgn yb tahan duduk semeja berbincang..mat nye nk menyerang x abis dlm blog?..cikgu lan mgkin ada khilaf..aok ngan yb tahan pn cm2..kita manusia xpnah sempurna weh..aok ada kelulusan..ada access ngan org2 atasan lg haa..jgn dok bergaduh dlm media gini lah..sorg panggil paper..sorg dlm blog..sudah2 lah..xkn hal gini nk jd cm krisis mb selangor?..koi syg deme semua..melayu islam itu sdara blaka..kita di pahang barat ni lg2 lah satu perdu..kala msg2 boleh berpakat memolek alhamdulillah..rakyat pn happy

Anonymous said...

Jgn mengungkit menisfesto MP, dia tahu apa yang dilakukan, di masih baru,semua perancangan itu telah dibawa keperingkat atasan, Hospital, Universiti, Balai Polis dll bukannya projek seribu atau dua ribu, semua itu memerlukan peruntukan besar kerajaan, peruntukan kerajaan ini mesti ikut giliran, kita tidak sepatutnya mempertikaikan MP baru, kita kena tanya apa pembangunan yang dibawa oleh MP-MP terdahulu, berpenggal-penggal tetapi habukpun tarak, dicadangkan utk kekalkan projek sturgeon itu di DUN Tahan ubah tapaknya diluar kawasan Taman Negara supaya ecopelancungan itu terus dikekalkan

zulkifli said...

Nak buat projek berjuta ringgit, ikutlah prosedur. Janganlah disebabkan ADUN Tahan, WZWH, PM, MB dan Sultan nak projek ni, kita ketepikan kajian alam sekitar. Kalau projek ni berjaya alhamdulillah. Tapi kalau gagal, macam mana? Banyak projek pelik pelik di malaysia ni gagal.
Salute MP Jerantut sebab amat bertanggung jawab. Kalau nak senang, YB ni boleh saja menyokong, terus dapat "Datuk" esok hari.
Apa apa pun, kedudukan sebagai MP atau darjat di dunia ni apalah sangat. Harap WZWH ingat tuuuu.

Anonymous said...

Akuq sukong kenyataan 9.04..... Daripada bercakaran,katamengata,makimemaki lebih baik bawak SPRM masuk untuk menyiasat kes ini....... Siasat hingga kelubang cacing.....kedua-dua belah pihak.....dan kepada WZWH tak payah lah nak jadi jadi penghasut/batu api dengan cadang memindahkan MP jerantut.....bimbang kot nanti keputusannya terbalik..... Ketentuan Allah siap tau....

Anonymous said...

Utk pengetàhuan semua jabatan2 bertangjwb semuanya hadir termasuk jabatan alam sekitar.seeloknya tanya pada yang pergi ke sesi dialog baru ni.Ngo Bole datang dari jauh tak akan pihak felda dan adun tahan tak bole?.lps tu hentam tak tentu hala.MP,Jabatan Kerajaan,Ngo dan org kampung tak bangkang projek ini kalau betul boleh jana ekonomi negara.tp bangkang tempat yang nak di buat.walau pun bukan dalam kawasan Taman Negara,tapi dalam kawasan Buffer Zone..erti kata lainnya,pemampan utk Taman Negara.kena fhm tu.BUKAN TAK SOKONG PROJEK TAPI TAK SOKONG TEMPAT YANG NK DI BUAT.

Anonymous said...

Suntikan modal pertama oleh felda Rm150 juta,boleh di katakan projek mega..tapi 1 papan tanda projek pun tak ada,main sodok sebelum buat DEIA.ikut peraturan ke cm tu?apa cerita pula MP dgn Adun Tahan ni?duduk berbincang la atasi mslh ini.ini x.serang dlm blog serang dlm fb.buruk itu ini.mcm budak2.1 comment yg hentam dlm fb mahupun blog,1 malaysia boleh baca.bergini kah politik jerantut???

