Monday, November 24, 2014

Utusan Malaysia Adalah Penyumbang Besar Kekalahan Pahang PRU 14!



Sang Kelembai tokoh mitos Pahang penjaga hutan, gunung, sungai dan tasik Pahang.

Utusan Malaysia di dalam kegilaan mania menyerang negeri Pahang. Satu-satu isu negeri Pahang dibongkar, didedah, bagi tujuan mempengaruhi persepsi dan public opinion.

Utusan Malaysia suara UMNO sendiri menyerang negeri UMNO! Utusan Malaysia menggunakan modus operandi Alam Sekitar, environment nature sebagai alasan.

Setelah kes Cameron Highlands, team Utusan Malaysia sedang membongkar kes Tasik Chini pula. Selepas ini beberapa kes lagi di Rompin, Jerantut, Lipis akan dibongkar.

Utusan Malaysia masih tidak berpuas hati dengan DSD Adnan Yaakob MB Pahang. Lebih-lebih lagi bila MB Pahang itu mahu menyaman Utusan Malaysia RM15 juta.

Tujuan Utusan Malaysia mahu menjatuhkan DSD Adnan Yaakob sebagai MB Pahang. 

Sememangnya Utusan Malaysia mempunyai advantage. Utusan Malaysia adalah suara kerajaan, akhbar milik UMNO-Suara UMNO.

Beberapa orang pemimpin Pahang menyokong Utusan Malaysia. Lebih-lebih lagi majoriti ADUN dan ahli parlimen Pahang lebih suka membisu dalam isu ini.

Isu Alam Sekitar Pahang di seluruh negeri Pahang. Walau Kerajaan Negeri Pahang punya perancangan dan telah melantik beberapa consultant untuk membaikpulih alam sekitar mengikut setiap kes di negeri Pahang tapi Utusan Malaysia tidak peduli.

Utusan Malaysia lebih suka memperjuangkan isu-isu alam sekitar di negeri Pahang. Utusan Malaysia mahu negeri Pahang ini menjadi kembali seperti negeri Pahang abad ke 19! Hanya Pahang tapi tidak negeri-negeri lain kerana mengikut penilaian Utusan Malaysia negeri-negeri lain itu sangat bagus penjagaan alam sekitar!

Namun pendedahan Utusan Malaysia itu secara eksklusif dan bersiri terancang itu punya hujah-hujah teknikal yang munasabah dan saintifik malah boleh menaik dan menyemarakkan emosi alam sekitar rakyat Pahang dan rakyat Malaysia terutama NGO-NGO.

WZWH meramalkan Utusan Malaysia akan sangat berjaya membina satu persepsi bahawa kerajaan negeri Pahang gagal menjaga alam sekitar negeri Pahang.

Akibatnya rakyat Pahang yang tinggal di negeri Pahang dan luar Pahang akan marah terutama golongan muda dan generasi Y yang membentuk 60% pengundi di negeri Pahang.

Lalu golongan muda dan generasi Y ini oleh kerana percaya kepada laporan artikel dan rencana Utusan Malaysia yang sangat berwibawa dalam isu-isu alam sekitar ini menyebabkan mereka akan mengundi kepada parti-parti pembangkang pada PRU 14.

Bila itu terjadi...maka apa yang WZWH tulis ini akan menjadi kenyataan bahawa Utusan Malaysia adalah penyumbang besar kepada kekalahan Pahang PRU 14!

Utusan Malaysia percaya bila MB Pahang ditukar sekarang maka semua pokok-pokok hutan akan cepat tumbuh semalaman, sungai dan tasik kembali jernih, pendatang haram seorang pun tiada.

Bila Pahang tumbang PRU 14, MB Pakatan Rakyat lah yang memerintah negeri Pahang!

10 comments:

Anonymous said...

Kalau Pakatan yang memerintah Pahang,sangat dialukan.Nak tengok apa Pakatan boleh bagi.Yang ada sekarang pun tak rasa nikmat hasil bumi negeri sendiri.Negeri pun dari dulu sampai sekarang mundur.
Bila sokong pembangkang,adelah benda orang tak puas hati.Bukan sebab tak suka kerajaan.Ingat orang suka sangat DAP tu?Tapi nak buat macam mane..Fikir la sendiri..

