Wednesday, December 31, 2014

Penerbangan Heli Terakhir 2014 Misi Bantuan Banjir Ulu Tembeling...
















Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan atas rasa prihatin terhadap nasib penduduk 5 kampung utama Ulu Tembeling menaiki penerbangan helikopter terakhir 2014 dalam misi bantuan banjir .

Helikopter tentera tidak dapat digunakan  kerana sibuk beroperasi di Kelantan. Oleh sebab itu ADUN Tahan menggunakan inisiatif sendiri bagi menerbangkan bekalan makanan beberapa trip penerbangan ke 5 kampung besar di Ulu Tembeling guna helikopter Weststar.

Mengikut Jadual hari ini:

  • Kg Pagi 3 trip
  • Kg Kuala Sat 3 trip
  • Kg Mat Daling 3 trip
  • Kg Bantal 3 trip
  • Kg Gusai 3 trip

Helikopter sepatutnya tiba pukul 10.00 pagi ini tetapi atas sebab tertentu terlewat tiba pukul 3 petang di Padang Hoki Jerantut.

Petang hari ini helikopter hanya mampu membuat 2 trip penerbangan ke Kg Pagi. Ini penerbangan helikopter terakhir tahun 2014.

Esok beberapa trip penerbangan helikopter akan berlepas ke kampung-kampung di Ulu Tembeling mengikut jadual keperluan sudah masuk tahun baru 2015.

Itulah hebatnya ADUN Tahan sanggup bergolok bergadai jual reban ayam pun sanggup demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk di DUN Tahan.






















Penghulu Zul bagi mukim Tembeling Tengah yang semakin berwibawa dan bertanggungjawab menjalankan amanat menjaga kebajikan penduduk mukimnya bersama Cik Betty Pegawai Khas DUN Tahan yang sudah berpuluh tahun berkhidmat menjaga kebajikan penduduk DUN Tahan mengiringi ADUN Tahan.

Di Bilik Gerakan Banjir DUN Tahan masih punya stok yang banyak untuk diagih-agihkan kepada lokasi banjir yang terlibat menunggu giliran dan keperluan.








Mangsa-mangsa banjir di DUN Tahan tidak perlu bimbang dan risau bekalan makanan banjir sentiasa ada dan cukup. ADUN Tahan begitu komited menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.

Air Lebih Bernilai Dari Emas, Besi, Balak Dan Bauksit Di Jerantut



Foto ihsan FB Warta Jerantut. Orang Jerantut sudah mula mandi guna air bukit.




Malah usaha itu dimanfaatkan bersama sehingga penduduk yang tinggal di bandar kira-kira 20km turut ‘menumpang” mengambil air untuk kegunaan serta mandi secara percuma dan turut ehsan penduduk tempatan memasang pemidang plastik bertujuan untuk mandi sesuai untuk kaum wanita .




Foto ihsan Utusan. Penduduk di daerah Jerantut ini terputus bekalan air 10 hari lalu berikutan kotak suis di tujuh loji di sini ditenggelami banjir.

Akibatnya penduduk bandar Jerantut dan kawasan sekitar dan beberapa kampung terputus bekalan air. Ini menganggu bisnes restoren dan hotel. Selain bekalan air mineral semakin berkurangan di bandar Jerantut yang mempunyai 267 taman perumahan.

Ramai penduduk Jerantut tidak mandi macam biasa. Bila tiada air tandas-tandas kotor dan berbau. Ketidakselesaan ini menganggu mental orang Jerantut. Walau PAIP menyediakan lori-lori membekal air bersih dan bercatu.

Ramai orang Jerantut pergi mencari air semulajadi di air bukit, air terjun dan lata serta sungai-sungai kecil untuk mandi manda dan bekalan air bagi restoren.

Air lebih bernilai di Jerantut. Air lebih bernilai dari emas, besi, balak dan bauksit di Jerantut.

