Sunday, July 26, 2015

Kenapa Sungai Tembeling Kering Dan Surut Melampau? Bandingkan DenganThailand, Vietnam, Laos Dan Kemboja Apa Persamaan?




Sg Tembeling di Kg Mat Daling Ulu Tembeling. Perhatikan Sg Tembeling kering dan surut melampau. Paras air water level rendah. Padang pasir yang luas timbul boleh buat padang bola.



Sg Tembeling di Kg Kuala Sat Ulu Tembeling. Perhatikan dengan jelas betapa kering dan surutnya Sg Tembeling.

Kenapa Sungai Tembeling kering dan surut melampau? 

Apa penjelasan paling saintifik dan rasional mengenai isu ini? 

Ada pihak yang telah menjelaskan sebab-sebab kenapa berlaku paras air sungai yang sangat cetek @ tohor ini.

Antaranya dikatakan sebab pembalakan di Ulu Tembeling, pembukaan estet perladangan besar-besaran, pembinaan projek jalanraya, perlombongan dan banyak lagi.

Ada pihak yang kata ini akhirnya telah mengakibatkan Sg Pahang menjadi semakin cetek dan menjejaskan ekonomi penternakan ikan patin sangkar di Temerloh.

Ada yang kata ini menjejaskan perhubungan penduduk Ulu Tembeling yang berulang alik menggunakan sungai dari Ulu Tembeling via  Pangkalan Jettty Kuala Tahan dan Kg Pagi ke Bandar Jerantut.

Jalan dari Kuala Tahan ke Kampong Pagi sudah berturap. Tapi selepas itu, masih jalan balak ke Ulu Tembeling.

Keadaan air sungai Ulu Tembeling pula sangat cetek sekarang. Sungai yang besar dah jadi kecil.

Bot tidak boleh digunakan untuk ke Ulu Tembeling kerana keadaan air sungai terlalu cetek.

Bagi orang kampong yang tidak mempunyai kenderaan 4x4 dan ingin ke bandar Jerantut, mereka terpaksa menyewa dengan bayaran RM400 sebuah kenderaan pergi dan balik.

Ramai yang balik kampong untuk beraya ke Ulu Tembeling tahun ini terpaksa berbelanja besar hanya untuk menyewa kenderaan 4x4.

Jika naik bot, tambang pergi dan balik ke Ulu Tembeling dari Kuala Tahan hanya RM50 seorang.

Kenapa Sg Tembeling kering dan surut melampau? Apa sebab-sebabnya?

Secara rambang dari rekod Jabatan Perhutanan Pahang tidak ada rekod pengeluaran lesen penebangan balak besaran sejak tahun 2000.

Apa yang digambarkan dalam media baru di FB itu kalau betul dari kawasan Ulu Tembeling adalah batang-batang balak yang dibersihkan diclear bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi-Kg Bantal Seberang. 

Ini adalah penebangan yang minima dan semua batang balak telah ditag dan dipantau oleh Jabatan Hutan Pahang hanya bagi tujuan pembinaan projek jalanraya.

Peladangan estet getah  oleh Felcra dan anak syarikat Yayasan Pahang adalah diusahakan ditanah yang telah lama diclear dulu. 

Tidak ada aktiviti perlombongan di Ulu Tembeling diluluskan setakat ini. Hanya di Sg Tembeling dalam negeri Pahang yang bebas dari aktiviti perlombongan.

WZWH bersetuju sebarang aktiviti perlombongan perlu diharamkan di Ulu Tembeling malah di Lembah Tembeling pun demi menjaga alam sekitar dan hutan.

Bah besar 1926 banjir terbesar dalam sejarah di Pahang berlaku tidak disebabkan oleh pembalakan dan penebangan balak berleluasa. Tiada aktiviti balak ditebang pada masa itu.

Begitu juga banjir besar 1971 berlaku yang ketika tiada aktiviti pembalakan berskala besar di Pahang.

Banjir besar terbaru 2014 lagi lah berlaku ketika tiada lesen-lesen balak dikeluarkan.

Apa yang sebenarnya yang berlaku?

Kita perlu lihat apa yang berlaku dipersekitaran kita. Iklim dan perubahan cuaca dunia, El-Nino, global warming pemanasan cuaca dunia, kemarau dan sebagainya.

Bandingkan dengan Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja apa persamaan?







