Tuesday, November 29, 2011

Genius Ahmad Maslan, Parlimen Tidak Mampu Ubah 'Dasar Apartheid'

Majlis Raja-Raja Melayu

Ahmad Maslan MP, Ketua Penerangan UMNO membuat kenyataan genius politik bahawa jika PRU 13 PR memenangi banyak kerusi hingga parlimen tergantung maka:
  • Orang Melayu hilang kuasa
  • Hilang Bahasa Melayu
  • Selamat Tinggal Kesultanan Melayu
  • Selamat Tinggal Islam
  • DAP agen Kristianisasi
Sebenarnya sudah lama orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan 70% dari penduduk Malaysia ini menunggu seorang politikus genius berani bercakap begini nada.

Orang Melayu tidak perlu hujah-hujah yang akademik untuk menyedarkan mereka bila mengikut Ahmad Maslan ramai ramai Orang Cina berumur 21 tahun keatas menjadi pengundi berdaftar dan sedikit demi sedikit Orang Cina menguasai politik dan ekonomi bila Orang Melayu berpecah.

WZWH berpendapat hujah-hujah Ahmad Maslan yang nampak bodoh ini sebenarnya BERJAYA membuka minda Orang Melayu yang berpecah kepada beberapa parti politik.

Semua hak-hak istimewa itu seperti hak istimewa Orang Melayu, Islam, Bahasa dan Raja-Raja Melayu adalah dipelihara dalam Perlembagaan. Walaupun PR melabelkan ini 'Dasar Apartheid' namun ini ialah dasar-dasar yang dicipta British demi melindungi kepentingan Orang Melayu atas rasa bersalah membawa pendatang kaum Cina dan India ramai-ramai ke Malaya.

Jika PR berjaya menyapu bersih 222 kerusi parlimen pada PRU 13 mampukah PR boleh mengubah 'Dasar Apartheid' ini?

Ya, 222 ahli parlimen PR boleh mengusul dan mencadangkan menghapuskan 'Dasar Apartheid' ini tapi apa-apa perubahan Perlembagaan yang menyentuh hak Orang Melayu, Bahasa Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu perlu persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu!

WZWH bertanya adakah 9 Raja Melayu ini mahu perkenan pindaan Perlembagaan menyentuh 'Dasar Apartheid' ini? 222 ahli parlimen PR tidak mampu mengubah 'Dasar Apartheid' ini.

Kecuali Kerajaan PR merasuah RM1 Bilion kepada 9 Raja-Raja Melayu ini. Maka kalau Raja-Raja Melayu bersetuju perkenan maka semua peruntukan hak istimewa ciptaan genius British itu boleh dihapuskan.

Adakah 222 ahli parlimen PR itu mahu memberontak melawan Raja-Raja Melayu kerana tidak sudi memperkenankan pindaan Perlembagaan itu hatta ditawarkan RM1 Bilion seorang.

Raja-Raja Melayu adalah Ketua Militari, Tentera Darat, Udara, Laut. Raja-Raja Melayu boleh membubarkan parlimen jika dirasakan 222 ahli parlimen PR 'sudah gila'. Tentera boleh mengambilalih kerajaan Malaysia buat sementara.

This is the power of the King...

Kadang-kadang jika UMNO mahu menyedarkan Orang Melayu tidak perlu keluarkan kenyataan yang tinggi akademiknya bombastik hanya perlu keluar kenyataan BODOH tapi GENIUS.

WZWH sudah lama menunggu kenyataan berani dari seorang ahli politik UMNO. Syabas Ahmad Maslan.

Monday, November 28, 2011

Ranking Prestasi MB @ KM Berdasarkan GDP Growth 2010


Posting kali ini WZWH memberi laporan kepada rakyat Malaysia dan Pahang tentang ranking prestasi Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Malaysia dinilai berdasarkan GDP growth (pertumbuhan KDNK) semasa tahun 2010.

Selalunya MB dan KM menilai prestasi KPI ADUN-ADUN. Atau PM DS Najib menilai KPI para Menteri-menteri dan MB dan KM.

Kini rakyat Malaysia dan Pahang boleh menilai pula prestasi MB dan KM masing-masing. Kita lihat dulu laporan Gross Domestic Product (GDP) by State, 2010. Sila klik sini.

Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010

Chart1

Ekonomi global melonjak pada 2010 selepas krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi 2009. Pertumbuhan ekonomi menggalakkan di Asia. Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi 7.2% pada 2010 ( 2009: -1.6% ). Pertumbuhan dipandu oleh sektor Perkhidmatan (6.8%) dan sektor Pembuatan (11.4 %)

Trend pertumbuhan ekonomi melonjak boleh dilihat pada prestasi ekonomi negeri-negeri yang terlalu bergantung kepada sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan. Carta menunjukkan Selangor mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi sekali 10.8% (2009: -1.0 %) disokong banyak oleh sektor Pembuatan meningkat kepada 19.5% berbanding -7.6% pada tahun lepas.

Begitu juga GDP Pulau Pinang dan Johor menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh 10% (2009: -10.8%) dan 9.3% (2009: -4.0%) kerana prestasi yang lebih baik dalam sektor pembuatan. Negeri -negeri lain yang bergantung kepada sektor Pembuatan dan sektor Perkhidmatan juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberansangkan. Momentum pertumbuhan ekonomi boleh dilihat di Perak (5.7%), Melaka (5.6%), Negeri Sembilan (5.3 %), Pahang (4.5%), Sarawak (4.5%), Kedah (4.4 %) dan Terengganu (4.3%).

Bagi Sabah pula ,pertumbuhan ekonomi sederhana kepada 2.4% berbanding 3.8% pada 2009. Ini kerana momentum yang perlahan dalam sektor Perlombongan dan Kuari. Pertumbuhan ekonomi tinggi di WP Kuala Lumpur (9.2%) dan WP Labuan (6.0 %) ekoran prestasi kukuh sektor Perkhidmatan seperti Kewangan dan Insuran.

Walaupun faktor luaran mempengaruhi pertumbuhan GDP Growth namun MB mahu pun KM ialah CEO negeri maka sebagai pemimpin perlulah menghadapi situasi mencabar ini seperti Tun Mahathir menghadapi krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98 dengan jayanya.

Berikut ialah ranking prestasi MB dan KM berdasarkan GDP Growth 2010 ;

  1. Selangor Y.A.B. TAN SRI DATO' ABDUL KHALID BIN IBRAHIM 
  2. Pulau Pinang Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG 
  3. Johor Y.A.B. DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN 
  4. WP KL (Putrajaya- YAB DS NAJIB) 
  5. WP Labuan (Putrajaya-YAB DS NAJIB) 
  6. Perak Y.A.B. DATO' DR. ZAMBRY BIN HAJI ABD. KADIR 
  7. Melaka Y.A.B. DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM 
  8. Perlis Y.A.B. DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU 
  9. Negeri Sembilan Y.A.B. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN 
  10. Sarawak Y.A.B. PEHIN SRI TAN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD 
  11. Pahang Y.A.B. DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB 
  12. Kedah Y.A.B. DATO' SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK 
  13. Terengganu Y.A.B. DATO' AHMAD BIN SAID 
  14. Kelantan Y.A.B. TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 
  15. Sabah Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN 

Terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan iaitu faktor politik dan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Dari segi prestasi petunjuk ekonomi ini ialah senarai kedudukannya.

Bagi Pahang pula , MB DSD Adnan Yaakob mendapat kedudukan ke 11 antara 15 negeri (termasuk WP) yang dinilai (2009: 7). Namun pertumbuhan GDP Growth iaitu 4.5% perlu dipertingkatkan. Sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan perlu diperhebat disamping mengekalkan pertumbuhan sektor Pertanian dan merancakkan sektor Perlombongan.

Sunday, November 27, 2011

Shahrizat Bodek Tuanku Sultan Pahang Bimbang Najib Pecat Beliau!!


Shahrizat telah menganugerahkan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Tuanku Sultan Pahang dalam satu majlis di Kuantan, semalam.

WZWH adalah bloger UMNO yang lantang mahu Shahrizat letak jawatan ekoran isu salahurus NFC. Persepsi majoriti rakyat mahu Shahrizat letak jawatan. Majoriti ahli UMNO juga berfikir begitu. Shahrizat adalah liabiliti kepada UMNO dan BN kini.

Bolehkah Shahrizat menjadi 'winnable candidate' selepas kes kondo lembu? Majoriti ahli parlimen UMNO merasakan peluang Shahrizat tipis untuk merampas kembali kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU 13.

WZWH tidak peduli sokongan pemimpin tertinggi UMNO kepada Shahrizat. Yang WZWH peduli dan concern ialah pandangan akar umbi UMNO dan BN yang tidak mahu isu NFC menggugat persediaan UMNO dan BN dalam PRU 13.

