Friday, July 31, 2015

Tragedi Sumpahan Politik Pemimpin UMNO Bangsa Johor-Kenapa?



Baju Melayu Teluk Belanga sinonim dengan pakaian Melayu Johor. Apa beza baju Melayu Teluk Belanga dengan baju Melayu Cekak Musang sila klik sini

Ianya semacam satu sumpahan politik bila banyak menimpa pemimpin UMNO bangsa Johor. Mereka selalu tersangkut dipost no 2 Timbalan Perdana Menteri selepas itu hilang dengan sebab yang berbagai.

Kenapa perkara ini berlaku? Kita review sejarah lihat apa yang telah terjadi...


Dato' Sri Onn bin Dato' Jaafar pengasas UMNO bersama Tan Sri Muhammad Noah bin Omar telah mengasaskan UMNO di Istana Johor pada 1946.

Onn Jaafar adalah bapa PM ke 3 Tun Hussein Onn, datuk kepada DS Hishamuddin Hussein. Muhammad Noah Omar adalah bapa mertua PM ke 2 Tun Razak dan PM ke 3 Tun Hussein, datuk kepada PM ke 6 DS Najib dan DS Hishamuddin.

Onn Jaafar dibesarkan di Istana Johor, anak angkat Sultan Johor namun kritikan beliau kepada Sultan Johor membuatkan beliau dibuang daerah ke Singapura.

Bila Onn Jaafar menjadi MB seperti bapanya , beliau lebih banyak memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu (UMNO) hinggakan Sultan Johor menegur beliau supaya fokus kepada bangsa Johor.

Onn Jaafar akhirnya menjadi Presiden UMNO yang pertama tetapi tidak lama oleh kerana usul pandangan beliau yang advance mendahului zaman mahu buka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu ditentang oleh majoriti pemimpin dan ahli UMNO menyebabkan beliau keluar dari UMNO.

Onn Jaafar pemimpin politik UMNO bangsa Johor tidak berjaya menjadi Perdana Menteri kerana mempertahankan pemikiran politik kepercayaannya. Muncul Tunku Abdul Rahman bangsa Kedah menjadi Presiden UMNO dan PM pertama Malaysia.




Tun Dr Ismail bin Dato' Abdul Rahman seorang lagi pemimpin UMNO bangsa Johor yang hebat. Beliau dan Tan Sri Muhammad Noah Omar adalah dari keluarga aristokrat Muar. 

Berasal dari keturunan Raja Melayu Bugis Campa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan Melayu Melaka.

Tun Dr Ismail adalah seorang pemimpin yang tegas dan lebih Malaysia pemikiran dan tindaktanduknya. Pernah bersara dari menjadi Menteri kerana kecewa dengan Tindakan Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura selepas 1965.

Tun Dr Ismail kembali bersemangat selepas Tragedi 13 Mei untuk kembali dalam pentadbiran kerajaan - the man who saved Malaysia melalui Mageran.

Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke 5 sewaktu menjadi Setiausaha Mageran mengingatkan kembali betapa Tun Razak selalu pening kepala untuk melayan pandangan-pandang politik Tun Dr Ismail hingga banyak kali mesyuarat dilanjutkan bila berlaku perbezaan pendapat hanya untuk memuaskan hati Tun Dr. Ismail.

Tun Dr Ismail ditakuti oleh Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam yang kedua pemimpin ini dianggap ultra. Kenyataan Tun Dr. Ismail:

"These ultras believe in the wild and fantastic theory of absolute dominion by one race over the other communities, regardless of the Constitution. ... Polarisation has taken place in Malaysian politics and the extreme racialists among the ruling party are making a desperate bid to topple the present leadership"

Tengku Razaleigh berkata orang Cina lebih percaya dan yakin kepada Tun Dr. Ismail dari Tun Razak yang lebih banyak melibatkan dengan hal orang Melayu dan luar bandar.

Tun Dr. Ismail juga bimbang dengan rancangan politik Tun Razak yang mahu menaikkan semula Tun Mahathir satu gerakan yang ditentang oleh Tun Dr. Ismail yang lebih prefer Tun Musa Hitam.