Di Thailand kemarau teruk selama 50 tahun berlaku menyebabkan 16,881 kampung di 286 daerah melibatkan 41 wilayah terjejas teruk akibat kemarau menyebabkan banyak sungai kering, terusan yang kering menyebabkan jalanraya rosak dan banyak rumah ditebing terusan runtuh.

Kita lihat foto-foto dari The Bangkok Post: SILA KLIK SINI


Parts of Ping River that run through Tak province have completely dried out and have become new picnic spots for the locals. Other activities include football and volleyball.

Parts of Ping River that run through Tak province have completely dried out and have become new picnic spots for the locals. Other activities include football and volleyball.


Sukhothai province is facing the worst drought in 20 years. Parts of Mae Yom River in Sri Sam Rong district has dried out.

Sukhothai province is facing the worst drought in 20 years. Parts of Mae Yom River in Sri Sam Rong district has dried out.


A part of Yom River which passes through tambon Rang Nok in Sam Ngam district of Phichit province has gone dry.

A part of Yom River which passes through tambon Rang Nok in Sam Ngam district of Phichit province has gone dry.


A group of locals enjoy a game of volleyball on the waterbed of the dried out Ping River in Tak province.

A group of locals enjoy a game of volleyball on the waterbed of the dried out Ping River in Tak province.



The course of Ping River that runs through Tak province has almost dried out completely.

The course of Ping River that runs through Tak province has almost dried out completely.


Parts of Yom River have dried out as Phichit province faces severe drought.

Parts of Yom River have dried out as Phichit province faces severe drought.


Ping River in Tak province has gone completely dry.

Ping River in Tak province has gone completely dry.

6 comments:

Anonymous said...

ini betul menunjukkan Najib mmg tak layak jadi PM. Kalau sejak dia jadi MB dulu pun tak dapat nak selesaikan masalah jalan ke Ulu Tembeling sampai sekarang dah jadi PM pun tak selesai jugak. Memang elok bersara je lah. Benda2 mcm tu pun tak boleh handle.
Sungai Pahang kering tu pasal dah sampai bala lah tu. Pemimpin rasuah, ajaran sesat banyak, orang binasa alam, meniaya org asli, tipu tanah felda dan bermacam2 lagi perangai buruk manusia kat PAhang tu.
Lepas ni kau suruhlah ustad Badrul ajar bertayamum pakai bauksit kalau dah sengkek sgt air kat Pahang tu. Cuba buat kajian pulak pasal pantai terhakis kat Pekan. Bagaimana Allah mula mengurangkan sempadan Pahang sbg petunjuk bagi org2 yg melampaui batas.

Anonymous said...

Sebab tu lah kena pow felda ajak buat pojek telur ikan sturgeon. Felda manyak duit woh..klau kita x pow sape lagi nak pow felda.

Anonymous said...

Yalah tuh. Bela ikan patin pun mampus ada hati nak bela sturgeon. Kau yg sebenar nak korek pasir, mas, balak , segala hasil yg boleh jadi duit. Besok korang mandi lah pakai duit tu ramai2.
Jangan lupa pagi panggil tuhan harun, millah ibrahim turun baca doa. Nabi narjib tukang aminkan.

Anonymous said...

KESILAPAN kamu yag paling besar adalah suke mencari SILAP orang lain,dia orang ni bukan reti nak paham dato,cerita bende betul pon disalahkan jugak,kipidap dato..

Anonymous said...

Putrajaya sedang bergolak, deme di jerantet masih mungkor pasai sturgeon, balak, bijeh, tender, banjir dan macm-macm. biorle puok2 tu nok nyapu semua mende atas bumi jerantet te. Kalau tak diorang, sapa lagi nak rembat..biorle dia kaye.Boleh pencen awei. Tiap taon bole ke mekah. Jadi korporat pulok. Lagipun tak lama dahh...DS Najib tengah bersilat te..hehe

usin gampang said...

Orang jerantut tak terima penjelasan dan tak faham apa itu al nino,perubahan cuaca,atau equinok sekalipun.dalam kepala dia orang hanya orang aje yang salah.deme seme betul!suruh sekolah dulu kuat monteng! dah besar jadi separuh mereng.berilah bukti dan fakta apa pun,dia orang tak kan terima sbb dia orang ni bukan cari kebenaran.hanya nak cari salah orang senang nak kutuk meraban!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024