Bila DS Najib berdiam diri....itu signal bloger-bloger pro BN boleh membalun Shahrizat.

Selepas majlis itu semua Ketua Wanita UMNO Bahagian Pahang pula mengutuk blog WZWH. Posting WZWH sebelum ini mahu Wanita UMNO Bahagian Jerantut mengusulkan supaya Shahrizat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Wanita UMNO perlu berani menyatakan bahawa mereka mahu pemimpin yang ada kredibiliti dan integriti dan pilihlah Ketua Wanita UMNO Malaysia yang menang dalam PRU tidak kira parlimen atau DUN baru kepimpinan melalui teladan.

Berikut petikan titah Baginda Tuanku Sultan Pahang:


"seorang pemimpin yang bertanggungjawab adalah yang tidak hanya sekadar melaungkan janji-janji kosong kepada rakyat tetapi mesti mengotakan apa yang dijanji. Pemilihan pemimpin hendaklah dipilih dengan teliti dan menepati ciri-ciri kepimpinan unggul serta berpandangan jauh, berwibawa dan mempunyai keperibadian terpuji. Pemimpin harus mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri. Pemimpin juga harus perlu mengawal, mengurus, mentadbir, dan membuat keputusan cemerlang serta dapat mencorakkan dasar dan polisi sediada untuk kemajuan dan kemakmuran negara."


WZWH Merafak Sembah Ucap Tahniah Kepada Tuanku Sultan Pahang diatas Anugerah ini. Dirgahayu Tuanku.

BN Perlu Berhati-hati Letak Calon Muka Baru PRU 13


DS Najib banyak mengulas tentang definasi calon 'winnable candidate'. Apa sifat-sifatnya. WZWH tidak mahu mengulas panjang. Yang penting bila keluar keputusan PRU 13 calon BN itu menang walaupun 1 undi itulah winnable candidate!

Ada pendapat dalam UMNO dan BN serta pemikir politik beranggapan jika BN mahu menang 2/3 PRU 13 maka BN perlu letak lebih ramai calon muka baru. Benarkah begitu?

Jika kita mahu tahu mari kita lihat kepada empirical evidence bukti dari maklumat PRU yang lepas-lepas:

  • Pada PRU 12, BN terlalu banyak mengenengahkan muka baru dalam UMNO sehingga menjejaskan perpaduan dalam jentera parti semasa menghadapi pilihanraya. Misalnya di negeri negeri yang kalah, BN meletak 41% muka baru dalam kawasan DUN Perak dan 62% dalam kawasan DUN Kedah. Keadaan serupa juga berlaku di Selangor.
  • Di Sarawak sebagai polisi, BN tidak memilih lebih daripada 25% muka baru dalam sesuatu pilihan raya bagi menentukan kesinambungan suasana dalam parti disamping mengelakkan pergeseran dan sabotaj dalam pilihanraya yang dihadapi.
  • Dalam keadaan beginipun masih juga timbul risikonya, walaupun terhad dalam sedikit kawasan sahaja. Misalnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru baru ini PBB(BN) dengan calon muka baharu hampir kalah kepada PAS di satu kawasan kerana sabotaj daripada bekas penyandang kawasan tersebut.
  • Dapatan dari kajian menggunakankan data Pilihanraya Parlimen tahun 2008 dan 2004 ini mengesahkan yang faktor penyandang kerusi adalah signifikan dalam menambah undi yang diperolehi oleh seseorang calon dalam dalam PRU. Pada puratanya seorang calon Parlimen di Semenanjung Malaysia menyumbang(atas pengaruh peribadi) sejumlah sifar undi jika beliau seorang calon muka baru, dan sumbangan meningkat sehingga 1400 undi bagi seorang calon penyandang empat kali.

Finding ini adalah amat penting dan perlu diambilkira dalam meletakkan calon dalam kawasan yang mana kekuatan kedua belah pihak itu seimbang.

Perlukah umpamanya di Jerantut calon parlimen Jerantut itu wajar diketengahkan calon muka baru? Jika melihat kepada bukti data PRU 11 dan 12 maka kemungkinan besar faktor penyandang kerusi adalah signifikan dalam menambah undi yang diperolehi oleh seorang calon dalam PRU di parlimen Jerantut.

Itu bukan urusan WZWH untuk menentukannya itu terserah kepada DS Najib dan MB Pahang untuk memikirkannya.