Kita lihat keluhan dari FB orang Jerantut yang identitinya dirahsiakan:

Air Paip tak de lama dah.... Air Tangki dah mula kering.... Air Sungai dah surut.... Air Kolah tinggal seinci.... Air Hujan yg ditadah dah mula sikit.... Air Minuman dah mula nk abis.... Air Mineral sikit dah di kedai.... Air Sungai tak berapa berani nk guna.... 

Esok tahun baru 2015. Air bah belum surut sepenuhnya. Mungkin lagi seminggu surut. Menunggu 7 loji air Jerantut berfungsi dalam 3/4 minggu merupakan satu penderitaan bagi orang Jerantut.

Akan datang ahli politik, pemimpin dan Ahli Majlis Daerah Jerantut perlu memikirkan apa lagi cadangan alternatif bagi mengatasi masalah ini pada masa depan.

Bagaimana mahu mengurangkan dan mengatasi terputusnya bekalan air bersih di Jerantut pada musim banjir.

Orang Jerantut perlu bersabar...

Untuk berlaku adil perkara air perlu dirujuk kepada badan yang profesional di Pahang iaitu PAIP. Melalui status terakhir FB PAIP mengenai bekalan air di Jerantut:



GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL
PAIP Berhad Daerah Jerantut
Tarikh : 30.12.2014
Kawasan Gangguan : Bandar Baru Jerantut, Taman Inderapura, sekitar Jalan Temerloh, Kg. Paya Sok, Kg. Gong Halt, Taman Intan, Taman Berlian, Taman Pine, Taman Seroja, Taman Muhibbah, Sg. Jan, Taman Alamanda, sekitar Jalan Jerantut Feri, sekitar Jalan Benta, sekitar Jalan Kuala Tembeling & taman-taman/kampung-kampung sekitar bandar yang berhampiran.
Punca Gangguan : Loji Air Batu Embun henti operasi disebabkan paras air sungai tinggi & bekalan elektrik di muka sauk terpaksa diputuskan.
Jumlah Akaun : 14,817
Status : Dalam tindakan pemantauan berterusan paras air sungai oleh operator loji.


Mengikut kenyataan PAIP Jerantut pula tujuh loji berke­naan ditutup buat sementara waktu sejak Selasa lalu membabitkan Loji Air Kampung Batu Embun Fasa 3 dan 4, Seberang Tembeling, Kuala Tahan, Kota Gelanggi, Jengka Lapan dan Padang Piol.

Operasi loji berkenaan ditutup bagi mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada panel kotak suis di loji terlibat. Orang ramai perlu bersabar dan dinasihati jangan membazirkan air simpanan dan loji berkenaan akan beroperasi semula apabila banjir surut.

Sebagai alternatif mengatasi kesulitan ini, PAIP telah menggu­nakan lima lori tangki untuk memunggah air dari Loji Air Batu Balai bagi peng­agihan simpanan 20 tangki statik yang ditempatkan berdekatan pusat pemindahan banjir, taman perumahan dan hadapan loji air Batu Embun.

PAIP akan membantu pengguna di bandar ini dan kawasan sekitarnya dengan menghantar bekalan air bersih dan menyediakan tangki statik di lokasi tertentu. Penduduk boleh mendapatkan bekalan air di loji yang terdekat iaitu di Batu Embun mulai pukul 8 pagi hingga tengah malam.

Bekalan air di jangka pulih apabila air Sungai Pahang surut dan penyelenggaraan akan mengambil masa selama 10 jam untuk sampai ke kawasan kediaman dan premis.

PAIP mendapatkan khidmat lori tangki tambahan dari Majlis Daerah Jerantut dan PAIP cawangan Raub untuk meringankan kesulitan orang ramai jika keadaan banjir berterusan.




Semasa lawatan YAB DS Mohd Najib ke Jerantut pada 28 Disember 2014 ke Loji Air Batu Embun telah meluluskan peruntukan untuk 2 pam dan peralatan loji air bagi menyelesaikan terputus bekalan air bersih.

Tuesday, December 30, 2014

Ekonomi Pelancongan Kuala Tahan Musnah Akibat Banjir 2014




















Tebing runtuh berdekatan Mutiara Resort Kuala Tahan. Air Sg Tembeling masih lagi pada paras tinggi belum surut sepenuhnya. Baru-baru ini 123 pelancong luar negara terperangkap menyebabkan banyak Pejabat Kedutaan Asing turun ke Jerantut mahu menyelamatkan warganegara mereka.




