Saturday, March 14, 2015

Bagaimana Mahathir Reverse Psychology Isu 1MDB Meminggirkan Pembangkang?




Bila Mahathir menulis posting terbaru Blog Che Det maka bukan sahaja komuniti media baru memberi perhatian malah semua pemimpin pembangkang memperkatakan apa Mahathir suarakan.

Mahatir sudah mula open war dengan Najib kata pembangkang. Sebenarnya Mahathir seolah-olah mengambil tempat ketua pembangkang gayanya setelah anak didiknya Anwar Ibrahim duduk di penjara.

Mahathir mahu suaranya didengar menangkap perhatian. Sebenarnya Mahathir dan Anwar Ibrahim sama saja masing-masing mahu jadi nabi politik Tanah Melayu!

Apa yang menjadi kebiasaan Statemen seperti Presiden Amerika, Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri di Eropah mahu di Australia atau Jepun dan Korea bila sudah bersara samada duduk diam atau aktif NGO. Tidak pernah kita dengar mereka ini mengkritik secara terbuka the current president or prime minister.

Clinton umpamanya menjadi jurukempen hebat Presiden Obama.

Tapi Mahathir tidak begitu sebab beliau berpolitik sampai mati. Mahathir tidak boleh dengan Musa Hitam, tidak boleh dengan Ku Li, tidak boleh dengan Ghafar Baba, tidak boleh dengan King Ghaz, akhirnya tidak boleh juga dengan anak didik Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Agong UMNO Mohd Rahmat pun akhirnya  buat buku tidak puas hati dengan Mahathir.

Mahathir menaikkan Pak Lah lepas itu mula mengkritik secara terbuka hentam Pak Lah hingga Pak Lah Undur. 

Salah satu sebab mengapa prestasi BN buruk pada PRU 12 adalah kerana faktor Mahathir mengkritik secara terbuka Pak Lah.

Sekarang Mahathir mahu mengulangi perkara yang sama dengan mahu mengkritik secara terbuka kepada public menghentam Najib.

Apa yang Mahathir mahu sebenarnya? Adakah bila Mukhriz berjaya menjadi Perdana Menteri baru Mahathir boleh diam?

Mahathir perlu menjawab dua posting berikut:



Salah satu sebab mengapa Orang Melayu sudah mula tidak setia dan tidak patuh kepada pemimpin kerana politik Mahathir yang meminda Perlembagaan berkaitan imuniti kuasa Raja-Raja Melayu kerana mahu untung politik secara jangka pendek tetapi tidak memperduli kesan dan akibatnya kepada Orang Melayu dari segi jangka panjang.

Isu itu boleh diselesaikan secara individu dengan Raja yang terlibat pada pandangan Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri adalah tidak wajar. Kenapa mahu menghukum kepada semua Raja-Raja Melayu?

Tidakkah segala permasalah politik dan sosial di negara kita ini yang dulunya kita rakyat Malaysia menikmati segala ketenangan politik dan harmoni hubungan antara kaum adalah disuburkan oleh pemimpin statemen yang terdahulu kini 'bad politics' telah dihasilkan oleh dua orang political animals seperti Mahathir dan Anwar Ibrahim yang terpaksa generasi baru hari ini perlu selesaikan segala permasalahan yang ditinggalkan?

Sejarah runtuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dulu adalah disebabkan oleh salah satu faktor akibat politik pemimpin kaum Tamil Islam yang berpengaruh bersengketa dengan pemimpin Melayu di istana.

Kita tidak mahu lihat sejarah akan berulang buat kali ke dua!

10 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

semoga tahun dpn BN menang 2/3 majoriti 3 tahun berturut2..paling cemerlang pru 13..sokongan kuat kpd dasar dan arah tuju BN amat terbukti dgn sepanduk I LOVE PM di setiap program..lgpun undi cina pn meningkat 90% pada BN..undi orang muda pn naik 100%..klu lagi nak nampak hbat angkat sepanduk I LOVE PM tu lagi tinggi dari menara petronas!!

jgn jadi bodoh!!! said...

semoga tahun dpn BN menang 2/3 majoriti 3 tahun berturut2..paling cemerlang pru 13..sokongan kuat kpd dasar dan arah tuju BN amat terbukti dgn sepanduk I LOVE PM di setiap program..lgpun undi cina pn meningkat 90% pada BN..undi orang muda pn naik 100%..klu lagi nak nampak hbat angkat sepanduk I LOVE PM tu lagi tinggi dari menara petronas!!

Anonymous said...

HAhaha betul2 hanya Blogger Umno yang masih sokong Najib saja perasan yang Bn akan menang hakikatnya kepala yg atas tu la yang akan jadi punca Bn kalah

maae said...