Saturday, November 26, 2011

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Berjalan Rancak

WZWH ialah bloger yang diberi hak eksklusif untuk melaporkan progress report Projek Jalan Ulu Tembeling. Ini adalah kerana WZWH terlibat secara lansung dalam memperjuangkan projek jalan ini yang bagai mimpi untuk direalisasikan menjadi realiti.

50 tahun dulu orang Ulu Tembeling berharap kepada keperluan jalan ini. Pemimpin-pemimpin dulu juga berjuang meminta jalan ini. Tetapi tidak berjaya kerana kekangan tertentu.

Dengan strategi, usaha dan keazaman political will serta will power maka akhirnya projek jalan ini berjalan. WZWH mengucapkan terimakasih kepada DS Najib Perdana Menteri yang perihatin dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang menyokong penuh projek pembangunan Ulu Tembeling ini.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 kini berjalan rancak dan akan siap mengikut jadual pada 2013. Berikut ialah apa sedang rancak berjalan di site projek.

Box - Culvert

Box – Culvert       

Box - Culvert         

Block Drain        

 Geotextile/BRC/Gabion Cage/Subsoil drain pipe                

Steel bars    

Geotextile/BRC/Gabion Cage/Subsoil drain pipe     

 BRC           

Steel bar dan Pipe Culvert

Steel bars

Cement

Friday, November 25, 2011

Progress Report Projek Jalan Ulu Tembeling



Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 ialah dari Kampung Tuit (dekat Kuala Tahan) ke Kampung Pagi sejauh 21.5km. Kos projek ini RM121 juta.

LA telah dikeluarkan oleh KKLW pada 1 April 2010.  Projek ini lambat dijalankan mengikut jadual kerana proses kelulusan penebangan balak dari Pejabat Hutan. Projek ini memakan masa 3 tahun dan dijangka siap pada tahun 2013.

Kontraktor sedang buat projek jalan ini dengan 2 kaedah:

  • Satu team buat jalan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi
  • Satu team lagi buat jalan dari Kampung Pagi.



WZWH telah memantau Progress Report Projek Jalan Ulu Tembeling ini dan mendapati:

  • Jalan dari Kampung Tuit telah dibuat jalan sejauh 7km
  • Jalan dari Kampung Pagi telah dibuat jalan sejauh 6km.


WZWH faham banyak bukit bukau kena potong, ditarah, kerja-kerja teknikal buat jalan dsb maka banyak masa diperlukan. Itu belum lagi beberapa jambatan dan infrastruktur jalan dalam kampung terutama di kampung Pagi.

WZWH berpendapat kontraktor ini perlu laju lagi buat kerja.

DS Najib dengan RTP-Rural Transformation Programme mahu Projek Jalan Ulu Tembeling ini cepat dibina dengan tambahan peruntukan bagi membina Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dipecah kepada 2 pakej:
  • Projek jalan dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat
  • Projek jalan dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling
Kos 2 pakej ini ialah RM280 juta. Beberapa jambatan dan infrastruktur jalan dalam Kampung Kuala Sat juga perlu dibina.

WZWH mahu lihat Projek Jalan Ulu Tembeling ini dibina mengikut jadual Project Managementnya. Diharap Projek Jalan Ulu Tembeling ini dapat RTPkan ekonomi dan sosial Ulu Tembeling.

Sekarang ini penduduk Ulu Tembeling terpaksa menggunakan bot dan jalan balak yang menyiksakan dengan jeram dan sungai yang cetek serta jalan balak yang sukar.

Tiba musim hujan lagi siksa. Bot tidak dapat hilir mudik kerana air besar dengan arus jeram yang berombak besar dan bergulung-gulung. Jalan balak lagi teruk kerana dibanjiri air dan keadaan jalan yang sukar.

Kerajaan BN sangat prihatin kerana sanggup membelanjakan kos besar sebanyak lebih RM400 juta hanya untuk bina Projek Jalan Ulu Tembeling.

Demikian sedikit sebanyak Progress Report Projek jalan Ulu Tembeling.

Thursday, November 24, 2011

Falsafah Politik Winnable Candidate Dan Warlords UMNO



Isu pemilihan calon dan langkah perlu bagi menangkis tohmahan pembangkang dijadikan agenda utama pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Kriteria baru pemilihan calon bagi memastikan kemenangan kepada BN bukan lagi bersandarkan hirarki dalam parti.

Ada beberapa aspek penting yang menjadi tema besar ucapan dasar presiden, iaitu tanggungjawab memperkukuhkan semua bentuk agenda, sistem dan jentera parti bagi menghadapi PRU-13.