Serangan jantung dan kanser menyebabkan Tun Dr Ismail tidak dapat menjawat jawatan Perdana Menteri.

Namun Tun Razak melantik Tun Hussein Onn seorang lagi pemimpin UMNO bangsa Johor menjadi Timbalan Perdana Menteri yang akhir menjadi Perdana Menteri.

Tun Hussein Onn bersara selepas melantik Tun Mahathir dari bangsa Kedah mengenepikan Tun Ghaffar dan Tengku Razaleigh.



Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara.

Sekali lagi pemimpim UMNO bangsa Johor tidak berupaya menjadi PM. Tun Musa Hitam cuba bersama Tengku Razaleigh untuk megubah kepimpinan UMNO tapi gagal.



Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya kepada isu 1MDB versi Tun Mahathir. Bukan itu sahaja Muhyiddin Yassin berani secara sengaja mencabar DS Najib sebagai PM Kabinet Malaysia secara terbuka.

Ini bertentangan dengan prinsip collective responsibility kabinet Malaysia.

Mungkin dengan sokongan kumpulan Tun Mahathir dan beberapa orang Menteri dan MB menyebabkan TS Muhyiddin Yassin rela digugurkan oleh DS Najib.

DS Najib sebagi boss no 1 terpaksa menggugurkan Muhyiddin Yassin sebagai contoh dan teladan kepada mana-mana Menteri dan MB supaya mengikut arahan dan perancangannya bergerak dalam satu barisan yang jitu.

Soal samada Muhyiddin Yassin yang masih punya post Timbalan Presiden UMNO mahu mencabar kedudukan Presiden UMNO seperti Tun Musa Hitam hanya masa yang menentukan.

Kenapa DS Najib selepas menggugurkan TS Mahayuddin dan tidak melantik DS Hishamuddin Hussein seorang lagi pemimpin UMNO bangsa Johor untuk meredakan ketegangan UMNO bangsa Johor menjadi misteri.

Namun pelantikan pemimpin UMNO Johor yang lebih muda seperti Azalina dan Nur Jazlan menjadi Menteri itu tanda DS Najib tidak diskriminasi kepada pemimpin UMNO Bangsa Johor.

Apa yang WZWH review sejarah terdapat sumpahan politik pemimpin UMNO bangsa Johor. Kenapa?

Pemimpin UMNO bangsa Johor bila percaya kepada satu jenis pemikiran akan mempertahankan pandangan politik mereka tidak kira apa kos. Sejarah membuktikan mereka boleh pergi lebih extreme bila pada tahun 1940an Geng Kumpulan 7 yang menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Terpulang kepada pemimpin-pemimpin UMNO bangsa Johor untuk berusaha menghapuskan sumpahan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO bangsa Johor akan berubah bila mereka lebih faham apakah definasi Bangsa Johor yang sebenarnya yang lebih luas dan universal.

Sehingga hari ini mereka tidak faham apa erti Bangsa Johor yang sebenar!

12 comments:

Anonymous said...

Dari segi bahasa mmg kelasss tulisan bro ni. Realitinya macam kartun sikit ada unsur2 sejarah bodek ala2 munsyi abdullah.
Pm umno Pahang pun kena jugak sumpahan seranah maki cacian hamun nista tiap2 hari dari seluruh pelusuk bangsa Malaysia tak kira kaum. Kalau tak caya bukaklah komen FB Najib Razak byk bukti tertulis disana. Cumanya beliau memang terkenal dgn sikap berani hati kering thickfaces yg bakal menjadi sejarah seluruh gen Y di Malaysia. Karakter humour funny yg beliau tonjolkan dlm gaya pentadbiran beliau juga menjadi bahan buat para keyboard warrior mengolah kreativiti mereka dlm menangani setiap statement yg dikeluarkan beliau. Mungkin pembodek beliau lupa kisah Low Yat yg menjadi isu semasa bak 13 may sewaktu pemerintahannya yg mungkin memberi kesan mendalam bagi sesetengah pihak. Salahguna kuasa yg berlaku umpama membuka gari di tangan sendiri ala2 magis david blaine juga menakjubkan ramai pihak di seluruh negara.
Namun hakikatnya yg salah tetap salah. Mungkin ada hikmah di sebalik permainan politik kotor yg dicatur oleh wali suci yg ditunggu lagi dipuja bangsa umno pahang. Selagi hayat dikandung badan, perbuatan jahat takkan dilupakan. Allah saja yang membalas.

