Wednesday, March 25, 2015

Prof. Maketab Menyanggah Kenyataan EXCO Pahang Isu Sturgeon Kuala Tahan



Kenyataan Prof. Dr. Maketab menyanggah kenyataan EXCO Pahang mengenai isu Penternakan Sturgeon Kuala Tahan.

Sinar Harian melaporkan...

Keputusan Kerajaan Pahang untuk memindahkan projek ternakan ikan sturgeon adalah berdasarkan laporan pemeriksaan awal tapak (PAT), dan bukan berdasarkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr Maketab Mohamed berkata, PAT adalah laporan awal yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memberi petunjuk kepada pemaju projek yang akan dilaksanakan berisiko besar gagal melepasi penilaian EIA.

Menurutnya, dalam kes sturgeon di Sungai Tabung, Jerantut, laporan PAT adalah antara rujukan pertama yang perlu dilepasi mana-mana pemaju yang membabitkan pembangunan berkaitan alam sekitar sebelum sampai ke EIA.

“Dalam kes ini, JAS telah mengeluarkan laporan yang mengatakan projek ini akan memberi kesan kepada alam sekitar dengan huraian terperinci mereka.

“Sekiranya pemaju tetap mahu membangunkan kawasan terbabit, maka mereka perlu menanggung kos untuk EIA dan berkemungkinan besar akan rugi kerana laporan alam sekitar di peringkat PAT sahaja sudah tidak lulus,” katanya sewaktu dihubungi semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan kerajaan negeri yang mahu projek ternakan sturgeon dipindahkan dari lokasi awal di Sungai Tabung, Jerantut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda kerajaan negeri Pahang, Datuk Abu Bakar Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat laporan EIA dan bukan keranan bantahan penduduk.

Abu Bakar berkata, susulan keputusan itu, Felda yang mengendali projek tersebut mengalami sedikit kerugian memandangkan kerja awal sudah dilakukan di tapak asal.




Ulasan WZWH mengenai isu ini ialah Dato' Abu Bakar Harun adalah EXCO Pahang yang bertangggungjawab Hal Felda di Pahang sudah tentu mendapat maklumat yang benar dan tepat dari Felda.

Prof. Dr Maketab Mohamed sebenarnya adalah mantan Presiden MNS ( Malaysian Nature Society) beliau kalah bertanding dalam pemilihan tahun lepas.

Menurut sumber Felda yang diberitahu kepada WZWH pada tahun lepas Felda sebenarnya telah melantik Consultant untuk menyiapkan Laporan DEIA Projek Penternakan Ikan Sturgeon Kuala Tahan.

Ini ialah Consultant yang sama membuat Laporan DEIA bagi Projek Forest City untuk menambak pulau buatan manusia seluas 5000 ekar di Johor yang menerima bantahan dan akhirnya mendapat kelulusan. 

Tapi di Pahang iaitu di tapak Sturgeon Sg  Tabong Kuala Tahan yang hanya seluas 30 ekar dari 50 ekar boleh pula tidak mendapat kelulusan.

Prof. Dr Maketab perlu betulkan maklumat yang beliau dapati kerana kenyataan EXCO Pahang itu adalah mengikut taklimat yang diberi oleh Felda.

Bimbang nanti rakyat Pahang terutama penduduk Kuala Tahan akan percaya kepada cakap Prof. Dr Maketab bahawa EXCO Pahang telah menipu orang Kuala Tahan.

WZWH berharap agar Prof. Dr Maketab bertanding semula pada pemilihan Presiden MNS akan datang supaya boleh jadi Presiden MNS semula baru lagi sedap bercakap.

5 comments:

Anonymous said...

Tak payah buatlah bagi je tanah tu ke org kampong buat tapak rumah.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Kawasan Sensitif Alam Sekitar tak sesuai buat tapak perumahan, takut kena banjir besar lagi.

Anonymous said...

I tink aah dis pojek if successful one, contractor and their Ali togeder-geder wif de rent seekers will make lots of money. If pojek fail one, contractor and their Ali togeder- geder wif the rent seekers will still make money one. Forget Felda, they are there for these scumbags to loot.

Anonymous said...

Jadi ke,tak jadi ke ada orang kisah?yang rugi orang kuala tahan! tak akan ada lagi pelabur yang mahu melabur di kuala tahan takut menerima nasib macam felda!

nanti berebutlah sesama orang kuala tahan jumlah pelancung yang semakin sedikit kerana kuala tahan dah tak ada daya tarikan lagi kerana produk pelancungan semakin kurang! usahkan pelancong luar,pelancong domestik pun tak kan pergi!

aku pergi dengan harapan dapatlah melihat gajah ke harimau ke! tapi anak babi pun tak jumpa!

kuala tahan di ambang kemunduran bila jalan raya siap sepenuhnya hingga ke pasr raja!

orang ulu tembeling dah tak singgah lagi di kuala tahan sprti sekarang ini.

pengusaha calet yang beria sangat menentang tu mintaklah dengan prof mat katak projek yang boleh menarik ramai pelancong ke kuala tahan!

join sekali ahli parlimen jerantut.jangan tahu menentang aje,bawaklah projek ke kuala tahan. ahli parlimen jerantut kat bijak! tentu dia pandai memajukan kuala tahan. menteri2 pusat kan kawan baik dia!

Anonymous said...

Wzwh boleh cadangkan ke felda supaya tanam pokok damar minyak kat situ. Pokok termahal dlm malaysia. Malah pokok tu diancam kepupusan dan lebih rare dari sturgeon.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024