Faktor calon boleh menyebabkan parti menjadi lemah sekiranya ada pihak tidak menyokong keputusan parti. Kajian menunjukkan faktor calon memang menyumbang kepada kemenangan, tetapi faktor kestabilan atau permasalahan dalaman juga turut menjadi penyebab kemenangan atau kekalahan.

Pada PRU-12, masalah dalaman parti menjadi penyumbang utama kekalahan UMNO dan calon lain dalam BN. Pemimpin atasan turut bimbang kepada permasalahan pemimpin pada peringkat bahagian atau apa yang diistilahkan sebagai ‘warlords’.

Pemimpin tertinggi UMNO mahu masalah dalam rumah tangga kepemimpinan pada peringkat bahagian diselesaikan agar ia tidak terus mengakibatkan parti menjadi lemah pada PRU-13.

Ini bermakna jawatan dipegang pada peringkat bahagian bukan lagi penentu bagi pemilihan sebagai calon. Sistem baru pemilihan calon itu memang sukar sebab faktor “warlords” itu, namun ia adalah hakikat yang perlu diterima sebagai kriteria dalam pemilihan calon kali ini.

Parti berkehendakkan ‘winnable candidate’ atau calon yang dijamin menang bagi membolehkan BN memperoleh majoriti dua pertiga atau menang besar seperti pada 2004.

Bolehkah UMNO mendapat pencapaian terbaik seperti pada 2004 atau terburuk dalam sejarah seperti pada 2008. Apakah mustahil bagi UMNO mencapai tahap kemenangan 2004?

3.2 juta ahli UMNO sebenarnya tidak faham dan masih kabur dengan konsep winnable candidate kerana mereka sudah biasa dengan budaya warlords UMNO. Semua 122 Bahagian UMNO ada warlordnya. 

Sejak 60 tahun UMNO ditubuhkan sistem warlords UMNO berjalan. Kalau satu masa dulu, pemilihan jawatan dalam UMNO baik dalam cawangan dan Bahagian setahun sekali. Ahli UMNO kerap mengadakan pemilihan jawatan parti namun UMNO tetap kuat kerana yang menang boleh menerima yang kalah dan yang kalah boleh menerima yang menang. Ini dipanggil positif warlords.

Keadaan UMNO bermasalah sistem warlordnya bila yang menang tidak boleh menerima yang kalah dan yang kalah tidak boleh menerima yang menang. Ini dipanggil negatif warlords.

Keadaan menjadi buruk bila pemimpin tertinggi UMNO menggalak dan membiarkan tokoh-tokoh korporat menguasai UMNO dan meminggirkan golongan tradisional bukan korporat yang selama ini berjuang dengan penuh dedikasi dan setia tanpa ada apa-apa kepentingan. Tokoh korporat UMNO ini berjuang dalam UMNO lebih kepada kepentingan diri dan akhirnya merosakkan parti.

Mahathir dan Tengku Razaleigh sebenarnya bertanggungjawab memecahkan parti UMNO kerana kedua tokoh ini tidak dapat membezakan konsep positif warlords dan negatif warlords. Anwar Ibrahim dengan dorongan Mahathir telah membawa budaya korporat negatif dalam UMNO.

Sebenarnya konsep winnable candidate sudah lama dipraktiskan oleh UMNO sejak 60 tahun dulu. Dulu pun pemimpin tertinggi UMNO memilih calon-calon PRU yang mereka fikir boleh menang dan bila calon-calon ini menang juga boleh dipanggil winnable candidate.

Memang calon UMNO ini syaratnya ialah ahli parti paling minima. Boleh juga letak calon bukan UMNO kalau calon itu boleh dijangka menang tapi kalau mahu menyenangkan parti pilihlah calon dari hirarki kerana calon hirarki itu berpengalaman, bertanggungjawab, tahu apa SWOT analisisnya.

Sebelum PRU 2004, apakah definisi calon-calon yang diletak oleh Pak Lah yang keputusan PRU 11 itu UMNO dan BN telah mendapat rekod kemenangan yang paling cemerlang sekali dalam sejarah PRU BN@Perikatan. Tidakkah calon-calon itu juga boleh dipanggil winnable candidate?

Berlawanan pula bila Pak Lah mengendalikan PRU 2008 bila masa timing PRU yang tidak kena dan sesuai, bila harga petrol dinaikkan tinggi semudah itu, bila 70 Ketua UMNO Bahagian tidak bertanding parlimen dan DUN, bila Mahathir bising, bila media sosial berjaya menipu orang muda maka pada ketika itu apa-apa calon winnable candidate dari BN turun dari langit pun tidak boleh menang.

