Saturday, January 9, 2016

Bila DS Najib Suka Baca Surah Nabi Yusuf Persediaan Revisi Bajet 2016




DS Najib mencari kekuatan diri dengan membelek diari-diari lama Almarhum Tun Razak sumber inspirasi menghadapi berbagai cabaran domestik dan global.

Tidak ada Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini yang menghadapi cabaran ekonomi yang paling mencabar dan dahsyat abad ini seperti yang dialami oleh DS Najib....


Tahun ini merupakan tahun yang mencabar disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara China, penurunan harga minyak mentah dan komoditi yang berterusan, permintaan global dan perdagangan dunia yang masih lemah, normalisasi kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat.

Justeru itu, untuk kita menangani cabaran yang bakal mendatang, tindakan lebih responsif dan tegas perlu diberi perhatian untuk kita bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi kita kekal mampan. Insya-Allah, dalam masa terdekat, saya akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 agar lebih realistik dengan keadaan ekonomi tahun ini.


Catatan peribadi DS Najib.


Bila DS Najib Suka Baca Surah Yusuf Sebagai Persediaan Revisi Bajet 2016



Masalah ekonomi amnya timbul daripada fenomena kekurangan sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, prinsip-prinsip dan ciri-ciri amalan terbaik pengurusan perlu diamalkan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan cekap, profesional dan mencapai matlamat yang digariskan. 

Nilai-nilai unggul dalam amalan pengurusan ekonomi yang dipunyai dan dipraktikkan oleh Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kegawatan akibat kemarau yang berlaku pada zaman baginda. Signifikan kisah Nabi Yusuf dipilih kerana baginda adalah pentadbir ekonomi Mesir pada zamannya di samping darjatnya sebagai seorang nabi dan rasul. 



Biografi Nabi Yusuf

  • Nabi Yusuf a.s. adalah antara 313 orang rasul yang dipilih oleh Allah s.w.t daripada 124 000 orang nabi yang diutuskan kepada manusia. 
  • Baginda juga antara 25 orang rasul yang disebut namanya oleh Allah dalam al-qur’an. 
  • Nasab baginda ialah Yusuf a.s. bin Ya’qub a.s. bin Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s.
  • Baginda merupakan putera ketujuh daripada dua belas (12) orang putera-puteri anak kepada Nabi Ya’qub a.s. Nabi Yusuf dan adindanya Bunyamin merupakan adik-beradik seibu sebapa daripada hasil perkahwinan Nabi Ya’qub dengan Rahil. 
  • Allah s.w.t menganugerahkan Nabi Yusuf a.s. dengan paras rupa yang menarik lagi tampan. 
  • Allah s.w.t menceritakan secara khusus kisah baginda dalam Surah Yusuf, iaitu surah yang kedua belas (12) daripada susunan surah-surah al-qur’an. 
  • Surah Yusuf mengandungi seratus sebelas ayat (111) dan tergolong dalam kelompok surah makkiah.


Kisah Nabi Yusuf a.s. Sebagai Model Dalam Menangani Masalah Ekonomi Negara

Dalam menganalisa Kisah Nabi Yusuf ini, tumpuan diberi adalah ketika baginda menjadi pengurus dan pentadbir ekonomi negara Mesir dalam menghadapi cabaran getir kegawatan ekonomi akibat kemarau. 

Menerusi keilmuan yang mantap, kemahiran mentadbir, merancang dan melaksana yang baik serta diiringi dengan kegigihan akhirnya baginda berjaya menangani krisis tersebut dengan baik. 



Nilai-nilai Pengurusan Nabi Yusuf




1. Ketaqwaan, kewibawaan dan kejujuran serta akhlak terpuji



2. Kaedah penyimpanan yang baik


3. Pembinaan bidang-bidang utama ekonomi untuk menjamin kesejahteraan hidup


4. Perancangan yang tepat dan berkesan.


5. Pengurusan cekap dan berwibawa.


6. Mekanisme pengawalan pengurusan agar mencapai objektif.


7. Pengagihan dan pengurusan sumber secara tepat dan berkesan.


8. Skim penyimpanan buat masa hadapan (tabungan).


9. Perbelanjaan mengikut keutamaan, berjimat cermat dan bersederhana. 


10. Pengurusan risiko bagi melindungi harta dan sistem ekonomi



Prinsip-Prinsip Pengurusan Nabi Yusuf


Beberapa prinsip dapat dirumuskan untuk dijadikan panduan ataupun resepi kejayaan dalam menjalani kegiatan ekonomi lebih-lebih lagi sewaktu menangani krisis ekonomi. Senarai prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut: 


I. Ketaqwaan (At-Taqwa) 


II. Keadilan dan Ihsan (al-Adl wal Ihsan) 


III. Kebertanggungjawaban (Mas’uliyyah) 


IV. Kecekapan (Kifaah)

8 comments:

Anonymous said...

Sudahlah najib letak jawatan saja..byk wang habis kerana nk selamat kn 1mdb..menteri kewangan yg langsung tk berwibawa, upah penasihat saja dh berbillion, admin jgn mkn dedak lebih, tkot trrecekik

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ha ha ha ha What a negative comment bro!

Anonymous said...

Wzwh spit engrish bro. Sebagai komentar berpositif ds najib sungguh berlebai dan bermulia. Go go najib.
Sungguh berugama ns najib.

muhsin said...

Moga diberi petunjuk ilahi.

Amin

muhsin said...

Moga diberi petunjuk ilahi.

Amin

Anonymous said...

yupp...more positive comments please..
komen-komen beragama/berugama/positif Islamik/ BUKAN IS hehehehe...

Anonymous said...

Kpd pengomen2 negatif. Wzwh boleh nampak dlm gambar tu bajib baca surah apa. Dont pray pray. Dats wai pipel know politik from std 6 can know one. Some more after najid read surah yusuf 2.6 billion sure setel one.

Anonymous said...

Kakau tahi dah naik ke kepala komen pun macam tahi juga negetif memanjang pembangkang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...