Thursday, June 10, 2010

Di mana Parlimen P81 Jerantut BN 2008 Lemah?

Sejarah pilihanraya Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. Di mana BN hilang undi sebanyak 6511 undi ini?

WZWH mahu memecahkan undi yang hilang ini kepada 3 DUN. Pertama kita lihat apa yang BN lemah di DUN Damak di tempat mengundi: negatif majoriti = -
SK Tebing Tinggi -96
Balairaya Tebing Tinggi -127
SK Temin -195
SK Jerantut -113
SKJC Sungai Jan -201
Tadika Perpaduan PAKR Bandar Baru -105
SMK Padang Saujana -272
SK Bandar Jerantut -443
Balairaya Lata Kasah -41
SK Kampung Baru -19
SK Damak -130
SJKC Batu Balai -167
SMK Jerantut -346
Di SM Agama Ulu Cheka walaupun BN menang tapi majoriti kecil iaitu 59 undi sahaja dari 857 undi. Sepatutnya BN boleh menang besar kerana majoriti pengundi adalah Melayu!

Terdapat 19 AJK UMNO Bahagian Jerantut dari DUN Damak pada tahun 2008 tetapi tidak boleh dapat membantu BN di peti undi masing-masing. Juga parti komponen BN seperti MCA dan MIC tidak berfungsi.

Kita lihat di DUN Tahan di tempat mengundi: negatif majoriti = -
Di Kuala Tembeling ada masalah iaitu BN hanya menang majoriti 31 undi dari 655 undi. Sepatutnya BN boleh menang besar kerana majoriti pengundi adalah Melayu!
SMK LKTP Padang Piol -101. Pelik, harga sawit tinggi tapi peneroka Padang Piol tak gembira juga!
SK Pulau Mansok -59
SK Pedah -77
SK Tanah Rom -44

Manakala di DUN Pulau Tawar pula di tempat pengundi: negatif majoriti = -
SM Agama Pulau Tawar -87 dari 785 pengundi 100% Melayu!

Perlu diingat terdapat 26 tempat pengundi lagi di 3 DUN yang majoriti BN dapat kurang dari 50 undi sahaja! Maka kepada bakal calon Parlimen BN P81 Jerantut pada PRU 13 nanti inilah senario trend pengundi yang begitu menakutkan sekali.

Persoalan pertama pengundi yang keluar mengundi pada PRU 2008 berjumlah 38000. Terdapat pengundi berdaftar berjumlah 48000. Mana pergi lagi 10000 pengundi?

Persoalan kedua ahli UMNO Jerantut berjumlah 22000. Kalau setiap ahli UMNO keluar mengundi BN pada PRU 13, tiada sebab PAS boleh menang. Kenapa ahli UMNO tidak setia kepada parti? Apa masalahnya?

WZWH fikir...kalau Dato' Shariff Ahmad dari segi konflik dalaman UMNO Jerantut, Orang UMNO tidak mahu...sebab beliau bukan anak jati Jerantut...
Dato' Wan Bakar anak tempatan, Orang UMNO tidak mahu...
Tuan Haji Kamaruzaman Baria separuh Jerantut, Orang UMNO tidak mahu...
YBM Tengku Azlan anak Raja, anak Sultan, Orang UMNO tidak mahu...
Siapa yang Orang UMNO Jerantut mahu?
Adakah Orang UMNO Jerantut mahu orang "Sakai" menjadi calon BN P81 Jerantut!!!
Kenapa kita Orang UMNO Jerantut mahu PAS yang calonnya kita tahu siapa dia?

Kita Orang UMNO Jerantut ketepikan politik kepuakan, politik kumpulan masing-masing. Percayalah tidak ada kumpulan UMNO yang betul-betul kuat tidak kira dari Ulu Cheka, Jalan Benta, Bandar, Jerantut Hilir, Pulau Tawar, Felda-felda, Tembeling, Kelantan Pahang.

Kita perlu bergabung kekuatan bagi memenangkan calon BN pada PRU 13 nanti tidak kira siapa yang YAB PM, MB suka...kita sokong, kita akur, kita pangkah x BN dalam kertas undi. Yang penting BN menang.

Kita sebenarnya Orang UMNO Jerantut sangat kuat bila kita bersatu. Percayalah, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang haq. Kitalah, UMNO satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang.