Kalau ikut teorinya UMNO sudah sepatutnya sudah tumbang dan menjadi pembangkang namun masih ada lagi golongan tradisional Melayu masih mempertahankan UMNO kerana mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tapi keadaan sudah lain kini. UMNO sudah belajar dari kesilapan. UMNO sudah bersedia. Media sosial pro UMNO dan BN sudah bersedia, pemimpin akar umbi sudah bersedia, pemimpin sayap-sayap sudah bersedia dan UMNO dan BN kini juga ada:

  • Winnable Prime Minister
  • Winnable Ministers
  • Probably winnable senators....
  • Winnable UMNO
  • Winnable BN

Begitulah serba sedikit falsafah politik winnable candidate dan warlords UMNO buat coretan..

Wednesday, November 23, 2011

Janji Palong Atau Janji Polong Harapan Palsu Buat Peneroka?


Kononnya janji atau manisfesto peneroka FELDA dilancarkan Anwar Ibrahim di FELDA Palong 6 seperti berikut:
  • Pertama, memansuhkan FELDA Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga. 
  • Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah FELDA Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru FELDA. 
  • Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan FELDA. 
  • Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka FELDA. 
  • Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar. 
  • Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada FELDA.
Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan UMNO-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan FELDA dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

PEMBUBARAN syarikat FELDA Plantations adalah antara 10 tindakan yang akan dilakukan parti pembangkang dalam tempoh 100 hari kalau diberi mandat memerintah negara selepas pilihan raya umum, akan datang. Berikutan itu, pembangkang akan menyerahkan ladang yang diuruskan syarikat kepada generasi kedua dan ketiga FELDA. 

Memang cukup mudah membuat janji yang dilihat tidak praktikal dan lebih menjurus sebagai umpan memancing kira-kira 800,000 warga muda FELDA di seluruh negara. Ada jawapan kenapa parti pembangkang beriya-iya mahu memusnahkan antara institusi sosioekonomi Melayu terulung itu, sedangkan ia ditubuhkan hasil keprihatinan serta perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 1956.

Kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Justeru, merosakkan kepercayaan peneroka dan generasinya terhadap FELDA adalah muslihat licik untuk menguasai tanah rancangan itu yang dilihat sangat strategik dari segi geopolitik. 

Pengundi FELDA sama penting dengan pengundi di kampung tradisi, tetapi FELDA adalah kubu BN. Oleh kerana kubu BN, pembangkang akan mencari pelbagai isu dan berusaha pelbagai cara untuk memastikan kubu ini pecah. 

BN akan mempertahankannya habis-habisan. BN akan pastikan segala masalah dan keperluan di FELDA diatasi dengan baik. Ini termasuk tanah lot tapak rumah generasi kedua.

Pembangkang membangkitkan soal tanah seluas 330,000 hektar milik FELDA Plantations yang mahu diberi kepada anak peneroka. 

Itu janji yang hendak dilakukan dalam 100 hari memerintah. Perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana tanah FELDA Plantations sekarang ini 51 peratus adalah milik peneroka melalui Koperasi Pemodalan FELDA (KPF). 

Segala yang diperoleh daripada hasil itu, FELDA kembalikan dalam bentuk pelbagai program kepada peneroka dan generasinya. Kalau FELDA bagi tanah itu kepada anak peneroka, maka tidak ada segala (faedah seperti) bonus, duit raya, khairat kematian, pendidikan, kemahiran serta faedah dan kemudahan yang FELDA beri kepada peneroka sekarang. 

Begitu juga kenapa FELDA tidak boleh beri (tanah itu) kerana 87,000 hektar daripadanya ada di Sabah. Macam mana orang Semenanjung boleh dapat tanah di Sabah? Lagipun, pemberian tanah ini atas sebab miskin tegar...anak peneroka tidak miskin. Kalau FELDA beri (tanah) kepada generasi baru FELDA, seorang akan dapat sehektar dan kedudukannya di merata-rata tempat yang sesetengahnya tiada jalan, air dan elektrik.

Hasil pendapatan FELDA Plantations juga digunakan untuk membayar gaji 23,000 kakitangan FELDA dan 40,000 pekerja ladang. 

