Nuffnang Ads

Pages

Friday, July 24, 2015

Imam Besar Al-Azhar Menyokong Penuh Kepimpinan DS Najib Perdana Menteri Malaysia



Grand Syaikhul Azhar Prof. Dr. Ahmad At-Thayyib.

Imam Besar Al-Azhar atau Syeikh Besar Al-Azhar adalah jawatan ulama' Islam Sunni yang dihormati dan jawatan awam penting di Mesir. Ia juga dianggap oleh sesetengah orang Islam sebagai autoriti tertinggi dalam pemikiran dan perundangan Islam dan mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat Islam di seluruh dunia. Imam Besar menyelia Masjid Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar dan bertanggungjawab dalam perkara-perkara berkaitan agama di samping Mufti Besar Mesir. Imam Besar Al-Azhar sekarang adalah Mohamed Ahmed el-Tayeb.

Biografi ringkas Grand Syaikhul Azhar Prof. Dr. Ahmad At-Thayyib sila klik sini.

Imam Besar Syaikhul Azhar melalui The World Association for al-Azhar Graduates telah mengutus surat kepada DS Najib Perdana Menteri Malaysia menyatakan sokong penuh kepimpinan DS Najib Perdana Menteri Malaysia.

The World Association for al-Azhar Graduates mempunyai 150,000 ulama yang aktif di seluruh dunia dan berperanan dalam bidang kepakaran di negara masing-masing.








































Surat Imam Besar Al-Azhar menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikutan dengan itu juga pada 15 Julai 2015 baru-baru ini Alumni al-Azhar Malaysia telah mengadakan kunjung hormat kepada DS Najib Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyatakan sokong penuh kepada kepimpinan DS Najib.

The World Association for al-Azhar Graduates (Malaysia) merupakan Cawangan Rabitah di Malaysia ditubuhkan pada 17 Februari 2009 dan kini dipengerusikan oleh Bekas Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti.




















Alumi al-Azhar Malaysia menemui DS Najib. Kelihatan Pengerusi Alumni dan beberapa orang Mufti negeri.

Berikut press conference Alumni al-Azhar Malaysia:













































































Ini juga sebab mengapa Tuan Guru Hadi Awang dan ramai ulama PAS yang mengaji di Universiti al-Azhar Mesir menyokong penuh kepimpinan DS Najib Perdana Menteri Malaysia menahan asakan fitnah musuh yang melanda baik dalam negara dan di luar negara.

9 comments:

Anonymous said...

hehehehe...Apalah punya Mat Thoiyib Mesir ni. Sejak bila pulak Allah SWT mempusakakan Islam kat Al Azhar ni? Sampai dah ada authority nak menentukan pemimpin mana yg islam mana yg tidak. Apa ingat surat pengesahan dia kat Najib ni boleh menentukan syurga neraka ke? Dia pulak boleh menentukan ulamak sampai 150k orang seluruh dunia. Kalau macam tu senang la dpt jawatan ulamak dlm islam ni, ambik sijil Al Azhar balik malaysia terus jadi ulamak. Habis tu Allah Taala kau nak letak mana?
Macam Dia taktau lak nak pilih ulamak wali dia orang yg macamana. Sampai kene lantik agensi Al Azhar lak nak select ulamak? Jadi ulamak bukan pakai PHD ijazah, Allah yg pilih. Pemimpin umat islam pun bukan Al Azhar yg pilih Allah yg pimpin manusia sejak zaman Adam lagi. AlQuran saksi bukan surat rasmi Universiti Al Azhar.
Patut bro kajilah kenapa Firaun awal mcm ramses, tutankhamun buat pusat pemerintahan dia kat piramid giza Mesir. Kenapa firaun suka kumpul emas dan buat patung2? Mesir tu kan tempat asal usul Firaun. Jangan ingat Al Azhar tu islam sangat. Kadang2 musuh islam ni duduk dalam islam tu sendiri sambil menyamar dan mengangkat diri sendiri sbg cendekiawan dan ulamak.

Anonymous said...

Mereka yang kafir musyrik itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya sebagaimana yang ditetapkanNya. sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia. sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.

Cuba sampaikan pulak ayat ni pada Mat Thoiyib Al Azhar suruh dia pahamkan. Kang tak pasal pasal PM Malaysia kita jadi perasan pulak kang ingat dia wali khalifah umno islam sedunia. Sedang dia taktau Allah tu menyampah kat dia. Orang islam kalau Allah sayang Dia tak hantar bala. Kalau Dia nak uji pun bukan hampir tiap2 tahun didatangkan bencana. Must be many thing wrong. Woe to the disbelievers from a severe punishment.

Anonymous said...

Bukan SyeikhulAzhar aje menyokong Najib ramai Raja2 Arab dan bilionaire sokong Najib.

Anonymous said...

Kita dah islam beratus tahun. kenapa segala2nya masih nak dirujuk kt pak arab. Masih x pakar lagikah??? x boleh BERDIKARI??? keganasan, kecelaruan mazhab, sikap aggressive/ekstrim bersarang kt sana. Mungkin sekarang ni kita lg bagus dr pak arab.

Anonymous said...

Lepas guna raja,bugis dan ini imam pulak. Org tetap nak najib blah

izad12 said...

anwar yang didapati bersalah meliwat juga menggunakan ulama untuk menunjukkan dia tak bersalah.

dekat sama aja dengan taktik najib.

mungkin ada persamaan lain kot?

Anony said...

Di dunia Arab, bukan sahaja money is king tetapi juga money is everything.

Anonymous said...

Apa beza Imam agung Mad Thoiyib ni dgn Imam2 syiah Iran? Lebih kurang sama je perangainya, menggunakan agama, ilmu, hukum hakam untuk suruh manusia taat dgn kealiman dan kewarakan dia. Rentikanlah guna agama menipu orang. Bro kena ingat dan sedar ahli2 sihir firaun dulu memang mula kat Mesir.
Yang memastikan islam kafir seseorang tu apa yg Allah baca dalam quran. Jadi kalau Allah dah cakap seseorang atau pemerintah tu kafir disebabkan perbuatan kelakuan dia, betullah. Takkan Allah nak cakap bohong? Ini menunjukkan yg mereka dan para alumni ni org yg tak percaya quran. Apa yg diorang belajar kat Mesir selama ni kalau takleh paham apa yg Allah terangkan?
Ntah2 diorang ni ada bukak bisnes sekolah pondok tak. Nak sebat duit2 wakaf Yayasan pondok 1malaysia. Patutlah taat semacam.

ustaz roslankama said...

posting yang biasa2 aje dato! tak yah yang ilmiah sangat! majoriti pembaca blog dato ni kuat merepek.bayang kan dia orang boleh tahu yang Allah menyampah kat PM! dengar ke cakap dia nampak beriman sangat! tapi hampas tak berotak sampai guna Allah untuk tunjuk kebencian dia kat najib!jahil tunjuk alim!