Wednesday, August 31, 2011

Najib Perlu Cuba "Gross National Happiness" -Falsafah "The Economics Of Happiness"


UMNO telah cuba berbagai dasar ekonomi selama lebih 50 tahun untuk buat rakyat Malaysia puas hati dan gembira. Namun ramai pihak masih tidak puas hati; natijahnya PRU 12, BN tidak dapat 2/3.

DS Najib ada program ekonominya tersendiri; ekonomi berpendapatan tinggi melalui EPP dan ETP. Namun segelintir rakyat juga tidak puas hati.

Najib kini perlu cuba dasar baru ekonomi-"Gross National Happiness" dari falsafah "The Economics Of Happiness".

Pengenalan dasar baru ekonomi ini:

The relentless pursuit of higher income is leading to unprecedented inequality and anxiety, rather than to greater happiness and life satisfaction. Economic progress is important and can greatly improve the quality of life, but only if it is pursued in line with other goals.

Malaysia should pursue “gross national happiness” rather than gross national product an alternative, holistic approach to development that emphasizes not only economic growth, but also culture, mental health, compassion, and community.

How national policies can promote happiness in Malaysian societies?

We agreed on the importance of pursuing happiness rather than pursuing national income. The question we examined is how to achieve happiness in a world that is characterized by rapid urbanization, mass media, global capitalism, and environmental degradation. How can our economic life be re-ordered to recreate a sense of community, trust, and environmental sustainability?

Here are some of the initial conclusions. First, we should not denigrate the value of economic progress. When people are hungry, deprived of basic needs such as clean water, health care, and education, and without meaningful employment, they suffer. Economic development that alleviates poverty is a vital step in boosting happiness.

Second, relentless pursuit of GNP to the exclusion of other goals is also no path to happiness. In the US, GNP has risen sharply in the past 40 years, but happiness has not. Instead, single-minded pursuit of GNP has led to great inequalities of wealth and power, fueled the growth of a vast underclass, trapped millions of children in poverty, and caused serious environmental degradation.

Third, happiness is achieved through a balanced approach to life by both individuals and societies. As individuals, we are unhappy if we are denied our basic material needs, but we are also unhappy if the pursuit of higher incomes replaces our focus on family, friends, community, compassion, and maintaining internal balance. As a society, it is one thing to organize economic policies to keep living standards on the rise, but quite another to subordinate all of society’s values to the pursuit of profit.

Fourth, global capitalism presents many direct threats to happiness. It is destroying the natural environment through climate change and other kinds of pollution, while a relentless stream of oil-industry propaganda keeps many people ignorant of this. It is weakening social trust and mental stability, with the prevalence of clinical depression apparently on the rise. The mass media have become outlets for corporate “messaging,” much of it overtly anti-scientific, and Malaysian suffer from an increasing range of consumer addictions.

Consider how the fast-food industry uses oils, fats, sugar, and other addictive ingredients to create unhealthy dependency on foods that contribute to obesity. One-third of all Malaysians are now obese. The rest of the world will eventually follow unless countries restrict dangerous corporate practices, including advertising unhealthy and addictive foods to young children.

The problem is not just foods. Mass advertising is contributing to many other consumer addictions that imply large public-health costs, including excessive TV watching, gambling, drug use, cigarette smoking, and alcoholism.

Fifth, to promote happiness, we must identify the many factors other than GNP that can raise or lower society’s well-being. Most countries invest to measure GNP, but spend little to identify the sources of poor health (like fast foods and excessive TV watching), declining social trust, and environmental degradation. Once we understand these factors, we can act. 

The mad pursuit of corporate profits is threatening us all. To be sure, we should support economic growth and development, but only in a broader context: one that promotes environmental sustainability and the values of compassion and honesty that are required for social trust. The search for happiness is the key goal of Malaysian voters in 13th general election.

Blog WZWH Bantu MNPC Menarik Sokongan Rakyat Kepada Tenaga Nuklear


Blog WZWH sudah lama berkempen kepada rakyat Malaysia terutama kepada orang Jerantut Pahang supaya menyokong pembinaan loji janakuasa nuklear sebagai sumber tenaga alternatif sejak Mei 2010. 

Banyak posting WZWH tulis tentang keperluan kepada tenaga nuklear bagi krisis tenaga mendatang demi kebaikan ekonomi Malaysia. Antaranya sila klik sini dan klik sini. Juga sila klik sini.

Kerajaan Malaysia sedang mencari sebuah agensi perhubungan awam untuk membantu membina sokongan orang awam terhadap usaha Putrajaya mengadakan tenaga nuklear — sumber tenaga alternatif menjelang tahun 2013.

The Holmes Report, yang diterbitkan di New York, melaporkan awal minggu ini bahawa Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC), sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan Januari lalu, telah menyenarai pendek tiga firma untuk membantu menjalankan kerja-kerja perhubungan awam projek yang sensitif itu.

Krisis loji nuklear Fukushima telah meninggalkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap tenaga nuklear. Kempen kesedaran awam perlu untuk salur maklumat kepada rakyat memahami keperluan mendesak tenaga negara.

Perancangan kerajaan mahu loji nuklear beroperasi menjelang 2021. Kerajaan perlu dapat mandat  sokongan rakyat untuk bersedia dan buat keputusan akhir. Sokongan awam diperlukan melebehi 50% adalah keutamaan disamping mengurus kebimbangan dan isu

Pendapat orang ramai akan dinilai, hasil dapatan kajian digunakan untuk merangka strategi menambah baik persepsi dan sokongan. 

Malaysia mahu bina dua loji nuklear dengan kapasiti 2000MW dijangka siap pada tahun 2021. Penilaian projek ini akan mengambil masa dua tahun bermula pada tahun 2013. Tendar loji nuklear akan diumumkan pada tahun 2016.

Malaysia terlalu bergantung kepada minyak petroleum dan arangbatu. Kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada minyak petroleum. Tenaga dihasilkan sebanyak 64% dari minyak petroleum, bakinya arangbatu.

Negara sudah mula kekurangan minyak petroleum. Projek kuasa hidro hanya cukup menampung bagi Malaysia Timur sahaja menyebabkan Malaysia Barat menghadapi masalah.

Lain-lain sumber tenaga seperti biomass dan angin terlalu kecil sumbangannya dan teknologi solar sangat mahal.

Blog WZWH komited dalam membantu MNPC menarik sokongan rakyat kepada tenaga nuklear.