Kalau tanah itu diambil, maka 23,000 kakitangan dan 40,000 pekerja ladang terpaksa berhenti kerja. Mereka ada keluarga dan mereka sudah lama berbakti membangunkan FELDA. Mereka banyak jasa dan tidak dapat tanah, Paling tidak, FELDA beri mereka kerja dan tidak mungkin FELDA akan buang mereka.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 

Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

WZWH berpendapat masalah penempatan generasi ke dua dan ketiga FELDA tidak ada kesudahannya. Kalau betul kerajaan ikut cakap PKR bubarkan FELDA Plantation yang boleh menampung 160,000 generasi baru FELDA bagaimana dengan baki 800,000-160,000 anak-anak peneroka yang lain. Apa lagi ladang mahu bubar Sime Darby?, Tabung Haji? LKPP? Guthrie? Island Peninsular?

Tidak ada kesudahannya. Duit lebih yang peneroka dapat elok dilabur dalam pendidikan anak-anak. Melalui pendidikan baik universiti, kolej, institusi dan vokasional itu yang boleh mengubah kehidupan mereka yang lebih baik.

Perlukah kerajaan menyediakan juga tanah dan ladang untuk peneroka-peneroka "original" di kampung-kampung tradisi? Perlukah kerajaan menyediakan tanah dan ladang untuk anak-anak Orang Asli di hutan?

Pemerintahan dan pentadbiran DAP di Pulau Pinang sejak PRU 2008 sampai kini belum satu habuk pun dapat menyediakan perumahan kos rendah dan sederhana buat rakyat hatta sebuah rumah.

PKR hanya pandai bercakap macam Anwar Ibrahim juga. Tin kosong! Janji Palong atau janji polong harapan palsu buat peneroka?

Tuesday, November 22, 2011

Spekulatif Politik: Pasca PRU 13 Parlimen Tergantung Dan Material PM-The Good, The Bad, The Ugly


Ini posting WZWH cerita spekulatif politik Malaysia pasca PRU 13. WZWH harap cerita WZWH ini tidak menjadi kenyataan. WZWH mahu 3.2 juta ahli UMNO dengar cerita ini baik-baik.

Spekulatif ini berdasarkan scenario yang pesimis terhadap prestasi UMNO. Jika 3.2 juta ahli UMNO tidak mahu ini berlaku maka kerja kuat untuk menangkan parti.

Ada maklumat pihak tertentu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mahathir sendiri sudah menyatakan kepimpinan UMNO incompetent dan korupsi menambahkan spekulasi memang patut pun ianya di ganti. Jika sebuah kerajaan korupsi dan incompetent, memang patut pun ianya di ganti.

Sekarang nampak TRH dan Mahathir senada. Ini menambahkan lagi keberangkalian spekulatif cerita pesimis ini.

Parlimen tergantung bila tiada parti dapat majoriti dan parti-parti perlu bergabung mendapat simple majoriti membentuk kerajaan. 222 ahli parlimen akan diberi alternatif nama-nama calon PM maka mereka pun selepas bentuk kerajaan memilih bakal PM

Maka keluarlah nama Anwar Ibrahim, LKS, Hadi, TRH dan Najib. 222 ahli parlimen akan memilih siapa material PM yang the good, the bad and the ugly.

Jika Pembangkang berjaya akan ada consensus bersetuju bahawa DAP dan PAS akur calon mereka tidak fit jadi PM maka tinggal Anwar Ibrahim dan TRH. Akhirnya pembangkang terpaksa memilih TRH calon PM yang kelihatan lebih bersih dari Anwar dan mahu TRH mempengaruhi ahli-ahli parlimen UMNO melompat.

Jika UMNO berjaya mempengaruhi parti lain maka Najib masih boleh mengekalkan jawatan PM. Sebab itu Najib kerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam PRU 13. 

Najib perlu memberi perhatian kepada 222 calon ahli parlimen yang bertanding atas tiket BN itu mesti setia kepadanya. Najib perlu menaikkan ahli parlimen-ahli parlimen BUKAN mengangkat 15 Senator menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

15 senator ini TIDAK BERUPAYA untuk menolong Najib jika berlaku parlimen tergantung selepas PRU 13 nanti TAPI mana-mana 222 ahli parlimen BN yang menang boleh menolong dan membantu Najib mendapat mandat jawatan PM.