Kita perlu menjadikan "formula Pekan" sebagai panduan untuk Parlimen BN Jerantut bangkit semula dalam PRU 13 nanti. Pada PRU 1999, YAB PM Najib mendapat 13,148 undi (50.25%), PAS mendapat 12,907 undi (49.33%). Majoriti BN Pekan hanya 241 undi sahaja lebih teruk dari BN Jerantut majoriti 1946 undi!

Kemudian YAB PM Najib bangkit...mendapat kemenangan majoriti 22,922 undi dalam PRU 2004 dan menang majoriti 26,464 undi dalam PRU 2008. Maka kita Orang UMNO Jerantut perlu pelajari kaedah-kaedah YAB PM Dato'Seri Najib memenangi PRU dengan majoriti lebih besar.

6 comments:

one one no belen said...

Salam pendua.memang tidak dinafikan UMNO/BNlah parti/kelompok yang teratur dan layak memerintah negara.Namun masaalahnya kesilapan meletakkan calon yang tidak peka dan tidak mengikut kehendak rakyat membuatkan pengundi menolak calon UMNO.Sebenarnya ramai calon yang UMNO letakkan didalam pilihanraya dulu adalah lebih buruk dari sakai.Bagaimana pengundi akan mengundi mereka?kesilapan adalah dari UMNO yang salah melatakkan calon.Pemimpin meletakkan calon mengikut kehendak pemimpin bukan kejendak rakyat.so yang bersalah adalah pemimpin itu sendiri.

MusTteQ said...

Salam.

Dari analisis yg saudara buat secara kasar bolehlah dibuat kesimpulan bahawa rakyat menolak BN.

Dulu BN atau UMNO sendiri boleh menarik nafas bila bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana peratusan menang selesa adalah tinggi. Tapi tidak sekarang. Melayu kini bukan Melayu 20 tahun yg lalu yg mudah sangat digula-gulakan. Sekarang Melayu sudah kurang makan gula apatah lagi dengan harga gula yg mahal. Jadi UMNO terutama para pemimpin mereka harus sedar mereka perlu bekerja keras secara jujur dan ikhlas untuk memenangi hati rakyat. Ingat Melayu sekarang sudah bijak dengan pelbagai bidang keilmuan mereka, jika para pemimpin UMNO terus bertopeng mereka silap kerana kebrengsetan dan kebangsatan mereka akan diketahui juga oleh rakyat bawahan mereka.

tyrasopian said...

nak tanya kenapa background WZWH same ngan blog politik jerantut ek??
biasenyer kalo bakcground yg same org yg same yg buat....
biasenyer larh...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam adik Tyrasopian,
Abah adik Tyrasofian buat report polis pada 9hb Jun 2010. Petang itu saya buat 3 report polis berkenaan blog Jerantut.
WZWH ialah WZWH...Background itu secara kebetulan. Mungkin orang yang buat blog guna identiti abah tu suka background WZWH.
Biarkan pegawai polis dan pegawai Suruhanjaya komunikasi dan multimedia buat siasatan. Kita akan tahu juga siapa yang buat blog politik jerantut.

tyrasopian said...

ok2...
abh da ade syak org lain..tpi bkn wzwh...
sori ats tuduhan 2 ea..follow la blog sy...

Anonymous said...

Kita perlu menjadikan "formula Pekan" sebagai panduan untuk Parlimen BN Jerantut bangkit semula dalam PRU 13 nanti. Pada PRU 1999, YAB PM Najib mendapat 13,148 undi (50.25%), PAS mendapat 12,907 undi (49.33%). Majoriti BN Pekan hanya 241 undi sahaja lebih teruk dari BN Jerantut majoriti 1946 undi!
Kemudian YAB PM Najib bangkit...mendapat kemenangan majoriti 22,922 undi dalam PRU 2004 dan menang majoriti 26,464 undi dalam PRU 2008. Maka kita Orang UMNO Jerantut perlu pelajari kaedah-kaedah YAB PM Dato'Seri Najib memenangi PRU dengan majoriti lebih besar

Saudara tak pelik ke kenapa tiba2 YAB PM kita dapat majoriti begitu besar selepas menang tipis .... majoriti pun lebih dari total keluar mengundi tahun 1999 .... kalau jerantut nak tiru juga ..... bukan susah .... buat satu kem satu divisyen kat ulu tembeling tuuu ...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024