Tuesday, August 30, 2011

Mat Sabu 'Penyelamat' UMNO PRU 13

Mat Sabu lebih cerdik dari Anwar...Mat Sabu tahu apa nasib Anwar...Mat Sabu sudah pakatan dengan DAP...nanti bila Mat Sabu jadi Presiden PAS...Mat Sabu tahu kerusi PM di Putrajaya boleh dicapai...untuk dapat majoriti undi Cina...Mat Sabu puja komunis Malaya ke langit!

Perwakilan PAS memilih timbalan presiden berlandaskan kepada faktor hebat berceramah sudah menampakkan kesilapan dan kesalahan paling ketara. Mat Sabu telah merosakkan kredibiliti PAS dan dirinya sendiri.

Hanya kerana dendam membara terhadap UMNO, Mat Sabu sanggup menafikan bakti dan jasa anggota polis Bukit Kepong dalam ceramahnya 21 Ogos 2011.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Jasa Mat Sabu ini telah memberikan durian runtuh kepada UMNO. 

Umat Islam akhirnya telah difahamkan akan tatacara perjuangan politik PAS.

Kalau PAS konsisten seperti mana gerak laku mereka sebelum PRU 2008, kemungkinan PAS mampu menggantikan UMNO.

Tapi sayang, seribu kali sayang...

Allah SWT masih sayangkan Melayu atau lebih tepat parti UMNO.

UMNO selama 3 tahun ini tidak perlu melakukan damage dan karektor assasinasi politik yang begitu serius terhadap PAS

Pimpinan PAS lah yang selama ini telah membunuh kredibiliti parti mereka sendiri.

Obses terhadap politikal melampau, gaya pemikiran politik ekstrem,bangkangan politik yang tidak menguntungkan rakyat, serangan melampau terhadap institusi Islam dan Melayu antara faktor besar memungkinkan kehancuran PAS pada PRU ke 13 nanti.

Silap perhitungan PAS. Mereka tidaklah sebijak mana.

PRU 13, PAS akan bertembung satu lawan satu dengan UMNO. faktor sentimen Melayu, Islam dan kenegaraan menjadi isu utama pengundi memilih parti.

Adakah PAS mampu menjawap desakan dan persoalan rakyat? Isu-isu kalimah Allah,sokongan murtad, liberalisme diaplikasi dalam sistem saf perjuangan sebahagian pimpinan pas, pujaan melampau terhadap perjuangan komunis, Bersih 2.0, parti kalah sokmo pada DAP...boleh buat majoriti rakyat tidak yakin dengan pendirian dan ketegasan PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man Memalukan Jerantut Dan Pahang!


Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas mohon Putrajaya adakan Referendum bagi penduduk dalam radius 70 km sekitar kilang Lynas di Gebeng.

Tahukah dia apa sistem yang negara ini gunapakai? Malaysia gunapakai sistem undi di pilihanraya dan bukannya sistem Plebiscite. Mungkin dia tidak pernah tahu apa yang diperuntukan oleh Perlembagaan Negara. Tidak dapat hendak salahkan beliau kerana semasa beliau menjadi wakil rakyat penggal 1999-2004 pun beliau bukanlah seorang wakil rakyat yang ada pengetahuan mengenai pemerintahan dan sistem pemerintahan demokrasi negara. Kelebihan yg ada pada beliau hanyalah membacakan ayat quran yang beliau fikirkan sesuai untuk politik beliau sahaja. Beliau juga minat untuk tidak membaca ayat quran yang tidak menyebelahi kepentingannya.

Kalau pun dia tahu Referendum itu tidak mungkin dapat dilaksanakan, gesaan beliau ini hanya satu permainan politik murahan yang akan exploit penyokong yang tidak tahu apa itu referendum. Beliau akan guna perkataan pungutan suara atau undi untuk mengelirukan penduduk sekitar 70km radius Gebeng. Ini akan termasuk sekitar Indera Mahkota hingga ke Kemaman/Chukai disebelah utara; sehingga ke Sungai Lembing dan sempadan Jerantut disebelah barat; sehingga ke Gambang dan Pekan disebelah selatannya dan ke Laut China Selatan sebelah Timurnya. 

Berapa ramai kah penduduk yang akan terlibat? Fuziah Saleh telah mengatakan sekitar radius 30km Kilang Lynas di Gebeng ada 700 ribu penduduk (which is of course ridiculous and stupid). Kalau 70km radius mungkinlah mengikut kiraan Fuziah itu akan mencecah lebih dari 1.5 juta penduduk (which is also ridiculous and stupid. Pahang itself has not more than 1.8 million total population).

Siapakah yang akan mengendalikan referendum itu nanti? Ini kena tanya Tuan Ibrahim. Tak mungkin mereka mahu guna SPR kerana SPR kepada mereka tidak BERSIH. 

Ini permaianan politik murahan Ketua Penerangan Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. Pas tidak mahu terima nasihat dan pandangan pakar termasuk pakar dari kalangan ahli parlimen Pas sendiri. Kebenaran tidak mahu diterima dan orang seperti Tuan Ibrahim ini hanya buat malu kepada Negeri Pahang. 

Apapun, beliau ini memang tidak laku lagi di Pahang dan sudah 2 kali PRU dia kalah dan pastinya anak jati Pahang tidak akan mahu berketuakan beliau ini. (Dipetik dari blog Small Talk).

Monday, August 29, 2011

Sejauh Mana Rakyat Pahang Kenal Negerinya?


Sejauh mana rakyat Pahang kenal negerinya? Penduduk Pahang mengikut banci 2010 berjumlah 1.5 juta. Rakyat Pahang perlu belajar mengenali negerinya supaya menpunyai semangat cintakan negeri Pahang dan memiliki jati diri yang unggul.

Rakyat Pahang mesti tahu sejarah negerinya. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada bahan penulisan "Sejarah Melayu" yang disusun oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612. Kita perlu bahan-bahan dari China, India, Parsi, Arab dan Portugis.

WZWH mahu bicara sejarah terutamanya negeri Pahang supaya rakyat Pahang dan Jerantut tahu apakah tradisi kepimpinan politik yang kita warisi. Apakah legasi yang boleh kita gilap semula untuk kita bina Jerantut, Pahang dan Malaysia baru.

Apa yang kita tahu tentang Tanah Melayu? Sekitar tahun TM 70 India terpaksa bertumpu ke Semenanjung Tanah Melayu yang dipanggil Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. India perlu emas yang terputus bekalan dari Siberia dan Maharaja Rom, Vespasian tidak membenarkan emas ditawarkan kepada India.