Anonymous said...

Walisuci UMNO Pahang?
pelik aku..yg mewalisucikan seseorng yg sudah 22 tahun memerintah.. Mahathir.. itu sbrnya yg pelik dan di angung2kan wpun sebenarnya dialah perosak UMNO sejak zaman Tungku Abdul Rahman.

Pelbagai peristwa dan penyelewengan berlaku di zaman walisuci UMNO kedah ini sehingga kes MEMALI penuh dengan kezaliman ditutup rapat hingga kini tiada RCI ditubuhkan kerana kejahatan 'walisuci' ini ditutup dgn watak2 kepandaian lain.

Sungguh menderita rakayt ketika walisuci UMNO Kedah ini memerintah..tp Melayu mudah lupa..

Selagi masih bernyawa perbuatan jahat tetap akan berbalas walau usia sudah terlalu senja, semoga balasan Allah Yang Maha Adil akan memperlihatkan nya.

Anonymous said...

Nampak sangat kau ni bodoh sejarah. Suka ikut dan dengar cakap orang. Patutlah Najib suka org mcm kau ada.
Memali tu Musa Hitam punya komplot dia nak topple Pm masa tu. Tu yg Tun M blah pegi oversea nak tgk dia handle Memali tu camana. Last2 dia yg berambus pasal dia yg sendiri buat konspirasi tuh.
Nak bangang pun biar bertempat. Jangan main sembur je. Taat bodoh je dah nampak macam lembu lak kang.
Eh kau tak mintak kuota haji yayasan 1mdb ke? Turunlah Kaabah ramai2 buat doa selamat sikit. PM punya ucapan buat aku tak sedap hati pulak, macam Malaysia tak selamat je bawah dia.

Anonymous said...

Bangsa johor, bukan yes bos, berprinsip, jujur dan sedia berkorban. Bangsa Johor tidak sama sekali bersekongkol dengan perosak bangsa. Serba serbi, bangsa Johor mendahului yang lain.

Anonymous said...

Tun M cuba guna gaya dan caranya menjatuhkan pak lah pada najib dgn isu 1mdb yg nyata karut mainan pihak luar dan dlm negara.Motif mudah...utk jatuhkan kredibiliti kerajaan sedia ada khasnya najib.Pejabat tun skrg di putra jaya dan tak jauh dgn pejabat najib...kenapa bodo sombong tidak bersemuka bertanya secara tertutup dpd menyerang peribadi serta ahli keluarga najib agar dipandang hina utk dijatuhkan cara buruk sebegitu.Perbuatan tersebut memang celaka dari segi moral dan agama.Tak berhemah dan busuk hati bagi seorg yg dah lama jadi pemimpin.Semuanya gara2 tamak dgn kuasa yg hanya sementara.
Kenapa tidak biarkan shj najib jatuh melalui pemilihan parti dpd dikutuk dan dihina sedemikian rupa.Apa dah jadi!!!????Memalukan diri sendiri...
Memang bodo cara serangan tanpa usul periksa dpd seorg yg dh berpengalaman spt itu.Yang heran...zaman dia dulu pun bukan tiada skandal kewangan dan cara pemerintahan.Mujurlah najib bukan spt anwar...klu anwar dah dibogel habis segala keburukan tun di mata rakyat.Silap2 ditambah dgn fitnah dan hinaan.
Secara khususnya....apa yg berlaku akan dikenang sebagai perancangan tun yg tamak dan gila kuasa krn najib dan pak lah tidak mahu digelar pm boneka.Bangsatnya permainan tun hingga tsmy pun turut memalukan dirinya bersekongkol dgn puak tun hingga dianggap mgkhianati ketua.
Kerosakan ini akan dikenang sebagai ketamakan dan gila kuasa seorg mantan pm dan tiada bezanya dgn lim kit siang.
Pencen...buat cara pencen...
Nak tegur...biar berhemah jgn sampai mengaibkan org...
Tengok apa jadi...aib sendiri yg dh tak dipedulikan kini terbuka semula...Sapa yg malu?????