Politik itu inti nya perbalahan. Tiada perbalahan, bukan politik tetapi mencari musuh. Politik bermusuh hanya di muka dan bermuka-muka. Belakang tabir sudah tentu sahaja peranan sebenar mengambil tempat masing-masing dalam mesyuarah bermuzakarah.

PM kepala penting negara. Persepsi dan manipulasi dua perkara berbeza. Jika persepsi nya positif, politik tentu sihat. Jika persepsi di manipulasi menjadi negatif maka bahana pengaruh tentu sahaja kepada pengundi.

Dalam hal PM Najib, pandangan umum, beliau terlalu lemah. Condong pembangkang, sudah tentu sahaja menjadi "bahan" atau bola tanggung dalam kem pembangkang ! Lihat sahaja, saban hari pembangkang sentiasa sahaja menghidangkan wadah beracun. Bermula dari perkara2 sensitif sehingga lah merujuk liar perkara melampaui batas perundangan dan perlembagaan kita. Kes berat 1MDB di mana Najib sendiri bersikap acuh tidak acuh, di mana dalam persepsi Tun Mahathir, BN akan berkubur dalam PRU akan datang ! BN bererti tonggak nya Umno akan lemas tenggelam...
Fikirkan apa akibat nya dan nasib Melayu Islam kelak !

Dalam negara mengejar pembangunan dan ingin menjadi negara maju setanding lain, soal pentadbiran infrastruktur projek2 mega, melibatkan sumber modal yang besar. Kemudian hasil nya yang memberi kesejahteraan untuk semua. 1MDB hanya berkisar menjadi kemewahan terlampau beberapa individu yang di amanahkan mengurus "mengikut acuan" sendiri dengan sokongan padu kerajaan. Namun apa yang terjadi? Di mana PM Najib yang sepatut nya tahu apa yang berlaku ? Adakah "kuasa isteri" beliau yang di momokkan pembangkang itu benar belaka? Malang nya tiada jawaban....

Kita berdoa agar Melayu Islam itu berpadu teguh. Kita juga berdoa agar melayu munafik bersekongkol kafirun harbi di lupuskan dari bumi tercinta yang bertuah ini. Ini tanah kita, Tanah Melayu ! Itu hak atas segala hak falam haq Allah SWT yang di anugerah dan di amanahkan kepada kita semua. Sejarah kitol dan mendaliar menjahanamkan bangsa dan negara; serta pepatah pantang Pendekar Melayu berundur semesti nya di semai dalam jiwa-jiwa anak Melayu demi sebenar insan dan bertauhid !

Anonymous said...

kalau 1mdb tidak bermasalah,kenapa tidak pinjam duit dari pihak bank seperti sebelum ini?mengapakah 1mdb meminta duit dari kementerian kewangan??

kiasfansuri said...

saya setuju tulisan tuan.mahathir binatang politik sampai mati. tiada apa siapa pun yg betul di mata dia.

kiasfansuri said...

agaknya dia dah nyanyuk. lepas dia dia buat keluar umno pula. his antics is so disgusting.

Wak Keletung said...

Salam Dato WZWH....

Benar Tun Mahathir patut juga perjelaskan isu2 yg pernah terjadi di zaman pemerintahannya.

Kita juga ingin tahu bagaimana YB ADUN Tahan boleh jadi begitu kaya raya walhal beliau hanya ADUN biasa? Bagaimana boleh tabur wang RM 10 ribu setiap cawangan tahun lepas dan tahun ini pula RM 1000 setiap sayap. Dari manakah sumber kewangan ADUN Tahan ini? Adakah beliau mewarisi harta kekayaan keluarganya seperti juga Dato Sri Najib? Bagaimana pula dengan desas desus yang mengatakan jambatan yg runtuh sewaktu banjir di Bukit Kota, Lipis akibat 'structural failure' telah dibina oleh syarikat yg ada kaitan dengan ADUN Tahan. Benarkah desas desus ini?

Bolehkah YH Dato' WZWH selaku orang kanan YB ADUN Tahan memberikan penjelasan?

Wassalam.

ustaz roslankama said...

apa ni bengong sangat ni?orang cerita jet pejuang terhempas kau cerita kambing kau nak beranak!

soal awak dengki kat adun tahan tu awak punya pasallah!

awak mintak sembilan kali dengan dia,dia bagi! mintak kali ke sepuluh dia tak bagi mulalah awak kutuk dia!

rezeki Allah beri! yang kau tu tak berusaha tu lah yang jadi papa bangsat tu!

ustaz roslanpalat said...

ustaz roslankepala butoh.Org bukan tanya awak kenapa awak nak meroyan.ini utk soalan ustaz roslankepala butoh.berapa banyak awak minum air kencing dompok.jawablah kepala butoh.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024