China semasa zaman pemerintahan Wangsa Han (TM 23-221) menjadikan pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu sebagai tempat pedagang-pedagang China menyimpan dan memunggah barang-barang. China panggil Semenanjung Tanah Melayu sebagai Tun-Hsun.

Berita kemasyhuran bandar-bandar pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu tersebar hingga ke Mesir. Claudius Ptolemy pendita Yunani pada TM 150 menamakan Semenanjung Tanah Melayu ini Avera Chersonesvs dalam bahasa Inggeris sebagai Golden Chersonese maksud Semenanjung Emas.

WZWH rasa banyak betul mineral emas di Semenanjung Tanah Melayu ini. Mari kita lihat apa Pahang negeri paling tua ada? Di Pahang telah dilaporkan bahawa bekas-bekas lombong emas yang dalamnya hingga seratus enam puluh kaki telah dijumpai bertabur hingga berbatu-batu jauhnya dan telah digali antara satu lombong ke satu lombong dengan begitu rapat sekali.

Orang menjumpai bekas-bekas lombong ini di akhir kurun ke 19 di sebuah bukit di dalam hutan. Lombong ini telah digali hingga berkurun-kurun lamanya dengan menggunakan beribu-beribu tenaga buruh. Selain dari emas, Pahang juga mempunyai lombong bijih dan perak ketika itu. 

Empayar Funan sejak kurun pertama lagi diikuti empayar Seriwijaya, empayar Majapahit, Siam telah mengeksploitasi lombong emas negeri Pahang semaksimunnya mengikut kehendak raja dan pemerintah.

Pahang membekalkan banyak emas ke Kerajaan Seriwijaya. Seorang Arab yang bernama Sulaiman telah mencatitkan bahawa begitu banyak emas sehinggakan tiap-tiap hari Raja Seriwijaya yang memerintah ketika itu telah membaling sejongkong emas ke dalam sebuah tasik di istananya. Jongkong-jongkong emas ini terkumpul semakin lama semakin banyak. Apabila raja itu meninggal dunia maka jongkong-jongkong emas yang di tasik itu pun di bawa naik lalu dibahagikan-bahagikan di antara kerabat diraja dan pegawai-pegawai. Yang selebihnya pula baharulah diagihkan kepada rakyat jelata!

Sayang...orang dulu lagi tamak tidak ada sikit tinggal untuk generasi hari ini dan akan datang. Kalaulah orang dulu ada polisi untuk "reserve" ke cucu cicit sudah tentu negeri Pahang bertambah kaya dan boleh keluar dinar emas seperti Kelantan!

Cuma lombong bijih besi ditinggalkan buat anak cucu untuk memakmurkan negeri Pahang ini. Berjuta-juta tan deposit bijih besi sedia untuk dikeluarkan untuk kekayaan Pahang.

WZWH nampaknya sudah banyak melencong...Ok kita sambung cerita sejarah kembali. Untuk pergi ke Pahang pada zaman itu selain dari jalan laut ada dua jalan lagi yang boleh diikuti. Pertama dari Patani mereka merentas melalui Perak dan terus ke Pahang. Kedua mereka boleh menggunakan perahu dan mudik ke hulu Sungai Kelantan hingga ke cabang-cabangnya iaitu Nanggiri, Lebir dan Galas. Selepas itu mereka boleh menarik perahu mereka hingga ke Hulu Sungai Jelai dan terus menghilir ke Lipis dan seterusnya ke Sungai Pahang. Atau mudik Sungai Tembeling hingga ke ulu sempadan Pahang Terengganu.

Oleh itu tidak hairanlah jika sebuah kekuasaan dalam bentuk negeri telah tertubuh di Pahang. Menurut rekod-rekod China seperti "Nan Shih" dan "Sejarah Sung", negeri Pahang ada seorang Raja yang bernama Seri Palavarman. Baginda telah menghantar satu utusan ke China dengan membawa sebanyak 41 hadiah dalam TM 449.

Maharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama Danapati TM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa".

Dalam TM 459 pula raja Pahang ini telah mengirimkan sepasang burung kakak tua; seekor putih dan seekor merah kepada Maharaja China. Seorang lagi ahli sejarah negeri Pahang yang bernama Dasurawan telah datang ke China dalam TM 464 sebagai pengiring utusan negeri Pahang.

Seperti Danapati, ahli sejarah ini diminati oleh Maharaja China. Baginda memberikan gelaran kepada kedua-dua ahli sejarah Pahang ini dengan gelaran "Panglima Kuda-Naga". Selama ini WZWH ingat hanya Parameswara pengasas kesultanan Melayu Melaka merupakan orang Melayu pertama menjejak "Kota Larangan" di Beijing pada tahun 1407 tapi rupanya dua orang diplomat Pahang telah mula-mula menjejaknya pada tahun 449, 451, 456, 459, 464 dan 466 iaitu Danapati dan Dasurawan.

Maharaja China telah mula-mula mengiktiraf kedaulatan kerajaan beraja Pahang lebih dulu dari kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan beraja Pahang lebih tua dan lama dari Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293. Sebab itu Pahang adalah negeri paling tua di Semenanjung Tanah Melayu sudah punyai orang cerdik pandai beribu-ribu tahun dulu. Orang Pahang pandai dan bijak memerintah sebab itu negeri Pahang yang paling besar dalam Semenanjung Tanah Melayu. Kalau kita baca sejarah Pahang moden dulu Kemaman, Endau, Rembau, Bahau itu dulu dalam negeri Pahang.

Maka kita rakyat Pahang dan Jerantut kena faham sejarah dan hakikat ini... sebab itu Pahang boleh ada dua orang Perdana Menteri Malaysia; Tun Razak dan DS Najib, Politikus bijak strategi King Ghaz, Tun Khalil "Raja Melaka". DS Adnan Yaakob MB Pahang selama jadi MB Pahang, dalam setiap PRU Pahang tidak tumbang macam negeri Kelantan, dulu Terengganu, Selangor, Perak, Kedah negeri Tunku Rahman dan Tun Mahathir pun tumbang, Pulau Pinang negeri Tun Pak Lah dan DS Anwar Ibrahim lagi tumbang. Johor tidak tumbang sebab kongsi sejarah dan seketurunan dengan Pahang. Melaka tidak tumbang sebab ada "Raja Melaka" gamoknya.....