Anonymous said...

Kdg2...rasa rimas bila kalangan kerabat mencampuri urusan politik negara tanpa usul periksa..
Cukup2lah dan berpada2...

Anonymous said...

Korang ni kalau dah takde modal sangat takyah la nak tuduh Tun M tu yg bukan2. Semua org tau mmg dia tak maksum dia pun tak cakap dia baik dan sempurna. Tapi sekurang2 zaman dia takde org pungut Gst dan harga minyak pun terkawal. Bini dia pun ok boleh layanlah menang piala thomas zaman rashid sidek.
Gaya korang hari ni dah lebih kurang sama mcm anwar je. Jenis suka bagi alasan, salahkan orang, khianat bangsa, ugama, tak mengaku salah, bodoh sombong, bodoh piang dan segalanya lah. Orang kalau level boneka mmg tetap akan nampak idiot walaupun cuba jadi mat smart.
Kalau kepala dah bodoh payah nak dapat ekor yg cerdik. Korang kene terima benda tu.

Anonymous said...

Yg korang ni merepek tak tau ujung pangkal apasal,? Korangbtak reti politik jadi mainan ahli politik. Korang suka pandang syariat Allah no.2 sbb tu tak reti mende.
Kebanyakan pemimpin umno utamakan kebendaan dan kuasa. Depa halalkan berpolitik yg dilarang dlm agama. Jadi sbb itu berselisish, bergaduh, zalimi lawan politik.
Kerana agama dan bangsa jadi nombor 2 kadang kadang nombor 3 kadamg kadang nampak mcm nombor 1. Tak konsisten dan celaru. Kadang kadang utamakan bangsa melayu, kdg kdg utamakan bangsa asing.
Utamakan undi sampai sanggup korbankan nasib bangsa sendiri.
Melayu dlm UMNO perlu dibaiki supaya kembali kpd memperjuangkan agama dan bangsa.

Anonymous said...

Najib tu bukan kerabat ke?
Cuba kau mintak dia jgn campur politik pulak? Orang bukan rimas, dah nak naik menyampah pun ada.
Rasanya 1mdb tu dah boleh jadi 1Malaysia Dah Benci.

ustaz roslankama said...

tak faham isi tulisan wzwh rupanya para pengomen ni.! sampai makna sumpahan pun dia sama dengan sumpah seranah dan cercaan.itulah kalau orang bodoh masuk dalam bilik orang cerdik.sampai komen pun keluar dari kontak yang sebenar.aku hanya nak tumpu tentang bangsa johor ni.siapa cipta istilah ni?lari sangat dari realiti dan catatan sejarah!johor tu khusus untuk negeri bukan bangsa.sejarah dah tercatat bahawa bangsa di nusantara ini adalah bangsa melayu bani jawi keturunan nabi ibrahim dan qeturah! susur galurnya ada! bangsa johor bersusur galurkan siapa? mungkinlah susur galur kublai kahn kot? nak cipta istilah tu biar bersandarkan fakta bukan main tangkap muat aje!

Anonymous said...

Ustaz ustaz mana lah kau belajar bani jawi keturunan nabi Ibrahim Qeturah pale abah ni semua? Nabi tu org baik2 amanah, siddiq, fatonah. Kalau yg ada melayu hari ni perangai penipu, pencuri, penyamun perompak nabi pun taknak mengaku umat. Cakap pikir la dulu ustaz bukan semua org nak telan cerita bodoh ustaz ni.
Sumpahan ni ada macam2. Makna dia luas. Jadi kalau kita nak cakap bangsa tu je kena sumpah apa bangsa lain tak kena sumpah ke? Apa bangsa keturunan makayah dia suci sgt ke? Setiap yg bersalah mesti tanggung akibat walaupun dia cuba berpura2 baik dan berlagak ustaz terasa alim.

Anonymous said...

subhanallah,apa la nk jadi dengan orang melayu ni..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024