Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, July 28, 2015

Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi Anak Jawa Pertama Bakal Perdana Menteri Malaysia!



Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi bakal Perdana Menteri Malaysia selepas post Najib.

UPDATE TERKINI: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

WZWH reproduced posting yang WZWH tulis pada 3 Julai 2012 berkenaan ramalan WZWH berkenaan Zahid Hamidi.


Selepas era DS Najib menjadi Perdana Menteri siapa agaknya tokoh yang akan menyambung perjuangan UMNO dan BN menuju 2020.

UMNO telah cuba bermacam-macam spesis etnik PM ada anak Siam, anak Bugis, anak Turki, anak Mamak, Anak Cina, Anak Bugis.

Belum lagi ada PM dari anak Jawa.

Dulu peluang anak Jawa nak jadi PM terletak dibahu Tun Sardon Jubir berkelulusan Barrister dari Middle Temple, London, seorang ahli politik yang cemerlang akhirnya menjadi Raja Pulau Pinang.

Sememangnya Tun Sardon Jubir adalah PM material dengan kerjaya politik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Menteri.

Tetapi stigma anti Jawa dikalangan Aristokrat UMNO tidak membolehkan Tun Sardon Jubir menaiki hierarki UMNO.

Berlainan pula dengan Dr Khir Toyo yang diberi peluang menjadi MB Selangor terlebih sangat semangat Jawanya menyebabkan akhirnya tumbang BN Selangor pada PRU 12.

Lebih malang cubaan Khir Toyo untuk mendapat status Ketua Pemuda UMNO Malaysia sama seperti yang telah disandang oleh Tun Sardon Jubir dan Zahid Hamidi gagal dikalahkan oleh proksi Tun Abdullah Bedawi dan proksi Tun Mahathir.

Didalam ramalan WZWH mendapati peluang Zahid Hamidi untuk menjawat jawatan PM Malaysia pertama dari anak Jawa adalah sangat cerah.

Kareer politiknya dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Menteri, penglibatannya pengalaman dalam korporat terutama Banking, pengalaman politik sebagai Setiausaha Politik DS Najib, orang kuat Anwar Ibrahim dulu adalah resepi menjadi pemimpin yang boleh diterima.

Zahid Hamidi adalah Naib Presiden UMNO yang lebih diyakini dan dipercayai oleh majoriti ahli UMNO.

Zahid Hamidi mempunyai pengetahuan pemikiran Islam yang mendalam dan tajam penyelesaian Fekah dan Siasahnya.

Aristokrat UMNO perlu akur Zahid Hamidi juga dari keluarga Aristokrat Jawa dengan title Raden yang Zahid Hamidi tidak mahu pakai!

Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri Malaysia boleh diterima oleh orang Najib dan orang Anwar Ibrahim. Ketika Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri pada masa itu Tun Mahathir sudah tiada.

8 comments:

Anonymous said...

Ooh, ingatkan dia orang Rawa atau orang Banjar. Mereka ramai di Perak. Tak tahu dia title Raden.
Di Kampung Gali dekat Raub ada ramai keturunan Jawa title Raden. Termasuklah aruah Tan Sri Raden Soenarno, ex Pahang SS and Sect general several ministries. Dia kawan aki saya.
Macam mana you dapat conclusion tentang Zaid selepas Najib? Please tell us.
But anything is possible in politics.
Makin gilalah si Ah Jub Bor ya, orang bawah dia jadi PM.
But better Zaid than that guy. Zaid was so much senior than him in UMNO when he was parachuted in by Tun M.

Anonymous said...

Dengan pengetahuan setakat 4 senawi maka En Wan telah mengiktiraf Zahid sebagai mempunyai pemkiran yang mendalam tentang Islam..Inilah hebatnya orang2 UMNO!!!. Tetapi yg menghairankan mengapa Zahid memilih UMNO Baru, sebuah parti berideologi kapitalis sekular...Mengapa Zahid tidak memilih parti yg beridealogi Islam.

Meninggalkan idealogi Islam bermakna meninggalkan 'pemikiran/ideal' serta 'method/sistem' berdasarkan sumber wahyu. Ini bermakna Zahid secara sedar tidak berpegang kepada tauhid huluhiyah iaitu salah satu cabang dalam ilmu tauhid yg terdiri drp tauhid rububiyah,tauhid huluhiyah dan nas2as sifat. (Mudah2an Allah SWT lindungi Zahid drp perbuatan ini)...

Anonymous said...

" bila zahid hamidi jadi PM, Tun Mahathir sudah tidak ada "

Tun Mahathir gi mana?

Anonymous said...

bahana apakah ini najib? muhyiddin bukan kecik anak...

Anonymous said...

Ada hati nak jadi PM. Tak habih lagi cerita ni bos. Anak jawa ke bugis ke semua akan dapat bahgian masing2.
Main catur iq kena tinggi. Kalau otak secetek air sungai pahang. Jangan ingat dah win. Mike kene ingat king jalan satu tapak, queen boleh jalan banyak tapak. Banyak askar dia boleh makan. Rossequeen je liat sikit nak tumbang.
Koi tak perlu cari salah, pasal kalau org yg banyak buat jahat, salah dia akan nyata dan timbul sendiri. Takyah korek pun. Tapi dia yang akan sibuk cemas nak timbus taik sendiri.

Anonymous said...

WZ ni main tekan je. Org kalau tajam fekah dia tak makan hasil sumber yg haram. Ni kang towkay belanja macam2 semua sapu dgn alasan hadiah dan tolong kawan. 
Diorang semua sbg anak murid Anwar brahim patutnya blajar dari kesilapan nuar. Pernah dgr ceramah Anwar sebut Wamakaru Wamakrallah, Wallahu hoirul makirin? Ni antara ayat2 makan diri yg membuatkan Anwar selalu dipenjara. Korang pun tunggu je lah. Kebenaran dan perancangan Allah siapa yang tahu?
Malaysia bukan HongKong.

Anonymous said...

Anon 2:54.. tu dia,, maknanya sekalian umat (esp di Malaysia ni) yang tidak berpegang kepada parti berideologikan islam (yang sekarang dok kalut dengan GHB nya) " meninggalkan 'pemikiran/ideal' serta 'method/sistem' berdasarkan sumber wahyu ". Atau ringkasnya "tidak berpegang kepada tauhid huluhiyah iaitu salah satu cabang dalam ilmu tauhid yg terdiri drp tauhid rububiyah,tauhid huluhiyah dan nas2as sifat". so kalau tak berpegang kepada tauhid huluhiyah.. jadi apa ek.. apa yang ko cuba sampaikan... bahawa depa tu semua kafir???

-kundur-

Sabihah Ghazali said...

Jangan mimpi disiang hari..Rosmah hanye menggunkannye sebagai perisai untuk melengahkan kes 1MDB.
Tetapi bukti transaksi ade dalam sistem walau pun akaun dah ditutup dari Pembayar, JhoLow.
Bayaran itu dari pSI dan disimpan ofleh JL kerana Rosmah takut Najib dipenjara apabila dikesan.
Ssila selidik, Najib tidak menafikan menerima US 700m!