6000 Polis Dibunuh Komunis, Mat Sabu Kata Bagus Perbuatan Hero Negara!


Mat Sabu marah semasa rally Bersih 2.0, sendiri aksiden tapi kata polis langgar. Bila polis siar video sebenar, satu Malaysia tahu Mat Sabu pemimpin PAS paling tidak ada kredibiliti dalam sejarah kepimpinan politik PAS.

Sebab itu Mat Sabu kata peristiwa tragedi balai polis Bukit Kepong bila 200 komunis menyerang 15 polis dan keluarga, yang menyerang itu (komunis) adalah hero sebenar negara.

Mat Sabu bagi alasan polis mempertahankan British sedangkan Bukit Kepong dibawah kerajaan Johor bersultan. Mat Sabu tidak nampak bahawa sebenarnya komunis itu juga menyerang dan khianat kepada Sultan Johor.

Mengikut rekod PDRM seramai 6000 anggota polis telah dibunuh komunis maka Mat Sabu boleh kata itu bagus perbuatan hero negara.

Kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

Mungkin ada hikmahnya ini semua. Orang Melayu akan tahu pendirian PAS yang sebenar dan mula kembali menyokong UMNO dan BN. 

Sunday, August 28, 2011

PAS Mengulangi Budaya Zaman Gelap Eropah

YB Dr. Che Rosli Che Mat seorang tokoh renaissance PAS pakar nuklear telah menasihat orang Pahang jangan percaya kepada pungkor(pembohongan) Fuziah Salleh tokoh PKR Pahang yang anti pembangunan tidak mahu kilang Lynas dibina di Gebeng, Kuantan.

Zaman gelap Eropah merujuk kepada zaman gereja menguasai sepenuhnya kehidupan masyarakat termasuk bukan saja hal agama namun tentang fakta sains.

Penentangan golongan saintis dan falsafah terhadap authoriti gereja menghasilkan zaman renaissance. Itulah yang berlaku kepada PAS kini.

PAS yang kononnya dibarisi kepimpinan ulama telah membuat keputusan parti tidak menyokong projek Lynas di Gebeng Kuantan. Ini adalah mengikut perancangan PKR dan DAP Pahang semata-mata tanpa merujuk fakta sains dan pakar nuklear, radiologi dan 'rare earth'.

Tetapi bila pimpinan tertinggi PAS memanggil YB Dr Che Rosli Che Mat, ahli parlimen Hulu Langat yang juga merupakan seorang saintis nuklear kerana menyokong loji  pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya minggu depan maka PAS sudah mengulangi budaya zaman gelap Eropah.

Pada zaman pertengahan Eropah, semua orang percaya bahawa matahari dan lain-lain planet mengelilingi bumi. Bila Galileo cuba menyangkal kepercayaan yang disokong oleh gereja maka Galileo telah dipulau dan dihukum. Muncul Copernicus untuk membuktikan bahawa dakwaan Galileo itu adalah benar dan fakta saintifik.

“Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

Katanya, tindakan susulan akan diputuskan sebaik sahaja setiausaha agung parti mengemukakan laporan hasil penjelasan Che Rosli nanti.

Begitulah pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan berdasarkan emosi dan menentang apa saja pembangunan yang ingin dibawa oleh kerajaan BN di Pahang semata-mata kerana mahu menghasut rakyat Pahang demi undi dan terpengaruh dengan kempen halus PKR dan DAP Pahang.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Adakah Komunis Agenda PAS Selepas Tolak Negara Islam?


Orang Islam Melayu atas pagar keliru bila PAS langgar perlembagaan parti tolak Negara Islam sebagai perjuangan utama. Ahli PAS di kampung-kampung terpingga-pingga. Mereka menyokong PAS kerana percaya Doktrin Negara Islam.

Bila pemimpin ulamak tewas kepada Mat Sabu dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS awal tahun ini menambah resah penyokong tegar PAS. Mat Sabu yang kredibilitinya diragui seperti kes khalwatnya di Hotel Perdana, Kota Bharu, isu Tabung Memali yang disalahguna, isu ideologi syiah buat bukan saja majoriti orang PAS malah orang UMNO pun bimbang.

Bila Mat Sabu terang-terangan dalam ceramah politik secara terbuka memuji dan mengangkat serta mengagongkan perjuangan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng dan mengatakan semua sejarah kemerdekaan negara adalah bohong serta Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang talibarut anjing British dan yang lebih sedih polis dan askar Melayu semasa era British adalah perjuangan sia-sia maka timbul persoalan besar dikalangan orang Melayu.

Pengganas komunis melakukan kerosakan di Tanah Melayu sejak 1948 hingga 1960 dan bersambung sehingga 1989. Ramai rakyat, usahawan, polis dan askar terbunuh dalam mempertahankan negara dan hartabenda.

Ini fakta yang orang Melayu perlu ingat perjuangan komunis yang sebenar tidak mahu British menyerahkan Tanah Melayu ini kepada orang Melayu yang berhak ke atas negara ini melalui Raja-Raja Melayu. Sebab itu  komunis menimbulkan ketakutan dan huru hara mahu menghalau British dan sempat memerintah negara selama 14 hari dengan rekod pembunuhan ramai orang Melayu.

Inilah perjuangan yang Mat Sabu mahu hidupkan semula. Setakat hari ini tiada komen dan respon dari TG Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini memberi makna pemimpin tertinggi PAS menyokong dan bersetuju dengan pandangan politik Mat Sabu.

Ini satu perkembangan yang sangat bahaya kerana langkah yang seterusnya ialah PAS bersama dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain akan mengerakkan negara ke arah pemerintahan republik. Mungkin tidak nama republik Islam mungkin Republik Kebajikan Malaysia!

Ini bermakna Mat Sabu akan buat ucapan politik meminta Raja-Raja Melayu dihapuskan. Ketua agama negeri mahu diserah kepada Ketua Menteri atau Menteri Besar. Percayalah Mat Sabu bila beliau berjaya menjadi Presiden PAS akan menjelajah ke seluruh pelusuk negara mencanangkan idea Republik Kebajikan Malaysia.

Sudah tentu pengundi kaum Cina akan menyokong perjuangan Mat Sabu habis-habisan!

Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu yang faham formula kestabilan politik negara perlulah menyedari bahaya ancaman Komunis-Syiah-Republik ini kepada keselamatan politik Malaysia. 