Anonymous said...

sukong 11:25am, wzwh punca segalanya, dia ibarat iblis yang melagakan org politik di jerantut ini, hentam MP dgn sengaja buat tak faham apa kehendak MP,...bukan tidak menyokong projek tetapi sokong dengan memindahkan projek itu di luar ecopelancongan, cadang pindahkan je projek tu ke DUN Pulau Tawar atau DUN Damak di kawasan yang bersesuaian

Anonymous said...

keluar dalam akhbar dan internet tu biasalah sebagai orang politik tetapi biarlah kenyataan itu kenyataan yang membuktikan kerja sebagai ahli politik, kerana kalau tidak diwar-warkan kerja rakyat kata tak buat kerja pulak, tetapi kalau tulis perkara memburukkan pemimpin itu satu perkara yang hudoh dan tidak patut berlaku, kita sebagai ummat islam tidak boleh berlaku perkara seperti ini, berdosa..

Anonymous said...

apa lah org jerantut ni.hal hal mcm ni pun nak heboh.

Anonymous said...

Seperti yang di nyatakan oleh wzwh dalam penulisan ini, projek ini adalah projek felda..jadi pada fahaman saya tiada kaitan lah dengan politik..tp yg pelik..kenapa wzwh yg beria sngt ke korea..felda dah tak cukup kaki tangan ke smpi kena hantar org yg terlibat dgn politik..ataupun..projek ni berkait rapat dgn kepentingan politik? MOHON PENCERAHAN DARI EMPUNYA BLOG

Anonymous said...

Pergi Korea tu ada dalam skop atau spesifikasi projek ke? Ke saja nak bagi gula-gula? Mohon SPRM siasat.

Anonymous said...

wzwh ni mintak ler biornye cpt mampus baru aman umno jtut

Anonymous said...

mintak yang bantah projek ni cpt mampus menyekat rezeki peneroka felda! pru 14 nanti semua anak peneroka aku mintak jangan di undi ahli parlimen gila masuk paper ni! tempat aku satu rancangan tak akan undi dia!

di harapkan pengurusan felda dalam parlimen jerantut terang kan pada pru 14 nanti tentang kecelakaan perangai ahli parlimen jerantut ni mengganggu projek felda! dia sekat rezeki kami warga felda akan sekat rezeki dia!

start hari ini aku akan kempen serata felda jangan undi ahli paarlimen setengah masak ni!

Anonymous said...

anom 4:04am, kamu tu dah memang pembangkang, kalau tak sebab dek sturgeon ni pun kamu tetap membangkang, kerja memutarbelitkan isu nilah peluang kamu nok melemahkan BN, kamu buatlah keje kamu tu.., masalahnya sekrang bukan MP yang gila tetapi kamu tu yang gila tak tau menilai apa itu prosedur perlaksanaan projek, kalau ikutkan gila wzwh, kamupun meroyan samalah....

Anonymous said...

Hahaha.. ikut la WZWH terjun kolam sturgeon. Peluang pekerjaan yang ditawarkan di Caviar Park setakat pak guard dan makcik cleaner. Yang lain semua Indo & Bangla.

Anonymous said...

Padan gitu je la deme ni...same2 umno tapi same2 tikam menikam.... mp yg sebelum2 ni pegang jawatan berpenggal2 tp xde pn projek masuk ke jerantut utk deme..yg makin kaye dompok...deme stakat menyalak gitu je la...dpt mp yg wat keje mcm cikgu ni deme tak suke sbb payoh nak kapur duit...keh rase sebab cikgu ni tak mampu nak ngantor deme bejoli kesane kemari yg buat deme maroh sgt ke dia ni kan

Anonymous said...

WZWH kena bijak sikit la kalau nak menghentam pun. Orang zaman sekarang bukan bodoh macam dulu. Semua maklumat dihujung jari, stop treating rakyat macam orang bodoh. Kalau betul projek ni tak ganggu gugat ekosistem di tapak projek, be a gentleman let DoF, DoE and NGO evaluate and come out with their report. Tak perlu label diorg bersekongkol apa bagai bila tulisan WZWH sendiri tak bersandarkan fakta mantap.

Anonymous said...

Ngo alam sekitar pun jangan bodohkan orang. Kalau betul projek ni bahayakan ekositem buktikan dimana bahayannya. Setakat pandai guna istilah eskositem dan alam sekitar .. siapa pun boleh.