Anonymous said...

Pembankang memang tidak boleh buat apa2 terutama bila federal masih digigit, tapi sekurangnya kita dapat cuci yang kotor.

maae said...

Kalau takut kalah, bersatu lah ! Kenapa saman media sendiri ? Kerana tidak sebulu beberapa individu ?

Kes Cameron Highland, kewarasan kita, satu tragedi. Kenapa marah bila Allah SWT tunjukkan bencana nya apabila "tangan-tangan manusia" rakus menyalah-gunakan amanah di pertanggung-jawabkan ? Siapa menteri yang ada butiran tapi tidak berani mendedahkan ? Kenapa bangsa asing secara haram kehadhiran dan perbuatan nya mengaut kekayaan ?

Bila kita tahu itu satu kebenaran, terima lah kenyataan. Rakyat pengundi menilai perilaku penguasa nya. Mereka tertanya-tanya sebab apa - rasuah, salah guna kuasa ? Lemah ? Tiada undang-undang ?

Apa lagi pembangkang yang sentiasa ingin mengambil kesempatan menolak Umno ke jurang yang dalam ! Meremeh Kerajaan sebagai sentiasa korup !

Itu kenapa Melayu berpecah-pecah dan tidak maju. Masaalah politik menjadi medan tempur di khalayak awam. Siapa yang ketawa ?

Anonymous said...

Jom wzwh kita sokong pembangkang!... Kita kempen seluruh pahang supaya JGN UNDI UMNO!.
MAMPOS UMNO!
MAMPOS UMNO!
MAMPOS UMNO!

Anonymous said...

Tenang jangan emosi. Perbetulkan saja kelemahan dan perbaiki masalah yang ada. Lepas tu minta Utusan war warkan kejayaan Pahang mengatasi masalah atau menambah baikan lagi daripada keadaan yang asal. Itukan lebih baik. Pembangkang x yah diharap kerana mereka cuma nak kuasa dan hartabenda sahaja tapi x cintakan Negara. Buktinya meraka memburuk2kan Malaysia di luar Negara.

Anonymous said...

UMNO PUSAT melalui lidah rasminya utusan mahu pahang kembali kezaman batu.. mahu pahang jadi rimba.. Perlekehkan pemimpin pahang.. ini tanda masa untuk UMNO MAMPOS di pahang dah sampai.

Anonymous said...

Saudara WZWH,

Saya tertarik dgn kenyataan Dato Nan yg menyatakan beliau sedia menerima pandangan terhadap pentadbiran negeri spt di siarkan Utusan 25 Nov 2014.

Sebenarnya rakyat Pahang tidak suka dgn Dato' Nan dan suka sgt dengan Pakatan tapi isunya rakyat gelisah dengan pentadbiran kerajaan pimpinan Dato' Nan skrg.

Apatah lagi sejak2 akhir2 ini rakyat tidak nampak jelas ke mana perginya hasil negeri yg digembar-gemburkan spt bijih besi, balak, emas dan terbaharu bauksit.

Negeri Pahang dan ibu negeri Ktn tetap mcm dahulu walau pelbagai hasil negeri dikeluarkan. Tapi rakyat menderita hasil pengeluaran hasil negeri dari jalan2 yg rosak teruk, air sungai yg jernih tercemar, ikan yg banyak dahulu dan menjadi sumber rakyat habis mati, hidupan liar kijang, kancil, pelanduk, rusa, harimau, gajah, seladang dll semua dah pupus.

Semuua ini angkara perlombongan, pembalakan, menebas hutan belantara Pahang yg tiada kawalan. Belum lagi masuk cerita aktiviti penanaman sayur di Cameron. Isu2 spt ini menjadikan rakyat Pahang gelisah dgn kepimpinan negeri.

Tidak spt negeri2 lain, hutan rimba dan belantara adalah sumber kehidupan rakyat dan menjadi lambang perjuangan rakyat Pahang sejak zaman dahulu lagi.

Rakyat Pahang amat berharap Dato' Nan memulihara khazanah negeri anugerah Allah swt kepada negeri ini spt Tasik, Chini, Tasik Bera, Sungai Tembeling dan hutan belantara yg tidak terkira luasnya.