Mimpi DAP: mengambil alih pemerintahan. Ia adalah impian tradisi segelintir pemimpin cina sejak zaman Chin Peng. 

Modus operandi: 
Bermula secara agresif melalui gerakan komunis tetapi gagal. Kemunculan fahaman sosialis cuba dimanipulasi dengan bijak oleh Lee Kuan Yew sehingga Singapura diterima menyertai Malaysia. Namun muslihat ini dapat dikesan oleh Tunku Abdul Rahman. Akibatnya Singapura dikeluarkan semula daripada Persekutuan Malaysia. 

Apabila strategi awal dilihat tidak berkesan, pemimpin chauvinis cina merancang strategi baru. Keberkesanan taktik pemerintahan Inggeris menggunakan dasar pecah dan perintah memberi ilham pada mereka. Kebetulan, beberapa isu besar yang.muncul kemudiannya membuka peluang untuk mereka merealisasikan impian. 

Contohnya isu Anwar Ibrahim! 

Orang Melayu mewakili kira-kira 50% daripada penduduk Malaysia. Itulah sebabnya Tunku menjemput Sabah, Sarawak, dan Brunei untuk turut bersekutu bagi menguatkan dominasi muslim. Hikmah dari tindakan Tunku itu, sejak dulu hingga hari ini kelompok Melayu-Bumiputra mewakili hampir 70% penduduk Malaysia. 

Keadaan ini menjadi tembok penghalang paling kental terhadap rancangan besar Lee Kuan Yew untuk menguasai politik 4S: Singapura, Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. 

Untuk itu, strategi paling praktikal yang perlu dilakukan adalah dengan memecahkan semula orang Melayu dengan bumiputra Sabah dan Sarawak serta membahagi dua orang Melayu. 

Secara matematiknya, apabila undi melayu pecah dua automatik DAP menang. 

Mimpi UMNO: mempertahankan kerajaan sedia ada bagi meneruskan pegangan politik orang Melayu yang ditafsir sebagai Islam melalui perlembagaan. 

Modus operandi: satukan orang Melayu dan berusaha mengembalikan sokongan bukan Melayu. 

Mimpi PAS: menggantikan UMNO dengan mengajak orang Melayu menukar sokongan. 

Modus operandi: sebelum ini menggunakan Jenama Negara Islam sebagai mengambil kesempatan terhadap orang Melayu yang begitu sensitif dengan istilah agama. 

Itu dulu. Sekarang PAS menggunakan nama 'Negara Berkebajikan' bagi menarik sokongan orang bukan Islam. 

Kenapa mereka bekerjasama? 

UMNO bekerjasama dengan MCA sejak sebelum merdeka kerana tiada pilihan lain. British meletakkan syarat iaitu orang Cina mesti dibenarkan menetap di Tanah Melayu sebagai warganegara jika orang Melayu mahu mencapai kemerdekaan. 

Pemimpin awal MCA bekerjasama dengan UMNO kerana mereka menghormati hak orang Melayu untuk menjadi pemimpin utama sampai bila-bila kerana faktor sejarah dan kesediaan dan kesudian orang Melayu berkongsi negara. 

Sebagaimana MCA, begitu juga hubungan UMNO dengan MIC. Meskipun kaum India cuma kaum minoriti namun UMNO sedar bahawa orang India perlu ada wakil dalam kerajaan yang memerintah. 

PAS asalnya sebahagian daripada UMNO iaitu daripada sayap agama UMNO. PAS menolak kerjasama dengan kaum lain yang bukan beragama Islm. PAS tahu bahawa jika orang Islam tidak bekerjasama dengan MCA dan MIC sekalipun, orang Islam tetap menguasai kerajaan Malaysia. 

Itulah sebabnya masih ramai penceramah PAS yang mengungkit perkara ini hingga sekarang. Mereka menuduh pemimpin UMNO bodoh kerana tetap bekerjasama dengan orang kafir padahal orang Islam mampu memerintah sendiri. Hal ini kerana bilangan kawasan parlimen yang majoriti pengundinya beragama Islam sudah cukup bagi membentuk kerajaan 2/3. 

DAP adalah parti yang sempat dilahirkan oleh Lee Kuan Yew dan PAP apabila Singapura dikeluarkan daripada Malaysia. Tujuan khususnya ialah bagi melanjutkan impian golongan radikal Cina untuk menguasai Tanah Melayu. Usaha ini asalnya dimulakan melalui gerakan komunis namun tidak berjaya. 

Hasrat golongan kiri dalam masyarakat cina tersebut tidak pernah pudar. Biarpun mereka bukan mewakili masyarakat Cina secara keseluruhan namun beberapa isu yang mereka gunakan sedikit demi sedikit menarik minat kaum mereka. 

Kumpulan tersebut sering memberi contoh kejayaan parti cina memajukan Singapura bagi menarik sokongan golongan muda. Apatah lagi umum mengetahui bahawa Lim Kit Siang adalah murid dan orang kanan Lee Kuan Yew sejak dulu. Justeru jika LKY boleh berjaya, kenapa LKS dan LGE tidak boleh? 

Kini, Lim Guan Eng menjadi harapan mereka. Ini dibuktikan dengan kunjungan demi kunjungan antara keduanya tanpa sempat berselindung lagi. 

Hari ini, persaingan dan perebutan kuasa sedang sengit berlangsung tanpa dencingan pedang ataupun dentuman meriam. 

DAP bermain dengan cukup licik. Isu demi isu dimanipulasi agar orang Melayu menjadi semakin renggang. Mereka memang batu api yang hebat! 

Sayangnya PAS seolah terbius dan terpukau kecuali beberapa pemimpin yang sesekali cuba menongkah arus. Sebahagian pemimpin PAS merasa seolah mereka amat kuat sekarang. Padahal PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen. Kedudukan tersebut menjadikan PAS parti tercorot dalam pakatan pembangkang. 

Hal tersebut bermakna jika pun DAP memilih Nik Aziz atau Hadi sebagai PM nanti, maka tarafnya hanyalah sebagai PM boneka sahaja. 

Mungkinkah orang Melayu akan beralih kepada PAS? Kalaupun ia bukanlah mustahil namun terlalu sukar. Kalaupun boleh, ia memerlukan masa yang panjang. Malangnya dalam proses peralihan itu, terdapat ruang yang amat besar untuk DAP bertindak! 