Dimana bahayanya! Siapa boleh boleh jawab? profesor? jabatan alam sekitar?.. Sila jawab

Anonymous said...

anon 4.01 pm,

ikan sturgeon tu adalah bahan nuklear! ikan ini akan mengeluarkan radioaktif yang akan mengancam nyawa manusia!

bahan nuklear ni akan mengancam ekosistem,eko pelancongan dan alam sekitar!

sebab tu mereka tentang projek ini!
kahkahkahkah!

cakap istilah tersebut tapi mereka yang bercakap guna istilah tersebut tak faham pun istilah tersebut!

lagi satu,mereka war2 kan yang ikan ni pemangsa.sedangkan ikan ini mulutnya dibahagian bawah dan buta pulak tu.gigi pun tak ada!

maknanya ikan ini kalau gigit kaki profesor mat katak,gerenti profesor tu ketawa kegelian!

jangan bohong kat rakyatlah dengan fakta yang diberi oleh ngo alam sekitar yang memang diketahui umum di biayai pembangkang sebagai alat untuk menentang segala projek yang kerajaan buat.mereka guna ngo untuk tutp wajah mereka yang sebenarnya!

aku pun heran juga bila dulu aku baca dlm fb orang jerantut cakap dia ni gila! bila aku mengikuti perkembangan projek ini maka barula aku faham kenapa orang jerantut cakap tu!

kalau tak nak projek ni bawak aje kat negeri aku! kat johor ni pun ada juga felda!

Anonymous said...

Pelik sungguh wz dengan geng dia ni tak de kerja lain asyik-asyik memburukkan dan fitnah hj lan je. Saya pernah dengar orang dia kata hj lan ni mp bodo masa minum kat kedai pak din.Macam deme aje yang cerdik. Agaknya hj lan buat kerja jujur maka tak can la nak masuk poket dia orang sebab tu kuat menyalak.Hidup cikgu lan!!!!

Anonymous said...

Ingat la kita semua wei....langit tidak selalu cerah.Aku sokong kita bawa hal ini kepada SPRM supaya misteri ini akan terungkai sepenuhnya.....

Anonymous said...

4:01pm...nak tau bahayanya apa?
1-tapak project tu dlm lingkungan buffer zon Taman Negara.
2-sturgeon antara ikan yg di larang bawa masuk ke 'Malaysia'.knp????.nk tau lbh lanjut sila google.
3-berapa byk balak yg akn di tebang kelak??.bahayanya?lihat la sungai kita sekarang.
4-air masyarakat k.tahan akn di gunakan utk project ni.dh pn berlaku kecurian air oleh pekerja2 project ini.tekanan air jd rendah sehinggakan masjid tiada air utk solat.
5-3000 peluang pekerjaan?klu la btl peluang pekerjaan sehingga angka itu,berapa penduduk k.tahan?dh tentu ambil org luar.bangla indon ect..bahayanya?akn timbul kes2 jenayah kelak.
6-project mega suntikn pertama rm150 juta mcm project belacan.mn signboard project?mn DEIA?mn surat kelulusan dri perikanan?mn sesi dialog pengusaha project ni dgn org kg?knp tidak di buat sehingga kini?bahayanya?berkemungkinan ada agenda tersendiri.kawasan balak tuhhhhh..
7-saranan kpda penyokong yg sokong project ini,tolong fikir sblm menyokong.pandang juga dari segi keburukkan.bkn hanya mengikuti org2 tertentu.yg kaya akn terus kaya!!!.

Anonymous said...

Sesi dialog bru ni ternyata ramai yg kecewa sbb wakil2 felda dan yg berkaitan tidak hadir utk sesi itu.padahal sudah di jemput utk dtg.bila dh habis sesi dialog,ternyata tuduhan yg tidak berasas kpda Ahli Parlimen Jerantut Hj Nazlan...di tuduh menyekat project kerajaan dan bersekutu dgn PEMBANGKANG.sewaktu sesi dialog tempoh hari,tidak pernah kedengaran ayat membangkang project ini di laksanakan oleh Hj Nazlan.cuma meminta utk pindahkn project ini disebabkn tapak terlalu hampir dgn Buffer Zon Taman Negara.Taman Negara adalah periuk nasi penduduk tempatan di sini..jika tiada fakta jgn tuduh melulu..takut jadi fitnah pula.siapa yg btl2 ingin membantu rakyat dlm hal ini sebenarnya??????..fikir2 la saudara2 ku.

awang cadoi said...

selagi golongan wan berkuasa selagi itu lah gila kuasa.sebenarnya Wan Zuri dan Wan Dompok ni la yg banyak membuat puaka di kawasan jerantut.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024