WZWH mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya tutup sahaja operasi Mutiara Resorts Kuala Tahan kerana tidak selamat kerana tebing sungai runtuh boleh membahayakan keselamatan pelancong terutama dari luar negara selain dari pembuangan bahan kumuh dan sisa ke sungai yang tidak mengikut standard.




Keadaan tebing Kuala Tahan yang air Sg Tembeling belum surut sepenuhnya. Rumah-rumah rakit sebagai restoren tidak perlu lagi di Kuala Tahan selain dari tiada pengunjung juga satu punca pencemaran. 




Hanya tinggal struktur-struktur asas bangunan di tebing Sg Tembeling Kuala Tahan.




Kemusnahan bangunan tinggalan banjir 2014 di Kuala Tahan.




Rumah-rumah dan chalet-chalet yang musnah sepanjang tebing di Kuala Tahan.




Penduduk Kuala Tahan kehilangan rumah sebagai tempat tinggal. Basic economics adalah keutamaan ramai rakyat di Kuala Tahan.

Banjir 2014 lebih besar dari bah 1971 malah hampir setara dengan bah besar 1926 di Lembah Tembeling. Banjir 2014 telah merosakkan banyak infrastruktur seperti jalan-jalan, tanah runtuh, rosak jambatan, selain musnah rumah, harta benda , ternakan dan hasil serta tanah pertanian.

Bagi Kuala Tahan ekonomi utama adalah pelancongan. Sudah tentu ekonomi pelancongan Kuala tahan musnah akibat banjir 2014. Kuala Tahan terjejas teruk akibat banjir ini. Bekalan elektrik dan air terputus.

Untuk kerajaan memulihkan infrastruktur-infrastruktur itu termasuk membaikpulih semua kemudahan fasiliti , rumah-rumah, chalet-chalet, hotel-hotel itu akan mengambil masa yang lama 3/4 bulan mungkin lebih lama.

Ekonomi Pelancongan Kuala Tahan sudah musnah sama sekali.

Pelancong tiada datang.

Bila pelancong tiada datang maka tiada hasil pendapatan buat ekonomi pelancongan.

Tiada pendapatan bagi persatuan guide pelancong yang bangga dengan kemewahan pendapatan selama ini.

Tiada pendapatan bagi guide birds.

Tiada pendapatan bagi pemandu bot pelancong.

Tiada pendapatan bagi pengusaha resort, chalet dan hotel.

Ekonomi pelancongan Kuala Tahan sudah musnah akibat banjir 2014.

Bagaimana mahu mengembalikan ekonomi pelancongan Kuala Tahan?

Selain memohon dan merayu kepada kerajaan supaya membaiki dan memulih infrastruktur-infrastruktur ini cadangan WZWH:


  • Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat beri peluang kepada WZWH untuk membangun semula dan restruktur Kuala Tahan dan kawasan sekitar.
  • Ini WZWH namakan Cadangan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika sila klik sini.
  • Projek kerajaan yang berimpak tinggi contoh Projek Penternakan Sturgeon RM150 juta oleh FELDA perlulah rakyat Kuala Tahan menyokong 100% bagi memulih ekonomi Kuala Tahan yang sudah musnah sila klik siini.
  • Penempatan-penempatan perumahan, bangunan kedai, sekolah, bangunan bercampur, hospital, bangunan kerajaan disusun semula di Kuala Tahan.


WZWH percaya dan yakin apa yang WZWH cadangkan ini akan membangkitkan kembali ekonomi Kuala Tahan ke  tahap yang lebih tinggi.

Banjir 2014 yang memusnahkan ekonomi pelancongan Kuala Tahan adalah 'blessing in disguise' kerana membolehkan apa yang WZWH cadangkan dapat diimplemen dengan lebih lancar.

Dengarlah cakap WZWH kali ini...