Pandangan politik peribadi WZWH:
  • TRH seorang negarawan yang hebat, banyak hasil pencapaiannya namun TRH gagal menghalang negerinya sendiri Kelantan dari tumbang dalam PRU sejak 20 tahun dulu.
  • Mahathir seorang negarawan yang hebat , agung dan unggul tapi juga tidak berjaya menghalang negerinya sendiri Kedah dari tunduk kepada pembangkang.
  • Anwar Ibrahim seorang politikus hebat Malaysia, berapi dan berkarisma orator retoriknya tapi sebab beliau dan juga Pak Lah gagal mempertahankan negeri sendiri Pulau Pinang dari tersungkur kepada pembangkang.
Mereka ini samada secara sengaja atau tidak sengaja telah membantu pembangkang merampas negeri ini dari BN. Adakah mereka ini sebenarnya pemimpin politik yang hebat? Negeri sendiripun mereka tidak boleh pertahankan. Mereka tidak berupaya mempengaruhi rakyat negeri mereka sendiri.

3.2 juta ahli UMNO perlu berfikir bahawa apa kualiti-kualiti sebagai pemimpin yang boleh buat rakyat kembali percaya kepada BN. Kalau lihat kepada 10 PRK terakhir kecuali Sibu, BN menang kesemua PRK terakhir. Fakta yang penting dari saluran 3 dan 4 (saluran pengundi muda, majoriti orang muda menyokong BN).

Apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO -BN job fair menarik lebih 500,000 pengunjung orang muda. Sudah 4 kali program job fair itu dibuat. Dari 7 pemohon, 1 pemohon dapat kerja. Skim rumah mampu milik telah menarik minat pengundi muda di bandar-bandar.

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia telah menarik lebih 2000 pengiat media sosial yang punya pengikut lebih 500,000 pengundi muda. Pengundi muda bawah umur 40 tahun yang boleh mengundi pada PRU 13 adalah hampir 40% dari keseluruhan pengundi berdaftar. BN pilihan orang muda.

Kesungguhan kerajaan BN dengan GTP, EPP, ETP, dan yang terbaru RTP-Rural Transformation Programme memperlihatkan kerja membangun negara yang tersusun dan berstruktur.

15 juta pengundi Malaysia mahu kerajaan pasca PRU 13 nanti sebuah kerajaan yang kuat, bermajoriti lebih 2/3, yang lebih mahu buat kerja dari memomokkan apa saja yang dibuat, yang tidak berpolemik dan berpolitik serta berceramah lebih 24 jam termasuk fitnah-fitnah merosak dan menghancurkan negara dari dalam dan luar negara.

Lagi sekali WZWH bertanya siapa material PM pasca PRU 13: The good, the bad and the ugly? 15 juta pengundi Malaysia sudah ada jawapan dalam hati masing-masing hanya tunggu mahu diterjemah dalam kertas undi saja lagi nanti dalam PRU 13.

Monday, November 21, 2011

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

YB Dato' Sharkar Shamsuddin Pengerusi penganjur KMS1M sedang memegang i-pad semasa DS Najib melancarkan perasmian konvensyen.

WZWH berkesempatan menghadiri Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC semalam.

Sejak kebelakangan ini kepalsuan makin berleluasa. walaupun kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memakmurkan dan memajukan negara, namun segala usaha ini terganggu dan terhalang akibat fitnah dan permainan politik yang melampui batas.

Sebab itu sekiranya kita seorang yang prihatin, patriotik, menolak politik fitnah serta palsu dan menyokong politik yang berasaskan maklumat dan fakta sebenar, kita perlukan satu forum Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.

Objektif KMS1M ialah:
  • menggabungkan pengiat media sosial dari seluruh negara di bawah satu bumbung untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan mengenai scenario politik semasa.
  • memberi pengiktirafan kepada pengiat media sosial sebagai satu 'force to be reckon with' dalam arus perdana politik negara.
  • mewujudkan satu wacana untuk mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pembangkang.
  • menghasilkan satu resolusi yang akan membentuk dasar perjuangan di arena media sosial bagi penggiat-penggiat yang perihatin dan berjiwa patriotik.
Terdapat 2 sesi. Sesi Pertama konvensyen penggiat media sosial: analisis revolusi siber dalam arus politik Malaysia dan pembentangan resolusi konvensyen.

Sesi Kedua majlis bersama YAB Perdana menteri: Amanat PM dan pelancaran khas.



Hampir 2000 pengiat media sosial dari berbagai kaum menyertai konvensyen ini. DS Najib telah mengiktiraf peranan pengiat media sosial dalam menyampaikan maklumat dan membantu kerajaan BN memenangi PRU. Mereka adalah balatentera BN yang baru.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...