Tuesday, March 24, 2015

Bila DAP Dan PAS Bersandiwara ISU HUDUD Yang Tidak Dibahaskan Di Parlimen




Undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang kurang arif memahami kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

Jangan bincang dan berpolemik untuk menagih perhatian rakyat sesuatu yang tidak akan berlaku.

Dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah tidak pernah bicarakan kes pembunuhan apa lagi bicara kes kecurian.

Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah Mahkamah Persekutuan, perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kerajaan dan pembangkang tiada dua pertiga.

Rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

Hudud itu hanya berlaku kalau boleh pinda Perlembagaan.

Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis tidak boleh bincang.

UMNO juga menyedari hakikat itu. Hudud tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau UMNO hendak buat pun bukan UMNO tidak hendak buat. UMNO tahu memang tidak boleh buat.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Maka DAP pun ribut bising kepada isu yang tidak kesampaian dibahaskan di parlimen. Kenapa DAP dan PAS bersandiwara kepada Usul rang undang-undang persendirian yang tidak kesampaian untuk dibahaskan di parlimen?

4 comments:

Anonymous said...

Boleh bawak awak pegi jumpa sultan brunei kot..biar ada akai ckit����

Anonymous said...

Pas deperbodohkan dari dulu dulu lagi. Cuma sekarang baru sedar. Dap tak akan berani keluar Pakatan sebab dia dah ada agen-agen dia dalam Pas. Sebab Pas lah orang Melayu Islam boleh bagi muka pada DAP, boleh duduk sama level, boleh menDAPkan Pas, walaupun hakikatnya DAP cuma bermuka-muka. DAP cuma tinggal nak cucuk jarum je lagi. Geng-geng anti Hadi dah standby,dah lama. Tapi laverage besar ada pada Hadi, cuma perlu buang parasit dalaman je, buat bodoh je dengan DAP. Dap tu ada apa sebenarnya. DAP yang perlu PAS dan bukan sebaliknya. Pas dari dulu pun dah boleh hidup sendiri, cuma diperbodohkan je. Nak harap Umno pertahankan Islam, Melayu memang dah lama pupus, tak boleh pakai.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Brunei pemerintahan absolute monarchy memang boleh buat hudud tiada masalah.

Kutukandewata said...

SEBENARNYA HUDUD TU TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH! PEMERINTAH MACAM MANA?PEMERINTAH BERKUASA MUTLAK(ABSOLUTE MONARCHY) SEPRTI ARAB SAUDI DAN BRUNEI!RAKYAT IKUT AJE!KERAJAAN ISLAM DIMESIR TAK PERNAH JALANKAN HUDUD SELAMA 1200 TAHUN DAHULU KERANA MEREKA BERANGGAPAN SUKAR MENDAPATKAN SAKSI YANG ADIL(TIDAK FASIK).HANYA KERANA ITU MEREKA MENANGGUHKAN HUDUD!SEDANG KAN MEREKA BERKUASA MUTLAK!SEBAB ITU NAK MELAKSANAKAN HUDUD UMAT ISLAM PERLU BERSATU DAN MENUBUHKAN KERAJAAN YANG KUAT DAN KUKUH TANPA TAKUT PADA UGUTAN DAN ANCAMAN!!!

TENGOK DIMALAYSIA AJE,SESAMA ISLAM TAK BERSATU! DAH TU BERGANTUNG KEPADA PUAK KAFIR UNTUK DAPATKAN KUASA!

DALAM PAS ADA YANG TAK SOKONG HUDUD YANG MERAKA SENDIRI BAWA.NIZAR SEBAGAI CONTOH PEMIMPIN PAS SENDIRI MENENTANG HUDUD!

APA YANG KITA HARAPKAN DRP 137 AP ISLAM DI PARLIMEN 112 MENGUNDI SOKONG HUDUD!

YANG KITA BIMBANGKAN TAKUT ADA AGENDA PAS DAN DAP UNTUK MENYUSAHKAN UMNO DENGAN MP PAS TAK MENGUNDI MENYOKONG! MAKA TINGGAL 88 UNDI UMNO AJE!SEPATUTNYA 112 UNDI.SUDAH TENTU PAS KATA DRP 88 UNDI UMNO HANYA 67 ORANG AJE YANG SOKONG!

MAKA PAS AKAN MENERUSKAN AGENDA LAMANYA IAITU MENJAJA UMNO TOLAK HUDUD!

SEPATUTNYA BUAT UNDI BELAH BAGI TERBUKA BUKAN UNDI SULIT!

DIHARAPKAN PAS TAK BUAT APA YANG CAKAP TADI!

CUMA SATU INGATAN KEPADA mp MELAYU ISLAM YANG ADA DALAM PARLIMEN,MENOLAK HUDUD BERMAKNA MENOLAK HUKUM ALLAH YANG TERMAKTUB DALAM AL QUR'AN DAN HADIS.MENOLAK HUKUM ALLAH BERMAKNA TERGADAILAH AKIDAH DAN BERSEDIALAH MENJADI KAFIR LAKNATULLAH!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024