Buat masa ini Operasi menghantar bekalan makanan banjir kepada penduduk Kuala Tahan masih berterusan.




Monday, December 29, 2014

Tun Mahathir Perlu Nasihat Proton Buat Watercar



Terkini Exit Temerloh Di KM126 LPT, Paras Air Semakin Naik. Jalan Masih Di Tutup Kepada Semua Kenderaan. Tangguhkan Perjalanan Anda Ke Kuantan Atau Kuala Lumpur. Tunggu Makluman Seterusnya Dari Pihak Berkuasa.

Tidak ada bezanya highway dan lebuhsungai di waktu musim banjir teruk di Malaysia.

Akan tahun mendatang di Malaysia sudah menjadi trend bahawa highway boleh bertukar menjadi sungai dan jeram.

Ini berlaku bila musim banjir hujung tahun.

Sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja jalan-jalan kampung, jalan-jalan bandar, jalan-jalan Persekutuan malah highway di Malaysia sudah menerima kenyataan bahawa lebuhraya dan lebuhsungai tiada beza bila musim banjir.

Seorang Menteri Kabinet yang bergeliga otaknya mencadang kerajaan supaya buat lebuhraya sungai mapping tanah dan lembah untuk memudahkan air mengalir.

Oleh kerana negara kita masih ada lagi mantan PM yang super bergeliga otaknya yang selalu memberi komen dan menasihati semua Perdana Menteri selepasnya bagaimana mahu mengurus dan mentadbir negara.




Tun Mahathir juga seorang Penasihat Proton maka WZWH mencadangkan kepada Tun Mahathir supaya menasihat Proton buat watercar atau amphibious car.

Tun Mahathir mempunyai hubungan yang rapat dengan top managament Honda syarikat kereta Jepun yang mencipta watercar di atas. Lagi pun Proton sudah ada kerjasama bisnes dengan Honda Jepun.

Sebuah kereta yang bukan sahaja boleh berjalan atas jalanraya tapi boleh juga berjalan atas sungai, tasik dan laut.

Tidak perlu Proton buat watercar yang terpantas laju cukup yang boleh bergerak sederhana.

Bayangkan Proton menghasilkan watercar pertama Malaysia bagi menyelesaikan masalah pengangkutan rakyat Malaysia yang terlibat dengan musibah banjir.

Sunday, December 28, 2014

DS Najib Melawat Mangsa Banjir Jerantut















YAB DS Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri tiba dengan helikopter di Padang Hoki Jerantut tepat 1:10 petang. 3 helikopter mendarat; 2 helikopter dari JPM dan 1 helikopter membawa DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

MB Pahang sudah 3 kali datang ke Jerantut musim banjir ini. MB Pahang sangat perihatin kepada orang Jerantut.

Kemudian PM, MB, ahli parlimen Jerantut dan ADUN Tahan menaiki sebuah kereta 4WD yang dipandu sendiri oleh MB Pahang menuju terus ke Loji Air Batu Embun yang rosak teruk kerana  tenggelam dek banjir besar.
















Dari sebelah kiri Dato' Lau Lee ADUN Damak, Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, DS Najib PM, DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan Tn Hj Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut ketika sesi taklimat status Loji Air Batu Embun.

Bandar Jerantut dan kawasan sekitar bergantung kepada loji Air Batu Embun selain beberapa loji kecil yang lain. Sejak banjir bermula Isnin dan air mula naik akhirnya merosakkan Loji Air Batu Embun, majoriti penduduk bandar Jerantut dan 267 Taman Perumahan putus air. Semuanya macam kambing tidak dapat mandi manda dan sebagainya.

Walaupun ada lori air PAIP menghantar di Dataran Jerantut dan ke taman-taman perumahan dengan bercatu tapi tidak sempurna orang Jerantut.




Di Loji Air Batu Embun, PM diberi penerangan. PM suruh segerakan membaiki pam. Kalau perlu tukar pam dan segala peralatan, PM suruh tukar baru tidak kira berapa kos.






























Selepas itu PM melawat Pusat Pemindahan Banjir Batu Embun.


