Cuba renungkan. Dalam PRU ke12 yang lalu pembangkang dilihat begitu hebat dan kuat. UMNO dikatakan dalam keadaan yang sangat lemah. Semua orang marahkan UMNO. Semua kelemahan dikaitkan dengan UMNO. Hatta jika anak ayam dilanggar lori atau pokok kelapa tumbang pun dikatakan salah UMNO juga. 

Ironinya, ketika itu PAS cuma mampu mendapat 23 daripada 222 kawasan parlimen yang ada. 

Itu, ketika UMNO lemah. Bagaimana dengan PRU13 nanti? Setakat ini, walaupun BN masih belum pulih sepenuhnya namun UMNO terbukti semakin kuat. Najib begitu gagah menangani satu demi satu permasalahan dan setiap hari semakin ramai yang mengagumi beliau. Ini kenyataan. 

Jika demikian, peluang PAS untuk menambah bilangan kerusi pasti semakin sukar. Jika PRU12 yang memperlihatkan kelemahan ketara UMNO pun PAS cuma mampu raih 23 kerusi, bagaimana ketika UMNO dilihat semakin kuat sekarang? 

Hati-hati dengan DAP.

Saturday, August 27, 2011

Mat Sabu Puja Chin Peng Komunis Pejuang Kemerdekaan Sebenar

Chin Peng Komunis adalah tokoh idola terkini PAS. Jika PR menang PRU 13 nanti gambar-gambar Chin Peng akan digantung di bangunan-bangunan Putrajaya sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar!

Mat Sabu Timbalan Presiden PAS buat parti PAS serba salah. Sebab hendak undi orang Cina, Mat Sabu hina  tokoh kemerdekaan negara-Dato' Onn Jaafar dan Tunku Rahman serta anggota keselamatan polis dan askar semasa darurat malah memuja pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Ramai ahli PAS malu dan mahu menyorok bawah meja sekarang. Inilah kekalutan bila PAS menolak kepimpinan ulamak dan memilih ahli politik 'haprak'.

Mat Sabu menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar?

Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. Sampai begitu sekali benci dan berdendamnya pemimpin nombor dua Pas ini terhadap UMNO hinggakan mahu mengubah sejarah dengan fakta ciptaannya yang menidakkan perjuangan bangsa sendiri.

Apakah Mat Sabu hanya menzahirkan apa yang dihasratkan oleh chauvanis Cina DAP yang mahu meletakkan kaum Cina di negara ini sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, ketika negara akan menyambut ‘Hari Kemerdekaan’ 31 Ogos ini?

Melayu jenis inilah yang bakal menjahanamkan bangsa sendiri dan menjual negaranya kepada kaum lain asalkan dia mendapat keuntungan politik yang sangat sementara sifatnya. 

Kemuncak kepada sejarah yang akan diubah oleh Mat Sabu nanti ialah 'Chin Peng adalah pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu'?

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Itulah akibatnya apabila Mat Sabu meletakkan seratus peratus harapan kepada kaum Cina untuk menyokong atau mengundi calon Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dia dah jadi macam ‘orang gila’ yang merepek dan merapu hingga sanggup menidakkan jasa bakti pejuang-pejuang Melayu yang terkorban angkara pengganas komunis yang berjuang untuk merampas Semenanjung Tanah Melayu daripada diserahkan penjajah British kepada orang Melayu yang benar-benar berhak. Mat Sabu sudah 'bertuhankan undi'.

Mat Sabu mahu menukar sejarah negara bangsa ini dengan menganggap kaum Cina adalah pejuang sebenar. Wajarkah manusia si pengkhianat bangsa ini dibiarkan?

Ahli Politik Berilmu VS Ahli Politik Sampah


Isu Lynas buat ramai ahli politik dari Pakatan Rakyat samada dari PKR, DAP dan PAS jadi ahli politik sampah. Mereka mempengaruhi rakyat dengan emosi bukan dengan fakta sains. Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, negara ini akan hancur kerana dibina dari premise emosi!

Dalam posting WZWH yang terdahulu sila klik sini dan klik sini juga klik sini, WZWH telah dedahkan bagaimana Fuziah Salleh memperbodohkan orang Kuantan dan Pahang.

Pendedahan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang Saintis Nuklear dalam segmen TV3, Karam Singh Walia, berkenaan isu Lynas buat Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fauziah Salleh seperti sampah.

Apa kata Dr Che Rosli Che Mat, saintis nuklear:

“Yang membawa isu ni (adalah) PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap.“Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mizi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Kata Profesor Dr Ahmad Termizi, pakar radiologi:

“Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.

“Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya.”

Organ rasmi parti itu Harakahdaily melaporkan kenyataan Dr Che Rosli amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

Friday, August 26, 2011

Koperasi Keluarga Pulau Tawar Jerantut

istana lindung bulan pagaruyung

WZWH dapat SMS dari sahabat rodong lama belajar di SEMSAS Kuantan. Sahabat ini asal Kampung Pulau Tawar. Beliau berjaya dalam kariernya sebagai orang no 3 dalam sebuah GLC di Kuala Lumpur.

Mesej beliau:

Salam, Saruji ni: Ingatan Mesra, MAJLIS RAYA KELUARGA PULAU TAWAR, 31/8 (Rabu), Mula 7.15 malam. 7.30pm : Maghrib Jemaah, 7.50pm:Tahlil, 8.00pm:Jamuan Makan Malam, 9.00pm:Isya' Jemaah, 9.20pm-11.15pm:Doa, Ucapan penubuhan koperasi, Perkisahan Sejarah, Sesi Perkenalan, 11.30pm:Bersurai. Jangka 500 orang hadir. Mohlah weh...

WZWH percaya dan yakin dengan kepimpinan sahabat WZWH ini juga ada pertalian darah dalam mewujudkan persatuan keluarga salasilah Pulau Tawar dan mahu menubuhkan koperasi keluarga Pulau Tawar.

Dari mana datang dan asal keluarga Pulau Tawar ini?

Bagi orang luar tentu terbayang nama pembesar dan pahlawan Tok Gajah (Imam Rasu) dan Mat Kilau. Kita diberitahu mereka ini berasal dari Budu (Benta).

WZWH banyak buat posting tentang Kampung Pulau Tawar, sila klik sini. Dikatakan orang Kampung Pulau Tawar berasal dari Sumatera.

Dari sejarah moden Pahang,...

Pada tahun 1889 Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah telah meninggalkan Pekan dan berpindah dan bersemayam ke Daerah Pulau Tawar selama tiga tahun setengah yang pada masa itu dibawah pegangan Orang Kaya Maharaja Indera Setia Gajah Pahang atau Tok Gajah Rasu bin Syahrum.