Spt seorang pencinta alam sekitar kita seharusnya menghargai anugerah Allah ini untuk tatapan anak cucu pada masa akan datang selain menjadikan sumber menjana ekonomi utk jangka panjang bukan merosakkan untuk pendapatan masa singkat yg tidak seberapa.

Antara isu2 yg menimbulkan kegelisahn rakyat ialah :

1. Hutan belantara yg kaya dgn pelbagai kayu-kayan di seluruh negeri bebas diteroka utk tanaman kelapa sawit dan lain2 oleh tauke2 dari luar semahu2nya tapa sebarang sekatan oleh kerajaan pimpinan Dato' Nan.


2. Hutan Simpan di sekeliling Tasik Bera yg telah mendapat pengiktirafan dunia RAMSAR gondol dan setelah mendapat liputan media Utusan kwsan hutan itu telah di tanam balik anak2 pokok hutan.

3. Tasik Chini yg terkenal dgn lagenga naga Sri Gumum dari Sg. Tembeling di ancam kemusnahan.

4. Taman Negeri Kenong yg mendapat lawatan pelancung Eropah hampir 20,000 orang setahun pernah diluluskan lesen pembalakan dan perlombongan.

5. Isu pemberian lesen pasir kepada sykt dari Selangor di Sungai Pahang hingga menimbulkan kegelisahan kepada penternak ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang dan nelayan sungai.


Jadi memang rakyat Pahang sekarang gelisah dengan kepimpinan Dato' Nan yg tidak langsung menunjukkan kepekaan kpd kepentingan rakyak tapi seolah2 menjaga kepentingan satu pihak sahaja.

Anonymous said...

aku cukup gelisah jika bn/umno ni berterusan memerintah dan menjahanamkan negeri datuk nenek dan keturunan aku. puak puak ni tak kira orang lain nak merempat di kampung halaman sendiri itu dia punya pasal. janji perut puak puak ni makin lama makin buncit. di ulu tembeling peluang pekerjaan generasi ke dua ke tiga @ gen y dah dimanipulasi oleh orang asal hasil perbincangan perut ke perut puak gon. bawa motor boat, sikt lagi nanti bawa bas dan van semua oleh orang asal. dulu konon konon pemimpin tak benarkan orang asing bertapak di dun tahan kalau nanti susah gen y nak cari makan. tapi hotel di tahan pun katanya dah di jual kepada bangsa lain, kini nak bawa masuk telor dan tin arak pulok ke tahan.sori aku tak bersekongkokol dgn hal ini. gon tanggunglah sptmana gon minum air tai di kore ari tu. nyesal tak sudah dalam kepala bila anak bini tahu, tak btahu berdosa.

Anonymous said...

Kalau dah gelisah elok pegi hospital.. Ntah ntah ada penyakit gila.

Anonymous said...

Salam .sy ni penyokong umno n msh lg menyokong umno.tp skrg kita berbicare mengenai fakta.utusan x keluarkan pun kite boleh melihat sndiri betapa rakusnya org yg mmpunyai kuasa.dato dtgla sndiri tgk area k.lipis ni cmne.area kampung lalang ade lombong bijih.penjom n selinsing lombong emas.k.kenong hmpir2 mnjadi mngsa.hasil kayu hutan jgn ceritela.beratus2 lori lalu setiap hari.tp ke mana hasilnya.bile mohon peruntukan utk baiki jln yg di jahanamkan oleh lori bsr,jawapannya perutukan tiade.keuntungan hanya dinikmati oleh org yg ade kuasa.dato pnh dtg k.medang sblm thn 2000?air jernih smpai nmpak ke dsr.skrg ape sudah jadi?teh tarik dgn air sungai pun dh x dpt nk beza.kg beletik dlm mukim telang n area sekitar empang jaleh beribu ekar cina raub bantai.aduan dh berpuloh kali buat,tp asilnye xde pape.pokok sawit dh keluar hasil pun.rkyt nmpak ni semua.kalau syg hilang sokongan,tlg perbaiki apa yg korang dh rosakan.itu br area k.lipis.x msk lg dgn kemusnahan d tmpt lain.kalau dato ade kuasa utk menasihat org ats,tlg nasihat.jgn smpai kite hilang kuasa krn hilang sokongan

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024