DS Najib memangku seorang bayi sambil diperhatikan Dato' Lau Lee ADUN Damak.


























DS Najib bertegur sapa dan bertanya khabar kepada seorang tua sambil diperhatikan oleh YB Tn. Hj Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut.
















Orang Batu Embun menjamu DS Najib makan tengahari. Duduk sebelah PM ialah YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan. Batu Embun terletak dalam DUN Tahan. Banyak perbincangan DS Najib dan ADUN Tahan semasa makan yang memberi banyak manfaat kepada orang DUN Tahan dan parlimen Jerantut. 

Selepas itu PM melawat Pusat Pemindahan Banjir ADTEC di Kg Temin.


























DS Najib bersalaman dengan mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir ADTEC Kg Temin.


























Mangsa-mangsa banjir Jerantut sangat berbesar hati bila PM sendiri turun padang ke melihat keadaan mereka di Jerantut.

Selepas itu DS Najib terus terbang ke Temerloh, Maran dan akhir sekali Pekan bagi meninjau dan melihat sendiri kesan bencana banjir besar 2014 ini kepada Negeri Pahang.

Semalam DS Najib telah turun padang dan melihat sendiri kemusnahan bencana banjir di Negeri Kelantan.


























Bersalam dengan DS Najib sebelum PM berlepas ke Temerloh, Maran dan Pekan.

Bila air Sg Pahang dari Jerantut menghilir ke Kuala Pahang...

Bandar Kuala Krau tenggelam.

Bandar Temerloh tenggelam termasuk kg-kg tepi sungai.

Bandar Maran tenggelam termasuk kg-kg tepi sungai.

Akhir sekali bandar Pekan...itu yang DS Najib perlu hadapi.

Pekan Hulu...Pekan Tengah...Pekan Hilir...jaga-jaga!

KDYTM Tengku Mahkota Pahang Mencemar Duli Memantau Banjir Jerantut

























KDYTM Tengku Mahkota Pahang mendengar perkembangan banjir Jerantut dari Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.


Tengku Mahkota sangat syugul sebab banjir besar sedang melanda Negeri Pahang . Sudah dua bandar di Pahang. Jerantut dan Temerloh lumpuh sama sekali. Penduduk kedua-dua bandar ini resah tiada bekalan letrik, air, minyak dan tak lama lagi bekalan makanan. Bandar yang seterusnya adalah Maran dan Pekan. Pekan akan menjadi laut tak lama lagi pasti terendam sekurang-kurangnya sebulan seperti yang berlaku sebelum ini. 

Kali ini airnya besar melebihi tahun 1971 kurang sikit dari 1926 mengikut pengalaman orang tua-tua. LPT telah bertukar dari highway menjadi jeram-jeram yang menakutkan. Banyak jalanraya di Pahang menjadi sungai. Banyak jambatan rosak. Banyak harta benda dan tanaman serta ternakan musnah. 120 000 menjadi mangsa.




ADUN Tahan menunggu keberangkatan Tengku Mahkota Pahang ke Jerantut sebaik helikopter mendarat.




27.12.2014,Sabtu
YB Dato' Wan Amizan Adun Tahan dan YB Tuan Hj Nazlan Idris Ahli Parlimen Jerantut  mengiringi KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke daerah Jerantut bagi meninjau kawasan-kawasan yang terlibat dgn banjir dan pusat-pusat pemindahan bagi menempatkan mngsa-mangsa banjir. Turut bersama ialah YAB Dato' Sri Di Raja Hj Adnan b Yaakob, Menteri Besar Pahang.




Tengku Mahkota bertemu dengan mangsa banjir di pusat perpindahan memberi bantuan banjir.





Tengku Mahkota sangat perihatin kepada rakyat Jerantut yang menjadi mangsa banjir. Baginda memberi sumbangan.




MB Pahang datang ke Jerantut buat kali ke 2 turut memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Jerantut. Sebelum ini MB Pahang mengetuai operasi misi bantuan banjir ke Ulu Tembeling pada hari pertama banjir lagi.




Tengku Mahkota berjumpa dengan rakyat Jerantut yang menghadapi musibah banjir. Baginda bertitah memberi semangat dan sokongan moral.
