Baginda suka memburu seladang dikawasan Tanjung Balik Angin berhampiran Tebing Tinggi dan Burau tak jauh dari Pedah, direkodkan pada 1889 baginda berjaya memburu lebih dari 60 ekor seladang dan salah seekor telah dihadiahkan kepada Governor British waktu itu.

Governor telah menghadiahkan seladang itu kepada Zoological Gardens London. Selain daripada keturunan Tok Gajah,Tok Kaya Indera Setia Raja Jusoh bin Tukang ada juga keluarga bangsawan yang bermastautin di Pulau Tawar mengikut dari salasilah keturunan ,mereka berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau atau Siak di Sumatera.

Ini salasilahnya:

Tawang bin Long bin Tun Ahmad bin Tun Sinar Sulaiman bin Tun Sinar Hassan bin Tun Sinar Deraman bin Tun Sinar Putih ca(1450-1550) bin Tok Raja Debalang(hulubalang) Jengka (adakah mereka dari keturunan Orang Besar Berlapan Pahang iaitu Tok Raja Dewa Hulubalang Tanjung Belawan?) Tun Sinar Abdul Jalil bin Tun Sinar Matahari (berhijrah ke Kampung Kedondong Jerantut) bin Sultan Syed Mansor Shah Mahkota Alam bin Syed Abdul Aziz bin Syed Abu Bakar bin Syed Muhammad bin Syed Abu Bakar dari Bani Tamim Hadramaut Yemen.

Keluarga PM juga asalnya dari Pulau Tawar.. Mohd Najib bin Abdul Razak bin Husin bin Mohd Taib bin Jahidin.. Jahidin sepupu Tok Muda Abas of Pulau Tawar.

Pulau Tawar perlukan pemimpin muda yang dinamik, berpandangan jauh ke depan dan ada perasaan sayang kepada kampung halaman dan rakyatnya.

Thursday, August 25, 2011

Yayasan Tembeling Mengangkat Sosioekonomi DUN Tahan


WZWH sebagai penasihat ekonomi dan politik DUN Tahan telah lama berfikir bagaimana mahu mengangkat taraf sosioekonomi DUN Tahan.

Sebagai DUN yang paling mundur sekali dan berpotensi sebagai DUN yang paling kaya asetnya dalam negeri Pahang maka penduduk DUN Tahan perlu menikmati hak-hak yang sepatutnya.

Bukan mahu menidakkan sumbangan kerajaan negeri Pahang dan Pusat terhadap pembangunan DUN Tahan namun WZWH merasakan tempo yang perlahan melambatkan. WZWH mahu lihat pembangunan yang robust, cepat dan pantas.

Pemimpin berjiwa besar tiada masa melihat pembangunan yang lambat dan tahap sosioekonomi yang rendah. Tahap ini perlu diangkat. Permasalah masyarakat samada golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal, pendidikan anak-anak miskin, bantuan latihan, pendidikan dan kewangan perlu diberi dengan pantas.

Mencari bantuan dana dari sumbangan korporat dan dari Syarikat Sdn Bhd ada batasan dan limitnya. Korporat ini objektifnya untung. Entiti bisnes ini tidak mampu untuk menyumbang selalu dan kerap. Jika mengunakan Syarikat Sdn Bhd barangkali orang Jerantut menyoal apa motifnya. Bila menyoal motif mereka akan cakap bahawa semua syarikat Sdn Bhd ini tamak kerana mahu projek, konsesi, kontrak sedangkan dana sangat diperlukan untuk mengerakkan sosioekonomi DUN Tahan.

Berapa ramai ahli politik Jerantut yang mahu menyumbang kepada masyarakat? Bila syarikat Sdn Bhd diwujudkan secara strateginya mencari 'generating income' bagi menyumbang dana kepada masyarakat maka mereka berasa sangsi. Mereka kata itu semua alasan mahu membolot kekayaan.

Yayasan perlu ditubuhkan kerana yayasan boleh mencari aset, projek, konsesi dan kontrak dan segala perolehan hendaklah dibelanjakan kesemuanya kepada masyarakat. Maka Yayasan Tembeling diberi nama.

WZWH mendapat idea Yayasan Tembeling ini dari ilham DS Najib Sendiri. Ketika DS Najib menjadi MB Pahang sekitar tahun 1983, DS Najib telah menubuhkan Yayasan Pahang yang lebih kepada pendidikan dan sosiobudaya rakyat Pahang.

Kini 28 tahun selepas itu Yayasan Pahang punya aset beratus juta. Beribu pelajar Pahang ditaja belajar dari peringkat sekolah rendah, menengah, Kolej dan Universiti dan Ijazah lanjutan, sarjana dan PHD dalam dan luar negeri. Institusi pendidikan ditubuhkan dan berjaya seperti IKIP dan Pusat Tahfiz Yayasan Pahang. Aset seperti ladang kelapa sawit menjana dana memberi sumbangan pendidikan dan masyarakat kepada rakyat Pahang dari pelbagai bangsa.

Maka Yayasan Tembeling ditubuhkan. Surat kelulusan telah diterima dari pihak SSM. Yayasan Tembeling akan dilancarkan tidak lama lagi dengan dana awal RM1 juta. WZWH terlibat dengan Yayasan Tembeling ini. Bukanlah niat WZWH mahu lawan dengan Yayasan al-Bukhary namun 49 kata-kata hikmah dari Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary boleh dibuat panduan dan pedoman seperti berikut:

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerjakerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa dibawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok manamana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras & fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah . Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Wednesday, August 24, 2011

Antara Program Berbuka Puasa DS Najib Dan Tuanku Sultan Pahang, Yang Mana WZWH Mahu Hadir?



Dua minggu lepas, Duta Besar Malaysia ke Amerika, DS Jamaluddin Jarjis beritahu WZWH program berbuka puasa DS Najib bersama pemimpin UMNO Pahang di Temerloh pada 24 Ogos 2011.

DS JJ mahu ramai pemimpin Pahang turun ke Temerloh meraikan DS Najib kerana ini program pertama DS Najib berbuka puasa di Pahang bersama pemimpin UMNO Pahang.

Maka kesemua empat peringkat kepimpinan UMNO Pahang-Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri dijemput termasuk juga ahli UMNO dan rakyat sekitar Temerloh.

