Wednesday, February 3, 2016

DS Ahmad Bashah Bin Md Hanipah MB Baru Kedah



DS Ahmad Bashah bin Md Hanipah akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru pada hari esok.


Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan watak penting kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahmad Bashah, 66, yang dikenali sebagai pemimpin yang "low profile", merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Kedah yang berjaya menyatukan pimpinan UMNO dan BN negeri serta menguatkan semula parti sehingga BN memperoleh 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2013.

Beliau merupakan antara pemimpin UMNO negeri yang paling kanan apabila menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Berakhirnya PRU-13, Ahmad Bashah membuktikan kesetiaan kepada parti apabila memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menerajui tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

Dalam pengumuman kabinet kerajaan Persekutuan selepas PRU13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ahmad Bashah sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dua bulan selepas PRU13, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan kesetiaan beliau kepada parti apabila kali ini memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, dengan beliau turun pangkat sebagai timbalannya pula.

Dilahirkan pada 10 Okt 1950, beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang pembabitannya dalam dunia politik lebih 40 tahun, antaranya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Bendahari UMNO negeri dan Bendahari BN negeri.

Selepas BN dan UMNO kalah pada PRU12 iaitu pada 2008, UMNO Kedah dirombak dan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mulai 24 April 2009 bagi membantu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Pengerusi.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN negeri pada 1 Jan 2011, manakala Mukhriz sebagai Timbalannya.

Selain berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau turut berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan apabila menjadi Exco selama dua penggal sejak 1999 dengan memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apabila tsunami politik melanda pada 2008 menyebabkan BN gagal untuk terus menguasai Kedah, Ahmad Bashah masih mempertahankan kerusi DUN Bakar Bata dengan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rohani Bakar dengan majoriti 358 undi.

Pada PRU13 yang lalu, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan pengundi masih percayakan beliau apabila menang dengan majoriti 895 undi mengatasi calon PKR Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama) Jawahae Raja Abdul Wahid.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan dikurniakan empat puteri.

Sejak 20 Jan lepas, nama Ahmad Bashah menjadi sebutan ramai apabila mengetuai sebahagian besar Adun, anggota Parlimen dan ketua UMNO Bahagian di Kedah menzahirkan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.


Penglibatan Politik
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
SetiausahaBadan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Bendahari Barisan Nasional (1994 hingga 1997).
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar (1995 hingga sekarang).
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar (1993 hingga 1995).
Bendahari UMNO Negeri Kedah (1994 hingga 1997).
Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri (1990 hingga 1993).
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar (1984 hingga 1993).
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Merah (1995 hingga 2004).
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, EXCO Perumahan & Kerajaan Tempatan (1999 hingga 2008).
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata (2004 - sekarang).


Aktiviti Sosial dan Kemasyarakatan
Ahli Lembaga Pengarah MADA (1991 hingga 1995).
Ahli Majlis Perbandaran Kota Setar (1988 hingga 1994).
Presiden Persatuan Menembak Kedah
Penaung Persatuan Bangsawan Kedah
Timbalan Pengerusi , Belia 4B Alor Setar
Ahli Jawatankuasa Belia 4B Kedah
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bodoh betoi pemimpin UMNO le ni. General Douglas MacAthur - kepala perang tentera amerika yang digeruni kawan dan lawan pernah berkata....'it is better to have a subordinate pissing out a of your tent rather then into your tent'.... Le ni MM akan piss into UMNO tent....kahkahkah bau lah hancing nya nanti....kahkahkah

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024