Setiap malam DO Jerantut, ADUN Tahan bermesyuarat di Bilik Gerakan Banjir bersama AJK memantau perkembangan banjir di seluruh daerah Jerantut bagi menjaga keselamatan dan kebajikan 200,000 penduduk Jerantut.

















AJK Bilik Gerakan Banjir Jerantut yang siang dan malam bekerja memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Jerantut.




Stor dan gudang bekalan makanan. Petugas Pemuda UMNO Jerantut sedang bekerja memunggah barang makanan.




Bekalan beras menambun seperti bukit sedia untuk diagihkan kepada mangsa banjir di setiap pusat penempatan.




Sdr Mohd Zamri Abdul Rahim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bertanggungjawab menjaga logistik dan stor bekalan makanan banjir supaya rakyat Jerantut yang terputus perhubungan tidak kebulur.
















Antara sebuah pusat perpindahan banjir di Jerantut.


























KDYTM Tengku Mahkota Pahang menitah amanat kepada ADUN Tahan supaya menjaga keselamatan dan kebajikan mangsa banjir dan rakyat Jerantut.

Saturday, December 27, 2014

Jeram Panjang Di LPT EXIT Temerloh



















Dekat LPT Exit Temerloh bagaikan Jeram Panjang membadai kenderaan menghala ke KL dan Kuantan. Laluan yang pada mulanya hanya dibuka pada laluan ke KL tadi jam 6:00 petang telah ditutup semuanya.


























Sepatutnya standard highway atau standard LPT tidak terkena dan terlibat dengan banjir. Ini banyak kali kes LPT terlibat dengan banjir. Calculation engineer lebuhraya tidak boleh mengatasi calculation alam nature.

Pemandangan bagai bot melalui Jeram Panjang Kuala Tahan.

Jeram Panjang adalah sebuah jeram yang paling mencabar bagi boatman di Sg Tembeling terletak 6 km dari Kuala Tahan yang panjangnya hampir 200m.

Bila air surut atau terlalu surut musim kemarau, boatman cukup takut menempuh batu-batu Jeram Panjang yang boleh memecahkan perahu.

Bila air besar atau semasa banjir, boatman cukup takut ombak jeram bagai tsunami kecil.

Demikianlah Jeram Panjang di LPT EXIT Temerloh.

Pekan Menunggu 62 Jam Hadapi Bah Besar...



YB Dato' Sri Sh Puji Sh Ali ADUN Peramu Jaya meninjau paras air Sungai Pahang di Jambatan Sultan Abu Bakar pada 26 Disember 2014.

DUN Peramu Jaya dalam parlimen Pekan. Ini tempat Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Pekan telah melahirkan 2 orang Perdana Menteri.

Banjir besar tahun ini telah melibatkan daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan. Lagi 62 jam sejak mula Negeri Pahang banjir akan menyebabkan banjir yang besar dihadapi oleh Pekan.

Di Negeri Pahang semua sungai utama membentuk Sg Pahang mengalir dari Ulu Pahang merentasi Daerah Jerantut, Temerloh, Maran hingga ke Kuala Pahang Pekan.

Orang Pahang panggil air menghilir. Di Negeri Pahang air Sg Pahang tidak pernah mudik ke Ulu!

Tapi Pahang telah bersedia dengan kemungkinan bah berskala besar.

Pemimpin-pemimpin Pekan telah pun bersedia dengan segala persiapan. 

Persiapan bekalan makanan disediakan kalau standard boleh bertahan sampai 3 hari tapi untuk Pekan dibuat sampai 7 hari. Begitu hebat pemimpin Pekan. Ini tempat Perdana Menteri. Bandar Pekan bandar Diraja.

Ini empirical data dari JPS Pahang mengenai kekuatan magnitud sungai-sungai di Pahang semasa banjir baru-baru ini:

The level of Sungai Jelai in Jeram Bungor, Lipis, is at 65.92 metres (danger mark 62 metres); 

Sungai Pahang in Sungai Yap, Jerantut, 59.32 metres (52 metres).