Kemudian yang terbaru KDYMM Tuanku Sultan Pahang mahu mencemar duli berangkat ke Kuala Tahan (DUN Tahan), Jerantut menghadiri program berbuka puasa dengan rakyat juga pada 24 Ogos 2011.

Ini ialah program kerajaan negeri. Majoriti Ketua Jabatan kerajaan diketuai oleh DS SUK turut hadir. DUN Tahan sungguh bertuah kerana Tuanku Sultan Pahang kerap dan suka datang ke DUN Tahan, Jerantut. Pada 25 September nanti, Tuanku Sultan Pahang akan berangkat sekali lagi ke majlis jamuan Hari Raya DUN Tahan.

Antara program berbuka puasa DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang, yang mana satu mahu WZWH hadir? Pening kepala WZWH mahu buat keputusan!

Program DS Najib dihadiri oleh pemimpin UMNO empat peringkat, ramai ahli parlimen dan ADUN Pahang hadir. DS Najib ialah Presiden UMNO.

Keputusan WZWH: Oleh kerana WZWH datang dari DUN Tahan, ahli UMNO cawangan Kampung Labu, Tembeling Tengah. Rakyat yang taat setia kepada Rajanya maka WZWH mahu hadir ke program berbuka puasa Tuanku Sultan Pahang bersama dengan rakyat di Kuala Tahan.

Patik WZWH pacal yang hina merafak sembah menyambut keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang mencemar duli ke majlis berbuka puasa bersama dengan rakyat di Kuala Tahan, Jerantut. 

Semoga kehadiran Tuanku Sultan Pahang memberkati lagi majlis.

Daulat Tuanku.

Monday, August 22, 2011

Catatan Perjalanan Ke Ulu Tembeling
















Bazar ramadan bandar Jerantut dilihat dari udara. Sungguh meriah rakyat Jerantut membeli juadah berbuka puasa.


DUN Tahan kaya dengan flora dan fauna. Ini harta termahal DUN Tahan. Pertahankan khazanah DUN Tahan. Jika mahu buat pembangunan cuba minimunkan kerosakan alam. Hutan DUN Tahan membekalkan oksigen berkualiti kepada Pahang dan Malaysia Barat.


Inisitif Temenggung "Adopt A Kampung" Balancing People And Nature sila klik sini dan penubuhan Ranger Temenggung disetiap kampung dalam DUN Tahan adalah langkah terpuji menjaga alam sekitar dari putera bongsu Tuanku Sultan Pahang.


Gunung Tulang memisahkan sempadan Tekai dan Tembeling. Panorama yng sunggguh cantik.


Felcra Ulu Tembeling seluas 3000 ekar. Kawasan hutan dibersihkan. Syarat menjadi peserta Felcra Ulu Tembeling ialah anak jati Ulu Tembeling.


Kubota jentera membajak sumbangan mantan ahli parlimen Jerantut Arwah Dato' Sharif Ahmad pada tahun 1970an kini tinggal kenangan sebagai relik di Kampung Bantal kerana tidak lagi digunakan.
















Aki Long Zaman, penduduk tertua di Ulu Tembeling. Umurnya sudah menjangkau 100 tahun lebih. Beliau adalah keturunan orang Brunei yang mengikut Moyang Wan Ahmad bin Engku Khatib balik ke Pahang.

Berbuka Bersama Penduduk Ulu Tembeling


Helikopter membawa WZWH mendarat di Kampung Bukit Mat Daling Ulu Tembeling. Kelihatan chalet Ayah Busu Uyup dalam pembinaan.

Bersama penduduk kampung menunggu masuk berbuka puasa. WZWH sangat teruja kerana ramai orang kampung keluar menghadiri majlis berbuka puasa.







































Sembahyang terawih bersama penduduk kampung.


Makan moreh selepas sembahyang terawih.
















Bersahur di Kampung Bantal.
















Sembahyang subuh berjemaah di Kampung Bantal.

Friday, August 19, 2011

Program Berbuka Puasa Di Perkampungan Ulu Tembeling


Minggu ini dari hari Khamis hingga hujung minggu WZWH sibuk betul dengan program berbuka puasa. Tak larat WZWH nak kejar kesemuanya.

Hari Khamis jemputan majlis berbuka puasa AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bersama Ketua Pemuda cawangan di seluruh DUN Pulau Tawar di Sungai Tekam Resort. 

Hari Jumaat jemputan ke majlis berbuka puasa ahli parlimen Jerantut bersama penduduk Kampung Melayu, Mat Kilau dan Perumahan LKNP Jerantut.

Hari Sabtu jemputan majlis berbuka puasa di Kampung Bukit Mat Daling dan hari Ahad di Kampung Bantal.

Program Berbuka Puasa di perkampungan Ulu Tembeling selalunya WZWH tidak pernah menolak. Untuk menjelajah keseluruh lima kampung besar di Ulu Tembeling seperti Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan kampung Bukit Mat Daling dalam masa dua hari adalah sukar lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini.

Mahu tidak mahu WZWH terpaksa menaiki helikopter berlepas dari padang Jerantut selewat-lewatnya pukul 4 pm hari Sabtu. Mengikut program berbuka di Kampung Bukit Mat Daling. Sebelum itu singgah di Kampung Gusai. Bermalam di Kampung Bantal.


Perkampungan Ulu Tembeling begitu sentimental kepada WZWH. Mereka orang Ulu Tembeling adalah saudara mara WZWH. Inilah masa untuk WZWH menjengok mereka. 

Kalau ada masa WZWH akan menziarah ke pusara arwah Engku (Ayah) WZWH di kampung Chenih, Ulu Tembeling. Sedih Kampung Chenih sudah tidak berpenghuni lagi baik Kampung Chenih Darat atau Kampung Chenih dekat Sungai Tembeling. Ramai orang kampung berpindah ke Kampung Macang Perah di seberang sungai dan lain-lain kampung berdekatan.

Bila WZWH fikirkan ini semua ada rasa sedih dan sebak di dada. Orang Ulu Tembeling tidak ada pemimpin lain lagi untuk memperjuangkan nasib mereka dengan begitu semangat-Hanya WZWH dan ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak yang mereka ada.


Ini misi politik besar WZWH.....memajukan Ulu Tembeling dan masyarakatnya sama taraf dengan tempat lain di Malaysia. Tidak kira apa halangan dan rintangan, tidak kira membayar harga yang tinggi, siapa yang menghalang akan dirempuh...kini tiada tembok tebal menghadang lagi.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...