Sungai Pahang in Kampung Chenor, Maran, 24.90 metres (23.50 metres); 

Sungai Pahang in Lubuk Paku, Maran, 20.27 metres (19 metres); 

Sungai Kuantan at the Kuantan Bypass, Kuantan, 4.90 metres (3.50 metres).

Sungai Jelai in Bukit Betong, Lipis, 74.86 metres (73 metres); 

Sungai Tembeling in Kuala Tahan, Jerantut, 77.52 metres (68 metres); 

Sungai Pahang in Temerloh, 35.05 metres (33 metres);

Sungai Pahang in Kuala Sungai Chini, Pekan, 17.15 metres (14.90 metres).

Pahang terutama pemimpin-pemimpin Pekan telah bersedia dengan banjir berskala besar yang sudah dijangka pada tahun ini.

Pekan menunggu 62 jam hadapi bah besar!

Friday, December 26, 2014

Operasi Misi Bantuan Banjir Tembeling Tengah



















Masjid Simpang Tebing Tinggi hanya nampak bumbung dan menara. 




















Rumah hanya nampak bumbung. Jalanraya sudah jadi lebuh sungai menghala ke bandar Jerantut.

Bandar Jerantut terputus hubungan jalanraya kepada semua arah. Dari Temerloh, dari Jengka 25, dari Jengka 8 dan Jalan Benta. Ditambah lagi jalanraya yang dekat dengan bandar Jerantut seperti Simpang Tebing Tinggi dan Temin juga terputus serta berpuluh-puluh jalanraya lain dalam Jerantut turut sama terputus.

Taman-taman perumahan mula dinaiki air sejak pagi tadi. Orang ramai berpusu-pusu membeli barang keperluan. Banyak stesyen minyak kehabisan petrol dan diesel. Sungai dalam bandar Jerantut dan longkang-longkang melimpahkan air.

Jika sebelum ini banjir fokus kepada Ulu Tembeling dan Tembeling Tengah serta Kuala Tembeling, banjir dan limpahan sungai kecil dan longkang-longkang besar telah menghala ke taman-taman perumahan berdekatan bandar Jerantut.

Ditambah dengan tiada bekalan air dan di kebanyakan tempat yang terbabit dengan banjir bekalan elektrik dimatikan menambah derita penghuni bandar Jerantut hingga hotel-hotel pun tiada air. Hanya lori-lori paip membekal air bersih kepada penghuni bandar Jerantut.



















Foto ihsan PR Production. Jalanraya utama yang menghubungkan Jerantut dan Temerloh ditutup kepada semua jenis kenderaan.



Foto ihsan KM. Jalan Benta- Jerantut pun terputus perhubungan.

Hari ini ADUN Tahan menyelia operasi misi bantuan banjir Tembeling Tengah. Di Feri bot-bot bomba dan tentera bertolak menghantar bekalan makanan ke Kg Pasir Durian, Kg Ulu Retang, Kg Chebong, Kg Pasir Sia.

Semalam bantuan makanan telah di hantar ke Kg Jong Berlaboh, Kg Labu dan Kg Merting, Felda Padang Piol dan Felda Sg Retang.

Juga bantuan makanan telah dihantar ke Kuala Tembeling.



















































Ramai pembaca blog WZWH mahu foto dari Kuala Tembeling yang juga terperangkap kerana Jalan Kuala Tembeling-Jerantut dan Kuala Tembeling-Kuala Lipis turut terputus hubungan serta terputus bekalan elektrik dan air.

Foto-foto adalah ihsan dari FU.



Old Town Kuala Tembeling.


Old Town Kuala Tembeling.



Sekolah Rendah Kuala Tembeling.



Orange Building Kuala Tembeling.



New Town Kuala Tembeling.




Labu Sentral sudah surut di Kg Labu. Ini ialah tempat cadangan cable car ke seberang Kg labu menjadi pintu utama ke cadangan projek Safari Park Tembeling Tengah.




Ini bekalan barang makanan untuk penduduk Ulu Tembeling sudah dihantar lebih awal.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024